Skip to main content

Video: Najib's 100 Days, What Went Wrong?

PART 1


PART 2


Najib's 100 Days, What Went Wrong? MP For Shah Alam, Khalid Samad speaking at MBPJ Civic Hall, Petaling Jaya, Selangor (31/07/2009). Videos are courtesy of Media Rakyat.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Aslmkm YB,

Dengar-dengar pada Mesyuarat EXCO yg baru lepas ada ketegangan sikit, betul ke apa yg khabarkan? Btol ke ada cadangan supaya portfolio Ronnie Lie ditukar? Betol ke Ronnie tu gengster sebagaimana dikatakan oleh member PKR Wangsa maju tu? Tentang berita YB Rodziah pun samer, betol ker? Tapi itu semua angkara UMNO agaknya kan? PAS bagus.....
Anonymous said…
Aslmkm YB,

Masa PRK Manik Urai ada diberitakan PAS telah mengisytiharkan dah menang dgn majoriti 2,000 undi sebelom keputusan muktamad dikeluarkan. PAS saja buat macam tu sebagai satu strategi. Bagus gak ya....tapi macam menipu jer..
Anonymous said…
Assalamualaikum,Tuan hj.Saya fauzi dari sg petani kedah.saya ada nak minta tolong tuan hj untuk suarakan masalah kami orang kampung di parlimen.Begini masalahnya... Beras subsidi yang diberikan kepada rakyat sangatlah tidak mencukupi bagi negeri yang dikuasai pakatan rakyat.Sekarang cadangan untuk memberi kupon hanya kepada orang miskin sahaja untuk mendapatkan beras subsidi.menjimatkan wang kerajaan.Dalam keadaan ini menyukarkan kami untuk mendapatkan beras ini.Walaupun pendapatan kami RM1500 sebulan tapi anak 5 sekolah,bayar duit rumah/kereta/api/air kami juga terpaksa makan beras subsidi,tak cukup juga belanja kami.Biarlah rakyat sendiri menentukan beras mana yang nak dia makan.beras mahal atau murah.Bukan berapa sangat kerajaan nak keluar duit,berbanding pendapatan kerajaan. Ada juga nak meniaga nasi lemak pun tak boleh,mahal sangat.jual mahal orang tak beli,nak jual murah beras mahal,macamana, Menteri pertanian tak pa la gaji mahal,takkan dia nak makan beras subsidi,sebab tu dia tak tau masalah rakyat yang dok makan beras subsidi. Saya berterima kasih la pada Tuan HJ jika dapat membantu kami dalam hal ni. sekian fauzi
Nama: Fauzi bin Ahmad
Addr1: Taman Cempaka,Bukit Selambau,Sg Petani,Kedah
Addr2: -
City: Sg Petani
Zip: 08010
State: Kedah
Country: Malaysia
Age: 35
Voice: 0174335641
Members-Email: fauzicob@yahoo.com.my
Unknown said…
Yb adalah seorang pemuka agama. Marilah selesaikan isu kuil di seksyen 23. Jangan hanya berani mengeluarkan kenyataan media.

YB merupakan salah seorang yg mengusulkan tanah di seksyen 23 utk didirikan sebuah kuil. Kenapa tidak dicadangkan di sekitar kawasan atau taman kediaman YB di Seksyen 10 Shah Alam. Kami di seksyen 23 juga tidak sabar utk berjumpa YB secara bersemuka

Kalau YB berani sila lepaskan komen sya.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...