Skip to main content

Video: Majlis Pimpinan PR Tolak Penubuhan Kerajaan Perpaduan

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang, Tingkat 14, Blok Menara Parlimen Malaysia pada 22 Jun 2009.



Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Kenyataan ditandatangan
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG DAN LIM KIT SIANG

Video dan teks ucapan adalah ihsan MPPAS.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
syukur alhamdulillah,

Bravo TGHH!
Bravo PR!

So let put this phase behind and move on OK. Kalau berada di pihak yang benar, jangan berasa berdendam. Kepada yang tersalah, jangan malu utk mengaku kesilapand dan betulkan... Takbir!
Anonymous said…
Tuan Guru Presiden contoh pimpinan yang berjiwa besar dan rendah diri.

Semoga semua pimpinan PAS boleh mencontohi beliau.
Anonymous said…
Salam.., sy rasa sedih sbb penyudah episode ini ialah TGHH kelihatan seperti tunduk kpd PKR dam DAP walaupun sebenarnya kenyataan ini adalah ulangan kepada ucaptama TGHH semasa muktamar tempohari. Mujurlah TGHH seorang yg merendah diri..,

Salleh - Putrajaya
sinner said…
kalo sume perasan,dlm kes UG nih DSAI & LKS antara org yg melenting..sebab ape?sebab TGHH sudah berbincang dgn mereka mengenai isu ini sblum dia lontarkan..tu dia ckp sudah dibincangkan dgn pimpinan PR ttpi mungkin secara xrasmi..alhamdulillah segalanya selesai arini..aku nk tgk sejauh mana YB khalid trus memerangi TGHH..as per my concern, YB khalid menyerang TGpresiden lama dah,even sblum UG ni bising..n dpt point UG,dia tembak abis2an..mcm slama ni dia la yg perjuangakn PAS,slama nih dia yg duk mengajak umat islam bersatu..n let see,ape modal YB khalid pulak lpas nih.. xnak UG konon,padahal xnak unity dlm PAS sendiri..sbb ade agenda tersembunyi..so, mane nk simpan muka skang YB? nk citer perang ape plak?

masa mng parlimen shah alam dlu,YB lah antara yg org yg aku hormati..tp lpas satu2 benda YB buat,xde ape yg perlu dihormat.n org mcm YB mmg patut org atas buang..sbb in a team,it's all about support each other..kalo menyerang xberenti bukan support..if i am a leader to a project,i'll do something like hasan Ali did.not becoz i cant stand critism, but i cant stand someone didnt respect me at all. i believe this will be d last time u'll b SA MP.

thanks
Anonymous said…
YB KHALID,
SAYA SYORKAN KAMU BUAT KENYATAAN DALAM BLOG KAMU (TAK PERLU MEDIA)...MOHON MAAF PADA TGHH DAN PAS TERENGGANU atas sindiran KAMU ke atas mereka.

MAN SHAH ALAM
Anonymous said…
re: man shah alam june 22, 11:13pm

yb khalid, be the gracious man that you are, let's apologise to tgha and pas terengganu for our position earlier re the unity talks; although it must be said it seemed appropriate at that time (ours, that is).

sorry tgha and pas terengganu,
from 4RAKYAT.
sinner said…
pembetulan dlm comment atas, DSAI & LKS antara yg xmelenting ngan UG..sorry,typo error..
Anonymous said…
apa lagi la ngn pas trenggauu
udah2 la tuu

Popular posts from this blog

Oktoberfest dan Pendirian Saya

Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya ‘sokong’ dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Menjawab Najib Razak

1. Bekas SU Politik saya Ahli Lembaga Penasihat DBKL. Ianya jawatan non-executive dan hanya berfungsi menasihati Dato Bandar dalam isu-isu dasar. Lembaga tersebut tidak memberi kelulusan untuk apa-apa permohonan.
2. Ya saya yang lantik kerana dia berpengalaman sebagai Ahli Majlis MBSA selama dua sesi dan merupakan seorang profesional lulusan Kejuruteraan dari sebuah Universiti Amerika. Dengan Pengalaman dan ilmunya dia dipercayai boleh menasihati Dato Bandar DBKL dalam banyak persoalan.
3. Ya dia juga Ketua AMANAH Kawasan Shah Alam sejak 2015 dan merupakan pimpinan pelapis yang insyaAllah akan gantikan saya.
4. Saya Ahli Parlimen Shah Alam sejak 2008, kawasan 80% pengundi Melayu yang telah menangkan saya dengan majoriti sebanyak 30 ribu lebih pada 2018. Shah Alam kawasan Melayu dan mereka inginkan wakil dan kepimpinan yang bebas rasuah.

5. Maksud 'broker' adalah orang seperti Jho Low. Takkan Jib tak tahu? Bukankah Jib dikatakan banyak gunakan khidmat beliau untuk bantu Melayu khus…