Skip to main content

Pengumuman: Seminar Pemikiran Dr. Burhanuddin Al-Hilmi

Assalamualaikum wrt & Selamat Sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre) akan mengadakan "SEMINAR PEMIKIRAN DR. BURHANUDDIN AL-HILMI" yang bertemakan "Membentuk Jiwa Merdeka".

[Kemaskini]
Tarikh: 2 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 8 pagi - 5:15 petang
Tempat: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

Dalam seminar tersebut akan jalankan Pelancaran Ummah Centre bersama Perasmian seminar yang akan dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ( Menteri Besar Kelantan). Majlis perasmian tersebut juga akan dimeriahkan dengan tayangan multimedia yang dicipta khas buat Sekilas Biograafi Tokoh Dr, Burhanuddin Al Hilmi. Biografi tokoh ini akan diulas oleh Sdr. Mohd. Fadli Ghani.

Seminar kajian ilmiah ini dibawa dalam bentuk wacana politik dengan pembentangan kertas kerja dan forum pemikiran Dr. Burhanuddin Al-Hilmi. Panel-panel yang terlibat adalah dari kalangan pengkaji tokoh dan termasuk juga tokoh sejarawan Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim.

Terdapat juga bahan pameran khas berkenaan tokoh yang berkaitan dengan latarbelakang kehidupan tokoh, profisyen dan penglibatannya dalam perubatan homeopati, dakwah dan juga politik di Malaysia. Antara bahan pameran yg menarik perhatian adalah sijil keahlian part tokoh dan juga koleksi buku peninggalan tokoh.

Sehubungan dengan itu, Ummah Centre menjemput individu, para cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat untuk berdaftar penyertaan beserta yuran RM 25 sahaja. Para peserta akan dibekalkan kit seminar, minum pagi, makan tengahari dan minum petang.

Maklumat lanjut sila layari www.ummahcentre.net atau e-mail ummahcentre@yahoo.com. Hubungi Cik Azlin 013-303 7867 (urusan pendaftaran) atau Cik Nurani 013-611 4832.

Pihak Ummah Centre mengalu-alukan sebarang hebahan berkenaan maklumat seminar ini ke segenap pelusuk. Kerjasama yg diberi amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Bagi pihak penganjur program, ummahcentre
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Yesss! RM25.00 masshuuuk! Way to go PAS!
Kemudian kita lakukan 'vigil' macam yang ditunjukkan oleh beruk kita Nizar Jamaluddin ala-ala Kristian buat gitu, pegang lilin baris ramai-ramai dan bertafakur. Pedulikan nasihat haram oleh Dato Mufti Negeri Perak kerana dia tahu apa? PAS hanya Islam dan Syurga sudah dijamin untuk kita, maka perbuatan kita semuanya okay one! Tiada dalil dan nas yang boleh kata kita tidak betul. Tak gitu? Fikirkan lagi cara-cara kita boleh buat program nama Islam dan kutip duit untuk tabung dakwah songsang kita agar kita semua boleh hidup senang diatas dunia yang mencabar ini. PAS untuk SEMUA dipesongkan!
Anonymous said…
Bang Anon July 20, 2009 5:24 PM,

Tak sihat ke harinih? sakit kepala? demam? bini marah? Kalau nak fitnah pun biarlah fakta tu kuat skit, ini kalau tak orang kata hang tu bodoh. Kan ke terang ditulis anjuran ummahcentre tu, reti baca ke tak?
matmantau said…
Tu ler orang Melayu… korban RM25 untuk pi kuliah ilmu pun berkira…. Rasanya tiket bayar bola … MU vs. M’sia pun lagi mahal kut…. Tak taulak… semua penceramah & peserta bawa bekal kut dr. rumah kut…atau minum air suam, atau makan pasir.. atau dewan tuh bayar dengan daun kut…. Kuliah kat masjid & surau.. yang free pun… tak pi… apa2 mai le kita pi…. Buat menambahkan ilmu…

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.