Skip to main content

BTN Tolak Sistem Demokrasi Berparlimen



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Biro Tata Negara (BTN),kursus yang akan mewujudkan sentimen perkauman dan menolak sistem demokrasi berparlimen.

Katanya sistem ‘check and balance’ tidak lagi menjadi amalam dalam BTN kerana ia tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menilai.

BTN juga dikatakan melahirkan sikap prejudis kepada pembangkang sehingga dianggap musuh negara.

“ Kalau digambarkan pembangkang sebagai musuh negara maka itu akan menjejas peranan pembangkang dalam usaha melakukan semak dan timbang ini. Dan ianya akan memberikan gambaran, rakyat yang patriotik, mesti patuh kepada semua kehendak pihak yang memerintah” ujar Khalid.

Semalam kerajaan negeri Selangor mengumumkan akan melindungi penjawat awam di negeri itu dan penuntut-penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri.

Bercakap kepada TvSelangor, Khalid berkata, beliau sebulat hati menyokong keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri.

Ujarnya BTN adalah platform kepada kerajaan untuk menyemat prinsip kepada generasi muda dan kaki tangan kerajaan tentang keburukan parti pembangkang dengan melabelkan parti-parti ini sebagai agen negara asing.

“ Maka segala kritikan dan sebagainya tidak akan dilihat dari sudut yang positif, tetapi dilihat sebagai seolah-olah agen kuasa asing dan sebagainya. Dan inilah yang dilakukan oleh BTN sekarang ini”

Malah ujar beliau, masyarakat di negara ini dipinggirkan hak mereka dari dahulu lagi untuk menilai mana yang benar dan salah.

“Masalah kita ini, negara Malaysia ini ialah kita mewarisi satu sistem satu pemerintahan tanpa memahami selok belok dan rasional di sebalik sistem tersebut”

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron turut menceritakan pengalaman beliau ketika menyertai BTN suatu ketika dahulu.

“ Pernah suatu ketika dahulu, pada awal dahulu sewaktu saya di sekolah menengah, selain daripada lagu anak kecil main api, apa yang paling saya ingat apa yang ditanamkan ialah benci kepada Cina. Suatu ketika kami berlari-lari dari pusat pendidikan di Shah Alam, ketika kita berjumpa sahaja Cina seperti peniaga-peniaga Cina, fasilatator mengatakan ‘lihat itu adalah Cina, dia adalah orang yang merempat di negara kita. Apabila besar nanti,kamu nanti bila sudah besar, mesti ada perasaaan tolak mereka dari negara kita”.

Berita dan video merupakan ihsan TV Selangor
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
YB,

Saya baru selesai menghadiri BTN di Penang minggu lalu. Perkara Pokok:Hindraf disamakan dengan pengganas, Kes Anwar, Kes Perak, Kes Selangor, Nasib Melayu dan ancaman kepada agama Islam. Tetamu kehormat dalam BTN itu adalah Mat VC UUM ---
Sivakumar said…
YB Khalid

Saya setuju 101% dengan apa yang Tuan katakan mengenai BTN.

Kalau mahu pupuk perpaduan biarlah ianya berpucuk dan tumbuh di sekolah atau di komuniti di mana kita semua bebas bergaul dan berkenal sesama diri.

BTN ini cuma propaganda hasutan yang mementingkan golongan pemerintah saja.

YB Khalid, tolong also baca this rencana by Nik Nazmi, setiausaha kepada Menteri Besar Selangor (please klik sini).

Ini rencana yang sangat baik yang harus dibaca oleh semua rakyat Malaysia.

Terima kasih.
Sivakumar said…
YB Khalid, kalau saya bebas mengundi saya mesti undi YB Khalid, YB Nik Nazmi sebagai menteri menteri kami kerana kamu benar benar memperjuangkan semangat Malaysia yang satupadu......
Aduka said…
Nampaknya YB senada sahaja seperti DAP, menyokong tanpa memahami apa itu dasar yg diutarakan BTN. Apa yg YB faham tentang BTN? Jika benar buruknya pembangkang seperti agen asing, sudah lama pembangkang di Malaysia menjadi pembangkang di negeri jiran selatan nuh!! Mati!! Jika sebelum ini pemimpin PAS langsung tidak pernah melatah tentang BTN, tiba2 sahaja YB mahu menjadi jaguh yang membenarkan kata rakan PR itu. Apa rasionalnya?

Pernah sahaja dalam program BTN, sekumpulan adik2 yang tegar menyokong PAS dan mendabik dada tempat mereka dikuasai PAS namun pelik, waktu sembahyang Subuh masih leka tidur biarpun disuh bangun dan waktu2 yang lain..leka berbual kosong bergelak ketawa. Beginikah pemimpin masa depan? Amat memualkan!!

Beginilah YB, cubalah sebaiknya menjadi YB yang bertanggungjawab menjaga kebajikan penduduk2 di parlimen YB. Janganlah pula menjelang pilihanraya nanti, baru terhegeh2 nak memancing undi..bila orang dah menyampah takut pulak diludah manifesto depan muka.
Anonymous said…
YB,

Tanya2 lah pada MB Tan Sri Khalid yang pernah jadi penghulu peserta BTN dan Dr.Hassan Ali yang pernah menjawat Timbalan Ketua Pengarah BTN, apa pula komen mereka?

YB tak teringin nak masuk program BTN? Tapi mana mungkin orang sehebat YB ni nak masuk program2 sebegitu, jatuhlah air muka YB kan?
Anonymous said…
Salam YB.

Im sorry to say. Tindakan paling bodoh klau menutup BTN...

Saya seorang mahasiswa IPTA, pernah menghadiri BTN tidak merasakan BTN adalah satu propaganda dr kerajaan.

Konsep BTN melahirkan warganegara Malaysia bersikap patriotisme kpd negara kita.

Mungkin anda takut kerana pakatan pembangkang semakin lemah kerana tidak mendapat sokongan rakyat.

Kami sebagai mahasiswa IPTA tidak merasakan BTN itu membebankan. Mungkin anda terlepas pandang isu yang mahasiswa sendiri tidak tahu.

Mahasiswa kini tidak bersifat patriotik, dan apabila kami menghadiri kursus BTN, terlalu byk isu yang kami tidak tahu. Bukan isu bagaimana nak menghadapi tentangan dr pihak pembangkang.

Tak kisah la nk sokong kerajaan atau pembangkang. Apabila kami menghadiri BTN, kami diberi pilihan nk sokong gov atau pembangkang. Terpulanglah hak individu..

Saya pun malas nk ckp pjg sebab kenapa isu ini bru nk dibangkitkan. Sedangkan BTN sudah lama wujud dahulu lg. Masa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan PM.

Kalau anda nk tau kesan BTN, buatlah questionnaire kpd semua golongon yg pernah menghadiri kursus BTN termasuk pelajar IPTA/IPTS...

Jangan jadi YB yang terlalu dangkal dan dungu...nnti orang mengutuk, anda terasa...sebab tiada alasan yang kukuh.

Terima Kasih
Anonymous said…
YB sebenarnya menidakkan peluang anak Selangor untuk mendapatkan kursus BTN.

Sebagai pejuang hak asasi manusia PakatanRakyat nampaknya terkebelakang dalam hal ini.

Mereka seperti nampak BTN seperti 'hantu' yang dimomokkan kepada rakyat Selangor.

Makin diboikot percayalah makin ramai akan berminat menyertai kursus BTN.
Kpd mahasiswa IPTA/IPTS:BTN hanya alat. Ianya digunakan sebagai alat yg berbeza apabila dihadapkan kpd mahasiswa IPTA/IPTS. Dan alat yg berupa BTN ini akan di rombak dan di gunakan dgn cara yg lain pula apabila berhadapan dgn para penjawat awam mengikut kelas2 tertentu. Dan apabila dihadapkan kpd mereka yg mempunyai kelas yg lebih rendah, maka alat BTN akan dibentuk dgn rupa yg berlainan pula. Saya tidak kata mahasiswa IPTA/IPTS terlalu bodoh utk memilih antara utk pro kerajaan atau pro pembangkang slps BTN, tp mahasiswa IPTA/IPTS akan kelihatan begitu bodoh jika hanya menilai BTN ini dari kacamata anda sahaja.Tidakkah ianya nampak begitu naif dan menyedihkan. . ?

Kpd yg mintak komen MB Menteri Besar dan Dr Hassan Ali tntg BTN ini: Bukankah mereka telah memberi komen tntg BTN ini;"Tutup saja BTN ini". Bukankah itu sudah cukup memberi maksud kpd alat BTN
ini.

Buat Aduka: Saya setuju apabila anda menyebut PAS melalui YB telah senada dgn DAP.Itu tandanya kami telah bersatu hati. Senada dan seirama, tidak spt UMNO, MIC, MCA dan PPP. Mereka tidak pernah senada malah makin tidak seirama.Adakah anda berat sebelah menilai kempimpinan PAS hanya dgn 'sekumpulan adik2' yg tidak bangun solat subuh dan lain2 solat sedangkan kepimpinan utama spt Tg Hadi Awang/Tg Nik Aziz terang2 mereka yg memperlihatkan kesungguhan memperjuangkan sunnah Rasul dan risalah Islam. Adilkah saya menilai kepimpinan YB Nazri Aziz melalui aktiviti sosial anak2nya di disko atau utk menilai ketaatan Najib pd ALLAH melalui Datin Rosmah Mansor yg tidak pernah bertudung - dan menutup aurat itu adalah wajib!

Buat anak selangor yg masih berminat menyertai BTN: Apabila MB Selangor memberi air percuma kpd rakyat selangor, membuat tabung khas utk warga emas utk mendapat bantuan khas setiap bulan, apabila kutipan zakat negeri selangor adalah yg paling tinggi dlm sejarah negeri, apabila anak selangor yg berjaya ke IPTA akan diberi saguhati wang ringgit sbgi tnda penghargaan kpd anak selangor dan pelbagai lagi kelebihan yg lain - knpa kalian tidak membantah, meneriak menolak segala pemberiaan ini sekaligus menidakkan usaha MB Selangor itu? Kenapa apabila soal BTN ini timbul, tiba2 MB Selangor menjadi seorang yg bodoh pulak?

Nor Miswary Ramli
Shah Alam
Anonymous said…
Apa-apa drp Kerajaan Persekutuan yg tidak sebulu dgn PR dikatakan adalah rasis..

Kalau PKR selangor buat kursus kepada kakitangan kerajaan semata-mata utk memperkasakan PKR, apa nak panggil?????..

Tapi saya sokong kalau kursus BTN tidak di lanjutkan kepada golongan wanita yg berkahwin..
Aduka said…
Buat Nor Miswari,

Anda mengaku bahawa PAS senada dan seirama dgn DAP (parti yang menolak penubuhan Malaysia sbg negara Islam). Adakah anda sedar PAS hanya sbg kuda tunggangan, diperkudakan oleh mereka yg lebih bijak dalam politik kotor itu? Anda sepertinya buta terhadap kepimpinan PAS yg lebih senang utk mengikut arahan DAP dan PKR, bila org mengkritik,itu maknanya mereka prihatin bukannya benci..terus terang bahawa sikap dan kemimpinan TG Hadi Awang adalah lebih terpuji berbanding TG Nik Aziz yang seakannya makin membebankan PAS itu sendiri. Seorang yang rendah diri dan berilmu tidak akan mencelakakan orang lain dan mendoakan kemudaratan orang yg tidak sehaluan dengannya. Namun itu adalah doanya..sama ada dimakbulkan atau tidak..beliau masih seorang hamba di sisi-Nya..hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.

Pernahkah anda terfikir apa usaha PAS utk mendidik anak2 muda suapaya lebih berhemah dan memberi kesedaran. Contoh saya hanya sekelumit sahaja berkaitan anak2 yg tegar menyokong PAS tapi diri kendiri sendiri tidak mencerminkan apa itu Islam. Mereka bukan budak2 bawah umur tapi sudah ada otak untuk berfikir. Semoga doa saya supaya diberikan hidayah kepada mereka2 ini. Kita semua tidak kekal selamanya,oleh itu sikap saling tegur menegur adalah harus.

Nasihat saya buat Nor miswari, anda perlu lebih banyak masa utk menilai apa yg diperjuangkan oleh YB kesayangan anda, saya tidak mengatakan anda bodoh dan naif tapi check and balance perlu dalam anda membuat penilaian..semoga anda diberikan penerangan oleh sahabat2 yang lain :)
Anonymous said…
Nor Miswary Ramli,

aku duk tunggu jugak MB Khalid Samad nak bayar duit utk anak aku masuk nursery..

setakat hari ni, KERAjaan PR hutang dgn aku lebih drp 14 bulan dah..
shakerz said…
Statement last tu ko reka2 ke khalid?
Nor Miswary Ramli said…
Buat yg malu bagi nama sendiri:Kerajaan BN-UMNO dah hutang aku lbh 50 tahun..

Buat Aduka: "Adakah anda tidak boleh dikritik jugak spt UMNO/BN?..Alahai..melenting jgk..!"
Dan anda bertanya apakah sumbangan PAS terhadap anak2 muda?Ini soalan orang tak sekolah..tengok sekeliling bro..tengok..jgn tengok tmpat judi, disko atau tmpat ekor..itu bukan sumbangan PAS..

Sekali lagi,ku sertakan
Nor Miswary Ramli
Shah Alam
(nama sendiri tanpa sembunyi)
Aduka said…
Buat adik Nor Miswari Ramli (nama penuh tanpa sembunyi..sedap nama itu),

Janganlah cepat melatah dgn soalan saya,saya hanya bertanyakan apakah sumbangan PAS terhadap anak2 muda..?Semudah itu sahaja soalan saya kalau itulah yg dikatakan soalan tidak sekolah. Kongsi2kan lah bersama sahabat semua! Atau mungkin YB khalid samad boleh menjawab tidak sekolah itu bagi pihak saudara?

Pernahkah saya mengatakan saya adalah pro umno/bn? BIla dikritik,terus2 di cop sbg umno/bn..haha! Tak mengapa,saya anggap sahaja itu pemikiran budak2 nakal PAS..kerana dalam PAS pon ada yg baik,yang nakal pon RAMAI :)Sedangkan TG Hadi Awang pon bersedia utk dikritik..inikan pula adik Nor Miswari dan YB khalid kan?

Nampaknya bila minda sudah dikuasai sifat amarah..begitu mudah hati berprasangka..tak begitu Nor Miswari Ramli? Tenangkan2kan hati semasa berhujah...elakkan berperangai seperti rakan senada seirama DAP yg gemar membuat provokasi membuta tuli (terkini pembawa budaya memijak gambar). Tidaklah saya katakan anda tolol,bodoh dan bebal seperti kelakuan terkini DAP..semoga anda dijauhkan seperti itu :) Saya doakan yang baik2 utk adik Nor Miswari ye!
Nor Miswary Ramli said…
"Tidaklah saya katakan anda tolol,bodoh dan bebal seperti kelakuan terkini DAP.."Aduka said

"elakkan berperangai seperti rakan senada seirama DAP yg gemar membuat provokasi membuta tuli (terkini pembawa budaya memijak gambar)"Aduka said.

Alhamdulillah.Terima Kasih atas pujian kpd nama saya. Syukur atas kebijaksanaan ayahanda saya.Saya tenang.Biasa dan okey bila dikritik.Saya matang,maka dgn itu sya mengkritik saudara pula.Apa saudara juga tidak mampu menerima kritikan juga? Cuma saya tak perlu sampai memberi pandangan yg berat sebelah spt ayat2 saudara terhadap DAP spt di atas.Mereka juga berusaha utk orang yg mereka pimpin.

"saya hanya bertanyakan apakah sumbangan PAS terhadap anak2 muda..?" Aduka said.

Keluar lagi soalan ni? Tengok sekeliling saudara.Tengok. Tersenyum saya baca tulisan dan soalan saudara ni. Dunia itu jambatan ke akhirat. Tengok anak2 muda sekarang. Yang ketagih budaya terlalu sukakan hiburan dan keseronokan. Apa sumbangan dan usaha PAS utk itu? PAS mendidik dgn berusaha mendekati mereka dgn mengajak menyertai PAS dan mengajak mendekati Islam dgn tarbiyyah agar apabila mereka menerima Islam itu secara keseluruhannya,maka mereka dgn mudah menolak kemungkaran dan tidak menjadi insan yg menilai seseorang itu dgn warna kulit dan sepet mata sahaja. Tetapi menilai dgn kebaikan dan sahsiah peribadi seseorang itu, kerana kemuncak kecintaan adalah utk ALLAH sahaja. Maka tidak lagi akan ada mereka yg hanya melihat Malaysia, Selangor atau lain2 negeri hanya utk org Melayu dan Islam itu hnya hak org Melayu sahaja.Itu pembinaan PAS utk anak2 muda skrg dan bukannya membuat pertandingan relaiti TV yg melalaikan. Itu yg saya mintak saudara Aduka tengok jgk sekeliling saudara. Bertenang. Cuba jd matang dan tengok semula sekeliling.Tengok dan berlapang dada yea.

"Sedangkan TG Hadi Awang pon bersedia utk dikritik..inikan pula adik Nor Miswari dan YB khalid kan?"Aduka said

Benar TG Hadi bersedia dikritik. Itu ciri2 hebat pemimpin PAS.Dan saya istiqamah belajar dari tok guru spt beliau.Dan saya harap saudara Aduka pun ikut belajar sama-sama ya! :-)

Nor Miswary Ramli
Anonymous said…
Assalamualaikum...

Buat adik Nor Miswary Ramli dan Aduka

Semoga Allah Menambahkan rahmat dan keredhaanNya kepada anda berdua.

Sesungguhnya jika kita melihat kehidupan muda mudi zaman kini, kita hanya dapat melihat kemungkaran dan maksiat yang berlaku.. itu sudah nyata dengan statement yang di keluarkan oleh adik Nor Miswary Ramli mengenai anak Nazri Aziz yang hebat di disko, club tetapi lemah di sejadah. tidak dinafikan hampir semua golongan yang "berada" ada disitu. jika hari ini kita hanya melihat kemungkaran tetapi tidak mengubahnya, adalah seperti kita terlibat sama..
diceritakan oleh Nabi S.A.W. kepada para sahabat:
"Di Padang masyar nanti, apabila sahabata kita dihitung, apabila datang perkaraperkara yang dipersalahkan keatasnya, maka dia akan mencari rakan-rakan terdekat nya dan mempersalahkan keatas kita mengenai kesalahannya dengan menuduh kita tidak menegurnya."
Jadi adakah anda semua sudah bersedia untuk mengajak sahabat-sahabat yang jauh "tersesat" itu kembali ke jalan yang benar.
jangan lah kita menjadi seperti Anjing yang menyalak tetapi dari dalam rumahnya....

Shukur kepada Allah kerana Allah memberikan kita nikmat dan rahmat.

Untuk adik Nor Miswary Ramli:
Jika anda hanya pandai menulis mengenai BTN tetapi tidak pernah hadir kursus BTN, saya rasa tak perlu lah terus memperdebatkan mengenainya... Datanglah dulu baru tahu..

Satu kursus dianjurkan oleh BTN di satu kem di Besut (Kem Swasta), peserta nya adalah Mahasiswa yang akan ke Mesir dan dri Kelantan. Umumnya tahu bahawa apabila peserta hendak ke Mesir dan dari Kelatan, sudah semestinya mereka ini Pro-Pas, tetapi bila diajukan mengenai isu semasa negara, mereka gagal menjawab, bila kita kaitkan dengan ajaran Nabi S.A.W. mereka gagal untuk mematahkan fakta yang diberikan. tetapi mereka masih menyokong PAS, tetapi tetap juga kerjaan taja mereka untuk ke Mesir...
Kata Umar Al-Khatab " Janganlah kita melihat apa yang negara beri pada kita, tetapi lihatlah apa yang kita beri pada negara"

Sekian.

Wassalam....

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.