Skip to main content

Sumpahan ‘Sultan’ Seksyen 23

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kali ini telah berjaya mengukuhkan Pakatan Rakyat di negeri Selangor melalui berbagai program yang secara tidak langsung memantap dan mematangkan lagi pengurusan kerajaan di peringkat negeri. Selain dari ziarah majlis berbuka, tazkirah ramadahan, solat terawih, kuliah subuh, pemberian sumbangan dan sebagainya, kami juga perlu berhadapan penguruasan negeri berserta isu-isu semasa seperti kejadian kepala lembu dan sesi ‘dialog’ bersama MBSA.

Sehubungan dengan itu, ada juga yang bertanya mengapa saya tidak membuat laporan polis sepertimana YB Rodziah Ismail terhadap ugutan membunuh oleh salah seorang penduduk Seksyen 23 semasa sesi dialog yang memalukan itu. Malah ada juga sehingga menyatakan dirinya amat kecewa dengan sikap sambil lewa saya dalam soal ini.

Sebenarnya saya telah berusaha untuk mendapatkan kepastian bahawa beliau benar-benar membuat ugutan sedemikian. Namun apa yang saya perolehi adalah hanya kata-kata sebegini:
“Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!”
Bagi saya kata-kata sebegini masih agak samar. Beliau tidaklah mengatakan beliau akan membunuh saya. Hanya mengatakan bahawa saya akan mati sekiranya berpijak kaki saya di tanah bertuah yang dikenali sebagai Seksyen 23 (Taman Ixora sahajakah?).

Maka teringat pula saya akan kisah ‘Sultan Mahmud mangkat dijulang’. Bagaimana dalam peristiwa itu, Laksamana Megat Seri Rama atau lebih dikenali sebagai Laksamana Bentan telah menikam Sultan Mahmud. Persitiwa itu berlaku semasa Baginda sedang dijulang sewaktu solat Jumaat atas sebab membalas dendam ke atas hukuman bunuh isterinya Dang Anum yang sedang sarat mengandung. Setelah ditikam Laksamana Bentan, Sultan Mahmud menyumpah Laksamana Bentan sehingga tujuh keturunan bahawa sekiranya mereka memijak kaki di bumi Kota Tinggi, maka mereka akan mati memuntahkan darah. Oleh kerana Sultan Mahmud dikatakan ‘berdaulat’, maka Laksamana Bentan terus muntah darah sebaik sahaja sumpahan itu selesai dinyatakan oleh Sultan Mahmud. Baginda pula mangkat sejuruh selepas itu.

Oleh itu, saya rasa saya mungkin sedang berhadapan dengan situasi yang sama. Saya telah ‘disumpah’ oleh seorang yang bersongkok tinggi yang menganggap dirinya ‘Sultan’ di Seksyen 23. Hanya beliau tidaklah (setahu saya) dijulang pada ketika itu dan saya pula bukan seorang Laksamana yang ingin membalas dendam. Namun, mungkin beliau berkeyakinan beliau adalah ‘berdaulat’ dan inilah yang mungkin dimaksudkan oleh kata-katanya “kau belum kenal siapa aku!”

Sekiranya benarlah tafsiran saya, maka bukanlah laporan polis yang perlu saya lakukan, tetapi mungkin barangkali perlu membuat laporan doktor? Agaknya doktor mana yang sesuai yang dapat membantu saudara kita ini? Kerana adalah sesungguhnya ajal dan maut itu merupakan ketentuan Allah SWT semata-mata.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Salam YB dan Selamat menunaikan ibadah puasa yang tinggal berapa kerat lagi dan tidak menjadi salah kalau saya mengambil kesempatan ini unutk mengucapkan Selamat Hari Raya pada YB.

Sedikit sebanyak program memantapkan pakatan rakyat sempena bulan yang mulia ini dapatlah menyejukkan hati dan perasaan YB, walaupun berkecamuk dengan perkembangan isu kuil.

Saya terpanggil untuk menyokong seorang wanita yang yang megatakan pada YB agar jangan lah membodohkan penduduk di seksyen tersebut dengan firman firman Allah SWT.

Selang peristiwa tersebut saya terbaca komen tulisan YB Zulkifli Bin Noordin,Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu P.18

Kata beliau "ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutar belit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil." adakah ini di tujukan kepada YB.

Sempena bulan yang mulia ini ttidak molek YB membuat tuduhan yang maman orang yang membantah itu tidk siuman, adakah mempertahankan hak itu hanya pada orang gila sahaja ke?
Anonymous said…
Hj, mana ada YB Khalid kata orang membantah itu tak siuman. Yg ramai orang perkitaikan adalah cara bantahan dibuat. Apa yg susah sgt nak paham ni?? Nak bantah, bantah la. Sapa plak nak marah, tapi jgn la buat macam tak siuman, pastu tanya plak kenapa org kata dia tak siuman. Hj tanya la mana2 org siuman, sapa yg nak buat macam orang2 tu buat serit kepala lembu, sumpah seranah yg semua dilakukan di bulan puasa plak tu.

Putar belit mana? Bagitau la ayat mana, belit tang mana? Pakai tafsir mana? Ke YB Zul pun ingat dia tu berdaulat macam Sultan Mahmud jugak kot? ;)
Anonymous said…
Assalamulaikum YB,

Saya mengikuti perkembangan seksyen 23 ini daripada jauh (saya tidak tinggal disana). Saya nampak jelas pelbagai usaha YB telah lakukan, terbaik daripada YB kepada masyarakat. Tahniah kepada YB dan seluruh krew yang terlibat dalam perjuangan ini.

Namun demikian, saya ingin mengutarakan 1 pandangan, apakah akan berlaku "selepas" (sekiranya kuil telah didirikan) ?? Apakah dengan pembinaan rumah ibadat ini akan mengwujudkan jurang perkauman yang tinggi antara kaum terbabit akibat pembinaan yang ditentang awal ini? Adakah benar2 masyarakat kawasan tersebut menerima keputusan dengan baik dan insyallah tidak akan menimbulkan masalah (maafkan saya) di hari2 nanti? Bolehkah anak2 berbilang kaum akan bersosial / bermain dengan aman tanpa mengira warna kulit akibat penentangan awal pembinaan ini?
Pelbagai persoalan mula wujud didalam kotak pemikiran saya berkenaan dengan hal ini. Tetapi saya jelas, bahawa ilmu / informasi yang saya ada berkaitan kawasan tersebut adalah amat cetek berbanding yang ada pada YB dan penduduk di kawasan tersebut.
Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan kepada YB jika boleh mengusahakan 1 pelan mengumpul tandatangan sokongan / bantahan daripada penduduk kawasan tersebut (bermukim dan bukan menumpang sementara) sebelum apa2 tindakan lanjut daripada pihak YB.
Semoga YB dapat membantu menyelesaikan permasalahan seksyen 23 ini dengan baik demi kesejahteraan penduduk dan negara dimasa hadapan. Allahu'alam.
Sekiranya terdapat apa2 kesilapan dalam cadangan / penulisan diatas, saya memohon maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. Allahu'alam.
Anonymous said…
Sindiran YB

"Agaknya doktor mana yang sesuai yang dapat membantu saudara kita ini?"

-------------------------
Buat apa nak sindir2 semasa bulan Ramadhan ni?
Kalu tahu mana doktor yang sesuai,cakap aje.

Itu belum penduduk sek23 siram minyak ugut bakar lagi.
Anonymous said…
Memang betul ajal dan maut itu merupakan ketentuan Allah SWT semata-mata.

Tapi masuk syurga kena pangkah PAS.Ya tak?

Politik oh politik.
Anonymous said…
Yb juga kena faham,ramai memerhatikan tindakan Yb selepas protes kasar tu telah berlaku.

Adakah Yb terus bermusuhan dan meminggirkan penduduk sek23?

Adakah Yb cuba memperbaiki keadaan dengan beramah mesra dengan penduduk tu serta terus menerangkan pandangan2 Yb?Maklumlah bulan puasa.

Cuma nak tahu bagaimana pemimpin PAS yang dikatakan parti Islam bertindak balas.

P.S. lepas post ni,maka ramailah yang akan mengutuk pemimpin Umno lagi teruk,seolah 2 dengan alasan itu,pemimpin PAS buat,tak menjadi masaalah besar.
Yong said…
YB,
Sebenornyer Yong pun taksuka ade kuil 20 meter dari rumah Yong. 200 meter pun masih dekat. Masa bebudak dulu Yong pelumba lari 200 meter. Jadi Yong boleh agak jauh mana 200 meter tu.

Jangan kate Yong anti orang India lak. Masa duduk kampung dulu, rumah Yong dekat dengan estet. Ade kuil kat situ (sekarang dah takde estet). Dalam 500 meter dari rumah Yong. Tapi sebab ade kedai, pokok getah dan sebagainyer, kegiatan kuil tidak dirasai oleh penduduk Islam di situ. Jiran Yong Pak sami kuil. Anak2nya kawan dengan Yong. Berdasarkan pengalaman ini Yong rase kot dibina sekurang2nya 500 meter dari taman dan ade deretan kedai etc, rasenya takde masalah kuil itu. Kat Mid-Valley pun ade kuil.

Negara ni demokrasi. Bukan democrazy. Jadi Yong tak suka cara demo bawak kepala lembu dan pijak tuh. Bukan sebab lambang agama Hindu, sebab lembu tu makanan kita. Respect laah! Bebudakpun kita marah kot pijak2 makanan. Ni pulak orang dewasa. Tambahn pulak, bila ajak bincang terpekik tertolong dan maki hamun lak. Jadi, dah nampak macam crazy le, tak gitu YB?

Akhir sekali, Yong ucap Selamat Hari Raya pada YB dan keluarga. Semoga YB dapat sempurnakan keroje yang diredhai Allah.
Anonymous said…
YB,
Saya rasa baik buat kuil dekat kawasan rumah YB mesti selesai masalah
milestone said…
Salam Ramadhan Semua, semoga kita berusaha untuk menamatkan usaha ramadhan kita pada jarak yg makin hampir di penamatnya.

Kpd Tuan Moeinuddin b. Hj. Zakaria, saya pula bersetuju dgn tafsiran alquran dan hadith yg YB hujahkan untuk kita fikirkan bersama mengenai isu kuil itu. Kita ambik "khasiat" dr tafsiran itu, bukan semata-mata textnya! Jadi ianya memerlukan minda dan hati yg luas terbuka dan lillahita'ala.

Membantah tak SALAH!! tetapi membantah ala mamat pakai topi 1malaysia dan songkok tinggi melangit itu, membantah cara orang taklah sakit, mungkin kurang sihat dan perlu rawatan sebelum menjadi 'pandemic decease' mcm H1N1 yg akan membawa kesan yg parah pada negara, ummah yg lebih besar pada ISLAM!

YB, semoga selamat dan sejahtera.. Harapan semoga kita sam2 peroleh manfaat ramadhan ini.. InsyaALLAH

Wallahu'alam
-milestone-
Tinta Hitam said…
laporan polis tidak berguna sebab polis pun sebanrany berpakat dgn samseng samseng UMNO tu.

Ada dua hospital dan doktor yang sesuai untuk mereka.Hospital Tampoi dan Hospital Tanjung Rambutan.
Anonymous said…
Salam, YB.

Org2 yg berkelakuan sedemikian perlu banyak ingatkan Allah, baca kisah2 Rasul, nabi2, dan para sahabat dan banyak berbincang dgn ustaz2.

Hantar ke doktor pun akan diberi ubat penenang atau direject saja.
Anonymous said…
//YB,
Sebenornyer Yong pun taksuka ade kuil 20 meter dari rumah Yong. 200 meter pun masih dekat. Masa bebudak dulu Yong pelumba lari 200 meter. Jadi Yong boleh agak jauh mana 200 meter tu.// ]

Yong..hang ni pandai..tolong kira distance dlm meter antara awak dgn TUHAN?
Anonymous said…
Salam YB,

Masalahnya jika kuil di Sek 23 tak dibina.... kuil di Sek 19 kekal disitu (20 meter dari tmn perumahan). Apa salahnya penduduk Sek 23 bertolak ansur sikit. Banyak lagi kuil yg dekat dengan kawasan Melayu cth Sek 11 (tepi sekolah), Sek 15 (tepi masjid)... satu Malaysia perhatikan tindakan tidak beradap penduduk bersongkok (adik Nawawi) dan si rambut panjang (mcm stim jer)...
Anonymous said…
Sebenarnya umat islam di Malaysia pikiaq ajaran hindu sesat..sembayyahng patung..syirik dan macm macm..mereka tak berani kaji lebih mendalam symbolism patung,kuil dsb..objek/objek dlm kuil adalah sebnearnya symbol2 kekuasaan TUHAN..symbol symbol seperti yg terdapat di kuil kuil india juga digambarkan oleh Nabi Muhammad sendiri semasa baginda "melangkah" ke syurga.."binatang" yg dinaikki oleh Nabi ie BURAQ,ada empat kaki,nampak macam kuda or lembu,dan berkepala mcm manusia..Shiva jugak ada transport,NANDI the cow/lembu..NANDI,BURAQ, adalah symbol symbol2 kekuasaan TUHAN..dan adakah Nabi Muhammad menggambarkan syurga sebagai satu tempat kosong,yg tak ada objek,yg tak ada rupa,tak ada apa apa pun?On the contrary,Nabi Muhammad,telah bertemu dgn bermacm macm makhluk/angels/beings di langit langit dlm perjalanan ke syurga..tenggok struktur luar kuil india ..ada macam macm god,dan di atas sekali ada apa?..Kita perlu berani utk mengkaji secara mendalam..dat's all..btw..pilgrims performing haj r required to see "somethin" in the Kaabah..why?
Anonymous said…
Salam YB Samad

Yg memprotes secara biadap dan mengugut tu ialah "sultan di mata beraja dihati". Bukan mereka guna akal pun!

Jauh sekali lah ada daulat seperti sultan.
BESTOMYAM said…
ALLAH SWT MAHA AGUNG
KIFARAT(KARMA) ITU PASTI BENAR.
MATI ITU PASTI BENAR
SABAR...RAKYATKU...
WALAU APA PUN...
SALAM RAYA AIDILFITRI... RAKYATKU...
MAAFZAHIRBATIN.
HATI2DJALANRAYA.
CUCUHAMKA said…
YB,

Alhamdulillah, berjaya juga PR menyelesaikan masalah kuil tinggalan UMNO yang mendatangkan banyak masalah. Hanya mereka yang jahil mengatakan PAS menyokong pembinaaan kuil. Padahal lihatlah UMNO. Penuh dengan segala penyakit.
Anonymous said…
Is Islam all about,formless,beingless,"shadows",the indescribable infinite?If that's the case,then there will be no difference between Buddhism and Islam..in fact there wont be anything relating to ONE or ONENESS..intellectual,theologians have crippled the inner truth of Islam for centuries,and nowdays,they have taken a "secular" attidue..why?becos,we have the desire to please mat salleh and all the truths,realities must fit western requirements..as result,we still read islam as monotheism bla bla bla crap!All the beings,described in Prophet's ascension are real,and true..they r formations,powers of the SUPREME,including the 4 angels that guard the throne..and the powers and formations are gloriusly revealed in the Holy Quran as "bliss,wisdom,might,compassionate"..and the knowledge of Oneness in everthing,in the many is the SUPREME"S KNOWLEDGE/VISON,/SIGHT/INTELLIGENCE..
Anonymous said…
Yang Mulia YB Pak Janggut,

Tak usahlah memperli org lain sbg Sultan. Apa Yg saya lihat, YB sendiri menjadi sultan. Kenapa sebelum membuat keputusan pemindahan kuil ke seksyen 23 tidak berunding dulu dgn penduduk. Kenapa tak caru kws yg jauh dr penempatan penduduk majoriti Islam. Kenapa YB tak cadangkan kuil tu di pindahkan ke kws majoriti cina?.. tak beranikah?

Lagi satu, Yg janggut ni saya tengok suka mempergunakan/memilih ayat Quran untuk kepentingan diri saja. Yb jangan ingat YB ada janggut tu dah menunjukkan Yb hebat,.. kambing pun ada janggut tau
Anonymous said…
Yb jangan sombong sangat.

Ada yang kata penduduk salah.

Ada yang kata kerajaan Selangor salah.

Ramai termasuk saya,kata dua 2 salah.


Menghentam dan menyindir penduduk sebagai memerlukan rawatan doktor tertentu(bukan kita tak faham sindiran doktor apa)menunjukkan Yb tiada minat hendak berbaik semula dengan penduduk2 situ.

YB tidak patut buat begitu,kerana kamu pemimpin Islam yang patut memberi contoh baik walaupun dalam apa krisis.

Penduduk2 sek 23 kena ingat ya,inilah cara kamu dilayan oleh Yb PAS dan geng2 dia.

Adakah undi2 kaum lain terlalu penting sehingga penduduk2 sek23 akan YB sacrifice kan.
benciputarbelit said…
Kenapa pulak Anon September 17, 2009 3:02 PM cuba membabitkan SELURUH penduduk Seksyen 23 dengan perkara ini? Sedangkan yang ugut utk bunuh adalah si songkok tinggi seorang je? Yg sumpah seranah pun berapa kerat je. Takde sapa pun kata semua penduduk Sekyen 23 camtu, sbb ramai juga yg datang dan yg tak bercakap tak suka perangai macam tu. Saya yakin, majoriti penduduk di sana dan penduduk Malaysia amnya masih waris. Kecuali segelintir shj yg sanggup buat apa shj utk capai apa yg dia nak. Cthnya: si songkok tinggi dan geng. Golongan macam ini bertaburan di seluruh Malaysia atas berkat usaha gigih UMNO/BN.

So jgn la cuba jadi utusan melayau pulak di sini dan cuba putar belit kenyataan!!
malam kliwon said…
Khir Toyo terima ugutan bunuh
Jimadie Shah Othman | petikan malaysiakini
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat pagi tadi yang dikirimkan ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang

Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."

"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.

Surat dua halaman bertulisan tangan itu dikirim dari Bukti Raja berdasarkan cop pada setemnya.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Dr Mohamad Khir berkata beliau membuat aduan polis pada 12.30 tengah hari tadi.

Tambahnya, ugutan sedemikian bukan pertama kali terhadapnya.

"Sebelum ini, melalui SMS itu biasa. Tapi surat, ini kali pertama," katanya, sambil menambah, aduan itu dibuat kerana berasa keselamatan dirinya terancam.

"Dulu lainlah, (semasa menjadi menteri besar) saya ada pengawal peribadi," katanya.
ironseven said…
kepada yg menulis ini

"Sebenarnya umat islam di Malaysia pikiaq ajaran hindu sesat..sembayyahng patung..syirik dan macm macm..mereka tak berani kaji lebih mendalam symbolism patung,kuil dsb.."

BAGI KAMU AGAMA KAMU, BAGI ISLAM ADALAH ISLAM. TAK PAYAHLAH NAK SAMA2KAN PULAK YE...

BG YG BERDEMO TU SEBENARNYA MASA BN MEMERINTAH BUAT KUIL DLM LAMAN RUMAH DIA PON TAKPE. SAJA NAK CARI PASAL JE TU. KAT TEMPAT2 LAIN PON BYK KUIL DIBINA DI KWSAN MELAYU. SEBELAH MASJID PON ADA. TAK DE PULAK GENG2 BERKEPALA LEMBU NI PEGI MELALAK. ALLAH DAH KATA DENGAN JELAS "JGN MEMERANGI SELAGI TIDAK DIPERANGI", MAKA KITA DUDUK ELOK2LAH DEMI PERPADUAN KAUM DAN AGAMA. AYAT NI STRAIGHT FORWARD, TAK DE YG BERBELIT2....
pump said…
inilah kali terakhir saya tinggalkan komen saya di sini...saya dah x berdaya nak berkata apa lg...nampaknya saya terpaksa terima saja keputusan yb...sejak mula isu ini timbul saya x senang hati memikirkan betapa silapnya saya kerana memilih untuk membeli rumah di shah alam...saya betul2 menyesal dgn kesilapan saya dalam membuat keputusan untuk membeli rumah idaman yang bakal saya diami bersama anak2 saya...kalaulah boleh saya undur masa...hmm...xpe la...biarlah saya bertoleransi dlm isu nie...insyaallah andai diberi rezeki lebih mungkin saya bole pindah ke kawasan yg lain dan kali nie saya akan pastikan ia kawasan yg benar2 tenang utk saya dan keluarga saya...jauh dr permainan politik yg memualkan! oh ya...dgrnye akan dibina 3 kuil semuanye kan...saya harap lps nie yb bincanglah juga dgn penduduk shah alam...jgn biarkan kaum sendiri terpinggir semata2 nak bersikap adil kpd kaum lain...selamat hari raya...
mohamad said…
Selamat Hari Raya la YB.
SAYA RASA ORANG MELAYU LA NI BERBELAH BAGI...BN TERKENAL DENGAN RASUAHNYA...PR PULAK MACAM NAK JUAL MELAYU DAN ISLAM.... TAPI KALAU SURUH SAYA PANGKAH SAYA TETAP PILIH PARTI YANG MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN MELAYU. ...HAMPA TAU PASAI APA....ESOK AKU MATI DAN DI ALAM AKHIRAT...KAWAN2 AKU YANG SATU KAPAL DI AKHIRAT IALAH ORANG ISLAM JUGA...DAN BUKAN HINDU ATAU KRISTIAN ATAU BUDDHIS...AKU TABIK HORMAT KAT MP KULIM TU...WALAUPUN DIA MP...TAPI TAK DAK LA SYOK SENDIRI ...YAITU NAK PANCING UNDI BUKAN ISLAM LA...NAK BODEK BUKAN ISLAM LA....TAKUT DARJAT MP JATUH LA...TAKUT KENA BOIKOT DENGAN DAP LA.... BE YOURSELF AS A TRUE MUSLIM...COZ ALLAH KNOW EVERYTHING WHAT'S INSIDE YOUR HEART....JANGAN BERTOPENGKAN ISLAM....MUNAFIK TU...AND ALLAH PROMISE NERAKA PALING BAWAH UNTUK MANUSIA TERSEBUT....KITA CUMA BOLEH JAGA KEBAJIKAN ORANG BUKAN ISLAM SEPERTI TERSEBUT DALAM QURAN....KALAU YB RASA YB NI PAK JANGGUT...CEPAT2 LA BERTAUBAT....TAK KAN LA YB NAK UNDI POPULAR SAJA....YB KENA LA TEGAS BARU ORANG HORMAT....KALAU TAK ORANG AKAN MAKI AND DAPAT BALA LAGI DARI ALLAH KALAU AGAINST THE UMMAH NEEDS. LA NI BANYAK SANGAT ORANG MUNAFIK......MEREKA LEBIH BAHAYA DARI ORANG KAFIR ZIMMI...PASAL DEPA GUNA NAMA MELAYU AND AGAMA ISLAM KONON TAPI SEMBAHYANG 5 KALI KADANG2...AND ADA HATI NAK KOMEN NEGATIF PASAL ISLAM DAN MEREKA JADI HERO ORANG KAFIR KONON....WALLAHUALAM
Anonymous said…
mohamad said

"AKU TABIK HORMAT KAT MP KULIM TU"

--------------------------

Kalau anda tabik MP Kulim,adakah tidak luka dihati apabila dia buat kenyataan yang ahli PAS memutar belit ayat al Quran.
Anonymous said…
Saya ingat YB ni pandai rupanya bangang, walaupun YB pernah belajar ket England..

Orang Melayu ni emosi sikit,takkan tak faham hati Melayu; bab ugama jangan main-main bab perasaan orang Melayu jangan diperlekehkan.. adakah YB bangang ni sanggup panggil penduduk Seksyen 23 ni gila.. orang yang emosi hari tu bukan sorang YB tapi majoriti.. adakah YB sanggup katakan mereka ni gila..

tengok respon YB ni saya dah hilang rasa respek pada PAS, parti caca marba , sepatutnya dalam hal agama ni kita perlu bersatu dalam hal ni samada dari PAS atau UMNO...
Anonymous said…
alahai...kesiannya la melayu...banyak komen lebih menjurus kepada isu2 yg tak ujud...takde sape nak gadai melayu dan islam kecuali umno je...

pada pengomen2...paham la isu dulu...apa kaitan antara pindahkan kuil dengan mengancam orang melayu dengan agama Islam..?? kalau ada ancaman, tanya dulu umno apa yang korang buat selama ni nak martabatkan islam..?? sekarang dah nak ruyup baru nak tunjuk hero ka..??

umno hari ni, kononnya depa la pembela islam, pembela melayu...huhuhu....sibuk beri bubur lambok merata2....time memerintah dulu, usahkan bubur lambok, bubuk nasik pun tak de....

alahai..betullah...umno ni suku sakat munafik...
hamba BN said…
sesiapa yang berkenaan,

cermin diri dulu sebelum mengata orang lain bodoh. takut-takut la anda tu tahap baghal yang tak kenal bodoh tu rupa macam mana..
SatuMalasnye said…
Tak salahkan kalau beralah dengan agama lain selagi diorang tak harm kite. Kata kita ni 1malaysia. Kat johor ni bersepah2 kuil. Ada 2 kuil besar sebelah balai polis lagi. Polis tak buat demonstrasi pun mengarak kepala lembu kat pejabat gani osman?. Kalau nak kira jarak. Masjid batu 5 tu berhadapan dengan kuil no.2 besar di johor. Tak ada pun penduduk batu 5 dan tmn kobena mengamuk tak tentu pasal. Kan perdana menteri kita dah ajar tentang 1malaysia dan baru2 ni kita ada team f1 1malaysia yang menggunakan minyak ron95. Apa-apa pun jadilah rasional dan hormat kepada agama lain supaya islam dan melayu kita akan dihormati sampai bila2.
Anonymous said…
Syabas yb, saya suka kepada kejujuran dan ketelusan kamu dalam blog ini. Kalau kat blog umno, takan tersiar komen2 yg camni, semua komen mengampu je. Kepada yang nak menyalahkan orang tak tentu pasal. Saya sarankan baik kamu gi mengampu kat blog ameno sane. Nanti kalo luck baik dapatlah jadi ajk jkk kampung ke.
Anonymous said…
Orang melayu mudah emosi... Sedihnya dengar pagi ramadhan ni... Orang cina india kadazan bajau takde emosi ke. Emosi biarlah bertempat, puasa tu kan mengajar kita mengawal emosi. Sebab utama melayu emosi adalah pemimpin melayu sendiri dan akhbar utusan anda tu.
Tak abis2 membincangkan nasib melayu tapi walhal untuk mempertahankan legasi anak beranak sendiri supaya kekal mentadbir negara ni.
Anonymous said…
//TAPI KALAU SURUH SAYA PANGKAH SAYA TETAP PILIH PARTI YANG MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN MELAYU. ...HAMPA TAU PASAI APA....ESOK AKU MATI DAN DI ALAM AKHIRAT...KAWAN2 AKU YANG SATU KAPAL DI AKHIRAT IALAH ORANG ISLAM JUGA...//

yay!!..Pesakit mental ni dah masok TITANIC UMNO..lol!!
Anonymous said…
Alaaa.. yb,

setakat nak bina kuil pun dah nak bising. kalau sekat operasi kilang arak ke, tutup pusat clubbing ke, xda plak yang sanggup buat. Cuba Yb ajak penduduk s/23 tu buat demo halau orang kafir dari situ, ada berani? Dan ajak sekali pemuda kat situ bakar rumah penduduk yang tak datang solat berjemaah kat masjid.

Ntah2 Yb sendirik yang kecut. Apatah lagi ngan penduduk s/23 yang belagak samseng tu.
shahrul said…
kita sbg org Islam,kena lah hormati agama yg lain...
jgn nak menghina dan menyakitkan hati penganut agama2 lain...

p/s-saya kagum tgok cara YB Khalid tangani isu ni....begitu tabah dan cool.
ninGrat said…
salam.
selamat raya YB.
saya duk kat seksyen 9..area org2 songkok tinggi..
1. apa pun betullah yang Yb buat tuh..
kalau semua bincang pasal majoriti melayu..habis masjid india kat little india tuh..kena roboh jugak ker..mana ada kat situ majoriti melayu islam..masjid india kl..? tak nak lak puak2 ni bising pasal kat area bukit tinggi klang..(tapak jaya jusco) tak der masjid..surau kecik jadi masjid adalaa..
2. alhamdulillah sejak pakatan rakyat kawal selangor..(pd pandangan sy) masjid dan surau seluruh negeri selangor sepanjang ramadhan sentiasa penuh..syukur sangat2..lagi2 masjid negeri..banyak dah program yang dibuat..terasa Islam tuh `hidup`..
apa pun..semoga mereka yang tidak mahu kepada Islam akan diberi hidayah untuk kembali menghayati Islam sebenar..amin
Serrr..... said…
Selamat Hari Raya YB,

Sebenarnya YB kena mula ambik tesis mengkaji pemikiran Melayu..betapa bodohnya orang Melayu,asyik2 menyalahkan PAS..sedangkan dulu siapakah yang berkata "zaman dulu org xcukur sebab tiada Gilette..","UMNO ada dalam ayat al-Quran","Saya nak bagi satu milian(baca:million)kalau Harun Din boleh buat ayaq bagi semua orang sehat.."

Sapa kata??? India Muslim juga kata..Ya,org yg dianggap Hero Melayu/Islam a.k.a Che Det. Dia bukan Melayu,for God sake! "Melayu Mudah Lupa!!" Sonang2 ja ekau kata camtu ye..ye la sebab India bukan Melayu.


Tolonglah...hentikanlah projek membodohkan orang Melayu/Islam..kononnya PR ni anti Islam-Melayu,jual negara,ejen Yahudi,kuda tunggangan DAP,bla..bla..sedangkan Che Det sendiri berjumpa dengan PM Israel dan mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau dalam pilihan raya semasa Che Det masih memerintah..lupakah anda wahai pembela Melayu semua??

Anda kata itu kisah dulu? Ok tidak apa..ingat Zahid Hamidi? Dia pun pernah berjumpa dengan Menteri Israel bukan?? Takpa2..Melayu kan MUDAH LUPA...la sapa ejen YAHUDI? Sapa proksi YAHUDI? Tolonglah...hentikanlah projek membodohkan Melayu..
Anonymous said…
YB khalib,

semoga anda diberikan hidayah..benar2 kah perjuangan anda ini ikhlas? menegakkan yg hak dan menjatuhkan yg mungkar?adakah anda ikhlas dlm perjuangan anda ini???

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.