Skip to main content

Video Parlimen: Soalan yang Tidak di Jawab

Soalan tambahan MP PAS Shah Alam kepada soalan asal No. 2. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah sebab dan faktor-faktor yang meyakinkan sehingga Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Kerajaan Malaysia dapat memainkan peranan utama untuk menganjurkan dialog antara agama melibatkan pelbagai negara bagi menjamin persefahaman antara penduduk dunia berbilang bangsa dan agama.



Video adalah ihsan MPPAS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

matt said…
I pray YB the Day will come and we can hang this guys but sYabas to you YB.
Anonymous said…
Yb ni wakil rakyat shah alam ka atau wakil rakyat amerika???

kalau saya jadi menteri tu pun saya tak jawab..kan ke bangang soalan tu...
misbizibodi said…
Anon 10.06,

Kalau tak tau ujung pangkal tak payah campur, sbb nanti orang kata kau tu bodoh! Pastu ada hati pulak nak kata orang lain sama bangang macam kau tu...
Amri Mat Saaid said…
annoy tu budak hulu mane tu
Anonymous said…
budak yg kedua komen tu tak pnh skolah ke..bila plak yb sokong org amerika ni...???
Anonymous said…
Yb ni apa lah tanya orang bn soalan camtu.. Cuba tanya soalan tentang tender tertutup kapal selam?, mesti diorang dapat jawab dengan angkuh dan bodohnya. Pasal amerika tu kan tak sebagus 1malaysia.
Matatech said…
UMNO masih tidak mahu berubah, masih mahu menipu sesama melayu. aku tak tahu banyak tentang PAS, tapi yang aku tahu UMNO amat mengecewakan melayu,titik. pupuslah UMNO sekarang hendaknya ya allah, semoga UMNO yang bersih boleh dibentuk.

Popular posts from this blog

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Oktoberfest dan Pendirian Saya

Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya ‘sokong’ dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

Hj. Azli Yusof

Di antara tugas pemimpin adalah untuk mewujudkan pelapis yang berkemampuan, berakhlak dan beramanah. Di kalangan pelapis di Shah Alam adalah Hj. Azli Yusof, beliau merupakan seorang profesional muda yang telah terlibat pada awalnya dengan PAS sejak di kampus semasa masih menuntut di US dan kemudiannya bergiat di peringkat Pemuda sekembali ke tanah air. Telah dipilih sebagai YDP PAS Kawasan Shah Alam pada 2013 bagi menggantikan saya setelah saya memilih untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut pada tahun itu.
Beliau kemudiannya meninggalkan PAS setelah melihat pasti tersebut terpesong dari jalan asalnya dan bersama AMANAH sejak penubuhannya. Seorang yang dinamik dan berkemampuan serta berpengalaman dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan juga politik.
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD