Skip to main content

Di Antara Dasar dan Strategi

Terdapat pula sekelompok bijak pandai yang berkata, “dasar mesti sentiasa diutamakan berbanding strategi”. Ucapan seperti ini apabila disebut secara bersemangat, memang boleh menyebabkan sebahagian besar ahli terpengaruh sehingga menganggap strategi yang ditetapkan oleh pimpinan Pusat boleh diketepikan. Saya rasa itu merupakan kata-kata bersemangat yang hanya mengandungi semangat semata-mata walaupun diucapkan oleh golongan bijak pandai.

Marilah kita merujuk sejenak sejarah Rasulullah (SAW). Saya rasa semua mengetahui kisah Perang Uhud dan bagaimana 50 orang pemanah telah diarahkan oleh Rasulullah (SAW) untuk ditempatkan di atas Bukit Uhud. Baginda berpesan jangan turun walau apapun yang berlaku di medan pertempuran.

Bagi golongan yang menganggap `strategi' tidak sepenting dasar dan boleh diketepikan bila-bila sahaja, bergembiralah, kerana anda sependapat dengan golongan majoriti yang turun dari Bukit Uhud pada hari tersebut. Penempatan pemanah di atas bukit sememangnya hanya strategi dan pada hari itu, ingkar terhadap strategi yang ditetapkan telah mengubah kemenangan, yang hampir dalam tangan, menjadi kekalahan.

Bagi saya PR adalah strategi. Yang mempertahankan PR di Selangor adalah mereka yang bersependapat dengan Abdullah Bin Jubair pada yaumul Uhud. Maka bergembiralah walaupun anda dikatakan minoriti.

Ada juga saya terdengar sekelompok lain yang berkata, juga dengan penuh semangat, “PAS dijunjung atas kepala, Tahaluf Siyaasi hanya di paras bahu”. Kata-kata yang menarik dan.....hanya setakat itu sahajalah! Kelebihannya hanya terdapat pada betapa menariknya kata-kata itu dan betapa bersemangatnya kata-kata mereka yang berkata. Namun ianya kosong dan tidak bererti sama sekali. Persoalannya, bagaimana hendak diletak dibahu sesuatu yang telah ditetapkan oleh PAS itu sendiri? Tidakkah apabila keputusan dan arahan PAS diletak dibahu bererti kita meletak PAS sendiri di paras bahu?

Hmmm, pening di antara bahu dan kepala? Tidak mengapalah, bagi yang tak biasa bahasa kiyas mengiyas ini, biar saya jelaskan melalui satu lagi kisah dari sejarah Rasulullah (SAW).

Cuba kita kaji peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah pula kali ini. Sememangnya dasar islam adalah keadilan dan juga ukhuwwah. Ukhuwwah tertinggi semestinya ukhuwwah islamiyyah iaitu perasaan kasih sayang sesama orang Islam. Namun perjanjian Hudaibiyyah yang merupakan strategi Rasulullah (SAW), merupakan perjanjian yang tidak adil dalam arti kata ianya berat sebelah dan menguntungkan golongan Quraisy. Perkara ini semua tahu, termasuklah para sahabat pada ketika itu. Walaupun begitu, Rasulullah menerimanya kerana Baginda melihat syarat-syarat yang ditentukan walaupun tidak adil, membuka peluang kemenangan yang lebih besar. Maka strategi dituruti walaupun terpaksa menerima syarat yang tidak adil. Adakah dengan menandatangani perjanjian itu maka Rasulullah mengorbankan dasar dan maruah ummat Islam? Sudah pasti tidak!

Pada hari perjanjian itu ditanda-tangani tidakkah berlaku peristiwa di mana Suhail bin `Amr yang mewakili kaum Quraisy mengheret kembali anaknya Abu Jandal yang telah Muslim? Suhail menampar muka anaknya dan memegang tengkuk anaknya dihadapan kaum Muslimin sambil berkata “Hai Muhammad! Sebelum dia datang kepada kamu, di antara kamu dan saya telah ada satu perjanjian.”. Suhail mengheret Abu Jandal untuk kembali ke Mekah sambil Abu Jandal berteriak, “Wahai kaum Muslimin, saya akan dikembalikan kepada kaum musyrikin untuk disiksa kerana agamaku (Islam)…”

Adakah pada ketika itu Rasulullah (SAW) tidak menjunjung Islam di atas kepala Baginda dan sebaliknya mengutamakan `strategi atau tahalluf' melebihi dari Ukhuwwah Islamiyyah itu sendiri?

Dan ada yang lagi dahsyat lagi! Persetujuan Rasulullah (SAW) supaya perkataan ’Muhammad, Rasulullah’ digantikan dengan ’Muhammad ibni Abdullah’ dalam perjanjian tersebut atas desakan Suhail! Adakah ini penggadaian dasar yang dilakukan oleh Rasulullah? Baginda mementingkan strategi lebih dari dasar? Sekiranya dikatakan ’ya’ maka jelaslah anda keliru! Seperti kelirunya mereka yang menganggap setia dengan strategi PR sebagai menggadai dasar.

Saya dengar akan ada usaha untuk terus melagakan PAS Selangor dengan PR Selangor atas hujjah-hujjah bersemangat dan motivasi seperti di atas. Maka akan berkatalah golongan ini “Islam dijunjung di kepala, tahalluf di junjung di paras bahu”. Kata-kata menarik... tetapi kosong dan tidak membawa apa-apa makna untuk membantu perjuangan Islam itu sendiri.

Saya harap yang membaca memahami; yang ingin pertahankan PR di Selangor adalah sama seperti mereka yang mampu melihat kebijaksanaan Perjanjian Hudaibiyyah dan akur dengannya. Yang melenting-lenting dengan ucapan bersemangat adalah seperti mereka yang membantah Perjanjian tersebut dan ingin terus mempertikaikannya. Kalau anda salah seorang dari mereka, hentikanlah.

Harap faham. Strategi yang ditetapkan mesti dipatuhi. Perjanjian yang merupakan sebahagian dari strategi, mesti dituruti. Kalau kita ketepikan strategi dan perjanjian yang telah ditetapkan oleh PAS Pusat, atas apa alasan sekalipun, kita meletakkan PAS di tapak kaki kita, bukan di kepala ataupun di bahu kita!

Atau apakah mungkin ada yang tidak kenal mana tapak kaki, yang mana bahu dan yang mana kepala?
Untuk makluman, semua strategi ditetapkan mengambil kira dasar yang ingin diperjuangkan. Oleh itu tidak akan bercanggah satrategi dan dasar sekiranya dikaji dan difahami dari sudut menyeluruh. Ianya hanya kelihatan bercanggah, seperti Perjanjian Hudaibiyyah, tetapi sekiranya difahami dari sudut yang tepat, tiada penggadaian dasar yang telah dilakukan. Dan disinilah perlunya wala’ yang sebenar. Iaitu patuh kepada arahan berhubung strategi, persoalan yang boleh dipertikaikan, tidak seperti hukum dan dasar. Namun ianya tidak dipertikaikan kerana keputusan telah pun dibuat dan kita wala’.
Kukuhkan PR dan jangan sengaja mencari perbalahan. Tak perlu timbul soal 'atas bahu ataupun atas kepala’. Mereka yang berusaha untuk menggagalkan PR dengan membawa soal Melayu-Islam, merekalah yang tidak wala’.
...................walaupun mereka merupakan pemimpin!!!!


WalLahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

milestone said…
Salam YB & Semua,

Itulah juga mungkin hikmah ALLAH mengangkat Nabi SAW sbg Rasulullah pada ketika umur baginda 40 tahun? Kenapa tidak ketika belasan atau 20an? Lumrahnya, yg mana ketika umur itu fizikal sedang kuat, hati sedang memarak semangatnya!!
Yg jelas saya nampak, ISLAM tidak tegak atas dasar semangat semata-mata, atas dasar kekuatan tubuh & fizikal semata-mata..
YB, saya faham pada situasi dlm PAS, dan telah mendekati juga berbagai org dlm pelbagai usia dan pelbagai cara mereka cuba memahami politik.., dan saya lebih selesa mendekati approach cara YB, YB Hulu Kelang dan ramai lagi sebenarnya.. Semoga ALLAH tetap menyatukan ukhwah kita dalam apa jua situasi dan ujian...

Wallahu'Alam

Let's heading to Bagan Pinang ;-), insyaALLAH.

-milestone-
man said…
Salam.

Saya melihat, mereka yang 'bersemangat' sangat, konon untuk 'mempertahankan' PAS ni, hakikatnya mereka ini lemah dalam berhujah, secara tidak langsung lemah untuk berhujah.

Maka, diguna 'kata-kata semangat' (kononnya), bagi menunjukkan mereka ini lebih hebat, lebih wala' dan lebih faham ilmu haraki dan strategi.

Teruskan usaha murni YB berdakwah, berhujah dan mengkritik.

Pun begitu, saya tak bersetuju YB mendedahkan hujah orang lain (bukan hujah YB) tentang wala' dalam entry sebelum ni. Saya tidak rasa warga PAS Shah Alam dan rakyat umum perlu tahu hujah orang lain tu. Cukup sekadar YB berikan hujah YB.
Tahniah, penjelasan yang sangat baik...sayangnya mereka yang menentang kaedah saudara tidak habis silibus usrah dan tak baca seerah...itulah masalah utama mereka.
PAS BERIS PAK ABU TELAH MELANCARKAN TABUNG DERMA UNTUK MANGSA MANGSA RIBUT DI KG. KAMI. HULURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI, AKAUN BANK ISLAM BERNOMBOR : 13-035-02-013532-5. http://malaysiaberih.blogspot.com/2009/09/ribut-melanda-beris-pak-abu20-buah.html ~umarfareez
Anonymous said…
Setujuuuuu....!!!
TAKBIR..!


=)Ani
Bang Aji said…
Salam YB,
Hujah & penyampaian YB memang menarik..Terang & mudah difahami. Setiap sejarah Islam memang menjadi kewajipan untuk setiap pejuang & gerakan Islam gunapakai sebagai bahan rujukan dalam merencanakan strategi atau halatuju. Namun demikian, yang menjadi perbahasan masa kini ialah YB telah menggunakan saluran yang kurang tepat dalam menyampaikan teguran terutama sekali kepada orang yang memimpin kita. Itu pandangan kami sebagai ahli PAS...Bagi mematangkan perjuangan, semua jemaah harus belajar menerima kritikan & turut belajar yang bukan semua pendapat kita adalah terbaik & boleh diterimapakai oleh semua ahli mesyuarat. Walaupun hakikat pada akhirnya, orang lain boleh realise yang pendapat juga adalah terbaik..Kekadang timbul rasa bosan permainan politik antara individu di kalangan pemimpin yang diangkat oleh jemaah. Mana lebih penting...Gerakan Islam PAS itu yang lebih utama atau kepopularan kita yang diutamakan...Kritiklah secara berhemah & cukuplah sekadar dalam mesyuarat. Rakyat yang menyokong PAS & PR memang benci lihat pertikaian demi pertikaian antara pemimpin terutama sekali yang berlambangkan Parti Islam. Soal wala' atau tidak cuba selesaikan & tidak perlu untuk YB memberikan markah bonus kepada UMNO/BN untuk jadikan isu & bahan sorakan.
Anonymous said…
Pening la aku baca huraian kau!
Berbelit-belit..sampai terbelit otak aku.

Pada pendapat aku, kau tak boleh compare dgn cara pemerintahan Rasulullah (SAW) dgn pemerintahan PR!

Pemerintahan Rasulullah (SAW)adalah berteraskan Tauhid & sahabat-sahabat baginda berteraskan Al Quran & Al Hadis.

Pemerintahan PR pula bagaimana?
DAP adalah Sosialist. TGNA juga pernah kata Sosialist adalah adik beradik dgn Communist.

PKR juga adalah gabungan Sosialist & Nasionalist (UMNO Reject).

PAS setahu aku sebelum March 2008 adalah berteraskan perjuangan Islam/Hudud/Al Quran/Al Hadis.

Tetapi selepas March 2008, semua di tolak tepi asalkan UMNO di jahanamkan.

Walaupun UMNO itu adalah Nasionalist, tetapi pada aku, perjuangan UMNO juga berlandaskan Islam.

So, kalau kau kata ada usaha untuk terus melagakan PAS Selangor dengan PR Selangor, pada aku ianya adalah drp kelompok dari dlm yg menentang Islam itu sendiri.

Cuba tengok DAP. Apa yg mereka tak pernah kata tentang Islam. TGNA membela puak-puak ini dgn berkata DAP tidak faham Islam maka ianya tak mengapa.

Contoh DAP satu lagi membenarkan arak di jual di 7E. Tapi kelompok-kelompok buta hati drp melayu PR kata ini adalah hasil peninggalan UMNO dulu. Jawab atau bangkang lebih senang drp melaksanakan.

Satu lagi, cuba ambik contoh PKR, memberi hak samarata terutama dlm bab beragama. 1 Majid, 1 Gereja & 1 Kuil. Apakah Islam itu sama dgn agama lain?

So jgn kau bandingkan PR dgn cara pemerintahan Rasulullah (SAW).

Allah bukan utk Kristian & sepatutnya kau menentang usaha-usaha penggunaan nama Allah kepada kristian.

Tetapi lain pulak jadi bila kau kata boleh & kau membenarkan apa yg kau kata dgn mengambil ayat Al Quran tanpa tafsiran (atau di potong-potong) yang betul.

Cuba kau tanya org-org Kristian. Adakah mereka percaya Allah itu Tuhan? Atau Allah itu Jesus? Atau Jesus itu Allah? Atau Allah itu satu?

Aku tak nak ulas pasal Kuil.

Yang terakhir, adakah jika terdapat kumpulan di dalam PAS yg mahu membawa keluar PAS drp PR atas sebab sebab Melayu & Islam, adakah mereka tidak wala' walaupun mereka merupakan pemimpin?

Kalau DAP memang sengaja mencemar Islam & mencari pasal dgn Melayu, apa kau akan buat?

Adakah kau akan wala' pada pemimpin? atau kau melalak kata semua ini adalah mainan media massa atau mungkin UMNO yg sengaja nak melaga-lagakan pimpinan PAS & PR? Atau UMNO itu racist?

Adakah idea kerajaan perpaduan itu dtgnya drp UMNO?

Ataupun yg menentang idea kerajaan perpaduan itu dtgnya drp golongan erdogan?

Wala' membabi buta juga boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan.

Ingat! setiap 5 tahun kita ada pilihanraya umum & setiap 5 tahun rakyat akan keluar mengundi.

Kuasa yg ada adalah di tangan Rakyat.

UMNO dah rasa kejatuhan & mereka sedang bangkit. Tapi PAS baru 2 tahun, dan sekarang hampir hancur kerana DAP & PKR.

Fikirkan lah..
Anonymous said…
assalamualaikum.Nampaknya golongan yang turun dari bukit uhud ini bukan sahaja telah dan akan mengecewakan ahli2 Pas bahkan seluruh rakyat malaysia.sampai hati mereka yang ego ni membiarkan umno bn meratah dan mempelahap rakyat jelata yang tak tau bila berakhirnya.16 september dengan alasan ahli parlimen cina lebih ramai dari melayu sanggup mereka mengkhianati stretegi prakyat.orang orang ini hanya bodoh dan sangat sombong mengatakan kamilah yang betul.Kalau lah ada syedina umar nesceya mereka ini akan ditampar oleh beliau.semuga allah membuka benak dhati mereka,kasihanilah rakyat wahai orang2 yang sombong
ninGrat said…
salam YB.
apa pun saya menyokong pendapat YB..masalahnya dalam PAS sendiri byk ahlinya yang menyokong membabi buta..sebaliknya tidak menggunakan akal dan ilmu.. tu laa..sebaiknya ahli2 perlu dididik dengan ilmu..contohnya rakyat kelantan, tak lekang ilmu di dada mereka..sebab TGNA bagi kuliah sokmo.. Apa pun pepandailah YB dan Dr Hassan menangani majlis ilmu untuk ahli2 di Selangor...
mae said…
Apa ada persamaan antara 'strategi' Rasulullah mengarahkan pemanah jangan turun dari bukit walau apa terjadi dengan 'strategi' PAS ? Strategi Rasulullah itu memperteguhkan pasukan, tapi apakah strategi PAS berciri memperteguhkan muslimin ? Strategi PAS bersifat lebih kepada memberi peluang pada bukan Muslim memperkuatkan kedudukan mereka.
A. Alshukor said…
YB Khalid,

Apa juga yang dilakukan, pastikan lah ia untuk menegakkan kebenaran. Sekiranya lupa, akhirnya yang rugi adalah rakyat yang mencari perubahan.

Hak rakyat perlu diutamakan, ingatlah yang riak dan sombong itu akhirnya akan tersungkur.
Anak Perelih said…
YB...

Memang "PR adalah strategi".. tetapi apa pula strategi PR (PAS) untuk memenangi kawasan luar bandar??? dan bagaimana pula strategi PAS untuk membuktikan propaganda UMNO yang "PAS kuda tungangan UMNO" sebagai tidak benar??? Propaganda ini sedikit sebanyak ada orang Islam/Melayu luar bandar yang termakan dan percaya... seperti di PRK Bukit Gantang... Keluar kenyataan penafian saya rasa bukan satu strategi yang baik untuk menafikan propaganda UMNO ini kerana maklumat alternatif kurang sampai ke kawasan luar bandar (harakah pun susah didapati di kawasan ini)... PR memerlukan strategi dalam bentuk perbuatan untuk membuktikan propaganda UMNO itu salah... dan PAS banyak bertanding di kawasan luar bandar ini.....
Muhasabah untuk YB (1)...

Akhir-akhir ini bermacam-macam tuduhan dilemparkan; PAS Selangor sabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Dr Hassan Ali ingin membawa PAS menyertai BN, Exco PAS tidak memberi kerjasama kepada Menteri Besar, dan sebagainya.

Ada-ada sahaja untuk memburuk-burukkan Dr Hassan Ali dan PAS Selangor. Apa sahaja tindakan Dr Hassan Ali dan PAS Selangor, pasti akan cuba untuk diburuk-burukkan.

Apa sahaja daripada Dr Hassan Ali akan dikatakan daripada Umno. Apa sahaja kata-kata daripada Dr Hassan Ali, dikatakan mahu membawa PAS masuk ke dalam Umno.

Lebih malang lagi, usaha memburuk-burukkan PAS ini datang daripada YB sendiri yang selalu sahaja mencari pasal dengan ketua YB. Tidak cukup dengan itu, beberapa wakil rakyat DAP pula yang terlebih sudu daripada kuah mengulas isu ini menyokong gesaan YB tadi untuk Dr Hassan Ali keluar daripada Pakatan Rakyat.

Hairan, kenapa PAS selalu diserang dengan alasan PAS ingin menyertai BN?

Daripada isu muqabalah, kerajaan perpaduan, dan yang terkini isu SELCAT. Apa ni YB...

Seolah-olah YB sekarang mewakili parti kepada lawan PAS kerana mendesak DR Hassan Ali keluar daripada PR.

Walhal, suatu ketika dahulu YB Azmin Ali juga pernah menegur Menteri Besar dan kepimpinan kerajaan Selangor. Namun, tiada pula YB mendesak YB Azmin Ali keluar daripada Pakatan Rakyat. Atau tiada pula dikatakan bahawa teguran Azmin Ali adalah daripada Umno? kenapa YB? strategi apa ni?

Setakat ini tidak ada wakil rakyat PAS yang mengugut hendak keluar daripada PAS. Yang pernah ada, wakil rakyat DAP yang mengugut untuk melakukannya di Kedah.

Malah, selepas PRU lepas, tidak ada lagi wakil-wakil rakyat PAS yang melompat parti menyokong Barisan Nasional. Yang pernah ada, wakil rakyat PRK dan wakil rakyat DAP yang melompat parti sehingga menggugat kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat.
Muhasabah untuk YB (2)....

PAS tidak pernah mengatakan wakil-wakil DAP dan PKR mudah dibeli oleh BN lantaran insiden ngeri kejatuhan kerajaan PR di Perak, sekalipun yang terlibat hanyalah DAP dan PKR. Ini kerana PAS yakin dengan setia kawan di dalam PR. Ia boleh diselesaikan dengan cara baik, bukan dengan cara menuduh membabi-buta. macam YB buat sekarang. apa ni?

Namun, kini apabila sedikit teguran daripada PAS kepada kerajaan PR, ada yang melenting tidak tentu hala termasuk la YB sendiri. Kemudian akan dibidas, “mengapa tidak dibawa berbincang di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat?”.

Namun, tindak-tanduk rakan-rakan PR yang lain, adakah “dibawa berbincang di dalam mesyuarat Pakatan rakyat?”.

Exco DAP mengarahkan memulangkan arak, adakah “dibawa berbincang di dalam mesyuarat Pakatan rakyat”? Tidak YB!!!!

MP dan Adun PKR meletak jawatan, adakah “dibawa berbincang di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat”? Tidak YB!!!!

PAS tidak pernah menuduh DAP dan PKR mengkhianati Pakatan Rakyat atas perkara-perkara tadi. Tidak pernah juga PAS menuding jari kepada rakan-rakan lain dengan bidasan “kenapa tidak dibawa berbincang di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat?” apabila Exco DAP mengarahkan memulangkan arak, atau Adun dan MP PKR meletak jawatan.

Semuanya disusuli dengan semangat setia kawan di dalam PR, tanpa menuduh yang bukan-bukan kepada rakan-rakan PR yang lain.

Jadi, adakah tidak wajar Dr Hassan Ali membuat teguran umum kepada SELCAT demi untuk penambahbaikan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?

Jadi,ada sesetengah pihak termasuk YB sendiri yang sebenarnya mempunyai masalah peribadi dengan Dr Hassan Ali.

Apa sahaja daripada Dr Hassan Ali, akan diburuk-burukkan. Apa sahaja tindakan beliau, akan dikaitkan dengan Umno. Malah, menjadi bahan jenaka, seandainya Dr Hassan Ali menjual surat khabar lama kepada ahli Umno, akan dijadikan modal untuk mengaitkan dan menyerang Dr Hassan ingin membawa PAS masuk ke dalam BN.(bukan Hassan Ali je, dah ramai pimpinan PAS lain yang YB tuduh)

Jika berita-berita angin ini disebar-sebarkan melalui blog-blog murahan atau pun daripada pimpinan-pimpinan parti lain, tidaklah ia menimbulkan konflik. Tetapi apabila ia digembar-gemburkan oleh seorang Ahli Parlimen PAS & YDP PAS Kawsan, ia adalah sesuatu yang melampau.

Jika benar Dr Hassan Ali ada usaha ingin membawa PAS masuk ke dalam BN, bawalah ke muka pengadilan dan kemukakan bukti. Malah, PAS Selangor akan menolak Dr Hassan Ali jika benar beliau adalah ejen Umno, sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Jelas terlihat di sini, adalah masalah peribadi di antara YB dengan Dr Hassan Ali. Tidak pernah pula terdengar daripada YB, atau terbaca di blog YB yang mengkritik pimpinan PKR dan DAP sebagaimana YB mengkritik sebegitu rupa Dr Hassan Ali.

Atau, YB ada agenda lain di sebalik semua ini?
Anonymous said…
dalam contact perjanjian hudaibiah, semua wala' kepada rosullullah sebagai pemimpin no.1 ketika itu dan sebaliknya di perang uhud.
anda bagaimana pula...
Azmi said…
assamalualaikum,
ya saya setuju dgn pendapat/penerangan yg jelas.sama juga kalo kita hendak berdakwah.jika kita x dapat nak bg penjelasan secara menyeluruh...kita bagi/ambil sikit peluang itu. kemudian kita akan sedikit2 mengecapi kejayaan. serupa juga seperti mengajar budak bertatih...perlu merangkak dahulu kemudian menyusur baru bertatih...yang penting utamakan agam...apa ada pada bangsa jika kita tiada agama...JAHIL.
mae1000 said…
Strategi apa itu dengan memberi peluang non-muslim memperkuat kedudukan mereka dan menekan suara ramai orang Islam sendiri ?
Anonymous said…
dasar kita pertama al-quran.ke2 assunnah. so,apajuga yg berlaku di zaman rasulullah boleh dijadikan sbg satu kaedah dan strategi bagi membuat sebarang keputusan atau penyelesaian masalah. as-syahid sayyid qutb pernah berkata "Sejarah akan berulang, pelakonnya berbeza, wataknya serupa". so, rujukan isu perjanjian hudaibiyah & perang uhud adalah relevan dalam konteks ini.
Mujahid al Jundi, cuba kome baca betul-betul tulisan Sdr Khalid ni, jangan main baca sekali hadap sahaja, baca dan hadamkan.

Kome faham ke tidak apa yang sedang berlaku dalam PAS ni? Kenapa sampai Khalid Samad, orang lama dalam PAS boleh ditamatkan (dipecat cara lembut?) daripada jawatan TPJ?

Cuba bayangkan, Shaari Sungip...atau dulu dikenali Abu Urwah, bukan orang baharu dalam bidang dakwah dan jemaah. Mereka diterminate macam tu sahaja oleh PJ PAS Selangor dan konco-konconya.

Saya ucap syabas kepada Khalid Samad dan Shaari Sungip, kerana mereka berjiwa besar. Tak memberontak bila dipecat. Sebaliknya istiqamah memberi idea dan teguran kepada kepimpinan.

Sebenarnya, PAS Selangor sudah mula berpecah sejak sebelum menjadi pemerintah bersama di Selangor ini. Jika anda nak tau lanjut, pegi cari...mana dia 'otai' pemimpin PAS Selangor sebelum ini...
Anonymous said…
selagi ada org macam mae1000 saya tak nampak islam akan di lihat sebagai agama yg di hormati di malaysia
zainal said…
DALAM "INSTINCT" SAYA, SAYA RASA YB NI MUNGKIN MUNAFIK....MEMUTAR BELIT KAN AYAT AL QURAN UNTUK MEMUNGKINKAN MENGHALALKAN APA YANG BUKAN ISLAM BUAT. LAMA KELAMAAN HANCUR MELAYU ISLAM DI TANAH SENDIRI GARA2 PERLAKUAN YB. BERTOBAT LA YB....MUHASABAH DIRI YB DULU SEBELUM BERSYARAH PADA ORANG LAIN....SAYA TAKUT YB DI TURUN BALA KELAK....KALAU TAK PADA YB SENDIRI...MUNGKIN PADA ANAK CUCU YB...
Anonymous said…
Kepada Mea1000 & Mujahid Al Jundi,

Saya setuju dgn kamu.

PAS sebenarnya sedang berstrategi utk memperkukuhkan kedudukan non-muslim terutama drp kalangan DAP & PKR utk menguasai politik Malaysia.

Mereka-mereka ini buat bukan utk mereka tetapi utk anak cucu mereka.

Org-org di dlm PAS yg berstrategi begini adalah drp golongan ERDOGAN mcm YB Khalid Samad.

Memang benar, tiada pernah saya dgr PAS ingin keluar drp PR kecuali kumpulan drp PR sendiri yg mengembar-gemburkannya. Mereka-mereka ini pandai spin cerita.

Jika ada yg tak puas hati dgn cara pentadbiran PR Selangor, mereka-mereka ini terus di chop agent UMNO.

Tengok apa jadi dgn YB Hasan Ali.

Tetapi, apa yg kita tidak nampak terdapat sebilangan besar pegawai-pegawai kerajaan sendiri tidak suka cara pemerintahan PR sendiri berbanding dgn BN. Kenapa ini boleh berlaku?

Apa kesilapan PR buat?

Saya bagi contoh. Kesilapan yg paling maksima & memalukan adalah isu arak, nama Allah utk Kristian & kuil.

Perkara ini sebenarnya dtg drp puak-puak liberal dlm PAS mcm YB Khalid Samad & ramai lagi..

Kenapa kita perlu salahkan UMNO sedangkan kita sendiri membuat silap?

Adakah dgn menyalahkan UMNO itu maknanya PAS boleh kekalkan sokongan 100%?

Adakah dgn menyokong DAP & PKR maka perjuangan & strategi kita adalah mengikut landasan ISLAM itu sendiri?

Apakah ideologi DAP & PKR? Apa pula ideologi UMNO? Bandingkan dgn PAS.

Pendapat saya, penjelasan YB Khalid mengenai strategi beliau adalah lebih kepada strategi bercelaru iaitu strategi yg memberi peluang kpd non-muslim memperkuat kedudukan mereka dan menekan suara ramai orang melayu khasnya & Islam amnya..

Ingat. UMNO sedang bangkit drp rebah.

Jgn pula puak-puak erdogan dlm PAS kata jika kalah PRU13 nanti di sebabkan ada agent UMNO dlm PAS yg sabotaj PR. Jangan di tuduh pulak YB Hasan Ali penyebab PAS kalah. Jangan di tuduh pulak UMNO main kotor. Ada pengundi hantu. Undi pos dan mcm-mcm lagi..

Ingat. UMNO sedang bangkit!
Anonymous said…
Bertaubatlah khalid Samad......Sudahlah tu.....Berhenti lh menghentam pimpinan...Anda kata Pimpinan PAS tak bleh ditegur ye....Tapi bila pimpinan dan ahli-ahli PAS menegur anda....anda terus melenting dgn emosi dan bidas balik teguran pimpinan PAS....Kenapa anda langsung tak bleh ditegur? Adakah anda sorang je yg betul khalid samad......Buangkan sifat egois dan dengki tu.....Saya pesan diri saya agar tidak dengki dan egois.....Abg Anda Syahrir Samad yg UMNO tu bile pulak...Harap jgn edit komen ini.....Selamat Hari Raya..Istighrfar pd Allah.....
Anonymous said…
Niat tidak menghalalkan cara.....nak jaga hati bukan islam pun kenalah ikut ikut cara Islam.....Takut nanti kita pula yg tersilap langkah..ikut cara nabi dgn bukan Islam....DASAR ISLAM JANGAN SESEKALI DIGADAIKAN kerana hanya nak jaga hati BUKAN ISLAM....Hidayah ni ALLAH je yg bg pd bukan Islam....


Bertaubatlah khalid Samad......Sudahlah tu.....Berhenti lh menghentam pimpinan...Anda kata Pimpinan PAS tak bleh ditegur ye....Tapi bila pimpinan dan ahli-ahli PAS menegur anda....anda terus melenting dgn emosi dan bidas balik teguran pimpinan PAS....Kenapa anda langsung tak bleh ditegur? Adakah anda sorang je yg betul khalid samad......Buangkan sifat egois dan dengki tu.....Saya pesan diri saya agar tidak dengki dan egois.....Abg Anda Syahrir Samad yg UMNO tu bile pulak...Harap jgn edit komen ini.....Selamat Hari Raya..Istighrfar pd Allah.....
Anonymous said…
Apakah anda tidak perasan bhw ALLAH sedang membongkar RAHSIA BESAR KHALID SAMAD......Allah pasti membongkar rahsia KHALID SAMAD jika perangai dgn ISLAM terus begini...
Abu Abdurrahman said…
Kepada mujahid al-jundi:

(a) "Apa sahaja daripada Dr Hassan Ali akan dikatakan daripada Umno. Apa sahaja kata-kata daripada Dr Hassan Ali, dikatakan mahu membawa PAS masuk ke dalam Umno." -- kita memang tidak tahu apa yang tersirat di dalam hati PJ Hassan Ali, tapi tindak-tanduk yang ditunjukkan beliau mengarah ke situ.

(b)"Lebih malang lagi, usaha memburuk-burukkan PAS ini datang daripada YB sendiri yang selalu sahaja mencari pasal dengan ketua YB." -- Yang dizahirkan YB Khalid Samad melalui hujah2 beliau membincangkan perkara2 berbangkit, bukan memburukkan PAS. Mereka2 seperti saudara saja yang beranggapan begitu. Adakah ini "makan cili, pedasnya terasa" saudara mujahid al-jundi?

(c) "Hairan, kenapa PAS selalu diserang dengan alasan PAS ingin menyertai BN?" --- ini hasil tindak-tanduk fraksi UMNO dalam PAS, bukan serangan melulu. Mungkin saudara Mujahid salah seorang dari fraksi UMNO dalam PAS?

Orang lama PAS Kg Jawa
Anak Perelih said…
Pembetulan...

YB...

Memang "PR adalah strategi".. tetapi apa pula strategi PR (PAS) untuk memenangi kawasan luar bandar??? dan bagaimana pula strategi PAS untuk membuktikan propaganda UMNO yang "PAS kuda tungangan DAP/PKR" sebagai tidak benar??? Propaganda ini sedikit sebanyak ramai orang Islam/Melayu luar bandar yang termakan dan percaya... seperti keputusan PRK Bukit Gantang tunjukkan... Keluar kenyataan penafian saya rasa bukan satu strategi yang baik untuk menafikan propaganda UMNO ini kerana maklumat alternatif kurang sampai ke kawasan luar bandar (harakah pun susah didapati di kawasan ini)... PR memerlukan strategi dalam bentuk tindakan/perbuatan untuk membuktikan propaganda UMNO itu salah... dan PAS banyak bertanding di kawasan luar bandar ini..... So far tindakan/strategi YB tidak mencerminkan untuk menang di kawasan kawasan Malay/Muslim Majority di luar bandar ini... Strategi YB lebih kepada untuk menang di kawasan bandar...


Tambahan...

Anggap sahaja dasar PAS sebelum PRU lepas sebagai Bukit Uhud... siapakah yang turun bukit uhud untuk menikmati kemenangan sementara itu???

Saya menyokong YB dan Hassan Ali berdasarkan isu yang terbit.. bukan secara membuta tuli sokong atau bantah...
Anonymous said…
kpd abdulrahman,

tindakan mengkritik kerajaan selangor oleh hassan ali ianya menjurus terhadap penyertaannya kpd UMNO..amat lemah kenyataan tersebut..tidak boleh dijadikan hujah yg kuat krn ada juga pemimpin pr lain yg mengkritik kerajaan selangor cthnya YB Wangsa Maju terhdap ronnie liu kenapa tidak dikaitankan beliau dgn penyertaan kpd BN...
Anonymous said…
Dari Ekologis Kg,

Sekadar tambahan, isu perang uhud bukan sekadar strategi atau dasar sahaja...tapi ia juga termasuk dalam soal patuh kepada nabi...hak2 syahadah...

Kepada yang mempertikaikan kenapa Shahrir tak masuk PAS...kena ingat, ISLAM ini tidak semestinya masuk PAS...If u ikut Quran Sunnah mengikut kefahaman 3 generasi pertama, u are gud muslim...

Shahrir kita tahu betapa di benci kepada korupsi dan rasuah..benci terhadap dua benda ini pun dikira amal jariah...Jangan rigid....

Apapun, saya bersama YB Khalid...Isu Hasan Ali bukan isu PAS UMNO...tapi isu yang lebih besar, "Kita ni jenis amanah dengan janji atau tidak"

Isu kredibiliti dan bijak dalam tindakan! Cukupla orang cina benci dgn melayu - Islam sebab tak patuh janji, jangan pimpinan Islam lak menambah kebencian orang kafir akibat mencabuli janji....
Anonymous said…
Salam anak perelih,
Dah namapun strategi, tentu berbeza mengikut lokasi, masa dan situasi. Kalau di bandar lain, di luar bandar lain, di Selangor lain, di Kelantan lain, di Terengganu negeri mujahid aljundi lain, dalam PRK lain, PRU lain,... harap dapat faham?

Study perjanjian Hudaybiah betul2 dgn mata hati, anda akan dapati perjanjian tsbt spesifik dgn kafir Quraissy, tidak transferable ke golongan Farsi, Yahudi atau Romawi.

Strategi berubah dan biasanya diputuskan dalam Lajnah Politik (yang Presiden PAS adalah Pengerusi dan YB Khalid adalah ahlinya).

Manakala dasar pula sesuatu yang tetap. Selalunya dasar PAS duduk dalam perlembagaan PAS atau diputuskan dalam muktamar PAS.

Kadangkala yang keliru apabila kenyataan datang dari pemimpin atasan PAS yang bergelar ulama, terus dikatakan dasar. Itu tidak betul dan harus diperbetulkan jika PAS ingin terus berpolitik.
Anonymous said…
Kepada Orang lama PAS Kg Jawa,

kalau saudara Mujahid salah seorang dari fraksi UMNO dalam PAS, maknanya YB Khalid, Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Dr. Hatta etc adalah proxy Anwar dlm PAS.

Jangan main tuduh-tuduh. Apa faedah pulak UMNO nak ada proxy dlm PAS?

Dah terang-terang YB Khalid ni dah terbelit.

Mcmana nak berstrategi kalau PAS nak hudud tapi DAP menentang?

Dlm PKR pun ada yg menentang...tu yg kena reject drp UMNO tu Zahid Ibrahim..apakah Orang lama PAS Kg Jawa rasa Zahid Ibrahim tu nak berkawan dgn PAS?

Sekarang ni PAS kena balik kepada prinsip perjuangan. Go or no go..

Kalau nak belakangkan prinsip, lebih baik pakat dgn UMNO je..dah tentu UMNO semua dlm tu Islam.

PAS dah banyak terpesong drp perjuangannya.

Saya takut puak erdogan dlm PAS ni akan menghancurkan PAS.

Kesian.
fitflex said…
yb khalid ni buta kayu bila dap x hormat lgsung kpd pr.tp mcm org kena ketuk kepala bila hassan ali beri teguran kpd pr demi kebaikan pr tu sendiri...
Kecaw said…
Saya mengulas komen yang ke-7 oleh Anonymous di atas.

Ini adalah masalah kefahaman kerana tidak terdedah dengan ilmu Islam. Sipenulis amat kuat mempertahankan melayu Islam, watak betul-betul spt yang YBKS tulis.

Malangnya ramai ahli PAS juga berfaham dengan kefahaman begini.

Islam ni Allah punya. Dia akan mempertahannya. Kita, umat Islam, kena menyampaikan Islam dgn jalan berhujah dengan puak kafir dan jahil. Mereka kuat dengan hujah mereka, kita juga mesti mempunyai ilmu seperti mereka untuk menyampaikan Islam.

Tidak wujud kita mempertahankan Islam, yang ada sebenarnya adalah kita menyampaikan hujah2 kebenaran Islam. Contoh, kalau kafir mengatakan Islam mundur kerana laksanakan hukum sebatan, hujah Islam adalah kerana ia adalah
cara terbaik untuk memastikan jenayah tidak berulang dan menghapuskan penyakit.
Kalau kafir kata kita menzalimi binatang kerana menyembelih, Islam kata itu cara terlembut kepada binatang supaya tidak sakit dan mengeluarkan darah kotor.
Kalau kafir kata wanita patut diberi kebebasan berpakaian, Islam kata itulah cara melindungi kemurnian dan keayuan wanita dan menjamin kesejahteraan masyarakat.

Nah, kita tak perlu pertahankan Islam kerana semua hujah kita sebenarnya menjelaskan Islam. Walaupun nampak defensive tapi sebenarnya progresif. Tetaplah berhujahlah, walaupun sikafir menolak hujah ini, kerana hidayah datang dari Allah.

Biar Allah pertahankan Islam dengan cara Dia, didatangkan bala bencana macam kisah Abrahah dan kaum Ad, bala ekonomi dengan keruntuhan sistem riba, bala
fikrah dengan hancurnya akidah komunis, bala tsunami kerana maksiat bermarajalela.
Biar Allah pertahankan Islam. Kita umat menyampaikan Islam.

Bila mereka attack Islam, peluang kita menjelaskan Islam.

Maka strategi PAS bertahalluf dgn DAP supaya rakyat kafir mendapat ilmu Islam dgn lebih baik.
Anonymous said…
Saya ada menonton komen dr hassan ali mengenai selcat. Beliau kata banyak benda kena ubah, seperti procedure, pendekatan dan bermacam-macam la kena ubah. Yang saya perhatikan dr. hassan sebagai pemimpin/exco mengemukan banyak permasalahan. Kalau orang datang pada saya dengan banyak permasalahan saya akan cakap bagus tapi pergi balik cari solutions dan datang balik pada saya dgn permasalahan dgn solutionsnya sekali. Jangan jadi part of problems but part of solutions. Antara masalah orang yg pandai berceramah adalah dia orang ni kalau cakap bukan main, tapi bila time berbuat/kerja agak kurang.
Anonymous said…
wei dok bisisng lagi pasal ni lagi. gi la bagan pinang. ko ni yb pas ke bloger bebas? orang dok fikir pasal nak menang kat sana korang dok sibuk hal ni lagi bodoh
jab sp said…
Wala' pada pemimpin bukan lagi sesuai pada masa ini.Sewaktu PAS dikawasan kawasan diketuai olih para tok guru yang tiada kepentingan peribadi ,wala' pada pemimpin mungkin sesuatu yang bolih diterima.
Tetapi dengan realiti semasa dimana PAS kawasan dan nasional diterajui olih kebanyakan profiosonal dan mereka yang libatkan dalam perniagaan,nawaitu kepimpinan bolih dipertikaikan berdasarkan kerja buat dan keputusan yang lebih mirip untuk keuntungan peribadi dan kroni.
Sesuai dengan itulah jika YB menyatakan strategi lebih utama dari dasar perlu diberi perhatian mendalam.
milestone said…
Salam,
Mlm ini si ASTRO AWANI, forum PAS & DAP relationship.. Tetamu YB Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS) & YB Tony Pua (DAP).. Please forward to others.
If not wrong will be starting at 11.30PM.. Happy watching and 'thinking'!

-milestone-
Anak Perelih said…
Anonymous 7:26 PM ..

Saya setuju dengan anda... mungkin Strategi YB Khalid sesuai di Shah Alam dan kawasan bandar.. tetapi strategi yang sama boleh merugikan PAS/PR di kawasan luar bandar di Selangor.... apatah lagi di negeri negeri seperti perelih, Kedah dan Terengganu... serta Perak...

kelantan senario dia lain kerana persepsi dan mentaliti rakyat dia terhadap PAS dah kukuh.

Apapun strategi mestilah selari dengan dasar serta prinsip perjuangan PAS....

Anonymous.10:45 PM ...
Saya rasa hassan Ali dah berikan cadangan solutions tu... dan antara sebab dia diserang kerana solutions dia tu...
Pas Sokmo said…
Hassan Ali pemimpin yang naik cepat dan ekspress. Dia mana ikut manhaj tarbiah. Tu yang bedal main ikut kepala dia je.

Kalo dah dasar naik ke puncak guna helikopter begitulah selamanya!
Rempit Insaf said…
Salam.

Apa2 pun percanggahan pendapat, lebih baik kita sama2 muhasabah diri masing-masing untuk menjadikan kita lebih matang dari semua sudut samaada berpolitik, berhujah dan sebagainya.

Trend sekarang ini, memperlihatkan Non-Malay yang lebih memberikan sokongan kepada PR hatta kepada PAS sendiri dalam PRU12 dan seterusnya PRK. So, sepatutnya senario ini kita sebagai sebagai pendukung @ penyokong PAS meraikannya dengan lebih proaktif.

Apabila UMNO mempropagandakan dengan mengatakan Melayu semakin terancam dsg..kita (sebagai Orang Melayu) sepatutnya jgn tertarik dengannya sama sekali..perlu diingat selama ini siapa sebenarnya pengancam Melayu yang sebenar-benarnya (isu bahasa, biasiswa, Raja-Raja Melayu, tanah rezab Melayu, ekonomi@kroni dll). Walhal pada hakikatnya propaganda ini dicipta oleh UMNO kerana kurangnya sokongan rakyat terutama Non-Malay kepadanya mutakhir ini.

Kita sebagai pimpinan dan ahli PAS sepatutnya mempunyai wawasan yang lebih jauh...Untuk menjadi satu parti yang dominan, so kita perlu menang banyak kerusi, so kita perlu ajak rakyat utk mengundi PAS, so utk rakyat undi PAS...rakyat perlu faham ISLAM. So kita jgnlah buang masa atau berangan-angan sama sekali dengan bekerjama dengan UMNO, Melayu akan lebih kuat & seterusnya ISLAM akan lebih gemilang.

Dalam isu di Selangor, kita kena terima hakikat bahawa PAS di dalam PR minoriti kerana kurang kerusi DUN. Sepatutnya kita bersyukur dengan 3 jawatan EXCO yang ada kalau dibandingkan dengan ratio DUN yang PAS ada kerana dengannya byk aktiviti2 PAS berjalan dengan jayanya dan secara tidak langsung rakyat dpt menilai prestasi PAS. Apabila sudah menjadi sebahagian drpd EXCO @ kerajaan, sepatutnya saling menyokong antara satu sama lain dan bukan menghentam secara terbuka di media.

Jadi...lu pikir la sendiri Nabil.eh eh bukan..Dr HA
Rakyat Malaysia said…
Kepada Mujahid Al-Jundi dan golongan sependapat dengannya ;

1) Memang benar Azmin Ali pernah kecam MB Selangor. Malah YB Wee juga berbuat demikian. Tetapi tak macam Dr Hasan, mereka tidak ditawarkan jawatan MB oleh UMNO.

2)Isu arak ; Dr. Hasan membuat tindakan melulu dengan merampas arak. Undang -undang persekutuan menyatakan arak boleh dijual asalkan ada lesen. Dr. Hasan bukan sahaja membelakangkan hak bukan orang Islam, tetapi melanggar undang-undang. Kerajaan negeri boleh disaman kerana Dr. Hasan. Malah Dtk Bandar S.Alam sendiri menyatakan mereka tiada hak untuk menyita arak tersebut.

3) Rokok juga bahaya kepada kesihatan dan boleh membawa kepada gejala dadah. Malah lebih ramai lagi remaja Islam yang merokok dari minum arak. Kenapa Dr. Hasan pula tidak nak "ban" rokok? Adakah ini kerana ramai perokok dalam UMNO dan PAS atau tiada arahan dari UMNO?.

4) Dr. Hasan dalam usaha arak beliau, Baginda Sultan Selangor pun dia tak endahkan. Ini dikatakan pejuang Islam dan Melayu.

5) Kerajan BN tumbang kerana sikap angkuhnya, korup dan racist. SELCAT cuba untuk membonkar gejala ini dan memastikan ia tidak berlaku dalam kerajaan PR. Kenapa Dr. Hasan nak melindungi mereka. Kalau kakitangan kerajaan ini tidak korup, apa yang digentarkan? Kalau atas arahan UMNO, katakan sahajalah dari arahan UMNO. Buat apa nak cakap secara tertutup? Jelas Dr. Hasan mendapat arahan UMNO untuk "cover up" , mungkin bila Khir Toyo merampas kerajaan Selangor (dengan bantuan Dr. Hasan) ala Perak, semua rahsia ini masih deperlihara.

6)Kenapa segala tindakan DAP dan PKR harus dikaitkan dengan kaum? Biasanya taktik inilah yang dipakai UMNO. Jelas ramai yang lupa Ketua Menteri P. Pinang Lim Guan Eng dari DAP masuk penjara mempertahankan hak seorang gadis. Tak nampak pun sesiapa dari PAS dan UMNO yang sangup berbuat demikian walaupun gadis ini Melayu. Mana pulak Dr. Hasan ketika itu? Mana pulak Tantawi. Nasha atau Hadi? Cakap saja kuat.

7) Kalau kakitangan kerajaan yang perbuatan salah lakunya di bongkar SELCAT, mestilah mereka kurang senang dan merajuk kepada Dr. Hasan. Lebih baik mereka ini merajuk dari rakyat merajuk. Kenapa Dr. Hasan suka mempertahankan golongan macam ini? Kerana zaman BN dulu mereka ini "Raja Setempat" tetapi dibawah kerajaan PR mereka kena buat kerja dan ikut arahan rakyat, tak boleh jadi Raja. Adakah Dr. Hasan cuba mempertahan sistem ini untuk UMNO?

Jelas sekali ramai dalam PAS sebenarnya macam UMNO juga yang racist dan korup seperti Dr. Hasan dan penyokongnya. Sebab itulah salah laku UMNO dipertahankan. Mereka ini sering mengatakan diri mereka pembela Islam dan Melayu.
Tetapi tanyalah diri adakah adil untuk Islam dan Melayu sering di kaitkan dengan perkaumman dan rasuah? Adakah golongan seperti ini wajar digelar pemimpin Islam dan Melayu?
Anonymous said…
Hasan ALi bukan BANTAH PENUBUHAN SELCAT TAPI CUMA MINTA DITAMBAHBAIKKAN Selcat itu dan dilantik org yg benar2 layak dr ADUN-ADUN SELANGOR....Hasan Ali TEGUR TERBUKA pada SELCAT sebab mereka dah bukak aib kakitangan kerajaan secara TERBUKA juga ....jadi untuk pembelaan aib mereka yg dibuka di depan awam maka perlulah TEGURAN KPD SELCAT SECARA TERBUKA barulah adil.....bagi saya teguran terbuka ada masanya sesuai dan ada masanya tdk sesuai tapi di dlm isu SELCAT ini kena TEGUR TERBUKA krn AIB PENJAWAT AWAM dimalukan dikhalayak awam secara terbuka.....Mungkin dgn teguran terbuka ini dpt menjaga hati penjawat awam yg bersalah tadi....KITA MEMANG TAHU ADA DR PENJAWAT AWAM itu yg PENUH DGN KES-KES PROFIL TINGGI spt rasuah dll tapi berpada-padalah membuka aib mereka.....SIASAT BOLEH tapi yg dicadangkan oleh HASAN ALI ialah siasat secara tertutup..SALAH TETAP SALAH ....AIB MEREKA JUGA PERLU JAGA...KALAU SEMUA PENJAWAT AWAM BOIKOT TAK NAK KERJA Macamane krjaan PR Selangor nak stabil.....YG SALAH TETAP SALAH Tapi Biarlah Penjawat Awam yg salah itu di adili dan disiasat serta dihukum dgn penuh tatasusila......Yg peliknya Bila hasan ali tegur selcat terus bbrp org MP PAS minta dia letak jawatan....Apa punya perangailah MP PAS tersebut....Ada segelintir kita pulak tuduh Hasan Ali nak masuk UMNO pulak...Pelik Betul Lah.....Kalau Azmin Ali tegur MB Selangor berkaitan gerakkerja Khalid Ibrahim takdelah pulak puak-puak PKR ke MP PAS tadi ke atau Puak-Puak DAP yg mintak AZMIN ALI letak jawatan dan masuk UMNO......Kalau Hasan ALi tegur terus dibidas balik TETAPI KALAU AZMIN ALI Tegur atau Ronnie Liu Tegur PAKAT-PAKAT PUAK-PUAK TADI Senyap-senyap pulak tak bising suruh letak jawatan......MP PAS tersebut mesti bermasalah dgn Hasan ALi atau SIMPAN DENDAM Kesumat dgn Hasan ALi.
sp4n4r said…
Puak A kata A, Puak B kata B. Kenapa ini terjadi dalam PAS ?
Satu Puak wala' pada PAS, satu puak lagi wala' pada Presiden dan kuncu-kuncu.
Setakat ini, ambe perhatikan PAS ini, organisasi saf nya tidak teratur sebab puak-puak didalam PAS cuba menunjuk kehebatan masing-masing. Masing-masing merujuk pada sejarah yang sama sebagai pedoman dan panduan, namun pendekatan dan kefahaman berbeza. Kenapa ini terjadi ? Kenapa ? Kenapa ? Mengapa ?

Kerana lemahnya minda strategi pada insan yang bergelar Presiden PAS dalam percaturan politik. Presiden PAS hanya mampu membuat strategi percaturan dengan rentak dam aji. Mana boleh ?

Sekiranya Presiden seorang yang kuat minda strategi, sudah tentu organisasi saf kelihatan kemas dan tegap. Punca terjadi organisasi PAS kelihatan bercelaru disebabkan satu puak yang membuat tindakan perancangan tanpa melalui keputusan Majlis Syura dimana mereka ini terlebih dahulu tidak wala' pada ahli Jemaah PAS secara umum.

Mahu puak lain berwala' pada kepimpinan, tetapi mereka ini terlebih dahulu melanggar prinsip dan wala' pada kepimpinan. Kerana ini lah organisasi saf kelihatan berserabut.

Jadi, apa perlu buat ?
Anonymous said…
Rasanya, mungkin dr. Hasan Ali menimbang dari mizan politik dan maslahah juga.

Jika aib dibuka terang, maka pembelaan juga harus terang.

Dengan pendekatan dr. hasan ni, saya rasa pegawai kerajaan rasa terbela.

kalau cuma kemuka dalam mesyuarat, pegawai tak akan tahu yang exco kerajaan masih memandang tinggi dan menghargai kerja mereka. Mereka tetap dihormati.

Dr. Hasan rasanya tidak pernah pertikaiakan tugas selcat, cuma cara itu perlu diperbetulkan.

Umno/Bn pun tak pernah membela pegawai yang disiasat. mungkin natijah yang dapat dilihat sekarang, bahawa kerjaan PR mahukan ketelusan di samping Kerajaan PR juga menghargai kakitangannya.
Anonymous said…
salam utk YB.
harapan saya Yb dan Dr Hassan Ali dapat membincangkan dgn teliti apa punca pertelagahan dan dapatkan kata sepakat... susah kami yang ahli bawahan dan ilmu setakat keluar universiti nak terngkan kenapa YB dan Pesuruhjaya asyik berlaga angin..itu nak jelaskan pada kwn2 usrah...blum pakcik,makcik kat kg tu... geng umno lagi...susah kami YB...saper nak jelaskan kepada mereka?????
Anonymous said…
YB;

Saya ke Pulau Pinang minggu lepas dan saya dapati banyak poster-poster DAP mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri". Yang seronoknya terselit ungkapan "Amal Maaruf dan Nahi Mungkar" dalam poster tersebut yang lazimnya digunakan oleh orang-orang Islam. Disebelahan ungkapan tersebut terpampang gambar dua atau tiga ADUN Cina DAP.

Persoalan saya; fahamkan mereka ni ungkapan tersebut ataupun sengaja nak mengabui orang-orang Melayu/Islam. Yelah, nak ambik hati orang Melayu, katakanlah. Mungkin ada orang-orang Melayu akan terpegun dengan kerja retorik macam ni tapi ramai dah cerdik, YB.

Tengok macam LGE ni, dulu selalu sebut dan mengambil contoh Khalifah Umar Ibnu Aziz sebagai panduan untuk mentadbir Pulau Pinang.Masuk surat khabar yang dia naik kapalterbang kelas ekonomi, hebat tu.

Apa dah jadi, dia pindah ke rumah banglo mewah.. dengar kata rumah kerajaan tak sesuai..ada anai-anai. Apa ni.. Cakap lain buat lain.Mana prinsip Umar Ibnu Aziz..Khalifah Umar Ibnu Aziz hidup dalam keadaan daif, Khalifah LGE hidup dalam kemewahan .

Dalam bab agama ni Tuan Haji, orang Melayu cepat cair, ikut kata Dr Reduan Tee..sebut sikit ayat Quran, macam dah longlai orang Melayu ni.. begitu senang sekali orang Melayu ditipu ..

Tengok sambutan Aidilfitri kali ni, saya tengok ramai ADUN DAP dah pakai baju Melayu dan pakai songkok .. Ada kemajuan ! Sebelum ni nak masuk dewan rakyat samada kat parlimen atau DUN liat sungguh.. Dah terima semangat muhibbah , dah boleh mula nak terima kebudayaan Melayu ? walhal dah puluhan tahun kaum Cina menentang hal ni.

Mati hidip balikpun, saya tak akan percaya orang Cina dah berubah.Ini kerja-kerja orang -orang hipokrit , (nak cakap munafik tak kena sebab dia orang bukan orang Islam), sengaja nak ambik hati orang Melayu tapi dalam hati anti Melayu/Islam.

Orang Melayu je yang bodoh dalam bab ni, ramai masih tak sedar seperti YB ni.
Anonymous said…
Bukan orang Melayu yang bodoh... Kau tu yang bodoh...tak percaya kat orang lain...berapa mewah sangat banglo tu? berapa harganya? tuduh orang hipokrit...orang macam kaulah yang buat melayu tak maju (asyik nak perjuang perkauman semata-mata)... kau yang tak sedar diri
Pakatan Rakyat ialah strategi atau pendekatan yang mesti dimanfaatkan sebaiknya. Setiap isu yang berbangkit diselesaikan dan diterangkan jugak dalam pandangan Islam supaya pemahaman itu menyeluruh.

Kita perlu pemimpin yang kuat berpegang pada Dasar, dalam masa yang sama kita kena sedar, ini Malaysia, ini bukan Arab Saudi, ini bukan Iran, ini bukan Indonesia yang rakyat terbanyaknya hampir semua Islam. Proses pemahaman mesti tekun diusahakan.

Saya gemar strategi memanfaatkan Pakatan Rakyat.
hussin said…
”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud].

berbohong sudah boleh diterima dalam pas, sejak peristiwa "pertemuan dalam gelap" oleh beberapa orang pemimpin pas dgn umno. pembohongan boleh dibuktikan oleh rentetan berikut:

1. beberapa kerat pemipin pas bertemu dgn paklah
2. apabila pertemuan 'diketahui' umum, pas menafikannya
3. bagi menguatkan bahawa tidak pernah berlaku pertemuan dgn umno, ketua penerangan pas, mahfuz omar, terpaksa membuat penafian formal dalam harakah.
4. paklah mendedahkan, sudah 3 kali bertemu.
5. mahfuz terkejut beruk, terpaksa membuat permohonan maaf secara formal dalam harakah.

tak boleh establish BOHONG lagi?

6. pemimpin yang terlibat dlm pertemuan segera membuat pendedahan bahawa pertemuan dipersetujui oleh majlis syura.
7. mursyidul am tak pun tahu.
8. ajk pas pusat pun tak tahu.
sejak bila perkara yang melibatkan parti tidak dibincang terlebih dahulu oleh ajk pas pusat tetapi terus dibincang oleh majlis syura? kena ke caranya? tak kena?

tak BOHONG ke ni? bak kata pepatah, sekali berbohong akan terus berbohong untuk mempertahankan pembohongan pertama.

9. mereka yang terlibat dalam pertemuan turun padang manjaja pasal wala', pulak dahhhhhh...

dalam dok celaru terbit pula kerajaan perpaduan, kononya cadangan, belum dibincang lagi dgn kawan2 dlam pr. ni mungkin strategi untuk alih tumpuan dari isu pertemuan dalam gelap, mungkin juga penerusan kepada pertemuan dalam gelap. sebab dalam dok celaru, perbincangan masih lagi diteruskan.

jeng, jeng, jeng, muktamar menjelang tiba.

strategi "mempertahankan" 'kepimpinan ulama' mula dicanang. presiden dan timbalan presiden mesti ulama. seminar jubli perak 'kepimpinan ulama' diaturkan dengan slogan 'memperkukuhkan kepimpinan ulama'. sehingga muktamar pemuda dipenuhi dengan gambar2 "memperkukuhkan kepimpinan ulama' dipercayai digunakan semasa jubli perak kepimpinan ulama. kepimpinan ulama ni lahir pada tahun 1982. jubli perak (25 tahun) di adakan pada tahun 2009, selepas 'kepimpinan ulama' berusia 27 tahun. pelik tetapi benar. untuk apa? cara lain nak 'tipu' perwakilan' hanyalah dengan memperkudakan 'kepimpinan ulama tercabar'!

tahun 2005, semasa nasharuddin bertanding timbalan presiden, dia 'mewakili' golongan profesyenal. 4 tahun kemudian, 2009, dia mempertahankan jawatan timbalan presiden atas tiket ulama. orang lama seperti ustaz azizan dan harun taib semua bersetuju memberi laluan kepda beliau. beliau merupakan salah seorang pemimpin yang bertemu dalam gelap dengan umno. makna kata, golongan "ulama" berdiri teguh di belakang pertemuan dalam gelap.

semua ini adalah rentetan dari pertemuan dalam gelap, sehingga majoriti, jika tidak semua ahli serta perwakilan tak nampak akan 'pembohongan' yang dilakukan. 'pembohongan' bukan lagi isu, ia sudah dapat diterima. astahgfirullah!

justeru, pas kini berhadapan dengan bermacam2 onak dan duri. bermula dari 'pertemuan dalam gelap'. tg nik aziz menjadi mangsa media serta kepimpinan umno, manakala mereka yang 'keumnoan' mendapat pembelaan dari mereka. kata nik amar, ulama bukan pengecut, tetapi mereka berhati2, benarkah?

kini, berbohong sudah menjadi pegangan segelintir pemimpin pas. pembohongan sudah dapat diterima oleh ahli2 pas. perkembangan2 yang berlaku selepas pru12 adalah akibat dari penerimaan pembohongan oleh perwakilan yang dikaburi pandangan mereka oleh "kepimpinan ulama tercabar"!

muktama54 di ipoh telah membuat keputusan untuk "memperkasakan pakatan rakyat". ia diulang lagi pada muktamar 55 di shah alam - memperkasakan pakatan rakyat

lalu, di mana salahnya mempertahankan "memperkasakan pakayan rakyat", sedangkan ia keputusan muktamar pas 54 yang ditekankan lagi di muktamar pas 55?
hussin said…
justeru pas perlulah, bukan hanya memadai mengulangi dengan keputusan tersebut tetapi "dilihat" berusaha ke arah itu dalam kesemua tindakannya. apa yang berlaku, telatah pemimpin pas selangor boleh "dilihat" sebagai tindakan membelakangi keputusan yang telah termaktub. sebagai anggota exco kerajaan, sudah tentu ada caranya untuk bertindak.

menegur pemimpin, dalam islam, dituntut. malangnya ada orang pas sendiri melompat apabila pemimpin pas selangor ditegur kerana tindakannya mencemari "meperkasakan pakatan rakyat." amat malang lagi apabila sanggup menuduh bahawa penegur2 ini membela kemungkaran. tidak ada seorang muslim pun menafikan arak itu haram, lalu bagaimana tuduhan 'membela kemungkaran' boleh berlaku? apakah penuduh2 ini sahaja islamik manakala penegur kepada tindakan pemimpin sebagai tidak islamik?

kalid samad, bagi saya, menegur kerana "mempertahankan pakatan rakyat" selari dengan keputusan yang telah diambil oleh pas, salahkah? pihak2 dalam pas yang tidak selesa dengan teguran khalid samad telah menunjukkan kedangkalan dalam memahami tindakan politik yang pas telah persetujui. bagi saya, mereka2 ini bukan melenting terhadap khalid samad kerana menegur kepimpinan tetapi hanyalah menyuarakan ketidakpuasan hati kerana terkantoinya muzakarah/kerajaan perpaduan yang menjadi 'dikejar' segelintir pemimpin pas khususnya yang bertemu dalam gelap dengan umno yang masih berkuasa dalam parti. ia bukanlah terhad kepada teguran khalid samad. ia lebih dari itu. ia merupakan suara2 sumbang yang sedang mempertahankan "kemelayuan" yang mendorong pertemuan dalam gelap. itu pada zahirnya. dalam perkiraan politik ia lebih dari itu. jawatan/fulus/penyelesiaan masalah peribadi dipercayai menjadi pendorong utama sehingga sanggup mengenepikan keputusan jemaah. perjuangan sudah dikesampingkan.

berhentilah menjadi tali barut pejuang2 perpaduan, walaupun di kalangan kamu ada doktor2 dan cendiakawan. janganlah cemari perjuangan "memperkasakan pakatan rakyat" dengan tindakan2 yang merugikan pas. tumpukanlah usaha kamu kepada memenangi pru 13 dengan selesa bukan menabur paku di merata2 jalan. paku2 yang ditabur ini menjadi halangan2 kepada pas untuk maju kehadapan. jangan hina keilmuan yang dianugerah Allah dengan tindakan2 yang merugikan pas.

apakah saya juga tergulung dari kalangan non-islamik? itu hak kamu, saya berserah kepada Allah. saya pendokong perjuangan tg nik aziz. saya ingat kata2 keramat almarhum fadzil noor.

hentikanlah segala kekarutan. sama2lah kita perkasakan pakatan rakyat. janganlah sia2kan apa yang telah kita capai. bertindaklah dengan bijak bukan sekadar mahukan pengundi memilih dengan bijak.

kecamukan yang timbul dari tindakan2 yang mencemari "memperkasakan pakatan rakyat" tidak akan membantu pengundi untuk membuat pilihan yang bijak. mereka adalah sasaran kita. kebencian mereka kepada umno/bn belum tentu boleh memaksa mereka memilih pas. sebagai pemilih yang bijak, mereka sudah tentu memerhatikan tindakan kita. sebarang tindakan yang dibenci mereka akan mengundang kecelakaan kepada pas dalam pru13 nanti. sehingga tarikh keramat itu, macam2 boleh 'berlaku'. jangan ketepikan kemungkinan pertandingan tiga penjuru yang merugikan. pas perlu bersama dalam pakatan rakyat dan perlu dilihat "memperkasakan pakatan rakyat.
hussin said…
yang menghancurkan melayu adalah yang telah berkuasa selama 52 tahun. kebutaan hati bukan sahaja tidak membolehkan melayu melihat pengkhiantan umno kepada melayu tetapi menuduh pula tg nik aziz yang memecahbelahkan melayu. menyerang tg nik aziz di akhir2 ini. menunujukkan kebencian mereka yang teramat sangat terhadap tg nik aziz kerana menjadi penghalang utama kepada kesinambungan "pertemuan dalam gelap" dengan umno oleh segelintir pemimpin pas. di manakah kamu ketika tg nik aziz di serang bertubi2 sehingga kini?

pencacai2 dalam pas perlulah mengambil iktibar dari apa yang berlaku. tg nik aziz menjadi mangsa akibat dari persetujuan pembohongan yang dilakukan berkaitan "pertemuan dalam gelap" serta "perpaduan" yang dicanangkan.

nik abduh kantoi di kelantan tetapi lulus di pusat. pemuda kelantan menolak nik abduh kerana 'menyerang' ayahanda tetapi pemuda pusat menerimanya kerana 'menyerang' ayahanda. itulah standing pemuda pas dan gambaran "kewalakan" pemuda kepada tg nik aziz.

saya tida akan berhenti mengutuk/mengkritik tindakan tidak bijak segelintir pemimpin pas selagi mana pihak sana menyerang tg nik aziz. pemuda pas pusat masih belum menunjukkan mahu merapatkan saf dengan mursyidul am tetapi lebih cenderung kepada "perpaduan". sedarkah sdra2 bahawa tindakan sdra adalah satu penghinaan kepada tg nik aziz. jadi, saya tidak heran dengan sikap pihak sana terhadap tg nik aziz.

pemuda pas hidup dengan penuh kepuraan. di khalayak ramai mencium tangan tg nik aziz, tetapi mencerca beliau di belakang sebagaimana yang didedahkan ada ustaz yang menyerang tg nik aziz di dalam usrah dalaman. jika tak mampu memimpin, turunlah. usah bermuka2, kerana kita tahu sikap kamu dari tindakan kamu. kamulah yang mencemari 'kepimpinan ulama'.
Sahabat yang dikasihi, jika ada permasalahan, berlainan pendapat dan sebagainya dalam perjuangan yang suci ini, selesaikanlah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah !

Sesungguhnya fitnah selepas menang adalah lebih berat daripada sebelum menang.

Siapakah yang benar dan siapakah yang lebih benar, itu yang sepatutnya ! Bukan berterusan salahkan antara satu sama lain !

ALLAH SWT Maha Mengetahui, ingatlah !

Daripada:
Faisal bin Abdul Raman
> Exco DPPSA
> Setiausaha PAS Taman Bukit Subang
Anonymous said…
kepada husin kau ni memang taksub tahap tolol kat TGNA apahal?kau cakap mendokong perjuangan TGNA tapi cakap tak serupa bikin dalam islam dilarang taksub pada individu selain dari nabi muhammad SAW takkan itupon kau tak belajar..asik nak jilat khalid samad je nila jadinye..aku takut kau pon jadi tolol serupa macam sikhalid and da geng nanti..tak payahla nak bergayut kat hubah TGNA kalau asas dalam gerakan islam pon tak reti..pegi dengar kuliah masuk usrah pastu belajar nga ustaz2 haraki dulu nanti baru kau tau sape khalid tolol and da geng ni sebenarnye paham..
Anonymous said…
hebat abg hussin bg pendapat.
52 tahun UMNO menghancurkan melayu?

maknanya kerajaan hantar saya utk melanjutkan pelajaran saya ke UK sama tmpt dgn YB Khalid Samad boleh di katagorikan menghancur melayu?

maknanya kerajaan buat pembangunan adalah pembangunan utk menghancurkan melayu?

hebat bang Hussin. pendak akal mu..

Saya cabar bang Hussin jawab pada saya tak banyak. 50 sebab je kenapa bang hussin kata UMNO itu menghancurkan melayu.

jgn marahkan nyamuk kelambu di bakar bang hussin...
Anonymous said…
Kerajaan TGNA yang kau banggakan Sin; Cuba story kat aku ini pencapaian TGNA selepas 20 tahun memerintah. Kalau tidak dapat beri butiran pencapaiain fizikal kat Kelantan ni, berilah butiran pencapaian rohani Rakyat Kelantan ni.

Berapa ramai bangsa Cina Kelantan dan Orang Asli kat Gua Musang menerima hidayah agama Islam kerana tertarik dengan pemerintahan TGNA ni.Setahu aku, tak ramai Sin dan orang Asli ramai yang memeluk agama Kristian zaman TGNA lah. Lihat link http://www.youtube.com/watch?v=7iHzN8JxvSY.

Malukan Sin, sebuah negeri yang Ketuanya sentiasa berceramah sana sini mengenai Islam tetapi tak dapat menarik minat rakyat dibawahnya.
Anonymous said…
YB Hj. Khalid Samad,

Saya mengenali YB sejak saya di kampus lagi. Kerap sayajemput YB berforum di kampus. Di ketika orang lain/pemimpin lain belum bersama PAS, YB telah menginfakkan jiwa dan raga YB bersama perjuangan islam.

Saya lihat ada komen yang berdasarkan rasional dan ada yang berdasarkan emosi. Ahli PAS sedang menuju kematangan. Saya sendiri pernah seketika dalam kelompok penuh emosi, dan pernah menggagalkan YB sebagai YDP Batu suatu ketika dulu. Bila lebih terdedah dan lebih berumur, kematangan akan lebih berbeza.

Kebanyakkan kita beri komen secara generik, tanpa melihat latar belakang. Contohnya YB bukan lagi TPJ, maka YB tidak berada dalam Dewan Harian.

YB tidak komen Azmin, tentunya YB telah memikirkan, 'on what capacity?'

Saya nampak YB try to put 'PAS/PAS's member' on the right track. Teruskan usaha musrni YB.

Saya cukup bimbang, sindrom UMNO ada dalam PAS. Antara sindrom yang saya sangat takut, Apabila gagal untuk berhujah yang lebih konkrit, kita gunakan kuasa kita untuk menyingkirkan seseorang.

Orang jenis ini merupakan agen pemusnah jamaah.

Saya sangat gembira dengan, hujah academik dan pemimpin yang pintar seperti YB Khalid, YB Dr. Dzul,YB Dr. Hatta, YB Shaari Sungip, YB Utz Nasharuddin.

Saya kekadang agak jelak dengan doktrin lama yang pernah diasak kepada kumpulan kami, antaranya mereka bukan pure PAS, mereka suara islam, JIM, ABIM Perlis, MSG dsb.

Saya mendoakan YB terus istiqamah, walaupun rintangan dalaman sangat mencabar.

Wallahuaklam.
Anonymous said…
Tak perlu 50 sebab. Kenapa minta sampai 50 sebab? Satu sebab cukup. RASUAH! Rasuah menghancurkan Melayu. Pembangunan? Bagi sepuluh ringgit tibai seratus ringgit? Bagi kau sekolah? Kerajaan bangsat mana tak bagi rakyat sekolah? Itu tanggungjawab pemerintah. Pergi UK apa yang kamu belajar? UMNO mengamalkan RASUAH. Kalau bagi 49 sebab lain, apa yang lebih teruk dari RASUAH?
UMNO tu kelambu ke? UMNO tu macam anai-anai, senyap-senyap habis satu negara ditibai. UMNO = RASUAH noktah!
Anonymous said…
satu lagi kerajaan Malaysia ni UMNO yang punye ke? UMNO dapat dari tuhan bagi atas tapak tangan ke? rakyat yang lantik suruh UMNO tadbir negara dengan jujur, itu sahaja. jadi yang hantar kau belajar sampai uk tu sebenarnya rakyat bukan kerajaan.suruh kau jadi cerdik supaya boleh bagi sumbangan pada negara, bukan ikut cakap UMNO jadi bodoh.
udeng said…
aku ingat korang nie dah gilo la semuanya...

aku baca setiap komen nak gelak pon ada... famous jugak blog YB khalid nih... org BN masuk hentam PAS konon sokong ulamak hentam puak erdogan... dtg plak yang puak penyokong TGNA taksub sgt pulak... TGNA pon tak suruh org taksub kat dia bang husin oi...

entah la org2 yangmacam kamu semua ni la yang menjatuh kan PAS! bergaduh sama sendiri (nie untuk org2 PAS la) dan yang menjatuhkan melayu pulak mangkuk2 hayun yang dari parti yang ambil sikit2 Al-Quran...

ape korang ingat pemimpin pemimpin kita nie bodoh piaq ker? baik UMNO mahupon PAS semua tahu parti bangsa lain takkan dan tak pernah ikhlas ngn Melayu dan ISlam... cuma persoalan yang timbul adalah...macamana kita nak dekati golongan kafir nie supaya memahami apa itu Islam?

aku sokong PAS tak sokong UMNO sebab satu sahaja... ISLAM, kalau UMNO ikhlas terima Al-Quran aku sanggup dulu umno kini pon umno tapi kita semua dah bijak pandai tahu apa beza... ISLAM bukan mee celup! ambik sini sikit buat situ sikit! kalau korang betul2 ISLAM korang pikir la sendiri...

tapi bila aku kata macamnie ramai yang kata PAS pon berkawan ngn non-muslim... so sama jer ngn UMNO, bagi aku itu satu tanggapan yang amat bodoh! kita nak dekati bukan islam kita kena ikut apacara sekalipon asalkan tak menjatuh kan iman dan akidah kita...( ini salah satu jihad) tapi cara dekat tuh macamana? rasuah?, join main judi? ada share dalam riba? kaki betina?

pikirla sendiri...
hussin said…
salam sdra(2) anonymous October 4, 2009 12:37 PM dan October 4, 2009 3:10 PM,

kehebatan sdra2 berhujah tidak dapat dinafikan, syabas! kepada sdra2 yang istaqamah "dengar kuliah masuk usrah pastu belajar nga ustaz2 haraki", menuduh saya bergayut kat jubah tg nik aziz dan menjilat khalid samad, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana mengajar saya bahawa apa yang saya akan perolehi dari "dengar kuliah masuk usrah pastu belajar nga ustaz2 haraki" boleh menuduh orang lain yang tidak sebulu dengan saya sebagai bergayut dan penjilat seseorang. terima kasih di atas kemurahan sdra menambahkan ilmu saya yang tidak seberapa.

sdra yang satu uni dengan khalid pula, saya ucapkan terima kasih kerana berjaya memiliki ijazah tetapi tidak mampu memperinci tindakan2 yang merugikan bangsa justeru sdra penerima biasiswa. saya sanjung tinggi sikap sdra yang begitu tinggi berterima kasih kepada pemberi biasiswa kerana begitulah yang dituntut tanpa perlu memikirkan lagi kerugian yang terpaksa dibayar oleh bangsa, sudah memadai untuk sdra berlapang dada dengan anugerah biasiswa tersebut. ilmu yang sdra terima adalah kerana biasiswa yang diberi. ia tidak ada kena mengena dengan Allah swt. ramai yang seperti sdra ini. hanyut dengan rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana diberi biasiswa sehingga berjaya memiliki ijazah yang hebat2. bagi saya yang bodoh dan tidak berilmu ini, seseorang itu tidak berilmu sehingga ilmu yang dimilikinya mengenali yang hak dan yang batil. tidak berilmu seseorang itu sekiranya ilmu yang dimiliki menidakkan anugerah Allah swt. maaf sekiranya saya terbabas.

pokok perbincangan kita begitu simple tetapi sukar difahami oleh banyak pihak. isu yang diperkatakan dan apa yang saya pertahankan ialah "memperkasakan pakatan rakyat". tg nik aziz menolak muzakarah/kerajaan perpaduan dan dan memepertahankan "memperkasakan pakatan rakyat". pandangan khalid samad juga selari dengan pandangan tg nik aziz "perkasakan pakatan rakyat". saya juga "bergayut" pada jubah tg nik aziz dan "menjilat" khalid samad kerana mempertahankan "perkasakan pakatan rakyat". janganlah gunakan ilmu yang Allah anugerahkan itu untuk menukar topik perbincangan.

isu pembohongan oleh segelintir pemimpin bukan sahaja cuba diketepikan oleh sdra, malah dipertahankan ke tahap maksima. apakah perlu saya memberi 50 sebab seperti yang dituntut apabila pembohongan yang berlaku tidak sdra nampak?

jika sdra yang se uni dengan khalid samad kenal beliau, saya akur. cuma agak pelik kerana sdra tidak boleh akur dengan "pertemuan dalam gelap" yang diakui sendiri oleh mereka yang terlibat melalui hujah "mendapat persetujuan majlis syura ulama" (walaupun cuba dinafikan pada mulanya), sehingga "pembohongan" bukan lagi menjadi pertimbangan dalam bicara sdra. mungkin kerana kehebatan ilmu, sdra tidak mampu untuk mencungkilnya.

sepertimana yang saya nyatakan, keceramukan yang berlaku kini bermula dengan "pertemuan dalam gelap" disusuli dengan tindakan2 yang dilihat sebagai mempertahankannya, sekali gus mencemari "perkasakan pakatan rakyat". penolakan sdra untuk menjadikannya faktor berhujah dan cuba menimbulkan isu2 baru dalam perbincangan, tidak mampu merungkai kekusutan. sekali lagi saya ulang, tg nik aziz mempertahankan "perkasakan pakatan rakyat". khalid samad juga mempertahankan "perkasakan pakatan rakyat". saya "bergayut" pada jubah tg nik aziz dan "menjilat" khalid samad kerana mempertahankan "perkasakan pakatan rakyat".

janganlah biasiswa mendodoi sdra sehingga meletakkan diri sdra lebih rendah dari penrima rm50.00, gula sekil, kain batik, beg sekolah setiap menjelang pilihanraya. sdra memiliki ijazah, perlulah berbeza dari pakcik2/makcik2 kat kampung, yang hidup kais pagi makan pagi.
sinner said…
besar sgt ke 'perkasakan pakatan rakyat' sampai perlu kita peduli kan benda lain..itu yg aku nmpk dlm ulasan anda..bagi aku jgn sampai sbb term ni,kita sampai lupa asal perjuangan kita,target kita,tujuan kita..jgn duk gelap ngan term 'perkasakan pakatan rakyat'..
hussin said…
salam ukhuwah buat sdra anonymous October 4, 2009 6:32 PM,

pokok perbincangan kita begitu simple tetapi sukar difahami oleh sdra. isu yang diperkatakan dan apa yang saya pertahankan ialah "memperkasakan pakatan rakyat". usahlah mengalihkan topik perbincangan.

walau bagaimanapun, izinkan saya menjawab soalan sdra.

sdra mempersoalkan tentang pembangunan fizikal di kelantan di bawah 20 tahun pemerintahan tg nik aziz. pembangunan memerlukan banyak wang. sdra tentu arif bahawa tg nik aziz mentadbir kelantan dengan terpaksa berhadapan dengan 'sabotaj' oleh kerajaan persekutuan yang tidak langsung menghormati hubungan yang termaktub di dalam perlembagaan. terbaru, tidak menghormati perjanjian kelantan dengan petronas. bayangkan bagaimana kelantan boleh membangun dengan wang royalti yang patut dibayar kepadanya. alhamdulillah, di dalam kemiskinannya, kelantan mampu membayar hutangnya kepada pusat. sdra fikirlah sendiri. terengganu dengan wang royalti/ehsannya etrbukti tidak berupaya menaikkan taraf hidup rakyatnya walaupun dari pembangunan fizikalnya ia jauh meninggalkan kelantan. sdra berbanggakah dengan runtuhan stadium yang baru setahun jagung umurnya? celikkanlah minda sdra. masa untuk 'dibawah tempurung' sudah lama berlalu. yang pentingnya, sdra perlu fahami bahawa pembangunan telah menjadi isu utama setiap pilihanraya. ini menunjukkan bahawa pembangunan, yang tidak ada noktahnya, telah menjadi senjata utama bagi meneruskan kuasa.

sdra bertanyakan "Berapa ramai bangsa Cina Kelantan dan Orang Asli kat Gua Musang menerima hidayah agama Islam kerana tertarik dengan pemerintahan TGNA ni." sdra faham apa itu "hidayah"?

dari cara sdra berhujah, saya percaya sdra mampu memberi pandangan berguna siapa dan bagaimana dakwah patut dijalankan di kalangan mereka. dakwah bukan tanggungjawab kelantan dan tg nik aziz se orang. ia tanggungjawab semua jabatan/badan (lebih2 lagi jabatan yang rapat dengan hal ehwal orang asli serta badan yang berperanan untuk menyampaikan dakwah dengan peruntukan yang diberi setiap tahun)dan setiap muslim. sdra perlu bertanya kenapa pendakwah kristian senang diterima dari pendakwah islam. sdra tentu sudah arif akan sebab2nya. saya yakin sdra tentu mampu memberi opsyen2 ke arah tindakan yang terbaik.

mana yang lebih memalukan, "sebuah negeri yang Ketuanya sentiasa berceramah sana sini mengenai Islam tetapi tak dapat menarik minat rakyat dibawahnya" dengan "sebuah negara yang ketuanya mendabik dada sebagai negara islam tetapi dipenuhi dengan aneka kemungkaran? yang pertama dihormati rakyatnya, manakala yang kedua, dibenci rakyatnya.

wallahu'alam
Ampun Tuanku said…
Anonymous Anonymous said...

Pening la aku baca huraian kau!
Berbelit-belit..sampai terbelit otak aku.

Pada pendapat aku, kau tak boleh compare dgn cara pemerintahan Rasulullah (SAW) dgn pemerintahan PR!

========

habis tu nak compare dengan pemerintahan sapa? pemerintahan UMNO menyamai pemerintahan Nabi dan para khalifah yang masyhur?
DR K said…
apa yang perkasa..nak jatuhkan kaum sendiri ada laa pr..PR nieh untuk PKR dan DAP jer..PAS patut keluar dari PR ...
Anonymous said…
Allahuakhbarr...

Isk apa yg pening2 sangat ni? Soal strategi dan dasar?

Pada aku senang jer....

Pada dasarnya....setiap pemimpin boleh mengkritik..menegur pimpinan.

Tapi....
Pada strateginya...teguran itu buat la dari dalam. Ni yg dok kepoh kat media n lain2 saluran bt apa?

Harus diingat....Federal masih di tangan BN. Jadi...mereka masih punya kuasa menggunakan media utk menyerang/memanipulasi...mencipta propaganda utk mengeruhkan PR yg sedia jernih.

Aku rasa aku dpt paham apa yg YB Khalid cuba perjelaskan. Ya...aku yakin, aku paham!

Arakian...terdapatlah hamba Allah yg bergelar exco itu telah mengkritik/menegur ttg sesuatu yg telah dipersetujui/diputusi antara exco2 yang(Hamba Allah yg bergelar exco itu pasti salah seorg exco2 itu)...
Adakah ini menghairankan??? Aku rasa hairan.....

Wallahua'lam....

Dah 15tahun dalam PAS.
Anonymous said…
Saudara Husin;

Maafkan saya kalau komen saya ni menyakitkan hati penyokong kuat TGNA. Saya hanyalah rakyat marhain dan bukan ahli PAS maupun UMNO, jauh lagi DAP (simpang malaikat, kata orang Melayu) Lebihnya saya sebagai orang yang atas pagar, saya boleh menilai PAS ataupun UMNO tanpa perlu taksub kepada mana-mana pemimpin.

Saya telah beri satu you tube link http://www.youtube.com/watch?v=vJergbttm34 untuk saudara Husin meninjau mengenai pengkristinan Orang Asli di Gua Musang secara beramai-ramai yang berlaku zaman perintahan TGNA. Kalau En Husin sudi meninjau latar belakang orang asli disana, mereka ni telah ditindas oleh kerajaan Islam TGNA,rumah ibadat Kristian yang mereka dirikan telah diruntuhkan oleh kerajaan Kelantan atas alasan tiada kelulusan diberikan (dalam hutan tu! dan apa punya alasan kerajaan Kelantan).

Kalau orang cakap negeri Serambi Mekah dan negeri dibawah tadahan wahyu, anggapan orang ramai tidak pada pembangunan fizikal (bukan KLCC, bukan TESCO, bukan jalan lebar, bukan Hotel Renaiisance bukan kemewahan atau kemiskinan dll)tapi dalam pemikiran orang-ramai makmurnya masjid di sana dan penduduknya berakhlak mulia ,lebih baik dan menjadi satu model kepada negeri yang lain.

Apakah ini terjadi?.Nak tanya sikit. Negeri mana yang banyak kes-kes penagihan dadah, penghidap AIDS, cerai berai, poligami, sumbang mahram dsb.? Biarlah saudara Husin menkajinya sendiri.. bagi saya hentilah retorik negeri Serambi Mekah dan negeri dibawah tadahan wahyu kalau hakikatnya adalah sebaliknya.

Eloklah pemimpin PAS buat penilaian sendiri kalau dah 20 tahun memerintah, tiada kemajuan fizikal saya boleh terima , tapi kemajuan rohani tiada peningkatan, saya tidak boleh menerimanya kerana pemimpin PAS siang dan malam samda dimasjid ataupun dimana-mana akan terus menerus mengutuk maksiat dan kemungkaran di dinegeri bawah perintahan BN seolah-seolah rakyat dibawah pemerintahan mereka malaikat belaka.

Malangnya sebab kita begitu taksub kepada seseorang pemimimpin kita begitu sukar untuk menegur. Ambik iktibar dari seorang pemimpin Islam dari negeri jiran bernama Gusdur .Beliau pernah jadi Presiden Indonesia dan Pengerusi Nahdatul Ulama Indonesia.Boleh ke Husin dan orang Islam lain menerimanya 'baptisnya' Gusdur ditangan orang Kristian. Rujuk http://www.youtube.com/watch?v=DiZOuZAzThE. Lihat ya jangan tak lihat sebaik-baik sampai habis. Dan sehabisnya melihat fikirlah sendiri. seorang ulamake berperangai macam ni...??? kalau Indonesia begitu liberal dalam penukaran agama dan sebagainya , mohon jangan salahkan golongan sekular mereka seperti SBY , Megawati dsb kerana mereka mungkin kurang berpendidikan agama,tapi salahkan ulama kerana sanggup korbankan nilai agama kerana undi orang Kristian.

Apakah sebahagian pemimpin PAS, sekarang ni tidak bersikap sedemikian?
hussin said…
salam ukhuwah sdra sinner, saya berat hati untuk memanggil sdra dengan nama yang sdra telah menamakan diri sdra. sdra tentu lebih maklum akan sebab musababnya.

sebelum tsunami mac 2008, ramai kalangan ustaz2 pas diharamkan memberi kuliah di surau2 dan masjid2. mana2 surau dan masjid yang ajknya "dikuasai" oleh ahli2 pas dirampas oleh umno. sehingga berlaku non-kariah yang dilantik menduduki ajk surau2 dan masjid2.
amat malang lagi, ada surau2 yang diroboh dengan bermacam2 alasan.

selepas tsunami, keadaan berubah. ustaz2 yang dahulu diharamkan memberi kuliah dibenarkan semula. pentadbiran surau2 dan masjid kembali dianggotai dari kalangan kariah setempat.

sebelum tsunami, dewan2 dan balairaya menjadi milik umno. selepas tsunami, dewan2 dan balairaya menjadi milik awam dengan segala peralatan seperti kerusi meja "ghaib". ada tempat2 di mana mangga terpaksa dipecahkan dan diganti baru.

dengan berubahnya pentadbiran surau2 dan masjid2 kepada mereka2 yang bertanggungjawab, dengan kehadiran ustaz2 yang selama diharamkan, aktiviti surau2 dan masjid meningkat. masyarakat kembali menimba ilmu dari para ustaz. kebijaksanaan para ustaz menyampaikan kuliah dituntut agar masyarakat dapat memahami islam dengan betul. apabila masyarakat mendapat kefahaman yang betul, mereka akan turut berubah, insya' Allah. umno amat takut apabila orang melayu memahami islam.

jika keadaan dapat dipergunakan semaksima mungkin, pru 13 akan memberi keuntungan kepada pas. peluang pas untuk menang majoriti jika tidak semua kerusi parlimen yang pas bertanding akan lebih tinggi. berkemungkinan besar, di antara parti2 pr, pas mendapat majoriti. sdra mungkin menganggap saya seorang idealis, tetapi percayalah, jika kita ikhlas, pertolongan Allah pasti berlaku. Allah tidak akan mensia2kan segala usaha untuk mendaulatkan agamaNya.
lagipun Dia telah berjanji akan menolong mereka yang menolong agamaNya.

tidak siapapun menjangkakan akan berlaku tsunami mac 2008. walaupun pada asasnya pengundi menolak umno/bn, yang membuka hati mereka untuk bertindak demikian ialah Allah berkat doa munajat para tuan guru pas. lihat sahaja apa yang berlaku di kelantan dan kedah, dua negeri majoriti melayu. perubahan sikap mereka tidak berlaku tanpa sebab musabab. yakinlah kepada pertolongan Allah.

persempadanan semula yang dilakukan umno/bn hanyalah untuk memastikan kesinambungan kuasa di tangan mereka tanpa memperdulikan akibat masa depan. di satu sudut ia boleh dianggap sebagai satu 'pengkhianatan', manakala di sudt kedua, ia adalah ketetapan Allah swt. menerima hakikat ini, untuk menumbangkan umno/bn, memerlukan kepada kerjasama di antara parti2 pas, pkr dan dap. umno yang menjadi tunggak kepada bn telah terbukti gagal untuk memberi keadilan kepada rakyat. lalu, tidak bolehkah pas mempersiapkan diri bersedia untuk menggantikan umno? mungkin bagi sdra ia satu khayalan. bagi saya, dengan pertolonganNya tiada yang mustahil.

perubahan sikap rakyat memerlukan pas bijak bertindak. pas perlu memiliki cita2 besar, bukan untuk mengejar jawatan, tetapi untuk memperkasakan islam yang diperjuangkan. tsunami mac 2008 adalah satu ujian dari Allah untuk pejuang2 dalam pas melihat iklim politik dari atas - helicopter view. hanya dengan demikian pas boleh mengenalpasti peluang2 yang terbuka serta strategi dan tindakan2 yang perlu diambil untuk melebarluaskan pengaruhnya tanpa sedikitpun menjejaskan dasarnya.

sudah tentu, dalam situasi ini, "perkasakan pakatan rakyat" itu bukan lagi besar, malah amat perlu. ia adalah strategi. maka segala tindakan yang diambil perlulah dilihat menuju ke arah itu.

sdra terikat dengan 'melayu' menyebabkan sdra tidak dapat menerima pakatan rakyat kerana di dalamnya terdapat semua bangsa. amat malang sekali sekiranya sdra seorang ahli/pendokong pas. sudah tentu sdra bukan, membaca dari apa yang sdra telah dedahkan.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempur…

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…