Skip to main content

Video Parlimen: Rang Undang-Undang LHDN (2) - Dato Ibrahim Ali

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencelah ucapan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali semasa membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 pada 16 Jun 2009.



Ibrahim Ali terus belasah kiri kanan pada sesi akhir sidang dewan

TEMPOH ‘bertenang’ yang dijangka berterusan sehingga akhir sesi Dewan Rakyat semalam, tidak menjadi kenyataan apabila seorang Ahli Parlimen Bebas lantang membelasah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) sehingga ‘memedihkan telinga’ seorang Ahli Parlimen PR, semalam.

Sebelum itu, Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang diberikan peluang membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan), menggunakan ‘title’ yang dimiliki untuk meluahkan rasa tidak senang terhadap peranan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PR.

Selepas menyentuh status muflis ahli perniagaan yang tidak boleh ke luar negara dan ahli perniagaan yang memiliki AP (Approval Permit) yang menjualkan AP berkenaan untuk meraih keuntungan mudah, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas pada Pilihan Raya Umum 2008 terus bersemangat berucap kononnya bagi memperjuangkan nasib rakyat.

Ibrahim turut mempertikaikan sikap pembangkang yang terlalu banyak berceramah berbanding melaksanakan usaha membangunkan rakyat di negeri yang mereka kuasai terutama di Kelantan.

Bagaimanapun, ucapan ‘berapi’ Ibrahim itu bukan saja menyebabkan Dewan senyap sunyi, malah menimbulkan rasa kurang senang seorang Ahli Parlimen PR, Khalid Samad (Pas-Shah Alam) yang bangkit mempertahankan pembangkang.

Tanpa berselindung, Khalid yang ternyata berang dengan teguran Ibrahim mengambil peluang menyindir Ahli Parlimen Bebas itu sebagai seorang ahli politik yang tidak ada parti dan bergerak sendirian. - myMetro

Video adalah ihsan MPPAS.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Muslimat PAS said…
Waahhh...

Dulu YB Pasir MAS naik marah bila YB Shah Alam tegur dia sehinggakan dia hempas songkoknya sendiri.

Kali ni pulak, terlondeh kain sampin dia.

Teruskan YB. Jangan kasi chan langsung. Biar terlompat lompat putra katak.
Anonymous said…
Kato oghe Kelate Boh boh la katok Pasir Mah hok tak dok lehe tu. Kalu berani letok jawatan tanding semular.Keno loteri tupe PAS masok Parlimen kecek agah!
Anonymous said…
lepas ni jgn sampai dia terlondeh seluar sudah la YB, bertempiaran lari semua isi parlimen tak tau mana nk pegi... kecuali nasa la, dia pegi lari peluk ustaz najib al-mongoli
maun said…
Brahim Katak memang pure politician...survival politik dengan modal air liur dari dulu kini dan selamanya..tetapi menjadi!!!
Anonymous said…
tahniah yb khalid..anda adalah wira Pas yang sebenar...bg mati je trus stiap kali apa yg dia ckp..sy sbg anak kelantan dan pengundi di Pasir Mas tidak akan memberi undi kepada KATAK ini lagi..jangan risau YB..teruskan perjuangan YB untuk membela Kelantan dan Shah Alam..tahniah YB..takbir!!!!!!!!!!
Salam YB...pertama sekali saya sebagai orang Kelantan nak ketawa kuat-kuat..hahahahhahahaha kakakaakakahaakah...

yang kedua saya nak komen pasal YB Khalid sendiri., pesanan saya janganlah YB bazirkan masa YB berlawan dengan Brehim Ali. kalau di Kelantan kita ketegorikan orang macam dia sebagai "tak masuk book"
kalau jumpa dalam kedai kopi pun malu nak sembang. Tok guru saja yang baik hati sangat. satu Kelantan dah kenal dengan Brehim Ali ni terutama orang Pasir Mas.
Sek 3 shah alam said…
saya rasa banyak penerbangan ke kelantan sebab takde highway ke kelantan dan juga factor penerbangan tambang murah air asia, juga sebab banyak kemalangan maut bas express baru2 ini.....daripada YB buang masa bertekak macam ini baik tuan YB buat cadangan productive.....ape kata YB khalid usahakan/usulkan buat projek highway ke kelantan....
abu jahil said…
ni salah siapa..ni balanye beri laluan kepada ibrahim ali..dulu kite ade ahli parlimen yg bagus..tapi dgn kebijaksanaan pas kelantan dia telah digugurkan..sekarang makanlah katak..
Muko 'Koghe said…
Si Nasha ni bila nak letak jawate ?

Ambo sebagai oghe Bachok cede doh ni telor temelar satu kerek, nak pekong kalu dia maghi 'bachok.

baso menate hudoh

Popular posts from this blog

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Oktoberfest dan Pendirian Saya

Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya ‘sokong’ dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

Hj. Azli Yusof

Di antara tugas pemimpin adalah untuk mewujudkan pelapis yang berkemampuan, berakhlak dan beramanah. Di kalangan pelapis di Shah Alam adalah Hj. Azli Yusof, beliau merupakan seorang profesional muda yang telah terlibat pada awalnya dengan PAS sejak di kampus semasa masih menuntut di US dan kemudiannya bergiat di peringkat Pemuda sekembali ke tanah air. Telah dipilih sebagai YDP PAS Kawasan Shah Alam pada 2013 bagi menggantikan saya setelah saya memilih untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut pada tahun itu.
Beliau kemudiannya meninggalkan PAS setelah melihat pasti tersebut terpesong dari jalan asalnya dan bersama AMANAH sejak penubuhannya. Seorang yang dinamik dan berkemampuan serta berpengalaman dalam bidang kejuruteraan, perniagaan dan juga politik.
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD