Skip to main content

Respon Kepada Pengunjung Ogos

Harap maaf kerana tidak menulis respon lebih awal. Tetapi sememangnya, semenjak balik dari Kelate, program datang berturut-turut. Mungkin tuan-tuan sendiri telah dapat bersama mengikuti sebahagian daripadanya, tetapi bagi yang tidak, saya senaraikan secara ringkas aktiviti saya beberapa hari kebelakang ini.

Saya sertakan kegiatan saya seperti di atas bukannya apa, tetapi kerana ada juga yang bertanya kemana perginya, lama senyap dan tidak memberikan sebarang respon kepada apa yang berlaku, terutamanya apa yang berlaku di Shah Alam. Saya hanya mampu memohon maaf kepada para pengunjung kerana tidak sempat menulis. Walaubagaimanapun kali ini saya hanya akan sentuh dalam bentuk isu yang telah dibangkitkan dan tidak dapat menjawab komen/pertanyaan tuan-tuan satu persatu.

1.Isu Kawalan Jualan Arak di Shah Alam
Ada pihak yang bertanya pendirian saya. Eh, macam tak baca pula bahawa ianya bermula di Shah Alam. Hanya kaedah kami di Shah Alam membawa pendekatan yang berbeza. Kami mulakan dari bawah. Penduduk sendiri yang meminta supaya ianya tidak dijual. Kaedah sebegini tidak dilihat sebagai pendekatan memaksa. Sebaliknya pemerintahan yang mengikut kehendak permintaan rakyat.

Dasar rancangan kami ialah untuk melancarkan kempen kesedaran dan keburukan minuman keras melalui kerjasama MBSA, dengan menjemput sekali Muslim dan non-Muslim bersama rakan-rakan PR. Bermula dengan penerangan dan kesedaran.

Sekarang sudah pun jadi lain. Enekmen JAIS. Namun tetap berperingkat, tetapi lebih bersifat dari atas ke bawah. Kaedah penguatkuasaan. Tiada penerangan, tiada kempen kesedaran. Mengejut. Selepas itu, dah jadi PAS bertelagah dengan DAP dan tanpa perlu dijemput, disorak UMNO.

2.Isu Ronnie Liu
Bagi saya Ronnie Liu bukanlah isu. Sepertimana saya jelaskan, beliau dilihat dari sudut arahan mesyuarat Exco yang telah memutuskan menangguh dahulu perlaksanaan permintaan ini sehingga digubal rang undang-undang dan garis panduan baru. Dia menganggap MBSA mengingkari arahan kerajaan PR. Oleh itu dia marah.

Memang masalah ‘sabotaj’ terhadap arahan kerajaan Negeri ada berlaku. Ronnie menyangka ini adalah juga satu pengingkaran dan sabotaj. Beliau tersilap. Hakikatnya, MBSA menganggap arahan kerajaan Negeri hanya untuk yang belum mencapai persetujuan dan keputusan. MBSA telah pun mencapai persetujuan di kalangan semua ahli majlisnya. Termasuk Seow, wakil dari DAP. Dia menyokong pengharaman jualan arak di kawasan majoriti Muslim di kedai-kedai runcit, 7-eleven dan sebagainya.

Isu Ronnie in sebenarnya mudah sangat ditangani. Tanpa perlu kita berbalah. Hakikatnya apa yang kita semua inginkan adalah kawalan yang lebih ketat terhadap penjualan bir dan pengharaman jualannya di kawasan majoriti Islam di kedai-kedai tertentu. Bukan bergaduh dengan DAP yang merupakan rakan kita di dalam PR.

3.Perselisihan Dengan DAP
Ada yang menganggap kalau kita gaduh dengan DAP, nama PAS akan bertambah harum. Melayu akan bertambah menyokong PAS. Itu satu andaian yang amat meleset. Yang bertepuk dan bersorak adalah Melayu UMNO. UMNO memang nak tonjolkan DAP sebagai musuh Islam. Sekiranya ummat Islam meyakini itu, mereka akan menolak DAP. Bila tolak DAP, mereka akan menolak PR. Kerana DAP bersama PR. Apabila ditolak PR, PAS turut tertolak. Yang kekal untung adalah UMNO.

Inilah sebabnya dari dulu hingga sekarang strategi UMNO ialah untuk menuduh DAP musuh Islam. Dulu Teresa, baru-baru ini Ronnie dan sekarang Loke.

Kalau PAS ikut serta demi mendapat populariti di kalangan orang Melayu, cuba tunjuk hero, PAS masuk perangkap UMNO. Lebih teruk, kita menzalimi mereka yang sedang ingin berdamai dan mengenali Islam. Mungkin di sinilah ayat Surah Al-Anfal 61 lebih tepat digunakan. Ayat itu memang berhubung orang bukan Islam yang nak berdamai bukan terhadap puak-puak seperti UMNO.
“Dan sekiranya mereka condong untuk berdamai, hendaklah kamu juga condong kepadanya”
Walaupun mereka bukan Islam, tidak bererti kita boleh sewenang-wenang sesiapa sahaja boleh menuduh mereka memusuhi Islam. Lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri menegaskan sebaliknya. Sudah pasti tindakan sebegitu tidak adil. Tidakkah Allah memerintah kita bertindak adil walaupun terhadap golongan yang tidak kita sukai? Terhadap musuh sekalipun? Bahawa keadilan itu lebih mirip kepada keTaqwaan?

Jika ingin cetuskan perbalahan dengan DAP dari sudut politik sekali pun, ini hanya akan membuang masa. PAS tidak bertanding melawan DAP. Tiada walaupun satu kerusi yang PAS bertanding melawan DAP di kawasan bukan Melayu. Semua kerusi yang PAS tandingi, PAS lawan UMNO. Jika PAS serang DAP dan tuduh DAP musuh Islam dan lanyak DAP sehinggakan betul-betul Melayu bencikan DAP sekalipun akhirnya bukan DAP yang akan kita hadapi. Kita hadapi UMNO. Maka UMNO akan berkata, “DAP bersama PR. Kalau tidak mahukan DAP, maka tolak PR”. Oleh itu, PAS akan turut ditolak.

Strategi yang terbaik adalah seperti yang digunakan di Perak. DAP beritahu orang bukan Islam PAS adalah rakan yang baik dan bukan ekstrimis, PAS pula beritahu orang Islam yang DAP bukan anti Islam dan tidak chauvanis. Dan itulah keadaan yang sebenarnya! Label ekstrimis agama yang dilemparkan terhadap PAS adalah dakyah jahat UMNO sepertimana juga label ‘anti-Islam’ terhadap DAP. Ianya hanya tuduhan-tuduhan yang bertujuan untuk melagakan PAS dan DAP.

Melalui strategi mudah ala-Perak, orang bukan Islam akan tidak takut pada PAS dan mereka sokong PR. Orang Islam tidak takut lagi dengan DAP dan mereka mula sokong PR. Memang UMNO memberitahu orang Melayu PAS dikudakan oleh DAP. Tetapi mereka juga beritahu orang Cina DAP dikudakan oleh PAS! Apalah yang nak dengar cakap orang UMNO sangat ni?

4.Isu Loke
Ada yang marah kata saya bela Loke. “Baik sangat pada DAP”, kata mereka. Eh, setahu saya, saya hanya membenarkan penjelasan Loke disiarkan di blog saya. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan mereka sendiri. Adakah adil sekiranya kita tidak mendengar penjelasan pihak yang tertuduh? Atau memberi peluang supaya pembelaan dirinya didengari? Itu macam ISA aje...?

Saya sendiri sebenarnya tidak bersetuju secara dasarnya dengan tindakan Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang telah mempertikaikan peribadi mendiang Teoh Beng Hock. Beliau sudah mati. Beliau mangsa kezaliman. Di tangan orang Islam. Di bawah kerajaan yang mendakwa ianya Islam.

Sebagai orang Islam, demi menjaga nama baik Islam, kita patut menuntut keadilan untuk beliau. Bukan mengalihkan pandangan masyarakat kepada persoalan lain. Walaupun terdapat isu sampingan yang boleh kita bincangkan. Saya merasakan tulisan Dr. Ridhuan begitu tidak prihatin kepada perasaan keluarga mendiang. Kalau ini mahu dinamakan dakwah, entah mana beliau dapat kaedah ini.

Sebagai contoh mudah, jika kita mengambil pendekatan mengalihkan isu utama yang dibincangkan kepada satu isu yang lain, dahulu apabila mendiang Lim Goh Tong meninggal, tiada pula Dr. Ridhuan bersuara. Adakah beliau redha dengan empire perjudian Lim Goh Tong dan kesan judi terhadap generasi muda? Tidakkah beliau khuatir kejayaan yang tercapai hasil empire sebegini akan menjadi contoh ikutan dan apa yang berlaku terhadap masyarakat?

Mendiang Lim mendapat pengkebumian taraf negarawan. PM pada masa itu turut hadir dalam majlis pengkebumian beliau. Terdapat siaran langsung lagi. Tiada pula Mufti mana-mana negeri bersuara. Tunduklah, hormatlah dan sebagainya. Mentang-mentanglah dia kaya, Beng Hock tidak. Mentang-mentang dia BN, Beng Hock bukan.

Kalau teringin mempertikaikan keperibadian orang sekalipun, kenapa pilih yang telah mati? Tu hah, Soi Lek tu ada. Pertikailah dia. Hah. Baru-baru ini Najib ke Batu Caves. Yob, sila beritahu Mufti kerajaan Lanun tu Yob. Mungkin dia tak perasan. Ingin dengar juga fatwa dia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

muya said…
YB ni tak baca tranungkite, kedahlanie etc ke? memang ramai orang melayu yang panas hati dengan DAP. dan sikap panas hati ini mungkin akan diterjemahkan pada kertas undi. tak perlu BN pun, DAP dah menjadi liabiliti kepada PR

komen-komen pasal ridhuan tee ni, tak teringin ke nak komen pasal lim guan eng perli poligami? tak nak komen ke pasal jeff ooi hina JIM dan seterusnya menghina islam?

hanya orang yg buta dan pekak saja tidak tahu sifat extremist DAP
Anonymous said…
salam.........

tahniah Y.B atas ulasan isu2 yg berkaitan lebih2 lg isu air setan tu........Takbir ! Allahuakbar !
Anonymous said…
excelant piece from you YB khalid.

saya amat sedih apabila ada ahli PAS sendiri yg terkeliru dgn isu isu ini.apa yg payah sgt nak faham.

mungkin kerana ada segelinrir pimpinan PAS sendiri yg mahu ahli pas terkeliru.
Anonymous said…
YB,
Do read this piece from malaysiawaves..
http://www.malaysiawaves.com/2009/08/konspirasi-membuang-yb-saari-sungip-dan.html

There are too many UMNO moles,double agents in PAS.The big question is does the president of PAS have the courage to get rid of them?
Anonymous said…
UMNO has been very succesful in issue diversion and also the implementation of "Divide and Rule".
Now suddenly we talk and argue over sales of beer that had been authorised by UMNO/BN in the first place, but now blamed on Pakatan.
Now can anybody still remember some serious outstanding issues like:
1) What has happened to the case of Mongolia tanya?
2) What has happened to Istana Toyol?
3) What has happened to the land scams uncovered in Penang, Perak and Selangor?
4) What has happened to PI Bala?
5) What has happened to the Myanmar doctor examined Saiful's rear end, declared him a rear end virgin, but had to flee Malaysia after that?
6) What has happened to the case of Correct Correct Correct?
..and so many more cases, all suddenly very quiet, and all we talk about is beer. Really so much nonsense.
Anonymous said…
bagus la...berbaik sesama makhluk kan pekerti mulia...buat ape syak wasangka pada sesama makhluk...
kalo ase waspada ngan dap just siap sedia je la...org tu niatnye baik..tapi kalo kita da syak wasangka yg buruk je...sape yg dapat dosa..kita ooo
sinach zawawi said…
YB,
saya xnak mengulas isu lain, tp pasal kematian beng hock..benarkah dia mati kerana kezaliman dan 'bekas' tangan org islam? terbukti belum dia mati dibunuh atau kemalangan? adekah YB terus merumuskan SPRM yg bersalah dlm hal ini? kalo ye, sama mcam ISA,tanpa bicara YB sudah menghukum.. nasib baik kuasa mengISA tdak di tgn YB.. sampai masa kita menyelidik kembali ape yg dibuat..byk menunding ke arah pihak lain,tanpa sedar kita melakukannya juga..

wallahua'lam

me against ISA
Anonymous said…
In the next general election my family and I will vote for any PAS candidate from the anti-unity BN/PAS faction. They talk sense. Of cause the other faction talk nonsense. Fr. Anak Bangsa Malaysia
matmantau said…
kesimpulannya.. teringat pesan dialog Tokmantau & Matmantau…

Matmantau : tok.. tok.. …
Tok : ya cu…
Matmantau : mana baguih.. kawan dgn. org. Islam yg. buat2 tak tahu pasal Islam atau org. bukan Islam yg. memang tak tahu pasal Islam
Tok : Baguih, mai kita tanya Tok Khalid..…
Wassalam…
Vincent Chow said…
Salam sejahtera,
Saya seorang "social drinker" bermakna saya hanya minum alkohol sekali - sekala bersama dengan member. Pada pendapat saya, samada alkohol dijual atau tidak di kawasan Shah Alam tidak memberi sebarang kesan kepada saya & rakan - rakan minum saya. Sepanjang pengetahuan & ingatan saya, kami tidak pernah pergi membeli stok kami di mana - mana 7 Eleven. Tidak di Shah Alam, dan tidak dimana - mana 7 Eleven di Malaysia.

Saya menyokong penuh pengharaman penjualan alkohol di seluruh Shah Alam. Ini kerana saya difahamkan kebanyakan pembeli alkohol di 7 Eleven adalah terdiri dari golongan remaja muslim. Saya juga tidak berharap anak saya sewenang - wenangnya boleh menikmati alkohol apabila dia remaja kelak. Saya rasa ini adalah satu usaha baik PAS untuk membendung gejala sosial di negara ini. Tambahan pula, di Shah Alam sudah tidak ada sebarang pusat hiburan, panggung wayang, penjualan ekor judi dll. Oleh itu, tidak ada bezanya jika tidak ada alkohol sekalipun.

Sekurang - kurangnya ada terdapat satu kawasan di Malaysia yang bebas dari sebarang hiburan atau aktiviti yang haram dari sudut semua agama. Di sini, penduduk ada pilihan. Jika mereka inginkan pelbagai hiburan, boleh tinggal di Klang, dan jika mereka inginkan ketenteraman, boleh tinggal di Shah Alam.

Vincent Chow
Anonymous said…
Alhamdulillah, ana setuju penuh dengan penjelasan YB..memang itulah cara yang tepat untuk kita melanyak umno yang telah 52 tahun tipu dan hancurkan Islam...Perak memang cara terbaik untuk kita contohi...bila kita baik dengan DAP,baik dengan non muslim yang mahu kenal Pas,kenal islam,hasilnya usrah di Perak pun telah dihadiri oleh org non muslim...ini suatu petanda yang cukup baik...Allahuakbar...Selangor dan negeri2 lain patut belajar dari Perak dan juga kedah...kedah walaupun kita majoriti tapi kita tak melakssanakan islam secara mengejut..Apapun,..jadikan kesilapan sebagai pengajaran... Ana harap lepas ni YB jadi PJ selangor...tukarlah org tu yang asyik nak berdamai dengan Umno..
zokhairi said…
Saya sokong tulisan YB ni, kita harus berlapang dada....jangan ikut perasaan sangat....fikir dgn waras tampa dipengaruhi emosi....fikir2kan lah...
Anonymous said…
Salam, YB

Alhamdulillah kekusutan yg timbul muthakir dapat diselesaikan dgn penuh semangat persefahaman.

Isu larangan penjualan alkohol kpd muslim adalah langkah baik dan langkah seterusnya kpd penjualan nombor judi. Diharap pihak berkuasa tempatan (tak pasti samaada dlm bidang kuasa) dpt memantau (enforcement) kerana tanpa enforcement ianya hanya akan tinggal 'perkara atas kertas' sahaja.

Sekali lagi syabas diucapkan atas komitmen pemimpin2 Pakatan Rakyat (PR) dlm menangani kekusutan yg timbul. Elok juga dibuat sesi penerangan di semua cawangan masing2 komponen PR atas timbulnya kekusutan dan jalan penyelesaian agar 'akar umbi' dapat memahami dan menghargai permuafakatan.
Salam,

Ahli politik tetap ahli politik. Saya tidak berapa gemar ahli politik sebenarnya, tidak kira apa fahaman politik mereka.

Dalam sibuk riuh yb berceramah (cerama agama untuk mendapat keredaaan Allah atau ceramah politik? ) sini sana jangan lupa masalah penduduk Seksyen 23. Kalau susah-susah sangat robohkan saha surau tu. Buat bising saja. Di rumah belum tentu solat lagi. Buakan ke eleok dengar mentera dalam bahasa Sanskrit. Kurang-kurang boleh insaf kita ni masih Islam. Tidak begitu YB?

Latipah Nomokario
Anonymous said…
It is so easy for BN to manipulate Malaysians. If BN wants to get the Malays upset with Pakatan, then they just need to play up pork and liquor issues in Pakatan areas. UMNO then says PAS is selling out to DAP. And when PAS respond by doing something rash like in Shah Alam, then MCA will go tell the Chinese that DAP is selling out the Chinese to PAS. You see how stupid Malaysians are? Always falling into BN's trap! Malaysians need to wake up and look at the bigger issues and not focus on little things. For my fellow Malaysian Chinese friends, you are not going to die if you eat less pork, or drink less, or gamble less. Actually it is good for you. Give and take on these stuff. And for my fellow Malay and Muslim brothers, you are not going to be less Muslim if there is a shop nearby selling pork or beer, as long as you yourself do not consume what you deem as haram. Learn to give and take a little. There are bigger evils like CORRUPTION, ABUSE of the JUDICIAL SYSTEM, ABUSE of public institutions like the POLICE FORCE or the Anti Corruption Agency, or whatever they call it. Don't get distracted by the little things, and lose sight of the real enemy.
Anonymous said…
Rozi66,
Asm YB,
Awat nie YB, asyik asyik mainan BN/UMNO. Bila hal started dari PR pun BN/UMNO punya cerita. Tak boleh ke take some accountability. Take the bull by the horn and admit this is PAS/PR issue. Jgn asyik nak menunding pd org lain...itu used to be cara UMNO.
Pasal Ridwan Tee, whats wrong with his opinion? the article never attack mendiang just the crux issue of sex and morality. China press and DAP seems to manipulated the article. Why dont they just reproduce the article in full? mainan BN/UMNO jugak ke nie?
I honestly think PAS tertidur sekarang nie.
kuzy said…
apa yang yb nak cuma fokus atau kerja berfokus.. bukan cuit isu ni cuit isu tu... teguran terhadap ust ridhuan tu saya sokong.. sebab adakah teguran ust ridhuan akan mendekatkan non muslim kepada dahwahnya?

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-