Skip to main content

Beberapa Persoalan Buat Perwakilan

Lanjutan dari asas pemilihan pimpinan yang saya nyatakan tempohari, bersama ini dikemukakan pula beberapa persoalan agar dapat difikirkan bersama oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS yang ke 55.

1. ISU MAKLUMAT JUMLAH PENCALONAN

Jumlah pencalonan bagi calon-calon dimaklumkan kepada calon tetapi tidak kepada media. Namun media mendapat tahu jumlah pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden. Secara terbuka ianya dimaklumkan bahawa Ust. Nasharuddin telah mendapat 60% dari keseluruhan jumlah pencalonan. Maklumat ini sepatutnya hanya diketahui oleh calon sendiri dan jawatankuasa pemilihan. Cikgu Pa telah menafikan bahawa maklumat ini didedahkan oleh pihak beliau. Oleh itu, adakah ini bermakna ianya dibocorkan oleh Ust Nasharuddin atau orang-orang yang hampir dengannya? Lebih penting lagi, adakah maklumat ini benar atau sekadar propaganda?

Apakah tujuan disebalik dakwaan ini? Adakah ianya bertujuan sebagai kempen untuk mempengaruhi cara pemilihan perwakilan kelak?

Dato’ Dr. Harun Din menegaskan bahawa Ust Nasharuddin terbukti pilihan pihak grass-root. Ini di tegaskan melalui Sinar Harian pada 30/5 dan dengan itu memberikan gambaran bahawa Ust Nasharuddin adalah semestinya pilihan perwakilan. Adakah ini juga boleh dianggap sejenis kempen? Adakah Dato' Dr. Harun Din betul dengan menganggap maklumat ini tepat?

Hakikatnya pencalonan dan pemilihan adalah dua perkara yang berbeza. Ramai yang telah meletakkan ‘incumbent’ atau yang sedia ada dan tidak memikirkan soal calon alternatif sehinggalah calon alternatif itu diadakan untuk difikirkan oleh mereka. Sekarang, apabila dikemukakan nama-nama Mat Sabu dan Husam, perwakilan akan memikirkannya secara lebih serius berhubung pilihan mereka.

Kedua, kesediaan calon-calon alternatif untuk bertanding tidak disahkan sehingga saat-saat terakhir. Pada masa itu, banyak dari kawasan-kawasan telah selesai bermesyuarat. Kawasan-kawasan ini telah menyerahkan pencalonan mereka dan mereka tidak tahu akan kesediaan seseorang calon ‘baru’ untuk bertanding dan sebab-sebab mengapa mereka sanggup bertanding. Apabila ianya diketahui, ianya terlewat kerana mereka telahpun menyerahkan pencalonan mereka.

Atas dua sebab di atas, maka jumlah pencalonan tidak sepatutnya mempunyai kesan secara muktamad seperti yang telah digembar-gemburkan. Pemilihan haruslah terus dilakukan berdasarkan kriteria calon yang bertanding untuk menentukan siapa pemenang sebenar.

2. ISU PERLUNYA ULAMA’ UNTUK JAWATAN TP

Persoalan ini juga telah mendapat perhatian media. Untuk julung-julung kalinya artikel-artikel yang disiarkan Utusan Malaysia menyokong pandangan-pandangan TG Daud Iraqi dan Dato’ Dr. Harun Din yang berpendapat bahawa jawatan TP mesti dipegang oleh seorang ulama'. Namun perlembagaan jelas dan konsep kepimpinan ulama’ pun jelas dan tidak mungkin dapat diselewengkan.

Persoalannya sekarang, mengapa semasa Cikgu Pa bertanding melawan Ust. Hassan Syukri untuk jawatan TP hujjah ini tidak pula dikemukakan? Pada masa itu hujjah yang melemahkan kedudukan Cikgu Pa adalah bahawa beliau, seperti TG Hj. Abdul Hadi Awang adalah dari Terengganu. Tidak wajar kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden dari negeri yang sama. Itu sahaja! Tidak timbul persoalan “Kepimpinan Ulama’ yang mewajibkan jawatan TP disandang oleh seorang yang digelar ulama’ sahaja".

Adakah hujjah ini dikemukakan oleh kerana peribadi yang bertanding tidak disukai oleh beberapa pihak tertentu? Sekiranya begitu, tidak seharusnya konsep kepimpinan ulama diputar-belitkan sedemikian rupa. Sekiranya Cikgu Pa dibenarkan bertanding dulu dan pencalonannya dipertimbangkan berdasarkan kesesuaian dan kemampuannya untuk berkhidmat kepada parti, maka begitu juga dalam kes pencalonan Mat Sabu dan Husam.

3. ISU ‘ERDOGAN’ DAN ‘WALA’ KEPADA ANWAR’

Mengapa isu ini muncul pada ketika PAS sibuk dengan persoalan muzakarah dengan UMNO? Mereka-mereka yang menolak amalan ini segera dilabel ‘Erdogan’ serta ‘pengikut Anwar’ dan Majlis Syura Ulama’ diheret ketengah perbalahan ini untuk melindungi tindakan muzakarah, sepertimana Raja Perak diheret ketengah untuk melindungi tindakan UMNO di Perak!

Hakikat bahawa ‘muzakarah’ telah berlangsung lama sebelum Majlis Syura bersidang diketahui umum dan saya sendiri yang hadir pada pertemuan 10 Mac 2008, iaitu 2 hari selepas berlangsungnya PRU ke 12, boleh secara peribadi mengesahkan bahawa ianya bertujuan untuk merundingkan kerajaan campuran PAS-UMNO/BN di Negeri Selangor.

Adalah dikhuatiri adanya golongan tertentu yang bersetuju dengan konsep kerjasama PAS-UMNO dan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melindungi tindakan yang tidak diterima, malahan ditolak, oleh kebanyakan perwakilan di muktamar PAS di Ipoh. Kuatnya kehendak mereka dizahirkan melalui cara bagaimana mereka berserbu ke Kelate bertemu TGNA dan akhirnya mengasak TGNA sehingga beliau seolah-olah menyatakan “kalau teringin sangat sekalipun, biarlah Muqabalah, bukan muzakarah!”. ‘Muqabalah’ bererti bersemuka untuk menyatakan pendirian kita sahaja, iaitu Islam, bukan untuk berunding.

Sama-sama kita fikirkan persoalan-persoalan ini dan semoga Allah SWT membimbing kita untuk membuat pilihan yang tepat demi masa depan perjuangan Islam di Malaysia.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
jazakallah saudara yb khalid.ingin saya peringatkan amanat almarhum ustaz Fazil noor semasa berucap di seminar ulama p.pinang sekitar tahun 80an(keset ucapan masih pada saya)ulama yang dok pi serondoi umarak adalah sangat keji perbuatannya.serondoi bahasa mikro kedah bermaksud perbuatan binatang khinzir mencari makanan. tidakah perbuatan berulang2 the incumbet t.president menemui menteri2 umno bermaksud sedimikian. kifli57@yahoo.com
Anonymous said…
Askm... saya tak sangka tuian YB sanggup melakukan kempen sedemikian rupa...and clearly state the name 'Haron Din'... it's the wise way to express your opinion?
Anonymous said…
Mengapa persoalan Ust Nasa dapat lebih 60% sokongan maka YB menuding jari seolah-olah Ust Nasa atau orang-orangnya membocorkan jumlah pencalonan ini. Kenapa tak tanya darimana pula jumlah pencalonan Husam dapat hanya 28 kawasan. Adakah Husam yang membocorkannya atau sekadar propaganda ????

Mengapa begitu prejudis bilamana ada pihak berkempen untuk orang lain. Yang peliknya bilamana individu tertentu yang benar-benar kepingin kepada Jawatan Timbalan Presiden berkempen secara terbuka, Saudara YB lelapkan mata. Betulkah cara Husam berkempen di Batu Gajah Perak pada 30hb Mei 2009 (sabtu)dengan memanggil semua perwakilan dari seluruh kawasan Perak atas nama Dialog bersama Timbalan Presiden dianggap betul dan benar sedangkan ramai pemimpin parti masih berada di Penanti untuk berkempen dan memastikan pengundi keluar mengundi. Siapa yang sponsor jamuan ringan bagi mereka yang menghadirinya ????

Apakah kapisiti Husam untuk memanggil semua perwakilan ini walaupun dengan menggunakan proksi tertentu. Saya tak kisah kalau YB kempen untuk Husam, tapi bilamana Husam dah kempen untuk diri sendiri maka Husam membawa budaya UMNO dalam PAS yang jauh lebih merbahaya dari tuduhan tanpa bukti mengatakan Ust Nasa nak bawa PAS+UMNO.Sama macam Ali Rustam jelajah seluruh negara kempen untuk dirinya.

Betulkah tindakan Husam memenggil sidang media hanya untuk memberitahu dia akan bertanding Timbalan Presiden ??? Apakah kewajarannya. Ini sama macam Shafie Apdal panggil sidang media beritahu dia akan tanding Naib Presiden !!!

Ust Nasa tak boleh bawak PAS+UMNO, hatta Musrsyidul Am sekalipun tak boleh bubar PAS, lalu arah PAS masuk UMNO. Yang boleh buat keputusan ialah Muktamar Khas. Bolehkah ini dilakukan oleh Ust Nasa+Harun+Ulama yang YB katakan Pro-Kerjasama ???

Saya yakin sekirannya Majlis Syura bermesyuarat maka ahlinya kan memilih calon yang difikirkan layak adalah dikalangan Ulama'(kecuali mungkin TGNA + Ahmad Awang itupun mungkin dengan membuat andaian tulisan YB sebelum ini seolah TGNA sokong Husam ???) , maka adakah saudara setuju dan akur dengan keputusan Majlis Syura ini ???

Saudara YB kena faham perbezaan diantara Majlis Syura Ulama' dan Mursyidul Am. Kata-kata Mursyidul tidak boleh mengatasi Majlis Syura. Cumanya Majlis Syura masih memandang hormat pada TGNA. Kita seolah-olah memandang Musrsyidul Am lebih tinggi dari Majlis Syura Ulama'. Ini Tak betul.

Minta penjelasan YB.....
Unknown said…
"Saudara YB kena faham perbezaan diantara Majlis Syura Ulama' dan Mursyidul Am. Kata-kata Mursyidul tidak boleh mengatasi Majlis Syura. Cumanya Majlis Syura masih memandang hormat pada TGNA. Kita seolah-olah memandang Musrsyidul Am lebih tinggi dari Majlis Syura Ulama'. Ini Tak betul."

Aik... Mursyidul Am adalah ketua kepada majlis Syura. Tak timbul persoalan siapa yang lebih tinggi... yang ditimbulkan adalah arahan majlis Syura, sedangkan pengerusi (Mursyidul Am) Majlis Syura pun tak tahu
Anonymous said…
Terima kasih pak khalid, kerana ingatkan semula nostalgia pemilihan tahun 2003 di melewar...cgu pa vs ust hasan shukri.

Pd masa tu kami betul2 confius kenapa orang macam cgu pa dibenarkan bertanding timbalan presiden sedangkan dia bukan lah ulama..tapi sekarang kami dah faham yg presiden dan timbalan adalah jawatan yg terbuka utk sesiapa sahaja, bukan macam keahlian dalam majlis syura ulama.

Tokden
Anonymous said…
Fikrah said...

Aik... Mursyidul Am adalah ketua kepada majlis Syura. Tak timbul persoalan siapa yang lebih tinggi... yang ditimbulkan adalah arahan majlis Syura, sedangkan pengerusi (Mursyidul Am) Majlis Syura pun tak tahu

Jawapan Mursyidul Am seringkali@selalu tidak hadir untuk mempengerusikan Mesyuarat. Biasanya Dato' Harun Din yang akan mempengerusikan mesyuarat.Inilah masaalahnya. Betul tak YB Khalid ???
Anonymous said…
JAngan la bergaduh.. paling penting kalau pemimpin itu jujur ALLAH akan membantu dia dan kalau jika PEMIMPIN yg tak jujur yg menang ALLAH akan tunjuk ketidak jujuran itu terang-terang kepada semua org..

Asalkan niat PEMIMPIN itu adalah mengikut AJARAN AlQURAN dan SUnnah nabi dan demi kepentingan UMAT ISLAM maka perlukah kita menidakkan usaha dia.. HUSAM ke Ustz Nasa ke MAt Sabu ke jika mereka benar-benar layak maka wajar dipilih..

Satu sahaja jgn memburukkan org saudara kamu kerana kamu telah membuka iabnya dan ketahuilah bahawa ALLAH akan membuka aib kamu..
HaHs said…
Astaghfirullah!

Pening betul kepala aku nengok puak pimpinan PAS berpuak2 dan ada pakatan sendiri. Ada plak tu jadi tukang lobi org lain plak kat blog masing2 dan tuduh menuduh sesama pemimpin yg yg boleh memburukkan dan menjatuhkan pemimpin2 yg aku hormati dan sanjungi.

Antara 2 pemimpin yg paling aku sanjung didlm PAS dan aku sanggup wala' hatta nyawa dan harta benda mungkin adalah TGNA dan Haron Din kerana keikhlasan dan ketakwaan selain beberapa pemimpin lain yg turut dlm Majlis ulama'. Selain itu, pemimpin lain masih jauh dan belum mencapai tahap ilmu, amalan, peribadi yg menggamit hormat dariku. Minta maaf kalo ada yg terang2an cuba mempertikaikan dan bersangka buruk pada pemimpin ini dan membuat aku hilang hormat pada mereka2 tu. Jadi, berhati2 dgn ucapan dan pertikaian, jangan sehingga menyebabkan dilihat memperbodohkan diri sendiri serta dipandang rendah oleh orang ramai dgn tuduhan dan pandangan dangkal yg boleh memecahbelahkan jamaah. Wallahu a'lam! Tepuk dada, tanya iman. Undian ditangan masing2. Sokonglah mana yg difikir baik.

Jgn kerana berbeza pendapat dan pemikiran, kita bermusuhan secara terbuka. Aku ni memang anti Umno tapi kalo sekadar bermuqabalah dan berbincang tentang sesuatu isu dan perkara tidaklah menjadi hal dan kudis sekiranya kita tidak dipergunakan oleh kepentingan mereka sehingga menggadai jamaah.

Secara asasnya, kita mendokong PR didlm perhitungan nasional, tetapi ada sesetengah perkara dan keadaan seperti di kelantan atau terengganu dimana 2 pihak iaitu PAS dan Umno sahaja yg berkuasa dimana perlukan tindakan, kerjasama dan rundingan yg boleh menguntungkan jamaah patut diambil kira dan dipertimbangkan. Bukannya kerjasama itu mesti bergabung, mungkin didalam konteks persefahaman dsb.

Mungkin terdapat kesilapan strategi dimana perancangan yg diputuskan boleh melukakan pendokong jamaah tetapi pemimpin tak lari dari kesilapan, yang penting iktibar dan mengaku atas kesilapan serta memperbaikinya. Sekiranya mereka tidak muhasabah, sokongan terhadap mereka akhirnya akan hilang juga.

Kalo isu muqabalah diperbesarkan, mengapa tak menentang terang2an TGHH sbg presiden yg bertanggung jawab? Walaupun sesetengah pemimpin menentang pemikiran dan perancangan pimpinan tertinggi, apabila perwakilan masih memberi peluang dan kepercayaan maka kita perlu redho sehingga pemimpin yg lebih baik dapat dicari. Penentangan biarlah berbatasan.

Akhir sekali, keputusan ditangan majlis tertinggi, syura serta muktamar menentukan. Pemimpin dan perwakilan bukanlah org buta, bodoh dan lurus tanpa iman dan pendidikan. Percayakanlah mereka!
IbnuQalil said…
Saya menyokong fakta yang dikemukakan sahabat di atas. TGNA sering tidak hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama'. Mungkin disebabkan keuzuran beliau. Ini fakta bukan andaian. Boleh tanya TGNA sendiri.

Tahniah YB sbb kempen utk Husam. Ana teringat kata-kata TGHH, "mana2 calon yg dok kempen diri sndiri, akan tertolak dgn sndiri". Benar, kerna dlm Pas, budaya ini sgt asing. Tak pernah dlm sejarah saya melihat calon begitu hebat berkempen diri sendiri. Husam cipta rekod.
muhafaza73 said…
ingat dh abis ke tuan duk kempen..sdh2 la YB..dh jd srangan pribadi plak ble bce tulisan tuan..sdh2 la tu..ntah apa la tujuan YB sorng ni tulis yg smakin merapu..nk wat cner TGNA kn slalu uzur bkn xleh nk mai mesy syura je mesy pusat pn slalu x mai..takdirnye tuan x d pilih sbg ajk pusat sy hrp apa jwtn pn tuan jgn trima lps ni ye..
Abu Razeen 2 said…
salaam big bro.

y don't u take a break from making insinuations and implied statements?

y can't u sit down tight and stop writing about our and ur Pas leaders to the extent of them and even u being ridiculed and smeared by umno troopers?

at least until the muktamar ends?

pls don't over-expose urself.

ps: isn't that daily that reported that ust. Harun purportedly said such and such is owned by a fasiq company that publish magazines showing semi nude and sexy women?

"......when a fasiq comes to u with any news, verify it...."
Anon June 2, 2009 2:35 AM, komen tuan/puan terpaksa kami edit sedikit utk mengelakkan fitnah.Salaam YB.

Saya ucapkan terima kasih atas tulisan YB. Jelas.

Bagi yang pertikaikan TGNA sebagai Mursyidul Am atas alasan terlalu
uzur, tidak hadir mesy dan sbgnya, man antum dapat maklumat ini? TGNA
kalau tak mampu oleh kerana tak sihat pasti akan letak jawatan. Atau antum anggap TGNA gila jawatan? Astaghfirullah!

Lagipun mesy Majlis Syura boleh buat di Kelantan kalau benar TGNA tak sihat. Kan ramai yang jumpa TGNA di Kelantan minta restunya untuk muzakarah dulu?

Bagi Abu Razen 2, kalau dah surat khabar fasiq, mengapa terus beri
temuramah? Sepatutnya beliau jauhi. Lagipun saya pasti YB dah pastikan. Saya faham esok atau lusa akan keluar interview penuh Harun Din. Kita nengok je.

Dalam soal kempen, saya rasa progrem Ulama' 23hb itu jelas berbentuk kempen. Musuh Islam dlm PAS lah, Erdogan lah, Pres dan TP mesti Ulama'lah dan sebagainya.

Husam jumpa perwakilan di Perak baguslah tu. Biar semua tanya dia
kenapa dia bertanding, apa yang dia nak usahakan kalau dia jadi TP dan sebagainya. Semua ini penerangan yang perlu diberi supaya perwakilan dapat buat pilihan secara tepat. Biar buat secara terbuka, jangan bisik2 dibelakang atau melalui propaganda yang tidak tepat.

Mana mungkin Nasha dapat 60%. Bohong je! Propaganda jahat lagi teruk dari progrem terbuka Husam. Dan saya tahu siapa yang maklumkan kepada Utusan. xxxxxx!!
Unknown said…
'Jawapan Mursyidul Am seringkali@selalu tidak hadir untuk mempengerusikan Mesyuarat. Biasanya Dato' Harun Din yang akan mempengerusikan mesyuarat.Inilah masaalahnya. Betul tak YB Khalid ???'


Oklah, saya ambik, betulllah kenyetaan saudara. tetapi dalam organisasi... biasanya selepas mesyuarat, segala keputusan akan dimaklumkan kepada Ketua / Pengreusi organisasi tersebut melalui pengerusi mesyuarat ataupun setiausaha mesyuarat tersebut.


yang menjadi mangsa ialah... Mursyidul Am.
Anonymous said…
Waktu kes itu berlaku,to' guru pergi buat Umrah,memang to' guru xmasuk mesy.Tak de orang pun tuduh to' guru gila jawatan,jangan nak pusing-pusing la.Harap lepas ni Y.B berhentilah dari buat kerja ni,memporak perandakan jemaah je,cuba Y.B chek balik ucapan dasar mu'tamar yg ke 54,apa kenyataan Pres ??? saya baru sahaja mendegar ucapan dasar tersebut,tidak sewenangnya nak membawa PAS bergabung dgn UMNO,Yb jangan cakap yang bukan-bukanlah.

PAS adalah gerakan Islam,bukan parti politik semata-mata.
Abu Razeen 2 said…
salaam YB KHalid dan pembantu YB.

Ustaz Harun mungkin tak tahu Karangkraf ada terbitkan majalah papar tubuh prmpuan melampau.

Minta pejabat YB beli semua majalah terbitan Karangkaraf dan YB Shah Alam sila senaraikan terbitan mana yg sesuai dijual di Shah Alam ( dan S'ngor amnya).

Ustaz Harun atau siapa shj open minded utk ditemuramah oleh akhbar.
kita yg patut cerdik utk husnu'dzan pd pemimpin Pas drp terima bulat2 cara akhbar itu buat laporan.

Baru2 ini Malysian Insider tlh dedahkan benak hati kotornya bila tuduh PJ PAS S'ngor bukan2 tanpa bukti.

Jocelyn Tan the Star terbaru ini juga buat tulisan melalut tentang jubah , janggut dan serban.

SEpatutnya ahli Pas dah matang boleh kenal syarikat2 akhbar dan media tersebut diatas ikhlas atau tidak bersama perjuangan Islam.

Penutup: sila baca Harakah 22 Mei ms N20 : Wan Hasrina..".sifatkan ..Sinar Harian bertujuan menimbulkan konflik antara ahli Pas".
Unknown said…
tak jawab lagi persoalan ana :

'biasanya selepas mesyuarat, segala keputusan akan dimaklumkan kepada Ketua / Pengreusi organisasi tersebut melalui pengerusi mesyuarat ataupun setiausaha mesyuarat tersebut'

Kalau dimaklumkan, mana mungkin Mursyidul Am melenting dalam soal muzakarah ini
Salaam Saudara Abu Razeen 2,

Komen yang diberikan itu bukanlah dari Pejabat YB Khalid, tetapi oleh Anon June 2, 2009 2:35 AM yg terpaksa kami edit utk mengelakkan fitnah yg melibatkan orang tertentu. Harap maklum.

-Pejabat YB Khalid Samad-
Anonymous said…
Jawapan Mursyidul Am seringkali@selalu tidak hadir untuk mempengerusikan Mesyuarat. Biasanya Dato' Harun Din yang akan mempengerusikan mesyuarat.Inilah masaalahnya. Betul tak YB Khalid ???

jangan main petik je ckp TGNA mcm tu... Hormat sket.. kalau x hormat mereka yang menulis tu mcm orang UMNO..

bercakap pakaila fakta.. baru orang hormat... kalau main tembak pakai peluru tabur... kene gelak je..

saya sokong YB... baik berkempen secara terbuka mcm YB husam.. dari menggunakan majlis2 atau mesyuarat2 pas untuk dijadikan platform...

pada saya, kte dah tengok kebijaksanaan dan kepimpinan Ustaz Nasa. jauh lebih bagus dari Pm kita sendiri..

tapi tak salah kalau kite cuba TP yang baru... Macam PRU juga, kalau x ok, tukarla... tak perlu nak pisahkan Ulama dan Proffesional sebab ia akan merosakkan PAS..

MAsing2 ada pilihan hati terhadap pencalonan... jadi jangan terlalu ektrim dengan pilihan hati sampai kita menyampah dan benci dengan calon yang lain... ada masa kita perlu lebih rasional dalam memilih dan menilai calon...

sebelum ini kita hidup dengan harakah.. mengapa sekarang sibuk nak baca UTUSAN dan BERITA HARIAN... tak payah nak marah mereka sebab sepanjang hidup mereka, memang nak jatuhkan kita..

tidak salah kita bergaduh untuk memilih pemimpin yang bagus... cuma jangan sampai kita berpecah... bila dah berpecah, UMNO pakat gelak je...
Joe wagiman, TBS said…
Salam,

Nak komen tu , bagi la nama.

Jangan pakai 'unknown'.

Ni sah 80% yang tulis komen kat sini orang UMNO.
Anonymous said…
salam yb khalid
istihfarlah banyak-banyak......
kebencian yb khalid terhadap ustaz nasa semakin menjadi-jadi......
saya yakin pengikut yb khalid pun turut membenci ustaz nasa.....

sedih sungguh saya ada pemimpin membawa pengikut turut membenci pemimpin lain...

Apakah ni tanda kemenangan atau kehancuran pas.

subhanaallah
Anonymous said…
Sahabat kita tu kenal sangat ke Dr. Harun Din sampai sanggup buat apa saja. Jangan tengok kat kulit aje, selidik dulu.

Cerita bahawa puak-puak ni bermain mata dan bergesel dengan UMNO dan lepas terperangkap baru "backdate" kononnya atas restu majlis syura ini bukan rekaan kita. Ia adalah fakta dengan bukti yang kukuh. Jadi jangan dok salah TGNA kerana tidak hadir sebab dia memang tidak dimaklum.

Semak fakta bagi betul sebelum menulis ....
Unknown said…
Ada orang kata depa sanggup buat apa sahaja konon. Retorik ler tu. Tapi tak pa eih, kot betul semangat takpa, Allah tau & kita pun boleh tau jugak kendian depa ni ikhlas ker tak ikhlas.

Kesilpan pemimpin atasan (bukan orang bawahan cam kita ni) adalah perlu diminimakan..Mungkin semua boleh buat silap dah nama pun manusia...tu pasal wa mau tegur (hentam) saja ulamak mana pun bila dia silap & terlihat lemah..bukan apa, kot dia mau perbetulkan jd lebih baik..untuk manfaat kita semua jugak. Kot yg degil, keras kepala, hati pun keras tu, wa suka laa nak ajar cara lain... pasti kena jugak. Contoh, wa tak suka idea UG untuk 1 Malaysia ni..mengarut saja..kita bukan dlm darurat atau perang, tu lain hal ler. Us. Nasha pun ada silap, pasal muqabalah secara rahsia dgn UMNO.. konon Majlis Syura restu rundingan gitu..Mana boleh Majlis Syura berkenan cara muqabalah secara 'berbincang dlm selimut' & yg jelas TANPA restu Rakan-rakan PR wa heran & mmg tak berkenan. Kalo betul Majlis Syura usul cara gitu, wa sah tak respek keputusan gitu...merugikan PAS sendiri.. Mmg tengin gak ker bacaan politik dewan berkenaan tu wa lum pasti.. lu pikir ler sendiri. Sendiri mau ingat la.
Tu pasal wa suka orang cam TGNA dlm arena politik terkini.Ilmu agama tinggi, bacaan politik hebat, tenang, dll, mmg karismatik, ikon. TGHH pun tak bbrp sgt la..kurenngg karismatik untuk orang PAS yg senang diperkudakan (katan lain, yg tabsub & sokong buta-tuli tu) boleh ler. Wa tetap thabat sokong TGHA ler coz tak lagi org cam TGNA.. yg ada cam Us. Daud Iraqi, lagi tak payah ler. Bagi suruh dia buat kerja diam-diam tanpa kluar kenyataan dlm media.. ada saja tak kena & merugikan PAS dlm percaturan politik.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.