Skip to main content

Pengumuman: Solat Hajat & Ceramah Perdana Sempena 19 Tahun Pemerintahan PAS di Kelantan



Solat Hajat & Ceramah Perdana Sempena 19 Tahun Pemerintahan PAS Di Kelantan


Tarikh: 15 November 2009 (Ahad)
Masa: Bermula Jam 8.00 Malam
Tempat: PUTIK, Pengkalan Chepa

Penceramah:
YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Nawawi said…
Lim Kit Siang pun join solat hajat perdana ke?
Nak baca apa yang berlaku kat Seminar Khas PAS minggu lepas, pegi sini...
Anonymous said…
Solat hajat ape lagi ni.. dah lama saya dengar PAS menganjurkan sembahyang hajat, dulu nak memusnahkan TDM yang amat digelar oleh orang PAS sebagai mahafiraun, mahazalim.. makin sihat walafiat dan dihormati orang tua ni yang kumpulan PAS saban masa mengutuknya.. Sembahyang hajat nak memusnahkan UMNO.. bertambah kuat mereka ni.. sedangkan kapal PAS dah nak karam dah..tengok lah setahun dua lagi ramai orang yang akan meninggalkan kapal PAS ni..
Ambik kesempatan sembahyang hajat 1.agar Kelantan masih kekal di bawah PAS, nampak gaya nak tukar kerajaan di PRU akan datang ni, 2.doakan agar Kelantan menang Piala Malaysia tahun hadapan,kesian sokong bagai nak rak tapi main macam taik, 3.doakan penyokong penyokong PAS tahun depan jadi model penonton bola yang baik, malulah kalau negeri serambi Mekah tapi penyokong bola macam hantu,
4.doakan agar kerajaan BN bagi wang ehsan lebih sikit ye, dan 5.doakan juga kekuatan Islam di Malaysia lebih baik lagi.tak tahu samada Isle versi PAS yang akan bertambah kuat.. entahlah nampak celaru sikit saya tengok PAS ni..kekuatan PAS adalah Islamnya..hilangnya ISlam ni hilangnya PAS.. Pemimpin PAS dok berkempen 'PAS for All' ataupun 'Islam for All', mana ni keutammaanya..
Salam Pak Khalid btul ke Pak Khalid yg dedah pasal bai'ah tu.kalo btol saye sdeh gk kalo PAS buat bai'ah yg mcm tu.zalim la untok org pompuan.
Anonymous said…
yb kat selangor bila pulak?
Anonymous said…
Jangan harap nak buat kat selangor la..kalau kau nak main politik kau pergi je kat kelantan..biarkan selangor ni aman damai..
Anonymous said…
YB

saya pasti YB tahu sekarang ni pencacai dumbno dan cybertroopers dumbno yg makan upah akan target YB kerana isu isu semasa yg YB pertegaskan,mereka amat risau dengan stand YB yg mahu PAS ke hadapan walaupun terpaksa melalui pembersihan dulu.

so mereka akan attack all out dan mengunakan psy war even dalam blog YB

SO saya cadang YB moderate sikit komen komen ini sebab kalau tidak silent readers yg tulin seperti saya dan ramai lagi akan pening membaca komen sampah atau provokatif dari org2 ini.

please YB we are so proud to have you as our leader

ahli PAS cawangan sg lui,dusun tua.
kuzy said…
btol tu... ramai yang dah sign contract ngan umno nak rosakkan PAS... Mana yang patut dibakul sampahkan, buang je YB... Jangan YB layan diorang ni... sbb dah mereka yang jd pencacai umno ni dah buta hati.
Ibnu Ali said…
Assalamualaikum

Isteri enta dah buat pengakuan? Kalau rahsia dalaman kenapa didedahkan? Ana peninglah, apa makna rahsia sebenarnya?
shakerz said…
Oit kalid, xkan senyap je isu bai'ah....korang sng2 jek pertaruhkan isteri ek..aku x phm btol dgn org2 jumud dlm pas ni
Anonymous said…
Kalau komen yg diberi banyak menjurus ke arah memerli YB Khalid Samad janganlah di anggap sebagai pencacai umno.

Komen yg di berikan adalah reaksi drp tindaktanduk YB Khalid Samad sendiri.

Kalau anda adalah ahli PAS cawangan Sg Lui, maka saya adalah pengundi YB Khalid Samad di Shah Alam. Saya bukan ahli UMNO mahupun PAS. Tetapi saya agak kesal kerana gelagat YB Khalid Samad sekarang amat memalukan. Oleh itu jika terdapat komen-komen pedas ia bukan fitnah! tetapi itu adalah kenyataan.

Dlm blog YB sendiri YB ada kata ULAMA TIDAK TERKECUALI DARIPADA KRITIKKAN..

nah..wahai ahli cawangan PAS Sg Lui & Kuzy, kalau anda mahu YB membakul sampahkan setiap komen yg mengkritik YB Khalid Samad maka YB sebenarnya tidak mengamalkan dasar terbuka seperti apa yg di katakan di dalam blog beliau sendiri..
kuzy said…
to :
anon November 12, 2009 11:38 PM

kritikan yang membina elok disiarkan... tapi yang main bagi komen plastik ala-ala nak kondem orang xpayah disiarkan la... sebab ia mengaibkan diri mereka yang memberi komen... orang memandang anda sebagai penulis yang penuh emosi dan dendam nak menjatuhkan YB...

Memang ulama tidak terkecuali dengan kritikan.. tapi cubala anda bagi kritikan yang ada asas kukuh.. anda ingin mengkritik ulama tetapi sekadar berhujah guna berita UTUSAN MELAYU... malula kawan..

lagi satu.. pakaila nama anon oi.. be gentle...

to YB.... al the best to you.. kuatkan semangat anda... kami golongan muda s.alam sentiasa menyokong YB....
Anonymous said…
anon 11.38. saya ahli pas sg lui

saya kata moderate sikit bukan bakul sampahkan.

saya pun percaya kepada kebebasan bersuara dan saya pasti kebanyakan ahli pas pun begitu.


teruskan kan komen kepada sesiapa sahaja tapi sebagai ahli parti,kami pun faham komen bagaimana yg kritis atau komen yg tidak ada value.

kamu faham atau buat2 tak faham.
Anonymous said…
Salam Pak Khalid...

Bagi saya, cukup sahaja buat makan meraikan 19 tahun pemerintahan PR di Kelantan...Solat Hajat still dalam khilaf ulamak..

Pasal Baiah tu, actually nampak macam zalim, tapi bagi saya tak, ini meninggikan taraf wanita..."if u tak jaga amanah, jangan dekati saya, cerai" main role in this case adalah wanita....Jadi wanita menentukan pemerintahan...

Lagi satu, isu ini sebenarnya kuar dari hassan ali dan kawan2 nya...

Tapi Pak Khalid silap...masuk perangkap hasan ali dan Mustafa Ali...

Percayalah, lepas ni pak khalid yang kena tindakan disiplin, bukan hassan ali...silap besar pak khalid bersuara isu ini!

-----Anti-Jumud------
CUCUHAMKA said…
Yeah YB, itulah orangnya yang aku kenali dahulu dari IRC US hinggalah ke Malaysia. Tabik dengan Khalid semangatnya waja, imannya ampuh dan pandangannya masih tajam. Teringat zaman muda Khalid dulu...
Anonymous said…
Khalid lu ingat Selangor ni macham Kelantan ke?,Pengundi Kelantan mental-nya tak macham mentality orang Selangor,lagi pon kau bukan nya pandai sangat pasal agama.
hasanali said…
Sila dengar pengakuan saya pecah rahsia berkenaan sumpah baiah di hadapan para blogger di SINI.

Ahahhha... kau juga yang kena Khalid!!
Amri Mat Saaid said…
Firaun sebenar berapa ratus tahun hidup annoy - sedangkan ia mengaku "aku tuhan kamu yg maha tinggi" sihat walafiat jer dia, pekerja Guiness Stout rilek jerr dia, boleh tunai haji pakai duit kerja ngan kilang arak, orang yang mencuri di Masjidil haram rilek je tak le pulak kudung tangan nya. Kalau itu la hujjah kamu wahai annoy pergi le cium "mahafiraun" yg kamu maksudkan tu.
Rohaz said…
Baiah!! TOLONG BAGI PENJELASAN!!!! KALAU HAL LAIN BOLEH TAKKAN HAL NIE TAK BOLEH!!!
Anonymous said…
aku heran, menggelupur sungguh org yg sibuk komen dlm blog yb ni pasal baiah..dah tgk video mustafa ali ttg baiah dlm pas?tolonglah..jgn la pening pasal baiah ni.bangang sangat dok sibuk pasal baiah.ni la melayu yg dah disuap ngn mentaliti umno 52 thn.bodoh tak habis!banyak lagi isu lain, yg lebih penting dan berat nak dselesaikan.ttg baiah, kalau betul skalipun, itu dia dan wife dia,juga hak dia!bak kata yb sndri, tu antara dia ngn Allah utk baiah sebegitu!(kalau betul ada)tolong jgn terpesong dgn isu2 mcm ni.isu yg tak perlu diperbesarkan!mudah2an kita sentiasa dalam petunjuk dan hidayahNya..
Tengku Amran said…
ramai jgk cybertrooper be end kt cni...projek dh lm xmasuk ke? tu yg menyalak mcm anjing tu...
kah..kah..kah..
Anonymous said…
Kepada Anti Jumud..
Kalau isu baiah tu hang kata tak zalim bagi hang..ok lah..tak apa pun..

maknanya memang betullah pemikiran hang terlalu jumud walaupun hang guna tag anti jumud..

sanggupnya hang menggadaikan rumahtangga hang utk politik kalau di takdirkan hang jadi calon pilihanraya..

Lepas tu hang kata YB Khalid masuk perangkap Hasan ALi..hahaha tergelak aku..

Hang tau ka..YB ni sebenarnya cakap main lepas je..tak guna kepala otak..dia guna kepala lutut je..sebab tu lah kalau hang tengok banyak kenyataan dia merapu-rapu..

Kalau aku memang aku akan kenakan YB Khalid tindakkan disiplin tapi bukan dlm parti..DALAM PILIHANRAYA la..

Kepada WARGA SHAH ALAM, aku takut nanti sebelum pilihanraya akan pulak diadakan majlis utk penyokong PR ni baiah di mana jika kita tidak memangkah PR maka jatuhlah talak..

maka ramailah pak sanggup yg nak jadi cina buta..
Anonymous said…
to amri mat saaid.

kau nak buat macam orang yg kau sebut ker. rilek jer....

baik kau x yah ada agama !!!!
rilek jer....

hati-hati dengan kata2
rilek jer....
Anonymous said…
Salam
Saya tertarik tentang bai'ah PAS ni, walaupun saya tak berapa pasti sebelum ini tetapi saya menyokongnya bagi mengelakkan gejala lompat parti seperti dlm PKR. Berbanding UMNO, ahli PAS hanya ada iman dan istiqomah saja. Perlu ambil ikhtibar hukuman Kaab bin Malik RA tidak serta dalam perang Tabuk - selepas 40 hari dipisahkan dengan isterinya. Hanyalah diharap kepeimpinan PAS terus beristiqomah dalam jalan ini supaya yang terlibat dengan bai'ah tidak terperangkap. walLahu a'lam Abu Zaid Puchong

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.