Skip to main content

Saya Bertanding

Ada yang menegur saya baru-baru ini. Dia mengatakan soal bertanding ini adalah satu kewajipan apabila telah dicalonkan. Tak perlu nak beristikharah lagi kerana dalam soal ini yang baik adalah jelas. Apabila nama dicadangkan, kata beliau, kita kena tawarkan diri untuk berkhidmat dan relakan diri apabila perkhidmatan dituntut. “Adakah Khalid Al-Walid beristikharah dulu selepas gugurnya Abdullah Ar-Rawahah di Mu’tah dan namanya dicalonkan?”, tegas beliau lagi. Amboi... pandainya berhujjah apabila nak ‘volunteerkan’ nama orang lain, terfikir saya!

Lagipun, sebenarnya nama aje yang sama, tetapi jauh sekalilah jika hendak dibandingkan diri ini dengan Panglima Islam yang agung itu.

Namun saya pernah mendengar hujjah sebegitu pada tahun-tahun 80an dulu lagi dan saya juga bersetuju dengan ketepatannya. Tetapi, tidak pula salah beristikharah kerana kita pun ada masa dan peluang untuk melakukannya. Keadaan sedang bertempur seperti di Mu’tah itu amatlah berbeza sekali. Lagipun, bukankah kita ini sentiasa mengharapkan keputusan yang terbaik di sisi Allah?

Akhirnya saya pun membuat keputusan untuk bertanding dan saya serahkan sahaja kepada perwakilan. Harapan saya berhubung peranan saff kepimpinan baru yang bakal ditabalkan telah saya suarakan dalam posting sebelum ini dan itulah juga peranan dan arah tuju yang akan insyaAllah saya bawa sekiranya saya dipilih. Di bawah pantauan Majlis Syura Ulama’ saya yakin tidak mungkin Pimpinan Pusat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan tuntutan syara’. Namun, selain dari soal tuntutan syara’, apabila berhadapan dengan beberapa pilihan, yang semuanya harus di sisi syara’, kematangan politik dan pemikiran politik yang jelas adalah amat penting untuk menjamin keputusan yang terbaik. Kadangkala walaupun seseorang itu ‘alim ataupun profesional, namun dia tidak bijak berpolitik dan tidak matang dengan tipu helah pihak lawan. Ini akan menyebabkan beliau membuat pilihan yang tidak tepat dari segi politik.

Mungkin ada yang mempertikaikan kenyataan ini, khususnya apabila melibatkan golongan ulama’ dan mengatakan ulama’ akan dibimbing Allah dalam semua keputusan mereka. Setiap langkah mereka diberkati dan walaupun tidak mahir dan tidak begitu pandai berpolitik, Allah akan menentukan semuanya sebaik yang mungkin. Pasti ada yang mengatakan “YB ini terlalu menggunakan otak!”, seolah-olah menggunakan otak itu pula menjadi satu kesalahan.

Otak adalah pemberian Allah dan memang wajib digunakan. TETAPI otak ini hendaklah dipandu dan dibimbing oleh Al-Quran. Apabila berhadapan dengan beberapa pilihan, semestinya kita kena fikirkan dan bahaskan pilihan yang terbaik. Ini sebahagian dari usaha yang diwajibkan. Seperti cadangkan Al-Hubab kepada Rasulullah (SAW) di Badr. Lainlah kalau ianya wahyu! Namun pilihan dan strategi politik bukannya wahyu, sepertimana juga pilihan strategi perang seperti di Badr.

Saya ingat lagi kata-kata TG Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam soal ini apabila beliau merumuskan perbahasan pada hari itu dengan mengatakan, “mereka bukan ingin menjadi diri sebagai hamba kepada Allah, mereka seolah-olahnya nak ‘memperhambakan’ Allah!”, kata beliau berhubung pendapat tidak perlu berfikir, semua kita serah kepada Allah. Fikrah ‘tawakkal’ dan ‘alim cara Melayu macam inilah yang menyebabkan ummat Islam mundur kerana malas nak berfikir dan malas nak menggunakan serta ‘mengasah’ otak yang telah Allah rezkikan dan amanahkan kepada kita. Berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW) serta usaha ‘mujahadah’ yang bersungguh-sungguh, termasuk mujahadah berfikir, ummat Islam telah menjadi ummat yang memimpin ummat manusia yang lain seketika dahulu.

Contoh yang paling jelas dalam soal kematangan berpolitik, perang Siffin. Tentera Ali(RA) sedang maju kedepan. Tentera Muawiyyah sedang teruk diasak. Tentera Muawaiyyah minta berdamai dengan meletakkan Al-Quran di hujung lembing. Ali (RA) kata teruskan tetapi ramai sahabat-sahabat yang lain menuntut supaya berdamai seketika. Perdamaian memberi peluang untuk tentera Muawaiyyah menyusun kembali kekuatannya dan terselamat dari dikalahkan.

Sama juga kita pada masa ini. UMNO/BN sedang diasak teruk. Mereka meminta kita berdamai, berbincang, bermuzakarah. Ada yang cenderung, ada yang menolak. Yang cenderung memikirkan masalah orang Melayu. Yang menolak memikirkan perjuangan Islam. Islam akan membela orang Melayu dan bukan Melayu. Perbincangan dan muzakarah menimbulkan fitnah. Kesatuan dalam PR akan teruji. UMNO/BN akan memasukkan jarum-jarum mereka dan melaga-lagakan kita. PR baru ditubuh. Usaha yang menimbulkan fitnah perlu dijauhi. UMNO berkawan bila tersepit. Cakap pasal Islam bila tergugat. Utusan Malaysia pun kempen Kepimpinan Ulama’. UMNO Shah Alam anjurkan ceramah dua orang Ustadz exco Pemuda UMNO. Ini samalah seperti Al-Quran dihujung lembing.

Mereka yang bijak dan matang dalam politik akan tahu mana yang lebih tepat. Itu sebabnya TGNA dalam sessi medianya telah menyesebut soal kemahiran berpolitik. Isunya bukan ulama’ lawan profesional. Isunya kemahiran berpolitik. Kepimpinan Ulama’ telah jelas tertegak melalui pemantauan dan kuasa yang diberi kepada Majlis Syura Ulama’. Semua dalam PAS menerimanya. Termasuk saya. Saya bertanding bukan untuk mencabar kepimpinan ulama’ yang saya sendiri memperjuangkan perlaksanaannya. Saya bertanding supaya konsep itu benar-benar difahami dan dihayati. Pada masa yang sama saya menawarkan khidmat saya sebagai seorang yang telah lama berpolitik supaya PAS akan maju ke depan melalui PR demi merangkul kedudukan sebagai parti politik yang unggul dikalangan ummat Islam dan bukan Islam di Malaysia. PAS memimpin ummat Islam ke zaman politik yang baru di mana Islam merupakan asas politik kita. Bukan dengan UMNO. Bukan bersama UMNO.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Sebal said…
Salam YB, InsyaALlah..yang kalah atau menang tetap bekerja utk islam melalui..wadah PAS..cuma ada yang dah kecut perut...terpaksa,,,guna ,,,hujah and citer lama pasal IRC, Syura muslimin, parti negara islam..apa kehal..perkara lama-lama tu d keluar semula tiap kali..muktamar pemilihan PAS berlansung...ni semua keja org tak ada percaya diri..semoga berjaya mendapat beban amanah utk Yb and semua pimpinan pas yang lain..
amilin said…
sudahlah khalid.
orang2 mcm awaklah yang akan merosakkan kepimpinan ulama dalam PAS.
awak tahu tak kerana org2 seperti awaklah keputusan Majlis Syura pernah dipertikaikan???
kalau dah keputusan Majlis Syura pun dah mula taknak ikut...apa ke jadahnya menyokong kepimpinan Ulama?
mungkin maknanya ulama nak kena ikut idea dan pendapat golongan seperti awak yang serba tahu semua benda??
Bila Majlis Syura ikut telunjuk org-org mcm awak, barulah betul konsep kepimpinan ulama???

sudahlah....
Anonymous said…
I am happy to read that you are accepting the nomination.

All the best to you.

Service before self.
Anonymous said…
selagi fuak2 irc ni buat onar dalam pas selagi itulah ada pihak yang membangkitkan isu tersebut.
Unknown said…
Orang yg berilmu ni mcm mcm level, keistimewaan dia berbanding yg lain. Maka sapa-sapa yg tak paham kenyataan YB Khalid, dia tu mungkin dia saja-2 tak nak paham ler tu. Atau dia terlalu jumud atau 'prochial' (meminjam perkataan seseorang) hingga bg dia, golongan ulama', ustaz tak leh ditegur, dikritik drp orang kategori bukan ulama'..seolah-olah ulama' maksum & tau serba-serbi.. dia mau professional pegang jawatan kurang penting shj. SALAH!
Teguran yang membina perlu diutarakan oleh sesiapa jua, ahli biasa jemaah, walau drp yg bukan Islam pun..para pemimpin yg berakhlak mulia pasti mengaku kelemahan (& mengalah) demi untuk perkemaskan kekuatan jemaah. Teguran juga perlu diterima dengan lapang dada, bukan dgn dendam, dengki.
Bersama-samalah kita menyokong konsep ketuanan Islam & kepimpinan Ulama' dgn konsep & kontek yg tepat.
Teruskan merencana strategi perang dgn UMNO-BN, YB Khalid. Sedang mereka lemah & celaru, kita harus tangkas menawan mereka dgn kekuatan & kebijaksaan.. "Membunuh atau terbunuh"..tu saja pilihan yg ada.
Aimar said…
Perlu ingat, ulama bukan maksum.. Hanya nabi sahaja yang maksum.. Tidak salah menolak keputusan ulama sekiranya keputusan itu dirasakan tidak betul.. keputusan yang tidak betul itu tidak semestinya bercanggah dengan agama.. keputusan ulama yang difikirkan membawa kepada keruntuhan parti juga boleh dianggap tidak betul (sekiranya keputusan itu tidak bercanggah dengan agama)..

sekali lagi saya tegaskan ulama tidak maksum.. mereka boleh melakukan kesilapan.. janganlah membuta-tuli menerima keputusan ulama tanpa berfikir terlebih dahulu..
Abu Razeen 2 said…
sy rasa laluan mudah utk Husam.

produk universiti terbika TGNA.

sepatutnya semua ahli Pas termasuk bro Khalid( yg bukan ahli tu silalah isi borang)
contohi besarnya jiwa TGNA, TGHH dan teknokrat spt Husam.

dan diharap Tantawi dpt hormati pimpinan seperti sewajarnya ( baca ulasan sy terhadap tulisan tantawi pertama keatas Husam dan tulisan terakhir beliau dlm blog toksago).

mudah2an selepas ini makin terserlah bunyan al marsus dlm Pas.
Anonymous said…
Kenapa tak tanding jawatan Pemeriksa Kira-Kira? Kan banyak dapat pencalonan untuk jawatan itu?

Jawatan tu tak layak ke? Bukan taraf ke?
Sebal said…
Salam, kesian utk ahli Pas and pimpinan PAS selepas 25 tahun kepimpinan ULAMA masih lagi takut and gaberaa kepada geng professional atau geng bukan ngaji agama secara khusus..tiap X muktamar pemilihan and gue ingat udah saban tahun mesti nama YB khalid d kaitkan dgn geng IRC, atau sebaginye..dah lebih 20 tahun berjuang dlm PAS masih lagi d katakan berwalakan lain dari pimpinan ulama..memang yang kata begitu samdol punya ahli atau pimpinan samdol..takut dgn bayang-bayang sendiri and tak percaya diri..mau naik pimpin PAS dgn guna issue IRC and professional..apa punya ngaji agama daa...klo mau jadi pimpinan suruhlah perwakil pilih guna KPI macam YB Mahpuz yang PERCAYA DIRI...Gue sokong Mahfuz, salahuddin and Utz Tuan Man..semoga HUSAM berjaya sebagai No 2. amin..AJK pilihan gue...YB Khalid, Utz Taib, Nizar, syed azman, itu ajelah...yang lain..terserah perwakilan,,,sebab gue bukan perwakilan ..gue setuju dgn saran Salahuddin dlm Harakah pg ni...cuma gue tak confident dgn ketua pemuda yang baru ni...maybe lepas ni semua org pas and pimpinan pemuda akan dari golongan utz aje..gue sarann lepas ni..fofessional dlm pas duduk jadi ahli aje macam gue..kita lihat 2 tahun apa depa buat utk PAS...tapi kesian dekat PAS pulak..sebab dlm dua tahun nilah akan ada PR 13..a
Cinta ulama anti UMNO said…
Masih pening dengan istilah musuh dalam selimut dalam PAS..mungkinkah
calun2 timbalan presiden ditaja:
1) Ustaz Nasa-tajaan UMNO
2) Datuk Husam-tajaan PKR
3) Mat Sabu-tajaan Ayatulloh/Hizbullah

Pas milik semua!
Greenbottle said…
i'm fed up with this BS about ulama vs professional...
i know what a professional is but i sure as hell don't know who among the PAS ustaz can be considered ulama?

it's not like we are in iran where they have a very systematic training to be considered ulama' as in Qum but here?

can we consider nasaruddin as ulama? this guy don't even have a strategy to save his grand mother let alone to lead PAS and make it a genuinely viable alternative to umno...

we need people with big ideas and without inferiority complexes... I FULLY SUPPORT AND PRAY THAT SDR KHALID AND PEOPLE LIKE SDR KHALID WIN....INSHAALLAH

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.