Skip to main content

MBSA Lebih Awal Putus Arak Tidak Boleh Dijual Secara Terbuka

Oleh: Saidah Hairan (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) telah memutuskan arak tidak boleh dijual di semua kedai biasa termasuk 7-eleven dan kedai runcit serta mana-mana kedai yang mudah dimasuki orang awam.

Demikian penjelasan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung larangan penjualan arak khususnya di kawasan majoriti penduduk Melayu yang telah diputuskan dalam mesyuarat penuh MBSA pada bulan Ogos 2008.

Beliau berkata, Majlis Perbandaraan Klang (MPK) mahu membuat perkara yang sama tetapi disebabkan ada bantahan akhirnya perkara itu dirujuk kepada exco.

"Dalam mesyuarat exco yang dipengerusikan YB Ronnie Liu isu tersebut disimpan untuk perhatian (KIV) kerana pihak kerajaan negeri mahu membuat dasar dahulu," jelasnya.

Bagaimanapun kata beliau, perkara itu dimaklumkan melalui media tetapi tidak kepada pihak MBSA dan menganggap mereka tidak terikat dengan keputusan tersebut.

Disebabkan permintaan daripada penduduk maka pihak MBSA telah mengambil tindakan merampas minuman keras tersebut, tegas beliau.

Pihak MBSA bertindak begitu kerana katanya, keputusan KIV daripada Ronnie Liu itu tidak melibatkan MBSA kerana keputusan larangan menjual arak telah dicapai lebih awal dan dipersetujui.

Khalid menegaskan, penjualan arak itu merupakan warisan kerajaan BN di mana arak yang mengandungi alkohol 8 peratus tidak dianggap sebagai minuman keras.

Menurut beliau, apabila persoalan itu timbul bagi exco kerajaan Tempatan memang tidak ada undang-undang yang mengatakan penjualan arak itu mesti mempunyai lesen.

Sehubungan itu beliau mendesak kerajaan Pakatan Rakyat memberikan peraturan baru di mana benda yang haram perlu mendapat kelulusan serta persetujuan daripada Persatuan Penduduk.

"Mementingkan persekitaran majoriti orang Islam dan tidak dibenarkan dijual di 7-eleven, stesen minyak, kedai runcit atau mana-mana kedai terbuka," tegasnya.

Menurut beliau, perkara itu timbul berpunca salah pengikhtirafan yang mengelirukan serta persefahaman bahawa kehendak rakyat dan penduduk perlu diutamakan.

Tambah beliau, manakala PBT pula perlu prihatin dan mengambil kira permintaan penduduk di kawasan tersebut.

Beliau berkata, penduduk di Seksyen 8 Shah Alam memang sudah membantah penjualan arak secara terbuka sejak Selangor diperintah kerajaan BN.

"Kita kena ambil kira bantahan daripada penduduk tidak kira arak tersebut mengandungi alkohol yang rendah," katanya.

Sementara itu tambah beliau, Ronnie sebelum mengarahkan penguatkuasa MBSA memulangkan semula rampasan arak itu sepatutnya dapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama beliau menyelar sikap Umno yang cuba campur tangan kerana isu arak di Seksyen 8 timbul sejak di zaman BN tetapi mereka tidak peka dengan kehendak penduduk.

"Umno jangan hendak tunjuk pandai sebab isu ini sudah lama tetapi mereka tidak berani mengambil tindakan," tegasnya.

Artikel ini adalah ihsan HarakahDaily yang telah diterbitkan pada 3 Ogos 2009.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Apa pun majority, majority di malaysia is melayu dan muslim, dengan sebab yang sama, halau sajalah orang bukan melayu and bukan muslim keluar dari malaysia lah... apa beza dengan umno? i am sick with all these....
Anonymous said…
"Kita kena ambil kira bantahan daripada penduduk tidak kira arak tersebut mengandungi alkohol yang rendah," katanya.

"Sementara itu tambah beliau, Ronnie sebelum mengarahkan penguatkuasa MBSA memulangkan semula rampasan arak itu sepatutnya dapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar terlebih dahulu".

KENAPA YB KELUARKAN KENYATAAN MACAM INI. NANTI HILANGLAH SOKONGAN ORANG BUKAN MUSLIM KEPADA PAS.

PAS NIE KAN "FOR ALL"...., INCLUDES FOR THE "ARAK" AND "TODI"...,
Anonymous said…
Belit jangan tak belit! Yes! PAS is FOR ALL, PAS SEMUA BOLEH! pasal sekalang lain dulu lain..
Anonymous said…
Majority muslim area -> non-muslim do not want to stay at that place cause of unfriendly policies... so it will become muslim only area.

Majority Non-muslim area -> Muslim may say, too much alcohol there... and they dont want to live there...

Since this may happen, why dont PAS just ask all the muslim to move in peninsula, and non-muslim to sabah/sarawak? Then sabah/sarawak just ask for independence. Isnt great? If you wanna do something like India and Pakistan?
Unknown said…
YB Khalid,

I don't understand why the need to ban sale of alcohol in Muslim majority area. Firstly, how do we define Muslim majority area? 80 pct? 90 pct? Did MBSA carry out a survey? Or a referendum?
What if a Hindu or Buddhist majority area refuse all shops to sell beef because it's wrong to consume beef in their religion? Does it work?
This may sound strange but with the same logic, can we ban the sale of cigarettes in all shops nearby school to prevent student from picking up smoking? What if most parents from the school agree? Can we implement it?
previu said…
alhamdullilah YB..
diharapkan YB teruskan usaha untuk 'tarbiah' dan beri penerangan bagi mereka yang kurang memahami

fendifly
Anonymous said…
Joon,

The other way around - what if there is demand of drug in our community? Do we want the government to let drug to be sold?
Anonymous said…
YB,

Saya syorkan kita boikot 7-11 untuk seluruh negara. Mereka inilah yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam. dan yang mengakibatkan kita bergaduh
Anonymous said…
Khalid,
Why defend the goon who overmanouevre you in PAS Selangor? Better still go for the kill, finish Hassan Ali. Frankly, his actions do not speak well for Islam. You are much better. You deserved more recognition

Khalid,
I believe that muslims have strong will power. As such even if beer on tables, good muslims would not touch. No point imposing useless laws if some so called professed muslims drink
Focus more on Education & Awareness. Leave Malaysia intact as a secular country
Pendakwah said…
Joon,

YES!!! If majority Hindus and Buddhist want to ban sale of halal beef in their majority area, we muslims living there WILL buy our beef elsewhere. Apa susahnya?

Likewise, Muslims had not complained daging babi being sold in Chinese-dominant areas, do we.
SurauPakBakar said…
Shabas YB, Orang yang buta dia tak nampak kebaikan yang YB lakukan.kalau drug addict we don't want to be around our comunity,so mabuk addict pun kita tak mau in our area...
Anonymous said…
Salam,

Saya mengundi calon Pas (parlimen Shah Alam) dan YB Sapari pada 2008 kerana mereka mendakwa nak bangunkan Islam dan lain-lain lagi. Tapi kalau DAP pun tak dapat nak kawal, lupakanlah yang lain. Sedih betul.

Untuk pengetahuan semua, Shah Alam ni bandar terancang tapi pengangkutan awam tidaklah baik sangat. Oleh itu kebanyakan orang ada kenderaan sendiri walapun sebuah motosikal. Kalau ada penggemar arak mereka ni boleh beli arak dengan harga murah di Tesco dan Tesco Extra dengan mudah sehingga pukul 12 tangah malam. Mereka juga boleh beli arak di Giant di Sek 18, 19, 13 dan lain-lain pasaraya seperti Bintang di sek 7. Tidak perlu pergi kedai 7Eleven. Mereka yang minum arak secara tetap tahu berapa jumlah nak minum, jenis, bila masa nak minum dan bajet untuk beli arak.

Kalau naik minum dihidang ada beberapa hotel di Shah Alam boleh sediakan sampai pukul 1 atau bayar tol RM1 di Sungai Rasah boleh masuk kelab-kelab di Kelang. Kalau bayar tol RM1.10 boleh berpesta di Subang Jaya.

Saya fikir apa yang Datuk Hassan Ali cakap ialah mengenai peminum arak runcit atau baru nak 'kenal-kenal.' Kita ni agama Islam yang kena cegah mungkar dan bekalan akhirat kita tidak boleh main bakar-bakar kerta kertas, wang kertas dan semua itu 'sampai' kepada si mati.

Habis macamana ni. Sokong membawa rebah? Soalnya bukan salah siapa tapi kami pengundi dah pilih kamu jadi pemimpin maka tunaikanlah tanggungjawab. Pengundi tak nak tahu dulu kerja siapa, itulah amanah yang pengundi beri untuk kamu bersihkan dosa kerajaan lama.

Wasalam.
Latipah Nomokario
wak karno said…
Salaam Kak Tipah,

kak Tipah baca ke tak artikel? Macam tak faham je....

Memanglah YB usahakan pengharaman jualan arak di kedai kedai sebegitu. Yang kak Tipah marah sangat apa hal? Bacalah dulu sebelum menulis....
Anonymous said…
Hello,
Pertama, PBT tak berhak untuk merampas atau memberhentikan pengedaran arak. Tiada undang2 yang membolehkan PBT2 berbuat demikian
Kedua, Ia merupakan sata penghinaan terhadap orang2 Islam yang lebih beriman. Kalaulah dulu, ada arak kenna di 7-11 tidak menyebabkan ramai orang2 Islam terjerumus dalam gejala maksiat & minum. Apa pasal hendak membuat perkara ini? Oooi, orang2 Islam lemah mental ke? Saya ingat lebih baik kalau orang2 Islam mampu menjalani kehidupan Islam even under sever condition. Even better kan?
Apa macam dengan Hassan Ali sampai berkhalwat dengan pencacai UMNO termasuk Khir Toyo? Itu Nasarudin Tantawi having intellectual discourse dengan Pencacai UMNO. UMNO yang menendang & menghina orang2 melayu. Oooi itu Nasha belum mintak maaf.....Islam kah?????
All these problems are being caused by one mad man called Hassan Ali. He is working behind the scene for UMNO. Khalid please beware of this wolf.
He is a liability to PAS.
Muslims who want to drink can get their fix wherever they want. Nobody can stop that, including Hassan.
Go to the pubs and hotel coffee houses and you will see Muslims drinking. Ask Hassan to go and stop them.
Oh yes, tell that joker to also stop Toto, Magnum to stop selling 4D in Muslim majority area. And also stop all massage parlours in Muslim majority areas.
And stop 7-11 from selling condoms since they will indulge in illicit sex with their girl friends.
Hassan @ UMNO Ali must remember that he cannot stop people from sinning.
Anonymous said…
Yes,
Instead of Ronnie Liu, Hassan Ali must go.....We will support Khalid Samad as new Exco for Selangor.
I am going on further on Phahlorazi.....One of these days if he still being recalcitrant, he got to go, Let Mahfuz takes still. Better still, install Mahfuz as MB Kedah
We need reasoned headed PAS folks not these hipocrites.

Regards.....
Anonymous said…
hmmmmm

Shah Alam tu majority nya melayu..
nape la dijual arak secara berleluasa?
nak ke solat x diterima 40 hr?
YB kawasan nie dr PAS sendiri yg kata nya pakar dalam bab agama
so , paham2 sendiri la ape yg nak kena buat
jgn terlalu ikut telunjuk org lain
kalu yg salah tu , kita lawan
tp bkn dgn cara demonstrasi jalanan
tu menyusah kan org ramai
ingat lah saudara
saudara akan ditanya benda2 nie di sana kelak

fikir2 kan lah...
Badrul Hisham said…
Assalam,
DiMalaysia ini PASlah satu-satunya wadah yang saya yakin akan mengangkat martabat ISLAM. Tapi akhir-akhir ini saya lihat pemimpin PAS sudah mula berselisih pendapat (Walaupun berselisih pendapat dalam hal kecil dibenarkan dalam ISLAM) tapi kami penyokong PAS dibawah amat sedih sekali, walaupun PAS sebelum ini sentiasa kalah dalam pilihanraya tetapi hati kami tenang kerana yakin yang PAS akan mendaulatkan ISLAM di Malaysia. Kini isu arak di Selangor, saya baca dan dengar pihak DAP sentiasa menghentam Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hasan Ali tetapi mana pemimpin-pemimpin PAS yang membela Dr Hasan Ali? PAS mesti sentiasa bersatu untuk dapatkan pertolongan ALLAH. Dunia hanya sementara AKHIRAT itu kekal abadi. Takbirrr.
Anonymous said…
Badrul,
Bilakah DAP sentiasa menghentam Hassan Ali? Seingat saya hanya UMNO di Persidangan DUN Selangoryang menghentam Hassan? Saya ingat itu sandiwara semata2nya.Di situlah, Hassan kenna dicabar untuk menutup kilang Carlsberg di Selangor
Walau apapun, ini sudah menjadi satu fakta bahawa Hassan Ali pernah bersuhabat dengan UMNO. Pertemuan sulit dengan UMNO. Penafian perjumpaan dengan Khir untuk menubuhkan Unity Government di Selangor. Sampai sekarang belum ada satu penjelasan yang memuaskan
Kalau ini bagi isu arak, Hassan Ali buat satu Press Statement Di instituisi kerajaan selangor mengeluarkan fatwa untuk melucutkan Jawatan Ronnie. Tanpa persetujuaan daripada jemaah Exco Selangor. Tanpa persetujaan dalam PAS pun

Badrul,
Awak pergi tanyalah Khalid Samad. Bukan sahaja tak menghormati kawan2 seperjuangan terutamanya DAP. Malah mengetepikan rakan2 sejawat PAS terutamanya Khalid Samad. Tahu tak Khalid Samad adalah MP bagi Shah Alam. Perkara ini terjadi di Shah Alam. Perbuatan Hassan betul kah Suci kah? Di sisi Islam? Kenna sokong oleh rakan2 sejawat PAS. Walaupun a stab in the back on reasoned headed PAS folks like Khalid Samad
Since Hassan Ali says Ronnie Liu must go, I say PAS should get rid of Hassan for the betterment of Pakatan Rakyat. It's political

Badrul,
As for this issue, you as a muslim should know what's right or wrong. How to live an Islam life. It only takes an Islam Heart to be pious Islam, not atificial laws.
This is an insult to all pious muslims who have resisted temptation.

Badrul,
You mean Muslims are so weak willed. Go back & meditate. Leave out the dictating that affects other peoples' lives.
By the way, you can have UG with UMNO. Who backstab PAS in the PAS? Ask Nik Aziz????
Anonymous said…
Looes74,
What if I suggest to allow 7-e selling drugs? All of us, I believe, should know what's right or wrong ... so selling drug should be not a problem in our community, right??

Just wonder, do you know what's the different between MP and ADUN?
Anonymous said…
giatkan usaha yb... moga istiqomah dlm perjuangan... amin...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.