Skip to main content

Pertemuan Bersama Mahasiswa & Graduan Universiti Tempatan

Sehari selepas pertemuan PAS Shah Alam bersama Ust. Ahmad Awang, saya telah dijemput menghadiri program usrah mahasiswa dan graduan Universiti tempatan. Dalam usrah ini mereka telah bertanya isu berhubung UG dan September 16. Ini merupakan hasil dari tohmahan yang telah mereka baca di dalam blog-blog yang menyerang saya berhubung perkara ini. Sebelum itu, ingin saya ucapkan syabas kepada mereka ini di atas semangat dan keprihatinan yang telah ditunjukkan.

Maka saya pun memberi jawapan seperti berikut:-

ISU SEPTEMBER 16
Projek 16 September atau 916 merupakan satu usaha yang tertakluk kepada rangka kerja yang dipersetujui bersama; iaitu menjatuhkan BN dan menegakkan kerajaan PR. Ianya tidak terkeluar dari rangka kerja ini. Oleh yang demikian ianya telah dipersetujui oleh pimpinan PR. PAS telah meletak syarat bahawa yang lompat mesti akhirnya majoritinya orang Islam. Hakikat bahawa syarat ini dinyatakan adalah bukti bahawa usaha ini telah dibincang dan diterima.

September 16 bagi saya merupakan strategi serampang 3 mata seperti berikut :-
  1. Mengenakan tekanan kepada BN sehingga mereka menjadi defensif dan tidak dapat menyerang PR kerana terlalu sibuk berusaha menghalang lompatnya MP BN untuk bersama PR. PRU selesai pada bulan Mac, maka bulan September bererti PR memperolehi 6 bulan untuk memantapkan kemenangan sambil BN sibuk dengan menangani 16 Sept.

  2. Melalui isu ini maka wakil rakyat PR yang ada niat untuk melompat bersama UMNO/BN akan berfikir 2 kali kerana khuatir, silap-silap lompat, tiba-tiba MP BN lompat ke PR, maka PR pula yang membentuk kerajaan Pusat! Maka strategi ini menyebabkan pengkhianat, sekiranya ada, akan hanya bertindak selepas 16 September. Ini memberi PR tempoh sekurang-kurangnya selama 6 bulan untuk membuktikan kemampuannya di mata rakyat.

  3. Melalui laungan 16 September ini juga, MP BN akan tertarik untuk bersama perjuangan PR kerana mereka melihat keyakinan yang tinggi untuk membentuk kerajaan Pusat. Maka sekiranya mereka ada sedikit keberanian, mereka akan lompat untuk bersama kita.
Maka ada pula yang bertanya mengenai bermoral atau sebaliknya melompat itu. Saya jawab ianya lebih bermoral dari bersekongkol dengan kerajaan BN yang tenggelam dengan rasuah dan penuh dengan korupsi. Saya merujuk kepada Hadith Rasulullah (SAW) berhubung niat dan hijrah serta menyebut bahawa isu lompat itu tidak menjadi salah sekiranya dilakukan dengan niat untuk memperoleh kebaikan. Namun kalau melompat atas sebab kepentingan dunia maka ianya adalah untuk kepentingan dunia!

Dalam PAS, yang timbulkan isu bermoral atau tidak lompat adalah hanya mereka yang ingin menghalang usaha ini kerana kuathir PR berkuasa. Mereka lebih senang kita memerintah bersama atau di bawah UMNO. Moral atau tidak kita bersekedudukan dengan UMNO tidak pula menjadi persoalan bagi golongan ini! Termasuk dalam usaha menggagalkan ini adalah siaran Harakah muka depan kenyataan Cikgu Pa tahun lalu yang menyebabkan kemarahan yang teramat sangat Mursyidul ‘Am.

Oleh itu, saya nyatakan, saya menyokong usaha 16 September bukan kerana “wala’ kepada pemimpin lain” seperti didakwa oleh pihak tertentu tetapi kerana ianya merupakan usaha yang tertakluk kepada konsep dan kerangka kerja yang dipersetujui bersama dan ada kebijaksanaannya. Kalau ianya dikemukakan oleh "sesiapa" sekalipun, insyaAllah saya akan tetap sokong selagi mana ianya di dalam kerangka yang sama.

ISU UG
Dalam soal UG pula saya jelaskan saya tidak sokong kerana ianya tidak tertakluk kepada rangka kerja yang telah dipersetujui bersama yang dahulu. Ianya bukan untuk menjatuhkan UMNO dan menggantinya, ianya untuk berkongsi kuasa bersamanya. Kata YB Mahfuz, ianya “talian hayat BN”. Lagipun dari sudut kebijaksanaan politik, saya juga mempersoalkannya.

Ada yang mengatakan yang menentang tidak faham apa itu UG. Saya telah menulis mengenai UG di Malaysian Insider dan juga di blog saya ini. Dwi Bahasa pula tu! Harap maklumkan di mana saya tidak faham gagasan itu. Begitu terdesaknya golongan pro UG ini sehingga pengarah PPP yang baru, menulis mengenainya dalam Harakah bulan Jun ini yang bertajuk Antara dua Tok Guru. Saya mengupas tulisan beliau bersama mereka pada malam itu secara ringkas seperti berikut. Tulisan tersebut menyatakan:-
  • Kerajaan Perpaduan perlu semasa zaman darurat atau suasana genting. Saya menyatakan, “yang berhadapan dengan darurat dan kegentingan hanya UMNO”. Para mahasiswa tersenyum.

  • UG ini bersifat sementara. Selepas berlalu suasana darurat dan genting ini maka ianya tidak lagi diperlukan. Saya menjawab, “Ya, selepas UMNO memecahkan PR dengan melaga-lagakan parti-parti komponen PR dengan isu UG ini, mereka merasa kuat dan mereka akan tendang keluar satu-satunya parti yang telah sanggup bersama dengannya dalam UG (bukan dalam BN). PAS ditendang keluar dan menjadi parti politik terbuang di negara ini. Digelakkan UMNO dan PKR serta DAP tidak lagi ingin berkerjasama dengannya kerana pernah dikhianati. Bukan Islam tidak lagi akan mempercayainya. Kumpulan pendokong UG akan tinggal bersama UMNO dan kami yang menentangnya terpaksa membina kembali kredibiliti PAS”. Mereka yang hadir ada yang kelihatan tersentak, ada yang terdiam memikirkan apa yang saya nyatakan.

  • Artikel itu menyatakan lagi, “Perjanjian Madinah pada zaman Rasulullah (SAW) adalah sejenis kerajaan perpaduan”. Ini bagi saya kemuncak ‘keterdesakan’. Tak perlu kita memutar belit sejarah sehingga begitu. Saya berkata, “Kalau benar apa yang dinyatakan, maka UG itu wajib bagi PAS kerana merupakan sebuah negara Islam!”
    Saya bertanya pula kepada semua yang hadir pada malam itu, ramai dari mereka dari fakulti pengajian Islam, “Berapa kabilah Yahudi dan Arab musyrikiin BERKONGSI kuasa dengan Rasulullah mengikut perjanjian ini?” Mereka terdiam. Memang tiada.
    Saya tanya lagi, “Adakah Perjanjian Madinah itu atas dasar terdesak dan bersifat sementara?” Mereka terdiam lagi.
Baru-baru ini saya dimaklumkan mantan pengarah PPP menulis mengenai UG dan beliau mengemukakan hujjah mempertikai konsep ini. Artikel beliau ditolak oleh ‘pihak berkuasa’ Harakah. Pelik. Yang menolak UG adalah yang sealiran dengan pendirian PAS. Artikelnya ditolak setelah 40,000 salinan Fikrah siap dicetak! Cetakan itu dibatalkan dan dibuat yang baru tanpa artikel berkenaan.

Yang sokong UG pula boleh dicetak.

Konsep UG ini memang tidak boleh diterima pakai di dalam keadaan sekarang ini. Lainlah kalau darurat, peperangan serangan negara asing ke atas negara kita. Itupun perlu penuh berwaspada. Jika sekiranya Anwar sendiri yang mengemukakan gagasan ini dalam keadaan sekarang, maka saya akan menentangnya dengan lebih dahsyat lagi. Ini dari Tok Guru kita sendiri, maka penentangannya agak terkawal juga.

Itu pun ada yang sudah tidak tahan dengar. Lalu saya pun menyebut: “Kalau tidak tahan dikritik, ditegur dan disanggah, jangan masuk politik. Jadi sahaja ketua kumpulan tareekat seperti Abu Ya. Sudah pasti, semua keputusan tidak akan dipertikai”. Mereka pun tertawa.


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
München, Germany

Comments

ABU said…
Terima kasih YB.

Saya semakin jelas dan yakin sekarang tentang penolakkan terhadap pembentukkan UG.

YB, saya ingin minta YB berkongsi sedikit dengan para pembaca sekalian tentang 'Shadow Cabinet' ni. Khususnya - peranan, mekanisma, keberkesanan, sucess factor, dsbnya.

I hope I am the first to comment.

I want to beat those pencacai UMNO and also .... kekanda ku Salleh Putrajaya. he, he...

Salam hormat.
ABU
Anonymous said…
YB ada rs org menyampah kt YB x?
Anonymous said…
SubhanalLah...

X habis lagi Khalid Samad ni hah?

Orang dah kata tutup, tutup lah cerita tu.

Mana yang lebih penting antara perpaduan dalam Pakatan Rakyat atau Perpaduan sesama Jamaah PAS?

Tok Guru dah putuskan semua tutup topik tersebut kan demi perpaduan Jamaah dan perpaduan PR..

Cukuplah!!!!

Ini bukan masalah tahan x tahan dgn kritikan dalam politik... Ini soal akhlak sesama ahli dan kepimpinan dalam jamaah.

Saya doakan semoga satu hari nanti isteri Khalid Samad (sebagai pengikut)akan membongkarkan keburukan dan kesilapan Khalid Samad (sebagai pemimpin keluarga)di depan orang ramai atas nama bebas mengkritik...

MUNGKIN MU SOKONG ISLAM, TAPI AKHLAK MU NI AKHLAK YAHUDI.. SUKA PECAH BELAH SESAMA AHLI DLM JAMAAH
Anonymous said…
YB ni disenaraikan dlm barisan kabinet bayangan..

sapa punye idea ntah..yg pasti, xakan menguntungkan PAS,arahan mudah pn xboleh diikut..
Anonymous said…
916 dan UG ada hikmahnya. buatkan kita kenal org spt pak khalid. harap next election pas takkan letak org spt pak khalid sbg calon.
Man Shah Alam said…
Salam YB,
Cukuplah YB pasai UG tu..
Kalau YB rasa masih belum berpuas hati dan banyak lagi point yang YB ingin di nyatakan baik YB lupakan lah. Saya yakin ia boleh menimubulkan kekeliruan dan mungkin fitnah. Kalau tak puas hati juga jumpalah TGHH berdiskus lah dengan beliau. Saya Perhatikan YB dan rakan YB (Dr. Zul) semacam ada suatu yang tak puas hati ni. YB menampakkan sesuatu yang lain dalam memberi pendapat (Hanya YB dan Dr Zul) yang tahu. Saya ni pengundi YB dan PAS. Jadi sesekali tu minta YB mendengar pandangan orang macam saya juga.
Sekian.

Man Shah Alam
Anonymous said…
Alhamdulillah,

Kerana Allah telah menjelaskan kepada (jemaah) kita sang munafik itu.

Berhatilah rakan-rakan seperjuangan sekelian, singkirlah mereka ini sebelum jemaah kita dirosakkan.

Namun saya yakin
"Alaa Inna Hizballah Humul Ghaalibuun"

Semoga Allah memberikan mereka hidayah-Nya atau setidak-tidaknya diberikan kutukan, penghinaan dan cercaan sehingga terkeluarnya mereka-mereka ini dari berselindung disebalik perjuangan suci ini.

Saya tidak perlu lagi memantau blog ini kerana telah jelas kepada saya.

Ampun maaf kepada rakan-rakan lain yang mungkin tersinggung dengan teguran saya sebelum ini, bukan kepada tuan-tuan sebenarnya, tetapi hanya kepada tuan punya blog ini.

Salleh
Hassan, Shah ALam said…
Salam semua,

Saya sebenarnya tidak risau tentang perpecahan dalam PAS. InsyaAllah, ia tidak akan berlaku.

Kita tidak perlu berpecah oleh kerana ada pemimpin yg inginkan UG dan ketagih UMNO (dari penarikbeca). Kita perlu kenalpasti siapa mereka dan 'leave them to themselves'.

Depa kata jgn sebut dah! kita pun dok sengap. BUT, in reality, they have not given up! Depa ada plan A, B, C.... So kita kena faham betul2 kenapa UG perlu ditolak.

Saya rasa, ramai lagi ahli PAS (yg tak dapat baca blog macam tuan2), tak jelas lagi. Sbb tu bila ada progrem2 dgn YB2 depa asik tanya lagi.. Harakah, depa tak nak percaya dah.. semacam utusan jer..

Yg dok tuduh YB ni munafiq, itu ini, that is sooo unnecessary.

Saya harap tuan2 cool down. Baca ajerlah. Read with an open mind. kalau setuju, lain kali boleh masuk sini lagi. Kalau tak setuju, forget it. Tak payah lah masuk lagi. Buang masa dan menaikkan darah jer! Nanti tengok bini takde mood.

Wassalam,
Hassan, Shah Alam.
Anak Perelih said…
YB... bukankah kegawatan ekonomi itu satu darurat.. dan keadaan ketidaktentuan di Perak itu membuatkan pelabur tidak masuk di perak dan seterusnya rakyat Perak menderita akan krisis yang berlaku... tak percaya, tanyalah mereka... kita patut mendahulukan rakyat dari politik kepartian kerana merekalah yang mengundi dan menentukan siapa berkuasa.... lagipun nama pun Pakatan Rakyat...
Anonymous said…
berdasar kpd kenyataan ustaz tuan ibahim, pengerusi j/k disiplin parti, maka saya mencadangkan yb khalid dihadapkan ke j/k disiplin kerana membuka semula perbincangan 'unity government'

tindakan ini perlu dipercepatkan kerana saya percaya yb khalid akan terus mencacai isu ug di london nanti.

lebih baik yb khalid hidupkan semula 'parti negara islam' dan jadi mursyidul am parti tersebut.


dari suara islam..
dagang said…
"kalau tak tahan dikritik dan ditegur,jadilah mcm Abu YA" best2 fire pada presden kita.ni la yang dikatakan ahli pas yang 'hebat'.kita sudah tutup buku..YB masih bukak lagi, ramai dah ahli2 sudah meluat dgn perangai YB ni..meluat krn terlampau-lampau memanjangkan isu yg sdh ditutup oleh pemimpin.nmpaknya YB plak lbh2 dr pemimpin,adakah rs riak sgt ke dgn kemenangan yg sementara itu?mugkin dgn kemengan itu ALlah adalah sebagai ujian pd YB dan sebagai pembuka mata kpd seluruh ahli mengetahui ahli2 pas mana yg mempunyai sifat buruk.
Mokhtar - ahli PAS Melaka said…
Ya, kita kena berhati2 jgn sampai riak.

Itu nasihat yg baik utk YB dan juga diri kita semua.

Saya tahu ramai lagi ahli2 PAS yg ingin tahu cerita sebenar mengenai isu UG ini. Kami tidak mahu baca dari Harakah. Kami mahu dengar sendiri dan tanya sendiri kpd YB Khalid Samad.

Kami ahli2 PAS Melaka, tertunggu2 bila YB dapat datang ke Melaka.

Kepada yg sudah faham bagus lah. Kami tidak mahu ketinggalan.

Kepada yang sudah 'meluat' tak payah masuk blog ini lagi. Nanti sakit hati, muka pun jadi kurang hensem. Hati bertambah hitam.

Kami bersyukur ada YB macam Khalid Samad. Berani dan berprinsip. Betul kata betul, kalau salah tetap kata salah.

Apa nak buat, semua orang melakukan kesilapan. Janji kita jangan berdendam. Bertaut semula.
Perkuatkan PAS.
Sahurin dari Hulu Langat said…
Kepada saudara Anon July 5, 2009 6:56 PM yang berkata:

saya mencadangkan yb khalid dihadapkan ke j/k disiplin kerana membuka semula perbincangan 'unity government'

Tuan Man kata - jgn cakap lagi pasal UG.

Itu kalau 'nak UG' tak boleh cakap lagi.

Kalau cakap 'tak nak UG' boleh cakap lagi sebab itu pendirian PAS.
'nak UG' bukan pendirian PAS.

Kalau nak kena tindakaan tatatertib, sepatutnya, si Nasha & geng lah yg kena. Sebab mereka berjumpa dlm gelap, menipu ahli2 PAS, melanggar keputusan muktamar di Ipoh, mengkhianati PR dan undi rakyat.

Betul tak?

Ini yang bersalah lepas. Siap nak cover lagi. Yang membela dan yg membetulkan pula nak dikenakan tindakan tatatertib. Apa punya logik ini?

Maaf ya, ini yang saya faham.
fidarulmiah said…
yg terlibat dlm perjumpaan gelap dgn umno bkn nasha sorang, tapi ramai lagi pemimpin PAS lain yang sekarang ni kononnya menentang perjumpaan gelap tu, termasuklah husam dan mat sabu, silap2 khalid samad join sekali. Nafikan la kalau x terlibat.

Ini semua power struggle nak topple Hadi dan nasha. Kalau Hadi dan Nasha nak senaraikan mereka yg bertemu umno secara sulit, apa baiknya kepada PAS? Inilah akhlak berjemaah. Tapi golongan ini, kerana gila kuasanya sanggup mendedahkan nasha. Aku x percaya dah golongan gila kuasa ni.
Anonymous said…
yb,cukup2la tu.kenapa masih xpuashati lagi.saya cadangkan yb supaya bertanding presiden pas pada muktamar akan datang kalau yb xpuashati dengan pas sekarang.orang dah tutup perbincangan UG,yb masih perkatakan lagi.yb memang seorang ahli pas yang amat degil yang pernah saya jumpa.sedarlah yb,kita satu jemaah.xelok kita ungkitkan perkara yang dah diselesaikan peringkat kepimpinan tertinggi.janganlah kerana tulisan kita ahli jemaah bergaduh lagi.musuh kita adalah umno.musuh kita ialah apa2 yang menghalang islam dari ditegakkan.kalau selain dari umno yang menghalang islam daripada ditegakkan,adakah masa tu yb akan memeranginya?jangan kerana kepentingan politik, persoalan agama utk kepentingan ummah hendak diketepikan.bertaubatlah yb.

-hisyam-
Helmy, Bkt Merah said…
a'kum semua,

Aku boleh terimalah alasan supaya perkara UG ni di tamatkan. Tapi, kenapa masih keluar dlm harakah tulisan PPP pasal UG ni? Kenapa pemuda ajar diskusi ilmiah pulak, benda sama pakaging lain? Sama la masa boxing, bila referee suruh stop tu, maka dua-dua la kena stop. Takkan bila sorang start pukul balik yang sorang lagi nak diam je? Bukan semua orang boleh dibodohkan.

Percayalah benda ni takkan selesai selagi pimpinan atasan pas masih mempunyai semangat nasionalisma melayu yang tebal. Mereka orang islam, tetapi islam melayu. Maka rasa tidak puas hati, benci meluat kepada kaum lain masih tinggi dan pasa masa yang sama rasa senang, kasih, sayang kepada bangsa sendiri (walaupun jelas hampas) juga tinggi. Mereka inilah pejuang bangsa melayu yang bertopengkan islam. Ketuanan melayu yang di remodelkan semula atas perjuangan islam. Baca balik semua khutbah terakhir nabi saw dan paham betul-betul tentang asobiyah ni. Itulah masalah sebenarnya. Semoga kita tersasar dalam perjuangan yang masih jauh ini.
Mohd Jan said…
Saya sokong pendapat saudara helmy.

Saya juga minta YB jgn publish lagi apa2 cerita pasal UG.

Kalau ada ahli2 PAS atau golongan lain yg minta YB berceramah/berforum, biarlah kat situ sahaja. Tak payah beritahu kami. Bukan apa, Kesian pada orang2 yg sudah mual dengan topik ini. Kita hormati permintaan mereka.

Biarlah mereka dgn pemimpin2 idola mereka.

Saya harap YB terus berkhidmat untuk PAS, walaupun di sideline kan oleh group pro-UG. Jawatan tak penting.

Kita hidup dalam perjuangan, biarlah mati pun dalam perjuangan.

Amin ya Rabb.
anak perak said…
Salaam,

wahai anak pereleh,

kegawatan ekonomi perkara biasa.
Dihadapi manusia sekali sekala. Bagaikan putaran alam,
pasti ada siang dan ada malam.

Tak kan itu darurat namanya?

Soal Perak, UMNO puncanya.
Takut tersungkur,
khianat diusaha,
dengan UG terselamatlah mereka.

mengapa kita hendak memberikan talin hayat kepada mereka?

Dari pasir menyalak
matmantau said…
UG, UG,UG, udah ler tu yop... si khalid hanya nak bg. komen 'post-mortem'... awatnya depa sensitif ni... ni, kawe nak tanya bila si Harakah sensor komen.. Dr. Dzul.. Harakah ni bawah team mana... pro-UG atau anti-UG...
Anonymous said…
Sama-sama kita jangan beli Harakah..., kita boikot Harakah..., kita lingkupkan Harakah..., Harakah telah menjadi lidah UMNO...,

Bacalah Suara Keadilan, Bacalah Roket...., keran itulah suara Islam, itulah yang membawa suara TGNA, itulah media yang menyampaikan wahyu-wahyu Alah...,

Erm...., mungkin itu maksud sebahagian yang komen kat sini. Ntahlah yop....
IbnuQalil said…
Salam a'laik,

Ana tak tahu apa niat YB menulis artikel ini yg membangkitkan kembali isu UG. Degil sangat. Nasihat TGNA dan TGHH suruh stop timbulkan isu UG pun xnk di dengar. Ke YB dengar nasihat Anwar je? Dulu bukan main bersama 9 budak hitam lain menyokong penuh dibelakang TGNA tapi bila TGNA suruh stop, x stop jugak. Allahurabbi, mengapa sukar sangat YB berlapang dada dalam isu ini? Jauhkanlah fitnah dan adu domba kelak YB akan menjdai bahan bakar dalam neraka, nau'zubillah.

Jika YB masih berdegil memainkan isu UG, ana minta satu sahaja, minta YB cadang kpd sahabat2 (10 budak hitam) YB tu yg menjadi AJK PAS Pusat agar bersumpah dgn nama Allah bahawa TGHH x pernah sebut UG dalam mesyuarat AJK Pas Pusat. Jika mereka tipu, laknat akan menimpa mereka, bukan menimpa jemaah.
matmantau said…
Awat ler.. si’ Anonymous’, jgn. Berfikiran singkat da!!!!.. sampai tahap boikot… kecian ler…. Cukup2 ler dgn. UM, BH & Sinar jadi lidah Pekembar… tak kan ler.. Harakah kut jadi lidah Pekembar…
Lagi satu.. baca2ler… banyak sikit tafsir Quran & Hadis…. Dan buat comparison… dgn. semua akhbar di M’sia….. kalau dapat semua paper ni… ambik sikit cebisan… dr. Quran & Hadis…. Kira baguih ler… tp. yg. aku pelik tuh… si UM & BH.. adalah keputusan no. ekor kat belakang page… sure tepat tuh….
Mohd Jan said…
Kita memang sayangkan presiden kita. Tapi apa nak buat? He really, really, really really... (berapa kali really aku pun tak tau lah...) BELIEVES in UG.

Kita tak mau bersangka buruk, memecah belah dsbnya.

Mungkin UG can work in the beautiful state of Trengganu. Sesuai dengan mindset rakyat tempatan.

Saya ada satu cadangan.

Apa kata, kita benarkan PAS Trengganu buat UG dgn UMNO Trengganu. PAS di negeri lain stay on ngan PR. Let UG in Trengganu be a test model. kalau boleh survive satu penggal, harmonis dsbnya, boleh cadangkan kpd negeri2 lain. Semua pemimpin2 yg setuju dgn UG, berhijrah ke Trengganu. Hassan Ali gi Trengganu, Dr. Syed Azman pulak pindah ke Selangor. OOoooppsss... Nasha pun kita export gi Trengganu. Sian dia... Dia baik orangnya. Ha ha ha .... baru ngam.

Bagus juga PAS Trengganu berbaik dgn UMNO Trengganu. Jadi kerajaan pusat tak de lah nak sekat royalti minyak. lepas tu UMNO takleh nak lanyak PAS di negeri2 lain, nanti PAS lari terus. So, UMNO kena behave like a good boy. Nak ngurat PAS lah katakan.
Lets give them a chance.

Kalau tak buat camni, macam mana lagi? sampai bila tak selesai. Tengok lah sekarang ni. Ustaz nasha tetekan. kesian dia kemaluan seorang diri. Presiden pun susah nak cover dia. Presiden kita pun sungguh tak selesa duduk dgn DSAI dan LKS. Tengok lah body language dia. Aku tak sampai hati tengok kerasahan Tok guru presiden. Aku pun sayang kat presiden kita. Macam korang gak lah. La ni orang tengok Cik Gu Pa ngan Hassan Ali pun semacam ajer. Al tantawi pun orang tak ambik serious.

Daripada mereka terus berjumpa sembunyi2, rebranding lah..., repackaging lah..., lepas tu nak cover2, tipu2 dsbnya, lebih eloklah kita bagi lesen yg sah.
Lagi satu, pasai Harakah. Kita adakan Harakah versi UG (khas utk Trengganu) dan Harakah versi ORI. Macam KFC lah! (ori or spicy?)

Lepaih ni korang semua nak kutuk aku pun tak pa.
Aku tau dah, mesti dapat berbakui2.

Tapi, think about it. Seriously.
kat negera lain ada dak macam ni?

Jom kita tanya kat YB2 lain?

Mohd Jan
ahli_PAS said…
Salam YB (Yang Bongok!!)
Stop la ckp pasal UG ni..
Kan dah diarah oleh parti jgn dibwk lagi isu ni...

Pasal Ust Nasha..
Tokguru Nik Aziz dpt maklumat yg Ust Nasha nak masuk Umno dari Husam Musa, Husam Musa dapat info dari ko (yang bongok) dan kau pulak dapat dari abang kau kan? Shahrir Samad...sejak bila ahli PAS mudah percaya info dari Umno ni??...
Udah2 ler tu Khalid...kpd student2 kat london, x yah la panggil die ni...mengabihkan boreh aje
Anonymous said…
Mokhtar - ahli PAS Melaka said...
"Kami tidak mahu baca dari Harakah. Kami mahu dengar sendiri dan tanya sendiri kpd YB Khalid Samad"

Matmantau said...,
"Harakah ni bawah team mana"

Hmm..., saya hanya tolong sampaikan suara hati 'sebenar' mereka yg kat atas tu je..

....memang betul akhbar Roket, Suara Keadilan tu lebih berwibawa dari Harakah.... Harakah ni dah lama sangat at pasaran...., sebab tu dia telah menyampaikan lidah syaitan....

Hizbul DAP itulah parti yang kita kena sokong..., ia berada di jalan Allah..., berpegang dengan tali Allah....

Dia memang patut(wajib) menentang penutupan kandang babi kat kedah tu..., ugutan dia keluar dari berpakat dengan parti syaitan (Pas)ni memang wajib... Haram kita menegur DAP atas tindakan mereka ini seperti haramnya orang kita berbincang dengan UMNO tu...,

MAAF..., HANYA LUAHAN PERASAAN ORANG YANG KECEWA PEMIMPIN MACAM KHALID SAMAD NIE.....,

MASUKLAH DAP KHALID OI...., ATAUPUN MASUK AJE PKR..., SERAHKANLAH WALA' KAMU KEPADA ANWAR DAN LIM KIT SIANG TU...., HADI TU MANA ADA KELAS..., ASYIK PAKAI SERBAN JUBAH JER..., MEMALUKAN..., SEKARANG ZAMAN MODEN, JUBAH SERBAN TU HANYA SESUAI DENGAN ZAMAN DOLU-DOLU AJE. SERBAN DAN JUBAH YANG HADI PAKAILAH MENYEBABKAN 16 SEPT TAK JADI..., SEBAB TULAH JUGA TRENGGANU TERLEPAS....,
Anonymous said…
dulu hang kata hang wala' dkt TGNA..

lani, TGNA ckp tutup dah baca talkin pn hang masih berbunyi lagi..

hang wala' kt sapa sebenarnya, berterus terang je.. xada sapa nak halang, silakan je..
Anonymous said…
penyokong pas

ramai juga pencancai umno kt sini kan , nk suruh YB berenti la , cakap bongkok la tah apa2 lagi,
diorg ni YB dah terangkan dari dulu samapai skg tak fhm2 lagi. asyik 2 ckp da tak yah ckp pasai UG sb tuan guru dah tutup isu ni , masalahnyer skg org2 pas di kwsan lain tak tahu lagii , mereka tertnaya apa bendaa ni,so mereka sendiri minta YB so da jadi tanggungjawab dia terangkan pa benda nyer ni,atau pon apa2 saja , kita kena bersangka baik dgn semua org, sekali ditipu kita boler maafkan, tetapi kalo berkali2 menipu boler blahh la ko, tak kira la sapa, ada akal fikir laa
apa laa korg ni.
Anonymous said…
Anon. July 9, 2009 11:53 AM said...,

"ramai juga pencancai umno kt sini kan , nk suruh YB berenti la , cakap bongkok la tah apa2 lagi"

He said again...,
"diorg ni YB dah terangkan dari dulu samapai skg tak fhm2 lagi. asyik 2 ckp da tak yah ckp pasai UG sb tuan guru dah tutup isu ni , masalahnyer skg org2 pas di kwsan lain tak tahu lagii , mereka tertnaya apa bendaa ni,so mereka sendiri minta YB so da jadi tanggungjawab dia terangkan pa benda nyer ni,atau pon apa2 saja"

Hmm.., bodohnya orang PAS nie ye..., tak faham-faham lagi isu UG nie..., diaorang tu tak reti membaca ke agaknya..., pekak badak ke agaknya sampai tak dengar langsung ucapan TGHH, Ust. Nasha, Ust. Halim dll. tu..., sampai terpaksa ajak Khalid Samad nie terangkan lagi isu UG nie..., YDP Kawasan tu buat ape ye..., sampai gagal langsung nak fahamkan isu UG nie kat orang bawah...,

Hmm..., kenapa oarang Pas Melaka tu taknak panggil TGHH atau Ust. Nasha aje untuk jelaskan isu UG nie..., diaorang nie dah tak percaya kat Presiden Pas (TGHH) lagi kut..., Ust. Nasha tu apalah lagi..., disuruhnya masuk UMNO..., Ada pulak yang tuntut Tim. Presiden letak jawatan, ada yang tuntut Cikgu Pa letak jawatan..., akhbar Harakah pun diaorang dah tak nak baca dah..., Suara Keadilan dan Roket dianggap suara al-haq...,

Marah pulak diaorang nie kalau kita suruh Khalid Samad nie masuk Hizbul DAP...,

Tak dapat nak berhujah, dikatanya kita pencacai UMNO..., hmm rasanya lebih baik dari "pencacai DAP" kut...,
fidarulmiah said…
UG ni sebenarnya talian hayat kepada golongan erdogan dalam PAS. Kalau takde UG, isu apa lagi diorang nak main untuk jatuhkan Presiden?

Kalau puak2 JIM/Suara Islam ni jadi pimpinan tertinggi, aku keluar PAS.
muhammad said…
Perkara yang saya perhatikan:

1. Kebanyakan yang mengkritik dan mengutuk YB adalah anonymous. Yang ada tulis nama pula tidak dapat dibuktikan identiti mereka.

Cuba semua fikirkan sejenak. YB Khalid ada pilihan untuk membenarkan blognya dikomen oleh mereka yg ada Google ID atau blog sahaja, tapi beliau tidak berbuat demikian.

Mengapa agaknya?

Pengkritik dan pengutuk sekalian, untuk membolehkan anda semua mengkritik dan mengutuk lah!

Mesti seronok kan, menuduh orang itu munafik, akhlak yahudi, dan apa2 lagi, tanpa perlu bertanggungjawab atas apa yg anda katakan?

2. Kebebasan bersuara memang diamalkan dalam PAS. Dengan syarat anda wala' pada pimpinan.

Jadi, tulisan pengarah PPP baru disiarkan manakala tulisan pengarah PPP lama diharamkan!

Tahniah buat Mustafa Ali. Sangat efisien dalam memastikan ahli tidak terdedah pada kupasan ilmiah mengapa UG bukan idea yang baik.


3. Ada puak2 yg nampaknya tak mahu sangat unsur2 JIM/Suara Islam/ABIM dan yg seumpamanya dengannya ada dalam PAS.

Kepada golongan ini, boleh terangkan apa alasan anda?

Soalan akhir saya:

Mengapa artikel yang mengkritik UG diHARAMkan sedangkan ia selari dengan pendirian PAS untuk tidak meneruskan UG?
matmantau said…
Awatlah loqlah… betui hang pa2 ni… setau aku.. UG dah berkubur.. tanam 6 kaki… pengalaman & pemahaman aku pasal UG… cth. Terbaik……. Semua sehabat2 kita dlm… blog ni.. sure pernah attend mesyuarat,… tak kira mesyuarat parti ker…. mesyuarat ofis ker…. mesyuarat kedai mamak ker…. mesyuarat laki bini ker…. Setau aku jika dah buat keputusan mesyuarat.. ikut aje ler…. Sebagai cth… mesyuarat kedai mamak ker…. Dah kata ‘keeper’ MU masa lawan Liverpool… lembab… so kata lembab le… kena 4-1… tak kan.. tiba2 kata dia cekap… sama ler tuh kes UG ni… dah dalam muktamar 2008.. kita berpaksikan semangat PR.. tak kan ler tiba2 keluar usul nak UG dgn. parti pekembar lak…. Tentulah.. kita tak terima.. buat perabih boreh aje…

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-