Skip to main content

Jawapan Pak Menteri di Parlimen

Mesyuarat ketiga, Penggal kedua, Dewan Rakyat ke 12 telah bermula pada hari Isnin, 19 Oktober 2009 yang bakal menyaksikan berbagai lagi kepincangan kerajaan BN dalam mengurus tadbir negara kita ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mulakan dengan mengulas jawapan yang telah pun diberikan oleh dua Kementerian yang berikut.

Pertama: Jawapan TPM berhubung rasionalnya mengapa kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk menukar semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda. Beliau menjawab – perlu membuat kajian serta menentukan tenaga guru mencukupi, terlatih dan sebagainya.

Tetapi persoalannya, dahulu apabila melaksanakan PPSMI, mengapa tidak dilakukan sedemikian? Buat kajian terlebih dahulu, tentukan tenaga pengajar mencukupi dan begitu juga kemahiran yang berkaitan. Ini tidak, main rempuh sahaja walaupun ramai yang membantah. Dalam melaksanakan satu dasar dan kaedah yang baru, sudah semestinya dasar dan kaedah tersebut memerlukan kajian dan persiapan yang teliti. Kaedah kerajaan BN seperti biasa, terbalik! Apabila ingin laksanakan dasar baru tiada kajian dan persiapan yang teliti. Tetapi, apabila menukar kembali ke dasar yang asal, perlu kajian dan persiapan yang teliti!

Berkenaan soalan tambahan mengenai apa jaminan kerajaan tidak akan kembali kepada dasar PPSMI atau yang seakannya dan seterusnya mengabaikan Bahasa Malaysia, TPM telah menjawab bahawa status Bahasa Kebangsaan dijamin dalam Perlembagaan negara.

Tetapi apa yang lebih merisaukan banyak pihak ialah status Bahasa Kebangsaan telah pun dijamin dalam Perlembagaan sejak dari dulu lagi. Namun perkara ini tidak menghalang kerajaan BN melaksanakan satu dasar yang jelas bercanggah dengannya! Atau apakah mungkin TPM baru sahaja sedar kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan?

TPM seterusnya menyebut bahawa yang penting ialah persoalan meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris tanpa menjejaskan status dan penggunaaan Bahasa Kebangsaan. Maka jelaslah bagi beliau, ini masih lagi merupakan satu persoalan yang beliau sendiri tidak tahu cara mengatasinya. Jawapan sebenarnya mudah sahaja. Bukan dengan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris!

Jika kita ingin meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, maka perlulah belajar bahasa Inggeris. Kita mengajar Sains dan Matematik untuk anak-anak kita faham Sains dan Matematik. Oleh itu perlu mengajar mata pelajaran ini di dalam bahasa yang mereka mudah fahami. Bukan dalam bahasa yang kita sendiri mengakui bahawa pelajar lemah penguasaannya.

Kedua: Jawapan Timbalan Menteri berhubung perlanjutan perkhidmatan Ketua Polis Negara yang menyebut prestasi KPN amat memuaskan.

Sebenarnya prestasi KPN memuaskan hanya dari persepsi BN. Kadar jenayah dikatakan meningkat dan banyak persoalan berhubung penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran dan pengurusan beliau masih tidak terjawab. Status rasuah dalam Institusi PDRM diketahui dan diakui umum. Ini masih tidak berubah. Biasanya dalam menangani masalah rasuah, orang nombor satu institusi terlibat perlu dipertanggung jawabkan tetapi di bawah kerajaan BN sebaliknya yang berlaku. Setelah pendedahan dibuat oleh sebuah Suruhan Jaya Di Raja sekalipun, namun tiada apa-apa tindakan yang bersungguh-sungguh untuk mengatasinya.

Hakikatnya, walau sejelas mana sekalipun kegagalan KPN tersebut, KPI yang terpenting dalam pertimbangan kerajaan BN ini adalah kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada perintah dan arahan yang diberikan oleh kerajaan BN itu sendiri. Itu sahaja.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum...

Sejak zaman berzaman saya belajar bahasa Inggeris, kelemahan utama tatabahasa. Mana taknya teacher/sir bila masuk start ajar bahasa Inggeris dalam bahasa Inggeris sendiri. Matilah pelajar-pelajar nak faham, akibatnya subjek ini diabaikan dan belajar sebagai syarat untuk lulus peperiksaan.

Di Malaysia pelajar lahir dari perut ibu, lidahnya diasah dengan bahasa ibundanya. Jadi pada hemat saya, dari bahasa Inggeris diajar dalam bahasa Inggeris, lebih wajar bahasa Inggeris diajar di dalam bahasa Melayu/Cina/India/dll pada tahap awal persekolahan. Ini pernah dipraktikan oleh guru-guru tertentu dan didapati berjaya; anak Melayu faham hukum bahasa Inggeris apabila diajar di dalam bahasa Melayu. Amat wajar hal ini dikaji oleh penyelidik TESL.

Namun, apa yang saya nampak kecenderungan bijak pandai yang pergi belajar Bahasa Inggeris di luar negara pemalas, ceduk terus silibus di sana tanpa mengkaji sesuai atau tidak dengan keadaan di Malaysia. Jadi mana tak hancur prestasi pelajar.
musdeng said…
Mana boleh tukar cam tu je Datuk, kami dah sign kontrak print buku 3 tahun pasai depa tulun BN masa PRU12 kemarin. Kontrak tu sampai PRU akan datang. Kalau kamai batai kontrak cam tu aja, mampuih la anak cucu kami Datuk.
Terutamakan masa depan anak-anak kita said…
Saya setuju dengan pendapat YB iaitu "Kita mengajar Sains dan Matematik untuk anak-anak kita faham Sains dan Matematik. Oleh itu perlu mengajar mata pelajaran ini di dalam bahasa yang mereka mudah fahami. Bukan dalam bahasa yang kita sendiri mengakui bahawa pelajar lemah penguasaannya."

Tetapi tahu tak YB yang ramai juga anak-anak kita (pelbagai kaum termasuk juga anak Melayu) dimana bahasa yang mereka mudah fahami ialah BI? Kalau begitu, kenapa tidak benarkan belajar S&M dalam bahasa Ingeris ini yang merupakan "mother tongue" bagi golongan anak-anak ini. Adakan YB membuat kajian terutamanya di bandar untuk memastikan berapa peratus anak-anak yang mahir and mudah faham BI?
Anonymous said…
YB,
Jawapan kepada Pak YB yg darat.

Pertama:
dasar utk kemahiran bahasa inggeris pun nak pertikaikan ke? dasar ini utk siapa? utk BN ke atau utk anak-anak kita?

saya walaupun tak sokong BN dlm banyak hal, tapi PPMSI adalah medium utk anak-anak saya meningkatkan kemahiran bahasa inggeris mereka samada di sekolah ataupun di rumah.

2012 atau bila-bila sekalipun, kerajaan tetap utk memansuhkannya. kesilapan PPMSI adalah kerana dasarnya adalah terburu-buru.

Kedua:
Tidak dinafikan, statistik kadar jenayah amat membimbangkan.

Tapi, YB telah memalitkan pentadbiran dan pengurusan PDRM dgn rasuah!

Kalau YB ada bukti tentang penyelewengan rasuah PDRM, sila kemukakan bukti. Jangan main hentam keromo je nak burukkan PDRM.

Moral & Kesimpulan:
Pendapat saya, sepatutnya semua ahli-ahli parlimen semasa sidang parlimen membincangkan & memberikan idea bagaimana nak meningkatkan kemahiran bahasa inggeris kepada generasi muda bermula di pra sekolah lagi. bahasa melayu tetap di martabatkan.

keduanya, terdapat kencenderungan ahli-ahli parlimen drp pembangkang memalitkan fitnah terhadap PDRM amnya dan KPN khasnya. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa tidak pernah berlaku sebelum tarikh DSAI di pecat drp kabinet malaysia?

Perlu di ingat, KPN sekarang adalah antara saksi utama perbicaraan DSAI dlm kes liwat sekitar tahun 1998.

Cara & motif YB tulis seperti amat berdendam kepada KPN.

YB kenal rapat ke dengan KPN sekarang ni?

Semua yg buruk dtg drp BN.
PAS saja yg terbaik..betul ke mcm tu YB!!!..
Anonymous said…
Dr. Rahul & YB,

ISLAM adalah agama yg benar.

ISLAM bukan tuan kepada mana-mana agama.

ISLAM adalah PERCAYA ALLAHUAHAD. MUHAMMAD ADALAH RASUL.

Tak ada PAS for ALL dalam ISLAM..sebab ISLAM itu bukan for ALL tetapi ISLAM itu for ALL MUSLIM YANG BERIMAN KEPADA ALLAH.
kuzy said…
saya malu ada pak menteri macam ni.... merosakkan bangsa.. YB teruskan usaha mengembalikan hak kami sebagai rakyat malaysia...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.