Skip to main content

Ulamas Not Above Criticism


By Asrul Hadi Abdullah Sani (The Malaysian Insider)

KUALA LUMPUR, Nov 7 — Shah Alam MP Khalid Samad praised today’s PAS seminar as a key milestone in the party’s history.

He said the seminar shows the party was willing to accept criticism and handle them positively.

Khalid stressed that if PAS wants to become a “mainstream” party then the leadership must be willing to accept criticism.

“If you want to become the Prime Minister or whatever minister you must be willing to face the criticism, you can’t say that he is an ulama so you can’t criticise. Part of the thing is that we want to educate our members,” he told reporters outside the seminar hall in Taman Melewar here.

Khalid hopes the seminar will educate party members that nobody is immune from criticism.

“As I said it is something new so you must expect there to be a mixed reaction. We are not used to having our ulama criticised but we are saying even the Prophet was criticised so it is the education that we have to undergo,” he said.

The seminar today was to discuss PAS's future direction but could well throw up the need for an extraordinary general meeting (EGM) to decide the fundamental issue of whether to co-operate with Umno to advance Islam and Malay unity or stay with PR and hope to capture federal power in the forthcoming general election.

The seminar is unlikely to resolve the fundamental difference over the issues and which course to take to safeguard the future of PAS — how best to capitalise on the new forces at work in the political system to stay ahead.

PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat wanted a special muktamar to rid the party of leaders whom he described as “problematic” and seen to favour working closely with Umno instead of strengthening PR.

He had named Selangor PAS commissioner Datuk Hasan Ali along with Nasharuddin and secretary-general Datuk Mustafa Alias those who had made the party look inconsistent.

However, PAS central committee members recently unanimously decided not to call for a special muktamar but to hold today's seminar instead.

News and picture courtesy of The Malaysian Insider
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Nak ikut cara Islam, buat lah sebaik mungkin tapi kalau PAS masih bercakap isu orang Melayu elok lah bersekongkol dengan UMNO.
Dah tahu UMNO tu menipu Melayu selama 52 tahun dan kalau di biarkan berterusan negara ini akan hancur kenapa PAS masih mahu bersama UMNO, ramai di luar ni tak faham!!!YB...
Betul lah...orang Melayu ni pakai serban ke, tak pakai ke sama sahaja dengan yang dalam UMNO tu.
PAS pasti akan hilang sokongan sekira nya pimpinan dan mereka yang masih yakin ingin bersama UMNO. I am sorry YB, that is the reality and UMNO will continue to abuse the power because of PAS foolishness!!!
Anonymous said…
YB,
Setiap pemimpin mesti menerima setiap teguran termasuk ulamak!

Tapi bagaimana dgn YB sendiri? Bila isu Kuil di Shah Alam tempoh hari. YB sendiri tak tahan di kritik. YB sendiri mengkambinghitamkan UMNO sedangkan YB tahu YB perlu berbincang dgn penduduk setempat.

Tetapi YB mengambil pendekatan sebaliknya. Bila di kritik, YB cuba menyalahkan pihak lain. Salahkan penduduk seksyen 23. Salahkan mereka kerana mereka itu pro UMNO.

Bila isu YB membenarkan Kalimah Allah YB kata boleh di gunakkan oleh penganut kristian, kami penduduk shah alam kritik, YB terus melenting. YB guna sebahagian ayat Al Quran yg di kerat-kerat utk meyakinkan hujjah YB.

Tanpa merujuk kepada tafsir, YB terus membuat kesimpulan.

Isu Dr Hasan Ali. Hebat sungguh YB menghentam YB Hasan Ali secara halus. Tapi bila isu arak yg Dr Hasan Ali cuba utk menegur Ronnie Liu, ke manakah YB masa tu?

YB seolah-olah macam tok bomoh. Tahu apa saja yg berlaku dlm politik malaysia. Drp skandal PKFZ, Istana Khir Toyo hingga ke teo beng hock..

tapi bila YB di kritik, terus menikus..

Bila penduduk shah alam beri pendapat dlm blog YB, jika tidak senada dgn YB maka kami di chop UMNO!
Anonymous said…
InsyaAllah, Haji Hadi akan lbh proaktif lebih berani dan terbuka dgn isu semasa/rakyat lepas ni. pakat2 le kita doakan.
Anonymous said…
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti bagi wakil rakyat Pas merupakan isi kandungan 'ikrar' supaya tidak berlaku penyelewengan kepada parti dan rakyat.

Menurutnya, matlamat utamanya untuk mengelakkan berlakunya pengkhianatan di kalangan wakil rakyat parti itu.

"Sekarang di beberapa negeri dan Selangor saya nampak ada antara wakil rakyat Pas yang hendak ke arah mengkhianati parti dan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Khalid mengesahkan wujudnya bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada antara wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti.

Dalam pada itu, Khalid berkata, bai'ah itu bukan bermaksud mengkhianati persoalan rumah tangga.

"Soal keluarga dan isteri begitu penting. Bukan memperlekeh persoalan rumah tangga tetapi disebabkan ia penting, bai'ah sedemikian digunakan.

"Ia bagi menunjukkan kepada semua wakil rakyat Pas sekiranya mereka menganggap soal rumah tangga adalah perkara penting, begitu jugalah kesetiaan kepada parti dan rakyat," katanya.
Anonymous said…
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai’ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti.

Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai’ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.

Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai’ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti.

“Kami sangat setuju dengan bai’ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah.

“Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti… sama kasihnya,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia semasa ditemui pada Seminar Memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas tentang bai’ah talak tiga itu yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai’ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.

Beliau berkata, bai’ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.

Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai’ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007.

“Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh ‘main-main’ masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam.

“Saya melihatnya positif. Media jangan ‘main-main’ dengan isu ini,” katanya.

Turut bersetuju dengan pendapat beliau ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi yang menyifatkan amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.

“Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah.

“Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon,” katanya.

Jelasnya, semua wakil rakyat Pas memahami Islam dan mereka tidak ada masalah untuk memahami mengapa bai’ah dilakukan oleh parti.
Rakyat Malaysia said…
Dear YB,

I am glad to hear that no ne is above positive criticism even the ulamas.

Your recent support that all reps in Selangor undertake an oath that they would have to divorce their wife if they jump party shows that PAS is just not ready for coalition power and more importantly Federal power.

That is an absurd idea and it not only undermines women but also the institution of marriage.

I and together with millions of Malaysians hope that you would not take the same path as those people who have nothing better to contribute to society other than to ban beer, ban concerts, ban horror movies, arrest respected former state muftis, hopes to be MB through the back door, form unity govt with corrupt parties etc. as you are much better than them.

As recent surveys shows, PAS had let millions of young and middle age voters down and had not carried out its promise of agent for a better change and more importantly does not lives up through its own slogan of "PAS FOR ALL".

Please repent before its too late.
Anonymous said…
Syabas kepada pas kerana mengadakan seminar ini -actually perkataan tepat "berani" mengadakan seminar-selepas sahaja kekalahan di Bagan Pinang. ini menunjukan PAS komited dalam menentukan hala tuju parti dan "meluruskan" apa yg kendur. Bagi saya, PAS a little bit unfortunate kerana dgn isu Prof Aziz Bari, UG, Pak Lah PAS dan seminar ini sedikit sebanyak memberikan impact yg tidak elok di mata rakyat. Jadi,disinilah sebenarnya cabaran PAS dalam mengembalikan/menjernihkan political view towards PAS

Jika diperhalusi, sebenarnya isu2 yg melanda PAS ini bukanlah sesuatu yg teruk-tak seperti parti AMANO & BeNd yg mengalami krisis politik wang,scandal seks,gelapkan wang-tak perlu dihuraikan,semua org tahu diorang sebenarnya byk problem. Apa yg berlaku di dalam PAS sekarang ini adalah "tidur sebantal,tapi mimpi lain2". Tapi still tido sebantal,which is good.Ini menunjukan PAS serius untk mengulangi,rephrase, meningkatkan sokongan pada PRU 13.

Dari sudut positif, saya secara peribadi,PAS bukan parti "under carpet".ini terbukti dgn adanye seminar ini.Biler parti ader problem,major overhaul.Dan saya suka sikap terbuka pas,dimana kiter dpt melihat TG mengkritik sesetengah ahli tertinggi-klu yg kat sebelah saner jgn harapla...under carpet tu dah mmg culture.tang kritik tuh,cubalah kritik sesapa,jap lagi next AG,kena takik...

Secara kesimpulanya,saya berpendapat kejadian yg berlaku terhadap PAS lately ini,menghasilkan 2 perkara:
1. Perkara baik iaitu dimana ia melihatkan PAS komited dan mngamalkan no compromi serta sikap terbuka dalam urus tadbir parti
2. Political view tak berapa cantik kerana Rakyat igt PAS in deeply crisis-ini dsbbkn peranan media perdana yg blebih2

Jadi jentera PAS hendaklah membersihkan perkara 2. supaya rakyat tak salah anggap PAS dan mnggipal kan lagi perkara1. supaya ia dapat menenggelamkan perkara 2. tadi...

Wassalam
ahmad suhardi said…
Assalamualaikum yb.

minta maaf ingin katakan, boleh tak jika lain kali sertakan terjemahan bahasa melayu.
susah saya untuk memahami bahasa inggeris.
saya tahu blog yb banyak untuk ditujukan kepada bukan muslim, tapi raikan kami yang tidak berapa reti berbahasa inggeris ini.

anak jati shah alam - seksyen 18.
Anonymous said…
Wah,baguslah kalau semua boleh terima teguran.

Ini beberapa teguran/komen atas bai'ah talaq dari blog Zulkifli Noordin


'Amatlah malang bagi mana-mana gerakan yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan menjadikan bai'ah seumpama itu sebagai dasarnya!'

'Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.'

'Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci ALLAH! Dan kita jadikan perkara yang paling dibenci ALLAH ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah ta'at setia!'

'Yang paling sedih, ada diantara para isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis bai'ah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud.'

-------------------------
Apa komen YB?Yb sendiri ada melakukan ikrar ni.
Anonymous said…
Kepada Anon 8/11--7:06am..

memang benar UMNO dah menipu melayu selama 52 tahun..

Saya masih ingat lagi UMNO menipu & saya suruh saya belajar di peringkat rendah dan menengah..

Bila saya lulus periksa..UMNO tipu lagi saya..siap bagi lagi biasiswa utk ke oversea..tipu sungguh UMNO..sanggup guna duit rakyat semata-mata nak suruh saya belajar kat oversea..

sekarang ni saya menipu pesakit-pesakit saya sebab UMNO dah tipu saya suruh saya jadi doktor..

baru saya tersedar anon, UMNO dah tipu kita selama 52 tahun!!!..
Abu Aliya said…
Salam YB,

Feedback dan kritik terutamanya dari orang-orang yang diluar jemaah spt Prof Aziz Bari dan Abu Hassan, apalagi berdasarkan ilmu mereka sebagai ahli akademik yang disertakan dengan sedikit analisa, adalah suatu yang bagus untuk dijadikan maklumat. Namun begitu untuk ditelan bulat-bulat oleh sebuah jemaah yang mantap seperti PAS, tiada kewajaran sebelum PAS sendiri melakukan kajian lanjutan secara terperinci.

Dalam soal ini kita dapat melihat kebijaksaan Presiden yang sanggup menerima kritikan pedas tersebut, malahan menjemput mereka untuk berhadapan dengan ahli-ahli PAS secara 'live'. Dalam masa yang sama setuju untuk melakukan kajian yang lebih mendalam.

Apa yang menjadi masalah dalam jemaah kita ialah kemunculan Pemimpin yang memegang jawatan tinggi dalam PAS seperti AJK Pusat, YDP Kawasan dan MP yang mempunyai segala peluang dan saluran parti yang sesuai untuk mengkritik atau menegur Pemimpin PAS tetapi lebih suka berpolemik menggunakan blog dan media masa untuk mengkritik Pemimpin PAS. Bagi saya, ini suatu yang tidak masuk akal sekiranya tujuan mengkritik itu ikhlas dan bertujuan untuk memperkukuhkan jemaah. Sebaliknya saya lebih cenderong untuk berpendapat golongan tersebut mempunyai agenda tersendiri dan lebih bertujuan untuk mengkucar-kacirkan jemaah PAS dari dalam.

Isu seperti UG, pertemuan dalam gelap masih lagi diulang-ulang walaupun sudah acap kali semenjak dari Muktamar lepas, Presiden PAS menegaskan yang isu UG ini sudah ditutup buku. Saya mohon YB Shah Alam (YB saya juga), tolonglah sedarkan ahli-ahli PAS Shah Alam dan AJK-AJK anda agar jangan lagi sebut pasal UG. Kalaupun nak tukar sangat Presiden, sabarlah sikit sampai pemilihan dalam muktamar akan datang jangan sesekali menikam jemaah dari dalam, amat buruk padahnya dan lukanya akan berpanjangan. Gunakanlah mesyuarat2kawasan untuk meneguhkan ukhuwwah dalam jemaah, bukan medan untuk menanamkan kebencian kepada golongan ulama' atau pemimpin2 PAS lain terutamanya PJ (DHA).

Wallahuak'lam

Abu Aliya
Shah Alam
tajulz said…
saya sgt tidak setuju dgn konsep bai'ah.

YB sendiri kata ulama boleh ditegur bermakna ulama juga manusia biasa, kadang2 boleh buat silap.

mcm mana pula dgn parti PAS?
mana tahu nanti dgn ketentuan Allah s.w.t PAS melencong menjadi parti yg korup, adakah YB mahu berada dlm parti yg tidak boleh diperbetulkan, atau menjatuhkan cerai talak tiga pada isteri?

tidakkah ini akan menyusahkan diri kelak?

satu lagi ialah saye berani mengatakan ini adalah satu strategi yg bodoh. mengapa?
walaupon alasan anda adalah ntuk mengekalkan kesetiaan pada parti, atau bersungguh2 bekerja untuk rakyat, tetapi ini adalah satu strrategi yg bodoh kerana isu ini dgn mudah boleh dipermain2kan oleh parti lawan. dan rakyat akan lebih takut dengan parti PAS yg seperti memperjudikan isteri sendiri. lagi pula org Islam di Malaysia ini tidak berapa alim untuk memahami kelebihan konsep bai'ah ini.

saya tak terkejut kalau PRU 13 nanti PAS akan jatuh dgn teruk..

pada pandangan saya, PAS adalah satu parti yg baik. konsep yg ikhlas. tapi byk kali mengecewakan saya kerana byk strategi2 bodoh yg PAS lakukan. strategi2 yg boleh mengancam diri sendiri adalah strategi yg sgt bodoh.



saya yg sgt kecewa..
-bekas penduduk sek19 shah alam
ahli shah alam said…
YB punya mentor, Anwar Ibrahim pun ucap terima kasih atas tindakan yg PAS buat
utk perkukuhkan pakatan rakyat
Dr. Kamarul Bahrin said…
YB Khalid Samad:

Setuju bahawa ulamak tidak bebas dari kritikan. Ini betul. Rakyat tak harus takut dan terima buta-buta apa yang ulamak cakap. Ulamak kena dengar kepada kehendak rakyat.

Tapi saya tidak setuju dengan konsep bai'ah kerana ini nampak macam terdesak dan memperhambakan isteri dan anak-anak, dijadikan barang dagangan demi politik. Ini tidak etikal dan cara lain harus digunakan untuk memastikan ahli parti tidak membelot. Tapi jangan sampai tarik masuk institusi perkahwinan ke dalam isu politik.
Tinta Hitam said…
JIka PAS masih lagi ingin mendekati UMNO dipersilakan.Kami penyokong PR selama ini boleh mengalihkan sokongan kami kepada parti lain.Skongan kami adalah jelas dan kmai tak mahu mana mana parti didalam PR mendekatai UMNO.Kerana UMNO adalah punca kepada segala masalah kepada umat Islam Malaysia dan juga Malaysia keseluruhannya
Anonymous said…
Salaam,

boleh terima kritik eek?

pendapat siapa ye yg YB BAKUL SAMPAHKAN dulu, saya tak ingatla, nak search artikel2 dulu x sempat.

lagi pun sy x sangka pula YB sanggup kata ulama not above critism. Kalau sy tau dulu masa baca artikel YB dulu , sy ingatkan betul2 siapa yg pendapatnya dibakul sampahkan tu.
Unknown said…
Tak semua perkara perlu didedahkan kepada umum. Sekiranya rahsia jamaah pun nak didedahkan kepada umum, tunggulah waktu kehancurannya. Tak pasti sama ada anda akan terus kekal dengan jamaah ini atau terus menyalahkan orang lain. Berhati-hati apabila berkata dan membuat kenyataan dan jangan terlalu ego hingga tak mampu untuk meminta maaf walaupun kepada sahabat sendiri. Ucapan-ucapan anda kini dijadikan peluru oleh UMNO untuk menembak ahli-ahli di dalam jamaah ini yang ikhlas dalam perjuangan. Pemimpin kita bukannya maksum tetapi kita sendiri pun tidak mampu lari dari kesalahan. Jangan hanya tahu menuding jari terhadap kesalahan orang lain jika kita sendiri pun bersikap sama seperti mereka. Sebaiknya kita menegur untuk kebaikan bukannya menegur untuk membawa kehancuran. Tak perlu publish komen ini kerana ana tak mahu isu baiah itu dijadikan bahan untuk menghentam kita semula. Ini harapan daripada ana sebagai sahabat yang telah lama di dalam jamaah ini dan ingin melihat jamaah ini terus berkembang, bukannya menerima kehancuran akibat tangan-tangan sahabat sendiri.
Anonymous said…
salam. mngenai bai'ah itu saya xnampak ianya merendahkn wanita..kpd sape yg berkata bahwa PAS tak bersedia menjadi kerajaan dgn adanya baiah ini adalah tidak logik krn. setakat ini runtuhnya kerajaan Perak adalah melompatnya 2 ekor pak katak bekas PKR dan seekor drp bekas DAP..so PAS mane? so bai'ah ini ade kesannya yg positif..
Unknown said…
Khalid:
Cuba sedarkan diri engkau. Masuk PAS kerana politik atau kerana Islam? Kalau kerana politik, lebih baik engakau masuk UMNO. Tapi kalau kerana Islam, lebih baik engkau jaga mulut engkau daripada terlanjur sehingga jamaah ini diserang oleh musuh-musuh Islam.
Sebab mulut dan tulisan engkau yang ikut sedap rasa tanpa memikirkan kesan kepada jamaah, jamaah diserang dari segenap penjuru. Pimpinan penat nak menjawab. Segala kebobrokan dan zaliman musuh-musuh Islam seolah-olah telah dilupakan begitu sahaja. Agak-agak cukup banyak ke amalan engkau untuk tanggung dosa akibat perbuatan engkau ni? Moga engkau tak mati dalam kekufuran.
Fitri said…
Anak,

Kau nak tahu siapa dia musuh Islam?

Muslim macam KAULAH musuh Islam! Muslim-muslim yang mengkongkong fikiran umat Muslim yang lain kerana fikiran sempit macam KAULAH yang membusukkan dan menyimpangkan Islam!

Islam itu terbuka dan mampu menerima persoalan. Islam yg membenci persoalan atau Islam yang tidak mampu mengikut perubahan zaman ialah Islam yg songsang. Paham?

Gi baca kat sini kalau nak tahu
anaklangkawi said…
YB,

Saya konfius. Waktu Saiful bukhari sumpah laknat semua org dalam PAS termasuk YB sendiri mengkritik sumpah tersebut mengatakan tak sahla, bukan cara islamlah, bukan ajaran islamlah, takdak dlm Islam sumpah pegang al-quranlah..

tapi terkejut bila YB sendiri mengaku dalam PAS ada bai'ah sendiri yg diada2kan mcm YB bai'ah cerai taklid..

Tolong 'enlighten' me YB.. apa beza sumpah Saiful dgn sumpah PAS?

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.