Skip to main content

Penolakan Gagasan UG oleh PAS dan PR

Saya secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada TGNA atas ketegasan beliau menangani persoalan ini sehingga tertolak gagasan UG secara rasminya. Semoga tidak akan timbul lagi, dalam apa-apa bentuk sekalipun, samada ucapan atau tulisan (lebih-lebih lagi dalam Harakah), secara terus terang atau sindiran, cadangan berbau UG atau apa-apa gagasan yang ‘sebauan’ dengannya.

Saya yakin, sekiranya timbul lagi isu yang seperti ini, maka ketegasan yang sama akan terus ditunjukkan oleh TGNA dan saya, sekali lagi, atas terus bersama TGNA dalam hal ini. Sepuluh (sekarang dah 17) budak hitam ke, budak nakal ke, pendirian saya tetap dan tegas, semenjak 10 Mac hinggalah sekarang, UMNO perlu ditumbangkan dan PAS harus bersedia menggantikannya! Bukan bersamanya! Walaupun melalui gagasan UG.

Setelah Ust Nasha meminta maaf, maka dimaafkan TGNA dan TGNA menarik balik kenyataan awal meminta Ust Nasha meletak jawatan. Media UMNO memberi gambaran TGNA yang meminta maaf! Begitulah jahatnya mereka dan itulah sebabnya tidak boleh walaupun ‘terlintas’ dipemikiran ahli dan penyokong PAS, ide ingin bersama dengan mereka. Anggap sahaja ide tersebut sebagai bisikan syaitan dan baca “a’udzubiLlah….” seberapa segera.

Ada yang meminta saya minta maaf kepada orang ini dan orang itu. Maaf, saya tak nampak apa yang telah saya nyatakan yang perlu saya meminta maaf. Ada yang mengatakan saya mengherdik TGHH dan PAS Terengganu! Saya tak ingat saya mengherdik TGHH atau PAS Terengganu. Kalau ada, harap kemukakan dan saya akan meminta maaf sekiranya benar saya ‘mengherdik’ mereka. Harap jangan keliru kenyataan pengunjung dan kenyataan saya. Kenyataan pengunjung blog mengherdik saya pun ada, boleh tahan juga banyaknya! Setakat ini saya tidak menghalang sesiapa memberi komen atau teguran.

Setahu saya, yang saya ingat, saya tegur konsep UG dan bagaimana ianya kurang bijak dan bercanggah dengan keputusan muktamar. Saya menegaskan bahawa ia perlu ditolak oleh PAS. Alhamdulillah, akhirnya termakbul juga doa saya.

Mereka yang mempertahankan konsep ini dulu, harap ‘op’! Mungkin benar ianya ‘futuristik’, ‘ultra-pintar’ dan sebagainya sehinggakan yang “menyokong pun tak faham dan yang menentang pun tak faham”, tetapi hakikatnya ianya ditolak dan tidak pernah menjadi agenda PAS. ‘op’ lah. Cukup.

Dalam soal minta maaf ini, saya juga ingin mencadangkan supaya mereka yang pernah menjawab apabila ditanya wartawan bahawa kenyataan TGNA adalah “pandangan peribadi beliau. TGNA bukan PAS” dan sebagainya, untuk meminta maaf secara terbuka sepertimana kenyataan-kenyataan ini juga telah tersiar secara terbuka. Ini pasti akan membantu mereka diterima semula oleh ahli dan penyokong PAS dan PR di kawasan mereka sendiri. Saya memberi nasihat ini secara ikhlas untuk kebaikan mereka sendiri.

Sekali lagi saya ucapkan, bagi pihak ahli PAS di seluruh dunia, “terima kasih TGNA”. Semoga terus dengan ketegasan Tok Guru, insyaAllah kami akan sentiasa bersama.

WaLlahu ‘Alam

KHALID SAMAD

Comments

Muhammad Najib said…
Salam

Kita tutup buku tentang hal UG ni. Jangan disebut2 dan kita harap YB pun akan wala' kepada kepimpinan yang telah di pilih pada Muktamar yang lepas, walau pun YB secara terbuka telah menyatakan sokongan kepada Dato' Husam. Buang yang keruh, ambil yang jernih

Dengan penegasan terbaru ini marilah kita sama2 menyokong kepimpinan TGHH dan di bantu oleh Ustaz Nasha bersama2 dengan Naib2 Presiden yang baru. Bersatu teguh, UMNO akan lenyap.

Terima kasih. Wassalam
Anonymous said…
Salam YB.

Saya hanya mengharapkan YB mengeluarkan pendapat yang menjernihkan keadaan yang pada saya YB sendiri timbulkan.

Nampaknya, ego YB masih tersergam kukuh seperti kukuhnya kilang Carlsberg di Shah Alam.

Kenapa YB tidak boleh bertawaduk, merendah diri seperti Ust. Nasa yang langsung tidak menyentuh isu ini dalam blog beliau. Lihat juga Ust. Nik Abduh langsung tidak lagi memberikan komen yang boleh menghangatkan suasana. Ust. Nasrudin Tantawi juga menyepikan diri walaupun beliau tentunya mempunyai pandangan "peribadi" yang sedikit atau banyak berbeza dengan YB mengenai isu ini.

Sudah-sudahlah YB..., sekiranya sikap ini diteruskan, tahniahlah.., sebab YB telah membenarkan sabda Nabi mengenai tanda-tanda dan sifat orang munafiq itu.

Marilah kita mengucap "Na'uzubillah" dari orang-orang munafikin.

Salleh - Putrajaya
Anonymous said…
YB PAS yg paling bangang dlm sejarah...

xnk mengaku lagi tu..

tobat la wei!
Ice Age said…
A'kum wbt,

Aku pun tak paham, macam mana orang yang bersalah berbohong kepada jemaah boleh di maafkan begitu sahaja dan sekarang ni ada pulak serangan peribadi kepada YB Khalid yang menggagalkan usaha bohong dan khianat ke atas rakyat itu? sudah terbalik kah apa dunia ni!

Tapi apa pun syukurlah YB, doa kita semua telah termakbul. Memang begitulah lumrah pejuang, pasti akan ada penentang. Saya pasti, sedikit sebanyak tentangan keras TGNA, YB Khalid dan rakan anti UG telah mengkuburkan harapan mereka ini. Sejarah akan melihat fasa ini sebagai kemengan pihak yang benar dan kekalahan kepada pihak yang salah. Takbir!!
veteran PAS said…
anon 5.05 dan anon 5.23

kamu berdua(atau org yg sama) semacam kecewa amat sangat saja.

apa yg di katakan oleh YB Khalid adalah sama spt majority ahli PAS bawahan yg jumpa sejak semalam,kenapa tak percaya? pergila buat survey tapi ingat tanya ahli bawahan tau bukan YDP.

kemukakan hujah bukan hentam saja,jelas menunjukan kamu ini org yg tahu bercakap tapi tidak ada modal..kosong.

kami mahu s/u agung di tukar.kenapa tak percaya jugak? pergi tanya ahli bawahan pas termasuk di terenggganu.


sorry kasar tapi kamu mula dulu,kena jawap...
Hasbullah Pit said…
Tutup buku Kerajaan Perpaduan, Buka BUku Penolakan Sistem Demokrasi Inggeris
Anonymous said…
khalid samad = pencacai iblis
Anti-UG said…
salam Pak Khalid,

Nampak marah sungguh puak-puak penyokong UG ni dengan Pak Khalid. Hinggakan sanggup maki hamun, begitu sekali teringinnya mereka berpelukan dengan amNO. Jika tidak takkan marah begitu sekali? Tapi tuan jangan gusar, jangan gentar ramai penyokong PAS dan PR bersama-sama tuan. Anggaplah mereka-mereka ini seperti debu yang tiada nilai dan perlu dibersihkan agar tidak mendatangkan mudarat. Takbir!
sinner said…
anti UG dan sesapa sahaja,

saya salah seorg yg menghentam n bleh sampai tahap menyampah kepada YB, tp xbermakna sy bersama UG..tp hati ini still terbuka dan bersifat bsangka baik dgn UG..semalam sy xfikir rugi,tp sy fikir smalam detik kekalahan bg org2 yg ingin melihat PAS berpecah belah sama ada dr dlam dan luar PAS sendiri..smalam saat kelegaan bg kami yg hormati pimpinan2 kami melihat mereka kembali memacu bahtera perjuangan ini..kami xperlukan org2 yg ingin memporak perandakan, memilih salah satu dr tok guru padahal mereka saling berjuang..kalian br mengenal perit(perit ker skang??)perjuangan..mereka rsa lbih lg sjak dulu lagi..

ape next point YB lpas ni utk tdk hormat presiden?igt, pAS bukan TGNA,dan TGNA bkan PAs..pas terbina dr sume pendokongnye terutama skali pimpinan atasan..

wallahua'lam
Anti-UG said…
siner said: "tp hati ini still terbuka dan bersifat bsangka baik dgn UG..semalam sy xfikir rugi"

Malaih dah aku nak cakap banyak dengan orang macam kau ni... degil tak bertempat. Macam ni je la, daftar jadi ahli pas kalau belum jadi ahli, pastu bawa usul UG ni dalam muktamar akan datang dengan sikap terbuka dan bersangka baik kau tu. Then boleh tgk langit tinggi rendah.

Lagi satu, jangan tgk menyampah kau aje, tgk juga menyampah org dkt puak-puak UG ni.
Anonymous said…
hahaha...kesian kat khaldai samad ni...terpaksa mereka cerita utk mempertahankan dakyah iblis dia.

bila masa la ust nasa mohon maaf kat TGNA...afterall bukan dia yg buat salah....yg ada TGNA yg tarik balik kata2 dia sendiri setelah dia tau dia dah terlajak perahu.

semua org tau..imej tok guru jadi buruk kesan dari kata2 beliau sendiri...maka terpaksalah patah balik...

inilah akibat drp terlalu mempercayai pencacai2 iblis mcm khalid samad.
Anonymous said…
Sebelum ni Nizar jadi budak suruhan DAP,sekarang Nik Aziz pun jadi budak suruhan DAP.Lepas ni habislah tanah semua dia bagi kat DAP.Saya bangga kerana keputusan ini adalah keputusan DAP dan PAS adalah budak suruhan DAP.
Ruzzim said…
Kita kenalah ikut suara majoriti walaupun kita rasa akan merugikan agama,bangsa dan negara.Well,pepaham je la,PRU dah dekat,tak sokong mana mungkin jadi calon........Nanti hilang tender dan miss soru.

Pepaham je la......
Anonymous said…
Salam
Pada pandangan saya, UG bukan lah isu, ia hanyalah alat terhadap isu yang amat besar iaitu krisis kepimpinan dalam pas, krisis kepimpinan TGHH. Selalunya dalam sesuatu organisasi yang berjiwa besar dan becita-cita mencapai kejayaan, setiap idea yang dilontarkan oleh pemimpin tertinggi akan diperhalusi dan diperkembangkan dengan penuh yakin. Tetapi dalam PAS, idea TGHH dimtikan begitu saja tanpa diperhalusi dgn penuh yakin oleh orang2 PAS sendiri. Keadaan ini akan mengurangkan kepercayaan masyarakat umum tentang organisasi itu sendiri. Keburukan telah dilakukan dan perlu ada anjakan yang besar dalam strategi PAS untuk meraih sokongan untuk PRU13 akan datang. Jangan hanya melihat kepada ahli dan penyokong semata-mata, ahli akan menyokong, lihat masyarakat umum terutamanya kawasan yang PAS akan betanding, masyarakat Melayu Islam yang PAS masih belum menang dan sentiasa dimenangi oleh UMNO. PAS memerlukan anjakan besar dan keburukan yang dilakukan mengakibatkan anjakan yang diperlukan adalah terlalu besar dan mesti dengan strategi yang tepat. TGHH mesti di ikonkan sebagai pemimpin besar begitu juga dgn Timbalannya saperti yang dilakukan oleh semua orgnisasi yang berjaya saperti UMNO dan PKR. TGNA dan Ust Harun Din sebagai ikon kepimpinan islam yang ulung. Masa untuk memperkemas dan menguatkan parti. Bermaaf-maafan lah semua MP PAS, AJK dan semua staf kepimpinan dan masa untuk kita bekerja dibawah TGHH sebagai Presiden PAS.
Asrof Gulam said…
Syabas YB kerana usaha YB ....akhirnya kebenaran prevails...alhamdulillah...
saji said…
Kenapa agaknya cadangan tubuh UG tidak menjadi?

1. UMNO ajak2 ayam?

2. Keja kuat blogger dan pembalas
anti UG?

3. UMNO tak buat kerja/
mengharapkan media perdana?

4. UG hanya mainan politik PAS?

5. UMNO dan PAS sama2 tak ikhlas?

6. Ketegasan TGNA menolak UG?

7. Konsep UG yang penuh rahsia?

8. Sistem dua parti lebih baik?

9. PAS menerima tekanan DAP dan
PKR?
10. PR contoh terbaik UG?

11. Nasihat DSAI didengar?

12. UG bukan caranya menyatukan
Melayu?

13. Ijtihad TGHA tubuh UG gunakan
kaedah Istihsan?

14. Ijtihad TGNA tolah UG gunakan
kaedah Masalih Mursalah?

15. UG contoh klasik idea mudah
orang Melayu tetapi amat
sukar dilaksanakan?

16. PAS akhirnya sedar tidak mampu
mengubah perangai UMNO dari
dalam?

16. Sudah suratan takdir?
Anonymous said…
A reply to VETERAN PAS (kunun)...,

1. Saya dan yg satu lagi tu bukan orang yang sama,
2. Saya bukan YDP Pas mana-mana kawasan atau apa lagi setaraf dgn YB pujaan tuan, hanya ahli biasa,
3. Saya dah tanya rakan-rakan PAS bawahan (setaraf saya) di Putrajaya, rata-rata ada pro n kontra mengenai isu ini, majoritinya adalah seperti saya yang menghormati idea TGHA dan sayang kepada TGNA,
4. Majoritinya juga menyampah dengan kerja-kerja BODOH yang dilakukan bos tuan,
5. Ini menunjukkan tuan tiada langsung kredebiliti untuk mengatakan seolah-olah telah membuat soal selidik (kununn lagi sekali),
6. Saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku sekarang. Syukur dan penuh harapan agar isu ini ditutup. Kecewa saya hanyalah terhadap tindakan kerja BODOH YB Khalid selama ini.
Wallahuaa'lam.

Salleh - Putrajaya
remy said…
Assalamualaikum,
Kepada YB Khalid Samad,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Pakatan Rakyat di atas penolakan UG. Memang saya sebagai ahli PAS tersangat keliru di atas gagasan tersebut sehinggakan tak dapat menjelaskan kepada mereka yang bertanyakan kepada saya. Tetapi tidaklah tindakan dan sikap saya menyalahkan Dato Seri Tuan Guru Presidan Abdul Hadi Awang. Pada pendapat saya, lontaran idea itu adalah baik. Mungkin pada pandangan DS TG Presiden lebih melihat jauh masa depan parti yang kita dokongi selama ini. Walaupun pada hakikatnya saya sendiri tidak bersetuju. Apakah kita mudah lupa tragedi yang menimpa kepada parti dan ahli kita. Tragedi Memali, tragedi Lubuk Merbau, pembunuhan allahyarham Abdul Samad Gol, rampasan kuasa negeri Perak dan macam-macam lagi. Apatah lagi pengalaman pahit kita bersama dengan parti perikatan (BN) pada 70-an. Tambahan pula Dato’ TG Nik Aziz sendiri yang merasai pengalaman pahit tersebut. Memang sama-sama kita tidak lupakan peristiwa tersebut. Marilah kita rapatkan semula saf kita. Kita bina kekuatan untuk mendaulatkan Islam yang menjadi matlamat parti kita.
Anonymous said…
Salam YB Khalid,
Mungkin saya yang meminta YB mohon maaf pada TGHH kerana pada pendapat saya Kenyataan YB dengan kisah perang siffin dan tafsiran YB sendiri mungkin menyebabkan kekeliruan dan mungkin juga menyinggung perasaan sahabat PAS kita di TRG dan juga TGHH.
Sila lihat kenyataan YB di bawah. Kalau YB boleh nyatakan balik maksud YB tu amatlah bagus kerana ramai juga orang TRG yang menyokong YB pada PRU-12, skg saya melihat mereka tersinggung...
***********************************
Maka kita akan dapati diri kita tertipu seperti mana tertipunya Abu Musa As-Syaari oleh Amr Al-As dalam peristiwa tahkim yang berlangsung selepas gencatan senjata di Siffin. Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi. Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi. Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini. Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain…

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD
***********************************

Semoga kenyataan tersebut lebih jelas dan tidak disalah tafsirkan demi perpaduan islam. Saya berharap YB boleh jernihkan daripada kekeruhan yang wujud.

Man Shah Alam.
Anonymous said…
Hoii !!! SEMUAA DIAMMM !!!...TINGGALKAN SEMUA KEJE ANDA SEMUA YANG TAK BERFAEDAH INI... BELUM MEMERINTAH DAH ANGKUH...SOMBONG...BANGANG...SESAMA SENDIRI PUN NAK KUTUK MENGUTUK...PEGI PUJUK PENGUNDI2 UMNO DAN ATAS PAGAR TU UNTUK UNDI CALON PAS LAGI BAGUSSS...KALAU MACAM NI PERANGAI KAU OGHANG LEBIH BAIK JADI PEMBANGKANG SEUMUR HIDUP...BODOHHHHHH....YA ALLAH AMPUNKAN DOSA KU KERANA TERPAKSA MEMAKI SAUDARA SEISLAM SENDIRI...TAPI KAU LEBIH MAHA TAHU KENAPA AKU JADI BEGINI...
fidarulmiah said…
Saya sebenarnya cukup tak setuju dengan tulisan2 YB yg menggambarkan penyokong UG ni wala' membabi buta. Saya nak berikan contoh kepada YB apa itu wala' membabi buta.

Bila DSAI mencadangkan 16 September, bukan main sokong lagi ye, YB dan budak2 hitam tu, padahal ianya mencemarkan konsep demokrasi dan tidak menghormati pilihan pengundi. Padahal DAP menentang usaha ini, akhirnya terbukti perkara ini akan menyebabkan suasana kucar kacir contohnya Perak. Ini lah sebenarnya wala' membabi buta!

Harap boleh faham konsep wala' tu, sebab YB pun wala' juga, tapi malangnya bukan kepada Presiden.

Kalau TGNA hendak tegur Presiden secara terbuka itu hak dia kerana taraf dia. YB ni sapa?????
Ulu Chepor said…
Banyak sungguh operatives UMNO di sini yang menyamar konon ahli PAS.

Saya sebagai ahli PAS menentang caramana idea ini di"lontarkan" yg mana dlm masa yg sama, penjelasan di"sembuntikan".

Saya juga kesal kerana TP Nasha bincang dalam gelap, cuba menipu mulanya dgn menafikan perjumpaan, kemudian senyap selepas tembelang pecah apabila diakui sendiri oleh Pak Lah dalam akhbar.

Dalam percakapan saya dengan ahli2, saya masih belum berjumpa mana-mana ahli yang menyokong UG.

Hanya totok UMNO saja yang sokong UG.

Saya masih lagi menuntuk Nasha meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden, serta Mustafa Ali juga letak jawatan sebagai SU.
Anonymous said…
Sdr Ulu Chepor... sudah..sudah..la tu.. 2 tok guru kita dan pimpinan atasan pon dah kembali bertaut....saf dah kembali rapat...KP/UG dah tutup buku...TGNA pon mengarahkan semua pimpinana pusat turun ke Manik Urai.
usahla diungkit2 lagi, tok guru pon boleh saling memaafkan...itulah akhlak seorang pemimpin yg berjiwa besar... sapelah kamu utk menyuruh Us. Nasa & Cikgu Pa meletak jawatan, mereka berkerja utk Islam, bukan buat maksiat...jgn timbulkan lagi isu KP/UG....kalau kamu ahli PAS yg matang tidak lagi cuba menghantar komen yg meragukan
Anonymous said…
to salleh putrajaya

yb khalid tidak mengenali saya.ucapan kamu menunjukan kamu byk mengambil ungkapan nik abduh so saya assume kamu percaya dan bersetuju dgn apa yg di katakan oleh nik abduh dan sewaktu dgn nya.

saya mencadangkan kamu kuatkan pas putrajaya dan kalau bole selalu baca blog mantan ydp putrajaya dr hamirdin supaya minda kamu dan ahli pas putrajaya dapat berkembang sikit.of course survey kamu meliputi ahli pas putrajaya yg terlalu sedikit dan tidak berkembang so pendapat mereka pun serupa kamu,keluar 15 minit ke arah bangi/kajang dan find out.jgn tanya dr shafee/razali/che rosli.tanya ahli bawahan.

jgn duduk dlm kelompok sendiri nanti syok sendiri pulak spt skg.lagipun majority pengundi putrajaya melayu islam hampir 98% so buat approach jemaah tabligh sikit, jgn syok sendiri,baca byk buku perjuangan islam abad ke 19 dan 20 tau.open yr mind.

mungkin saya kenal kamu sebab 99,04 dan 08 saya diarahkan oleh jpn selangor menghantar skuad pemuda membantu putrajaya sebab ahli ahli dia takut dan kurang berfungsi(nafikan kalau boleh)
Anonymous said…
Salam,

Bersama PKR dan DAP jangan sampai rebah,

Jangan sampai ISLAM kalah,

Nak berbincang tentang kepentingan ISLAM apalah salah,

Walaupun dengan UMNO musuh Hizbullah,

Tiada ampun kalau ISLAM tergugat,

mesti waspada walaupun dengan rakan PR....
Zul Shah Alam said…
Salaam,

man shah alam, saya setuju dengan pengajaran dari perang siffin yang dikemukakan YB Khalid. Pointnya tepat. Abu Musa As-Shaari sahabat Rasulullah (SAW) dan cukup waraq dan alim tetapi dia tertipu. Oleh itu bijak politik dan mengenali lawan amat penting bagi pimpinan bila menyusun strategi dan taktik.

Pengajaran ini penting supaya kita tidak bersikap sambil lewa, 'tawakkal je' asalkan pemimpin kita waraq dan alim, insyaAllah semua Allah akan uruskan untuk kita.

Saya tak nampak sebab sesiapa perlu terasa atau ambil hati. Pemimpin tak boleh 'over-sensitive' sehingga tegur sikit pun terasa.

Hakikat kedua juga benar, hanya Kelantan je yang dapat dipertahankan dengan jayanya. Ini bukti bijak politik TGNA. TGHH dan PAS Terengganu, walaupun hebat, perlu belajar dari pendekatan TGNA.

Kita jangan terlalu sensitif sehingga tidak mahu mengakui ada kekurangan dan tidak boleh ditegur.

Maaf ya man Shah Alam. YB, asalkan tidak ke tahap mengherdik, mencaci dan menghina dengan kata-kata yang kesat, saya rasa 'no problem'. Kita bincang secara ilmiah.

Terima kasih.
Anonymous said…
1. Vagabond said...
Syabas YB kerana usaha YB ....akhirnya kebenaran prevails...alhamdulillah...

I say..., kebenaran telah lama diserlahkan, ucaptama TGHH semasa muktamar lebih menjelaskannya. Kenyataan DSAN (perkara 3) juga menjelaskan lagi. Hanya kerja si "musang berbulu ayam warna hijau"lah yang menyebabkan isu ini panas.

2. Anti UG said...
"Nampak marah sungguh puak-puak penyokong UG ni dengan Pak Khalid. Hinggakan sanggup maki hamun, begitu sekali teringinnya mereka berpelukan dengan amNO. Jika tidak takkan marah begitu sekali? Tapi tuan jangan gusar, jangan gentar ramai penyokong PAS dan PR bersama-sama tuan. Anggaplah mereka-mereka ini seperti debu yang tiada nilai dan perlu dibersihkan agar tidak mendatangkan mudarat. Takbir!"

TGNA said....
Tuhan juga mencarut/memaki hamun (kepada orang kafir dan munafik).

3. Veteran PAS (kununnn) said...
kami mahu s/u agung di tukar.kenapa tak percaya jugak? pergi tanya ahli bawahan pas termasuk di terenggganu.

I say.., sang munafik masih belum kecewa dan masih berusaha dengan perancangan terbaru untuk menjahanamkan jemaah yang dicintai ini.

4. Ulu Chepor said...
"Dalam percakapan saya dengan ahli2, saya masih belum berjumpa mana-mana ahli yang menyokong UG"

"Saya masih lagi menuntuk Nasha meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden, serta Mustafa Ali juga letak jawatan sebagai SU"

I say...
Cara sang munafik yang cuba berhujah dan menanamkan jarum perpecahan dalam jemaah..., Cara yang sangat hina di sisi Allah... wallahuaa'lam...

Ust. Nik Abduh said.., "Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat"

Ust. Nik Abduh said again...
"Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama"

Saya menyeru semua ahli PAS mematuhi arahan jemaah agar menghentikan semua polemik mengenai UG. Maaf sbb. sy sendiri pun dah terlanggar jugak nih....

Kita tinggalkan isu ini kepada orang-orang munafik sahaja.

wassalam. Salleh - Putrajaya
tahniah pimpinan PAS
tutup buku pasal UG..fokus untuk PRU-13...insya Allah
kemenangan bersama PR
Anonymous said…
Bro, eloklah tutup terus bab ni. pimpinan dh wat keputusan. kita ikut aje la... sapa menang/kalah x penting. pastinya ada hikhmah yg kekadang x terjangkau oleh kita. Kalau nak pikir sy negatif 1001 alasan boleh kita senaraikan. begitu juga kebaikan. Kerja kita lebih byk drp masa yg kita ada... jgn la buang masa berbalah sesama sendiri... PLS STOP!
Anonymous said…
maaf cakap org org macam salleh putrajaya inila akan membuat PAS akan berada di takuk yg lama yg semestinya akan di jawab taapa kalah janji islam di pertahan.

org jenis ni suka duduk dlm golongan dia dan terasa hebat.seolah olah org lain kurang ilmu dr dia termasuk tgna sendiri.


dia tidak mengerti yg pas adalah sebuah parti politik bukan ngo.

saya percaya jika kita terus berhujah dengan salleh putrajaya ni dia akan terasa di hebat, saya pasti dia ada jawatan pas di putrajaya, sebab permerhatian saya kalau ada org org macam ini di kawasan bandar kita bole nampak kawasan itu PAS lemah.
IbnuQalil said…
Salam, ana sokong pandangan sdr Salleh.

Kerja2 bodoh oleh 10 budak hitam di Parlimen baru2 ni harus dijadikan pengajaran yg penting buat pimpinan PAS.

Kononnya kita menyatakan sokongan kepada pimpinan tertentu walhal dalam masa yg sama kita menyimbah petrol menyemarakkan lagi isu UG. Bravo, mgkn ada yg bertepuk tangan melihat PAS menghadapi kemelut ini. Jika TGNA idola YB Khalid, ana mohon YB Khalid merendah diri memohon maaf kpd TGHH dan Ust Nasa di atas tohmahan dan kekeruhan yg berlaku.

Jika tidak, nampak sangat YB bukan berjiwa besar dan hanya gimik menyokong TGNA.

Telah zahir siapakah anai2 dalam jemaah. Berjuang di dlm PAS tetapi wala' kpd jemaah lain. Ana doakan anai2 ini diberikan hidayah oleh Allah swt. Wallahua'lam.
chemen said…
sdr Salleh, saya pon ahli PAS putrajaya jugak.. jgn lah sdr suka2 mengata org buat keja bodoh.. saya rasa menerbitkan beribu-ribu buku pasal Palestin, kemudian terbiar ditangga pejabat PAS putrajaya tanpa dijual/diedarkan, itu lebih bodoh, kalau pembaziran seumpama itu nak dikatakan bodoh la..
kpd sahabat2 yg lain, jgn lah terasa dgn Sdr Salleh kita ni, bantulah PAS Putrajaya, kami memang lemah dan kekurangan orang..
Anonymous said…
Saudara Sallah Putrajay,

Sayang duduk dekat sangat dengan Putrajaya sebbab tu virus amno dah berjangkit. Kita dok cerita isu perangai beberapa kerat pemimpin PAS yang dok kasih sangat dengan amno sehingga dok berkhalwat dengan mereka bercanggah dengan keputusan muktamar. Masaalahnya ust hadi tak tegur perangai buruk dia orang ni. Jadi terpaksa Tok Guru Nik Aziz yang tegur demi menyelamatkan jamaah kita.

Bayangkan kalau dibiar bukan saja kita dinista oleh semua penyokong, PAS pun akan rabak habis. Mungkin saudara suka perkara ini berlaku. Taat pemimpin bersyarat bukan membuta tuli, bodooooh ......
Tulang Besi said…
Wahai Anak si Sikit (Ibnu Qalil),

Tak payah la kau menceceh kat sini. Kau ni takda benda lain kecuali nak bercakap benda2 mengarut

Dah la, kau ni soalan aku tak jawab lagi.

KAu setuju tak PAS masuk BN?
Anonymous said…
Ust. Nik Abduh said..., again...,

"Jika sifat benar menguntum di dlm hijauan iman,maka tersergamlah sebuah istana kehidupan yg cukup membahagiakan"

Maaf rakan-rakan Putrajaya jika diattack pula oleh musang-musang yang berkelibat seperti ayam.

Salleh - Putrajaya
Man shah Alam said…
Zul Shah Alam Part 1
Terima kasih kepada saudara kerana memberi respond kepada komen saya. Walaubagaimana pun saya amat menghargai sekiranya ianya dapat diperjelaskan lagi oleh YB kita. Kerana ada yang berpendapat kisah siffin itu tidak begitu tepat. Ianya dijadikan tepat sekiranya untuk menyindir TGHH. Mungkin mereka yang beranggapan begitu kerana apa yang ingin dinyatakan atau hendak disampaikan oleh TGHH belum dibincangkan lagi. Ianya hanya digembar-gemburkan oleh media pro BN sahaja. saya sentiasa bersetuju dengan teguran dan ketegasan TGNA terhadap isu ini, kerana saya yakin beliau tahu apa yang beliau buat. Tapi jika diperhalusi Ketegasan TGNA itu pun bersyarat..seperti PAS, PKR, DAP pun mesti jadi Menteri (itupun sekiranya kalau TGNA memahami 100% apa yang ingin dibawa oleh TGHH). Cuma Tindakan YB bersama 10MP juga tidak tepat bagi menyatakan pendirian, malah menambah "keriuhan" sesama "pejuang". Sebenarnya, ramai yang tidak memahami UG ini. Apa yang dijelaskan secara ringkas oleh TGHH adalah tidak timbul untuk bergabung dengan UMNO+BN..yang paling utama ialah untuk menuntut UMNO+BN mengubah institusi sistem kehakiman, SPR, etc.(kenyataan tersebut juga masih kabur)walaubagaimana pun kenyataan TGHH adalah konsisten dari sebelum dan selepas muktamar. Apa yang saya cuba katakan di sini ialah, tidak perlu kita membuat tafsiran sendiri dan cuba menyebelahi antara 2 Tok Guru ini. Mereka ini tahu apa yang mereka lakukan. Kalaupun ada perselih faham, pasti mereka akan berjumpa dan menjernihkan segala kekeruhan dengan ilmu. Cuma Yang menyedihkan sedikit ialah YB kita pula terlalu cepat membuat analisa dan perbandingan sejarah. Namun, Tidak ada pula sejarah yang boleh dikongsi untuk memperkatakan keikhlasan TGHH yang sanggup merendah diri menarik balik idea beliau kerana gusar perpecahan dalam jemaah. Walhal, ini juga adalah satu contoh yang amat besar. TGHH dilihat lebih tenang dalam kes ini dan sanggup mengalah. saya yakin TGNA amat mengenali keperibadian TGHH. TGHH tidak pernah membuat keputusan bersendirian, percayalah beliau akan menunaikan solat hajat, istikharah dsb bagi mendapat petunjuk Allah. Ianya adalah amalan ulama' besar seperti Imam Bukhari, Nawawi, dsb. TGHH sentiasa meletakkan syura dalam jemaah yang paling atas dan tidak akan mendahului kepetingan diri. Ini semua pernah dinyatakn oleh TGNA dalam salah satu kuliah jumaat beliau dan Uts Tuan Ibrahim Tuan Man dalam juga kuliah beliau. Mereka kagum dengan TGHH. (disebabkan maklumat TGNA dan TITM itulah yang menyebabkan saya rasa rendah diri saya dan amat menghormati kepada TGHH mahupun TGNA sendiri). sebenarnya, secara tidak langsung TGNA mengajar saya dan kita semua menghormati pemimpin yang wara' dan alim sperti TGHH dan itulah juga yang di ajar oleh islam. walau apa pun saya sekali lagi meminta penjalasan YB kita dan tafsiran beliau, kalau ada terlintas perasaan ynag tidak baik pada hujah tersebut mohonlah maaf. Siapalah kita di padang Masyar nanti jika dibandingkan Ulama yang benar (kalau takde takpelah. Hanya Tuhan saja yang tahu).

bersambung part 2 kat bawah...
Man Shah Alam
Man Shah Alam said…
Zul Shah Alam part 2

Yang kedua pasal isu terengganu tidak lama di tangan PAS..sebenarnya ayat yang paling tepat ialah "Allah memberikan kerajaan kepada sesiapa yang dia kehendakinya"..kalu tak silap saya ayat 26 surah al-imran…ia bukan satu analisa politik semata-mata..seperti mengatakan kelemahan strategi dan sbgnya..tapi Sudut agama itu yang paling utama..inilah yang memupuk semagat juang yang tinggi..dan manis dalam berjuang...syahid di medan perjuangan… walaupun kita ini di selangor berada di bawah PR, tapi percayalah ini adalah ujian Allah kepada kita..Saya amat bimbang jika kita lupa daratan dan nikmat kerajaan di beri Allah di salah ertikan dari sudut logik akal semata.. Tapi kalau di lihat dari sudut poltik , Terengganu merupakan negri yang kaya..sangat di sukai oleh kerajaan BN..jadi mereka akan sedaya upaya akan merampas Terengganu untuk membolot project yang terdapat di sana. Pun begitu tidak pernah pula di ceritakan oleh YB kita tentang apa yang berlaku di terengganu sekarang yang "haru BIRU"..mungkin ianya balasan Allah taala kepada kejahatan UMNO+BN di negeri tersebut kepada TGHH dan Pas Terengganu sebelum ini..Apa yang saya ingin katakan dalam point ini..apabila kita hendak membuat sesuatu analisa mestilah adil dan saksama..baru Kita dapat mempelajari sesuatu hikmah daripadanya dengan lebih berkesan..kalau tak apa yang dapat hanyalah kefahaman yang berat sebelah dan cuma salah tanggapan kita kepada manusia yang lain.

Maaf sekiranya tersilap bahasa. Semoga Allah memberkati perjuangan ISLAM..kerana matlamat yang paling utama adalah akhirat..Berjuang demi kebenaran bukan kemenangan semata. TAKBIR!!!


Man Shah Alam. Seksyen 11
Anonymous said…
Tulang Besi Asked Ibnu Qalil...,

"Kau setuju tak PAS masuk BN"

I say..., spin, jangan tak spin.

TGHH tak pernah kata nak bawa PAS masuk BN. Ust. Nasa pun tak pernah mengajak kepada yang sedemikian.

Hanya sang musang berkelibat seperti ayam...., atau orang jahil yang telah berjaya diperdaya oleh sang munafik sahaja menuduh TGHH dan Ust. Nasa mengatakannya.

This remind me what's that stated by Ust. Nik Abduh..

"Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama"
Anonymous said…
saye setuju dgn Man Shah Alam - part 2

dulu YB Khalid memperlekehkan PAS Terengganu yg kononnya ketika tsunami politik melanda negara masih tak mampu utk menawan negeri itu..

YB mengatakan PAS Terengganu kuat tapi PAS Selangor jugak yg lebih hebat kerana dapat menawan negeri..

kenapa YB boleh bersikap angkuh sedemikian? tidak kah kita terfikir apakah hikmah di sebalik kekalahan PAS di Terengganu itu?

bermulanya episod tidak perkenannya DYMM Tuanku Mizan terhadap Idris Jusoh sbg MB, org UMNO terutama penyokong Idris mula bertindak derhaka kepada Tuanku, puluhan ribu rakyat Terengganu keluar menyambut kepulangan Tuanku tanda sokongan, sms ugutan bunuh sesama ADUN sendiri, UMNO Terengganu mula berpecah kepada 2 dan mungkin kepada 3 selepas perlantikan Hishamudin sbg Ketua Perhubungan..runtuhnya stadium baru yg tidak sampai setahun usianya...

tidakkah dgn peristiwa2 di atas itu akan membuka mata seluruh rakyat Terengganu bahawa UMNO sememangnya tidak berguna, memberi masalah kepada rakyat dan wajib ditolak pada pilihanraya yg akan datang utk SELAMA LAMANYA ?

fikir fikirkan lah...

Ahli PAS Kemaman
fidarulmiah said…
perbandingan dgn perang sifin itu amat mengarut sekali.

kalau nak smakan UG dengan perdmaian dalam perang sifin, nak letak mana PKR dan DAP? Apa watak yg diberi kepada PKR dan DAP dlm perang sifin?? Adakah Saidina Ali pada masa itu berada dalam Pakatan seperti PR?
Pac Man said…
A'kum wbt,

Saudara fidarulmiah said...

perbandingan dgn perang sifin itu amat mengarut sekali. kalau nak smakan UG dengan perdmaian dalam perang sifin

Bukalah mata sedikit, tiada siapa yang cuba membandingkan individu atau kumpulan tertentu pada zaman tersebut dengan apa yang berlaku sekarang. Yang cuba dibawa ialah PENGAJARAN atau IKHTIBAR yang boleh diambil dari apa yang telah pun jelas berlaku dan terbukti melalui sejarah. Sebab itulah kita belajar sejarah, bukan utk buat perbandingan secara direct sepertimana yang telah saudara cuba buat.

Jika tidak akan adalah manusia2 yang seperti suatu masa dahulu yang pernah menyebut (au kama qall): "pada zaman Rasulullah SAW takde pisau gillette, maka sebab itulah sahabat pada masa itu menyimpan janggut". Orang yang mengaji dan belajar sunnah tidak akan berkata begitu kerana faham antara hujah akal dan tuntutan syarak ataupun antara yang tersurat (peperangan yang berlaku) dan yang tersirat (pengajaran yg harus diambil).

Wallahu Alam
Unknown said…
apa da yb ni...kan tgna kata 23jun lalu..salah taggap akibat mainan media umno telah selesai dan beliau tarik balik kenyataan terhadap timb pres..dah la tu..ni nak creat fakta lain lak..ust nasha minta maaf la..tgna kata 'tutup buku' maknanya jgn dok ungkit lagi...semua post yg kuar pro/kontra akibat yb dok ungkit2..yb ni belajar kat mana hah? org kata sudah tu sudah la..mcm budak kecik berebut aiskrim..teringat hadis nabi..salah satu sikap org munafik, bila bertengkar nak menang je...padahal hujah hampas..
Unknown said…
yb ni dah melampau ni..tgna kata 23 jun lalu, salah tangap akibat mainan media umno telah dapat diselesaikan..tutp buku. maknanya jgn ungkit..ape bengap sangat..tulisan yb menyebabkan banyak post pro/kontra..teringat hadis nabi..salah satu sikap munafik, apabila berhujah/berbalah..nak menang saja padahal hujah hampas..lantak ko la yb..pada aku ko ni dah bukan ahli PAS..tak de akhlak langsung
Anonymous said…
Salam

YB khalid samad salah mengambil natijah peristiwa perang siffin.Penyebab kepada kekalahan tentera Syaidina Ali r.a ialah kerana tiadanya tsiqah tenteranya kepadanya yang berpendapat "bahawa perkara(menjunjung al quran dihujung tombak)adalah merupakan satu perkara benar di letak di tempat yang batil" yang membawa kepada memperlekeh dan menolak cadangan Syaidina Ali r.a supaya perang diteruskan.Syaidina Ali akhirnya terpaksa akur setelah arahannya tidak dipatuhi.YB khalid terlalu memperlekeh Presiden hingga bersikap menunjuk2 kemesraan kepada TGNA (rasanaya konon aje tu).Kita boleh mengesan ini(memperlekeh presiden)melalui sikap ,tulisan,ucapan (terbaru di muktamar),dan lagak (terbaru di parlimen).Kalau bercakap kasar kepada rasulullah boleh membatalkan pahala amal,maka apa pula hukuman golongan yang memperleceh presiden.Alhamdulillah Dato'Pa,(Yb khalid juga amat benci padanya),ust Deris berjaya memecahkan kemelut UG dlm tempoh 2 minggu jadi SUA dan ketua penerangan.
Anonymous said…
Salam,kepada komen2 yang bernas dan kutukan-kutukan yang boleh dan tak boleh di terima juga..ana ucapkan tahniah..Bg ana UMNO nie tgh sakit tenat..tunggu masa nak berkubur.Jadi penawar yang terbaik ialah PAS.Mungkin dia boleh pulih semula.Jadi kita jangan mudah terpedaya dengan permainan UMNO nie.Contoh:Kebanyakan org kalau sakit,mula ler ingat kat Allah S.W.T.bila tengah sihat..elok plak berkaraoke..lupa diri..itulah UMNO.
Cuma ana nak ingatkan kepada anta semua..apa yang berlaku pada diri kita sekarang nie adalah hasil daripada perbuatan UMNO..Kita berhutang dengan Bank pun sebab UMNO..Kos sara hidup tinggi pun sebab UMNO..Dengan kenaikan harga barang..kenaikan harga minyak..tak kan kita lupa semua nie..Duit rakyat habis di belanjakan oleh UMNO untuk poket sendiri dan kroni-kroni yang sewaktu dengannya..UMNO sendiri tolak islam..DAP baca ayat Al-Quran dia marah..sedangkan dia sendiri pun tak baca..Eh..tolong ler..UMNO nie dah 50 Tahun menghancurkan diri kita..ada tak di antara kita dalam nie dah jadi Jutawan pada usia 32 Tahun..Takde!!tapi UMNO..Ramai..Hasil daripada duit rakyat..Kalau kita duduk di Kelantan..kos sara hidup di sana tak membebankan langsung..dengan gaji RM 1000 dah cukup mewah..kerana Kerajaan Kelantan tak makan duit rakyat..Malah banyak membantu rakyat di Kelantan..Kita kena nilai pada diri kita..sepanjang UMNO memerintah 50 Tahun..Apa yang kita dapat sebagai rakyat Malaysia.. Hidup sengsara beb..Hutang melambak-lambak..Alhamdulillah kerana perjuangan YB Khalid berhasil kerana UG dapat di hapuskan..Kita teruskan perjuangan kita demi untuk memperjuangkan Agama Islam InsyaALLAH..Takbir!!Takbir!!Takbir!!
Anonymous said…
kpada abg salleh putrjaya

saya nk tahu apa aktiviti pas putrjaya setakat ini
setiap kali saya gi persint 14, tgk cam senyap jerr
kalo ader apa2 aktivi tu buatla
banner supaya semua org tahuu

penyokong pas persint 11
Tulang Besi said…
Sudut agama itu yang paling utama..inilah yang memupuk semagat juang yang tinggi..dan manis dalam berjuang...syahid di medan perjuangan… walaupun kita ini di selangor berada di bawah PR, tapi percayalah ini adalah ujian Allah kepada kita.

Kalau nak rujuk pada Seerah, berapa kali Rasul SAW menang dan berapa kali kalah?

Kan lebih banyak kali Nabi menang berbanding kalah.

Soalnya sekarang, kenapa ramai pejuang Islam suka sangat kepada kekalahan sedangkan kekalahan itu bukan sunnah Nabi SAW?

Adakah dakwah islamiyyah lebih baik bila kita kalah?
MAR said…
sudah lah semua sekali. kita orang islam. jangan duk bangga sangat dgn parti pas. xke mana parti pas, kalau bukan islam yang dibawa. ingat jaga, rakyat dengan agama, jangan jaga rakyat dgn parti. semua orang boleh fikir bila baca komen2 kat sini. yang betul mengaku agama islam, kena banyak sabar n redha. semua sudah selsai buat masa ni. jangan duk hamburkan pra sangka yang bila kita baca, jadi sakit hati. tunjukkan contoh yang baik kepada orang yang belum islam. YB Khalid baik, Yb TGHH baik, YB TGNA baik. siapa nak jadi pimpinan pas kena jadi baik. kena jaga agama. kena jaga maruah agama. bukan pimpinan saja, ahli, penyokong pun kena jaga imej agama. baru boleh tunjuk islam sebagai teladan. serah semua kepada Allah. Allahuakbar.
Anonymous said…
SEMUA SAUDARA SEISLAMKU..DAH TIBA MASANYA RAPATKAN KEMBALI SAF...CUKUPLAH..TUTUP CERITA UG NI.RAPATKAN KEMBALI SAF!!RAPATKAN KEMBALI SAF!!BUKAN MASA LAGI NAK BERCAKAR SESAMA SENDIRI!MISI HANYA SATU, TEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA NI.TUMBANGKAN PARTI FAHAMAN ASOBIYAH UMNO NI, TARBIYAH DAP DAN PKR (ALA2 UMNO NI JUGAK!) INSYAALLAH TERLAKSANA ISLAM DI MALAYSIA - HAFIZ PAS SELAYANG
sembang haroki said…
Tahniah, kerana pemikiran YB setakat ini telah dipaksa dimenangkan, ie keptusan menolak UG tidak melalui proses syarak.
Tahniah kerana berjaya memperkudakan TGNA almursyid yang hanya menggunakan tektik sergahan dan hambatan untuk memaksa orang lain bersetuju dengannya tanpa memberikan alasan syar'i.
Tahniah juga kerana geng 10 telah menjadi 17. Ini menunjukkan penambahan kekuatan bagi kutlah erdodan ke, HUSAMI ke, budak hitam ke, budak nakal ke, dalam PAS.Sekarang tiada seorang pun boleh mendakwa mempunyai saham majoriti dalam PAS yang boleh menentukan segala keputusan. Melainkan kumpulan tuan, berjaya menggunakan tektik sergahan dan hambatan keluar parti melalui mulut TGNA.
Berdasarkan tulisan tuan YB juga, Us Nasha telah meminta maaf, dan TGNA telah maafkan. Tahniah sekali lagi kerana anda berjaya menjadi TGNA seperti PADERI yang boleh mengampunkan dosa orang. Mungkin tuan YB boleh berpakat dengan wan rahim untuk membina patung TGNA, setelah berjaya menjadikan poster TGNA mempunyai nilai komersial yang tinggi dan melihatnya suidah mendapat pahala.
Kalaulah Tuan Yb pernah mengherdik TGHH, tuan YB tak perlu meminta maaf, kerana tuan YB berada di pihak yang benar. Bukankah alhaq itu datang dari Allah?
Akhir sekali, soal UG? Tak perlulah kita bincang atau membuat analisis secara syar'i, manhaji, syumuli, usuli, ta'sili... dan apa2 istilah fekah, kerana seperti disertasi seorang calon PhD, PAS bukanlah harokah islamiyyah, hanya parti politik biasa seperti PKR, umno dll.
salah satu perbezaan ketara antara TGHH dan TGNA dalam memerintah: 4 tahun memerintah terenggnu, berjaya mengislamkan undang2 tubuh negeri terengganu dan telah ditandatangani oleh alsultan. TGNA pula, 19 tahun memerintah kelantan tak mampu membuatnya, malahan kehidupan di kota bharu tiada beza dengan kuantan dari segi keruntuhan akhlaqnya?
Mungkinkah ada tangan2luar yang mengatur politik pas??
Wan said…
Tuan2,

Kita semua sudah setuju. tak mau lagi cakap pasal UG ni.

Let us put it in its place.

Let us now move ON.

pedulikan orang 'tak sihat' (meminjam istilah Che Gu Pa) macam sembang haroki ini.

Busuk punya olang!.
salam...
harap encik khalid mtk maaf seperti tgna mtk maaf kat semua, tak kan mursyidul am blh, ydp kawasan tak blh...
muhammad said…
Sdr Mujahid,

Perhatikan kenyataan TGNA betul2. TGNA tak minta maaf, beliau hanya TARIK BALIK kenyataan.

Besar bezanya.
Unknown said…
hmm...apa natijah UG? kan ker untuk perpaduan, berkompromi sesama sekutu & lawan, dll ...wa suka kita UG sesama sendiri ajer ler.. Kita elok berdamai dulu & kukuhkan barisan kita.

Wa rasa ada orang silap paham atau tak mau paham pasal apa UG ditolak (buat masa ni ler)...ni semua isu politik jadi kita kena ada taktik..cam perang ler.. kalau semua kita ikut cakap (wala'?) ajer, payah gak..kita boleh kalah perang (rosak imej,kalah PRU,PRK dll) ...& kalo ramai sgt ada idea, payah gak...sampai kata ketua perang kita tak mau ikut & terpaksa mesyuarat & ikut majoriti... kan ker sejarah Islam kita dah tau orang Islam ada kalah perang...jadi baik ler kita sepakat melawan musuh kita...dan berkompromi sesama kita dlm PAS & PR dlm segala hal kecik & besar (spt. UG elok kita wait & see) untuk bersedia dlm perang dgn lawan kita sebenar...UMNO & BN.
Tengkawang said…
Sy rasa mcam Pak Khalid ni nak masuk jd calon Presiden nak lwn TGHH dlm muktamar baru2 ni, tp malu kuuuut... Mu hormat ke TGNA tu kira okey dah, tapi tuan Presiden plak mu tolak ke tepi. Langsung tak tahu nak hormat ketua yg dipilih dan pemimpin atasan yg lain. Pejuang Islam pe nama nie...?
Sebaik2nya mu ni Pak Khalid molek la mu masuk PKR ke @ DAP ke lagi bagus.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.