Skip to main content

Pertemuan Ust. Ahmad Awang Bersama PAS Shah Alam

Pertamanya saya ingin memohon maaf kerana telah lama tidak update. Saya ketika ini sedang berada di Germany bersama 5 Ahli Parlimen PR yang lain, 2 dari DAP, 2 dari PKR dan 1 lagi dari PAS bagi mengkaji sistem kerajaan campuran yang terlaksana di sini serta kaedah dalam menjayakan kerajaan campuran di semua peringkat. Inisiatif ini dilakukan dengan tujuan menimba pengajaran dan pengalaman bagi memperkukuhkan PR di negara kita. Telah hampir seminggu kami di sini semenjak hari Jumaat yang lalu dan insyaAllah akan kembali ke tanah air pada hujung minggu ini.

Sebenarnya terdapat dua pertemuan sebelum saya berangkat ke Germany yang ingin dikongsi bersama, tetapi tidak berkesempatan higgalah kesaat ini kerana jadual yang agak padat. Yang pertama pertemuan Ust. Ahmad Awang bersama PAS Shah Alam dan yang kedua pertemuan saya bersama para graduan Universiti tempatan. Untuk posting malam ini, saya akan mulakan dengan pertemuan yang pertama terlebih dahulu.

Pada malam 24 Jun yang lalu, satu pertemuan telah diadakan di antara mantan Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dan AJK Kawasan serta ketua-ketua cawangan PAS Shah Alam. Pertemuan tersebut bertujuan mendedahkan kepada semua masalah, cabaran dan kejayaan sepanjang tiga fasa yang telah dilalui PAS Perak seperti berikut:-
  • Fasa pertama, penubuhan kerajaan PR Negeri Perak.
  • Fasa kedua, perjalanan kerajaan berkenaan.
  • Fasa ketiga, kerja-kerja menjatuhkan kerajaan Negeri Perak.
Banyak yang telah didedahkan dan banyak juga pengajaran yang telah dapat diperolehi. Di antara pengajaran yang terpenting adalah bagaimana dari suasana kurang yakin dan kurang mendapat sokongan, akhirnya kepimpinan PAS Perak diterima oleh PR Perak dan rakyat Perak yang berbilang kaum.

Untuk makluman semua, pada awalnya, pencalonan DS Ir Nizar untuk jawatan MB Perak telah ditentang hebat oleh pimpinan DAP sendiri, khususnya dari peringkat Pusat. Namun, pencalonan tersebut dipertahankan oleh DAP Perak, sehingga ke peringkat mengugut sanggup ingkar arahan DAP Pusat! DAP Perak lebih mengenali DS Ir Nizar kerana telah berinteraksi semenjak 1998 lagi. Akhirnya, sikap DAP Perak diterima dan selepas hampir setahun, terbukti keputusan DAP Perak untuk mempertahankan DS Ir Nizar merupakan keputusan yang tepat.

DS Ir Nizar telah diterima rakyat, khususnya rakyat bukan Islam, sebagai seorang MB Perak yang adil. Sehingga akhirnya, semua, samada DAP mahupun PKR, mengistiharkan bahawa sekiranya DUN Perak dibubarkan dan PR menang dan DS Ir Nizar turut menang, beliau akan dipilih sebagai MB walaupun kerusi PAS kurang dari kerusi pihak lain dan walaupun sekiranya DAP sendiri mempunyai seorang dua wakil Melayu!

Ini sebenarnya merupakan bukti bahawa rakyat bukan Islam sanggup menerima kepimpinan PAS sekiranya PAS bersedia untuk menzahirkan ciri-ciri kepimpinan Islam sebenar dengar mengutamakan keadilan dan pembelaan kepada semua. Adalah tidak wajar kita membuat pendirian dan sikap yang prejudis dan penuh pra-sangka terhadap bukan Islam dengan memutuskan bahawa hanya orang Melayu Islam sahaja yang akan sanggup menerima kepimpinan PAS. Tanggapan sebegini menafikan hakikat bahawa di Kelantan, di mana PAS telah memerintah selama hampir 20 tahun, Melayu Islam UMNO tetap merupakan penentang tegar kepada perjuangan PAS.

Pengalaman Perak ini merupakan petunjuk kepada cara bagaimana PAS perlu bergerak dalam PR ke arah menerajui kepimpinan PR itu sendiri akhirnya. Caranya ialah dengan menzahirkan sifat keadilan Islam sehingga tiada rakyat yang terasa dipaksa, diugut dan terancam dengan kepimpinan PAS malah sebaliknya merasa penuh yakin bahawa PAS akan membela nasib mereka sepertimana PAS membela nasib orang Islam.

Tanggapan sebahagian ahli PAS terhadap ketidak sanggupan orang bukan Islam menerima kepimpinan PAS telah menyebabkan mereka condong kepada berkerjasama dengan UMNO. Ini hanya menzahirkan kurang keyakinan mereka terhadap kemampuan Islam untuk memikat hati-hati manusia sehingga perjuangan Islam terpaksa berpaut kepada golongan ‘Islam baka’ yang menentang Islam dari dulu hinggalah sekarang. Tindakan sebegini seolah-olah menyatakan bahawa mereka tidak yakin dengan kehebatan Islam dan Islam akan hanya disokong oleh mereka-mereka yang bersekepentingan dengannya. Andaian sebegini juga menafikan apa yang terjadi pada zaman Rasulullah (SAW) dan juga pada zaman para Mursaliin dari kaum Bani Israel. Tidakkah orang Yahudi menentang para Rasul dari Bani Israel sepertimana mereka menentang Rasulullah (SAW)?

Dan yang datang menyokong Baginda, kaum jahilliyah penyembah berhala yang tidak mempunyai hubungan dengan agama samawi. Mereka datang atas sebab keikhlasan mereka mencari keadilan dan kebenaran sehingga Allah mendahului mereka dalam keimanan dari kebanyakan kaum Yahudi.

Hidayah di tangan Allah. Bukan untuk kita memutuskan siapa yang akan menyokong atau bersama dan siapa yang akan menentang. Bukankah ini yang kita baca dalam Al-Quran Surah Al-Maaidah ayat 54 selama ini?
“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa dari kamu yang berpaling dari agamanya (Islam), maka akan Allah datangkan satu kaum (untuk menggantikan mereka) yang mana Allah sayang pada mereka dan mereka sayang kepadaNya……..”

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD
München, Germany

Comments

Anonymous said…
kesian kat ko kalid.
aku tau ko cuba nak guna Ahmad Awang utk dedahkan sapa yg kununnya suruh ahmad Awang buat k/sama dgn UMNO di Perak dulu tu.
nasib baik Ahmad Awang dah kecut telor nak cakap sebab dah ramai dok tunggu nak dedah dianye kes...

satu lagi aku nak bgtau kt ko....bukan nye DAP Perak yg terhegeh-hegeh nak Nizar jadi MB Perak...tapi diorang TERPAKSA stuju kerana SULTAN yang nakkan ke Nizar tu...tak payah nak putar belit criter la.

pastu ko tak nak criter ka yg Nuar Berahim dah plan nak ganti Nizar dgn Dato Nasarudin sbg MB bila dia lompat skejap ke PKR ari tu..

kesian kat ko...di sangka cerdik rupanya....kurengg..
Anonymous said…
salam kpd tuan dan semua rombongan d german.

secara jujur dan ikhlas saya bukanlah kenal sgt dgn tuan. saya hanya mengenali tuan pn selepas tuan memenangi parlimen s.alam pd pru lepas. Kenal pasal saya suka membaca artikel dan pandangan tuan.

saya bukanlah anggota pas. saya x pernah dan belum mendaftar pn sbg ahli pas. tp krn pas memperjuangkan sesuatu yg baik, kenapa tidak saya memberikan undi kpd pas dlm pilihanraya.

walaubagaimanpn saya berdoa agar PAS akan mempunyai lebih ramai pemimpin dan ahli spt tuan.

salam.
Anonymous said…
bajet mana yg dipakai utk ke Jerman tu??
entah2 guna duit kerajaan negeri Selangor tak?
elokla, guna duit kerajaan negeri utk urusan parti....baru sama mcm umno.

mana SPRM????...ni ada lagi satu kes.
Anonymous said…
bajet mana yg dipakai utk ke Jerman tu??
entah2 guna duit kerajaan negeri Selangor tak?
elokla, guna duit kerajaan negeri utk urusan parti....baru sama mcm umno.

mana SPRM????...ni ada lagi satu kes.


SPRM tgh sibuk siasat kes umno selangor zaman khir yoyo pegi melancong ke USA , melawat disneylandd, wakwkkakwa
Anonymous said…
ada juga pencancai umngok kat siniii kann
boloh ponya olang
Anonymous said…
Hmm..., macam nak mewajarkan kenyataan 10+7 budak itam kat parlimen hari tu je....,

Maaflah, saya ingat x nak sentuh dah isu UG nie...

Erm..., mungkin larangan menyentuh isu UG ni masa kat Malaysia je kut...., kalau kat jerman boleh...

Hanya Allah sahaja yang mengetahui sifat-fifat nifaq ini dimiliki oleh sesiapa..., wallahuaa'lam.

Salleh - Putarjaya
ABU said…
oh kekanda ku Salleh....

Kau datng lagi rupanya...

Tertunggu tunggu posting YB Khalid..

Nak hentam lagi... Tak puas hati lagi...

Woiii...

Pergilah cari kerja lain...


Anything But UMNO.
Anonymous said…
Hmm..., bandingkan dua ayat nie...,

"Anything But UMNO"
oleh saudara Abu dengan

"Anything But Nifaq"
oleh saya...,

Rasanya dua-dua kenyataan tu salah sebab banyak lagi larangan Allah kepada kita selain dari dua tu...,

Wallahuaa'alam...,

Maaf En. Abu ye... Salleh
Kalau nak bandingkan
HaHs said…
Pandangan saya secara peribadi!

Saya makin hormat dan sayang dgn kepimpinan dan bakat tuan. Apa diorg ingat MP PR ni sengkek sampai minta duit kerajaan negeri. Kalo gitu baik diorg hantar ADUN atau Exco Selangor je pegi. Bongok betul org di atas tu!

Saya ingat dan yakin yg selalu bagi komen negatif, mencela dan maki hamun serta adu domba ni paling banyak puak2 umno terangan dan puak Umno menyamar Pas dan bercakap mcm org Pas. Lagi satu puak yg menyamar Pas tp hati kat Umno sampai tidor mimpi Umno. Kalo penyokong Pas tegar tp sokong UG tu mungkin bukan kot, mana mungkin org Pas berakhlak buruk mcm tu semata2 nak sokong UG. Diorg tu insya allah bijak dan berfikiran rasional, cuma pandangan dan pemikiran x sama. Mudah2an. Bersangka baik!

Tapi apa2hal pun aku penyokong Pas dan PR!

Allahu Akbar!
Anonymous said…
Allo bro khalid...
DAP memang baik...
baik dari UMNO...
huhuhhu

duk german xtau kut DAP Kedah dah kuar dari pakatan... hahahah
biasanya jenis orang yang celaka dan bacul ialah hanya tahu baling batu dan menyorok di sebalik anonymous... pergi ke blog lain la jgn menyibuk di sini.
sinner said…
YB Khalid,

Pls do comment on DAP latest move..out of Kedah's Pakatan.. i'm really looking fwd for your comments.

Thanks
Abang Din Tantawi, Tmn Bkt Saga said…
Saleh oi...

menyentuh UG itu, tak kisah la di mana.

Haji Hadi pun beri explanation pasal UG ni kat London.

Yang kat Malaysia ni d suria "lontar idea" saja. Explanation tak kasi.

Nasha & Mustafa Ali pulak, bila dah kantul, cepat2 suruh tutup.

Ni macam main polis-sentry, boleh chop-chop.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.