Skip to main content

MB Muka Tak Malu

Ramai yang terkejut dengan apa yang telah berlaku awal minggu ini. Mula-mula DS Nizar diumumkan sebagai Menteri Besar yang sah di Mahkamah Tinggi. Tuan Hakim menyebut bahawa DS Nizar tidak pernah tidak menjadi Menteri Besar semenjak perlantikan beliau pada bulan Mac tahun lepas. Ini bermakna bahawa semenjak Februari tahun ini apabila rompakan kuasa dilakukan oleh BN, DS Zambri merupakan Menteri Besar Haram. Sijil haramnya disahkan oleh mahkamah tinggi! Zambri telah menjawat jawatan MB secara tidak sah, berlagak sebagai MB sedangkan beliau tidak mempunyai apa-apa hak untuk mengisi jawatan tersebut.

Sepatutnya Zambri merasa malu dengan keputusan itu dan bersegera untuk meyerahkan balek jawatan yang dia tidak layak memegang itu. Malangnya sesuai dengan gelaran di atas, beliau bertindak untuk menyekat dan menangguh perlaksanaan keputusan mahkamah tersebut dengan mendapatkan ‘stay order’ dari mahkamah rayuan.

Stay order’ ini tidak bermakna bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tersebut ditolak atau diterbalekkan. Ia hanya menunda perlaksanaan keputusan mahkamah tersebut. Ertinya, mahkamah rayuan tidak menolak keputusan mahkamah tinggi. DS Nizar diakui MB yang sah. Hanya tak boleh lagi diberikan kembali jawatan MB kepadanya kerana ada ‘stay order’. Oleh itu, dakwaan bahawa Zambri kembali sebagai MB yang sah adalah satu dakwaan yang palsu dan memalukan. Bagi mereka yang tahu malu.

Tidak puas dengan menyamar sebagai MB selama 3 bulan lebih, Zambri berjaya melanjutkan lagi tempoh untuk dirinya terus menyamar. Muka tak malu sungguh! Sekiranya nak tunggu tarikh perbicaraan di mahkamah rayuan untuk menolak keputusan mahkamah tinggi sekalipun, sepatutnya Zambri mengakui buat masa ini DS Nizar lebih berhak ke atas jawatan tersebut. Zambri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Perak kerana menipu mereka selama ini, serahkan jawatan balek ke DS Nizar dan terus berkhidmat sebagai ADUN biasa sehingga tarikh perbicaraan di mahkamah rayuan.

Namun apakan daya. Teringin sangat beliau kepada jawatan tersebut walaupun diputuskan beliau tidak berhak. Mungkin dianggap rakyat bodoh dan tak faham.

Malah beliau dengan begitu bangga kembali sebagai MB Haram sambil mendabik dada menyamakan dirinya sebagai pejuang seperti Gandhi dan Mandela! Rakyat benar-benar dianggap bodoh oleh gerombolan ini!

Gandhi dan Mandela berjuang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak diredhai rakyat. Mungkin DS Zambri tak sedar, kerajaan yang TIDAK diredhai rakyat di Perak adalah kerajaan BN! Mereka masih anggap rakyat bodoh. Namun rakyat nampak siapa sebenarnya yang bodoh!

Bukti mereka tahu bahawa BN tidak diredhai jelas dari sikap mereka yang begitu takut untuk membubar DUN Perak. Malahan, tanpa segan silu, seorang lagi ahli kumpulan yang tak tahu malu, Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan mendesak BN supaya jangan membubar DUN kerana kalau dibubar dan diundi semula, BN pasti akan kalah! Tahu pun! Kalau dah tahu dan dah sedar, insaf ajelah. Ini, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong siapa suruh? Apa dah nak jadi kepada Malaysia ini? MB muka tak malu, PM muka tak malu (kes Mongolia) dan mantan PM yang juga muka tak malu!

Mereka satu kapal. Semoga karam bersama!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

kekwa66 said…
Ya, semuanya muka tembok, lebih tebal dari Tembok Besar China!
Ahmad Shah said…
Jangan terlalu hendak menyalahkan Zambry dalam hal ini. Ingat, Sultan yang melantik dia sebagai MB.

Bekas MB Nizar lah yang tak malu. Sultan dah kata tak nak bubar DUN, Nizar masih lagi terhegeh-hegeh nak mohon bubar DUN. Dah cakap sekali tu faham sajalah.

Janganlah hendak sembunyi kelemahan sendiri (katak2 PKR & DAP) dengan menyalahkan pihak lain.
nur mohd nidzam said…
Salam YB,
Muka mereka memang tebal sampai tak tahu macam mana nak cakap lagi,
Tun yang disegani,hormati pun berkelakuan begini.Sudah tahu rakyat dah tak mahu mereka,masih berdesak juga untuk mentadbir menggunakan cara undemocratic,kalau Tun benar percaya rakyat Perak inginkan perubahan,seharusnya beliau menasihati kaum umno ini supaya sama2 DSNizar jumpa DYMM sultan dan mintak DUN Perak dibubarkan.Tetapi tun pulak menasihatkan sebaliknya,apalah Tun ni diktatorkah?
Anonymous said…
komen ini saya petik dari anilnetto.com

Nitasha escamilla on May 15th, 2009 at 9.59pm

Remember what Dr M said - that BN will lose in the Perak elections and suggested a vote of no confidence against Nizar?

You think Najib will disobey this decree/opinion’?

Now read here what Najib said today, as featured in NST’s online news.

“PAKATAN Rakyat can keep on dreaming of a dissolution of the Perak state assembly. Prime Minister and Barisan Nasional chairman Datuk Seri Najib Razak said a dissolution was not the only way to end the political dispute there. He reminded the opposition that the ruling coalition has the majority to rule the state”.

And by co-incidence, Nizar’s appeal will be heard now on 21 May, not 18 May.

Do you see a plot hatching?

The illegal MB can call for an emergency ADUN session before 21 May and pass a vote of no-confidence against Nizar.

On 21 May, the courts (may) say no need to hear the appeals by both Nizar and Zambry as it is a very academic situation by then as the legistlative had already voted out Nizar.

Do you see that happening?

Now, do you feel that this thing about BN likely to call for elections is actually an intentional distraction/red herring?

Kedahan
Anonymous said…
Madey aka Pop Star mendesak BN supaya jgn bubar DUN Perak kerana dia takut dia akan sekali lagi dikuburkan oleh pengundi rakyat Perak!
Very well said, sir. You are right and all right thinking malaysians agree with what you have written.
Anonymous said…
aiyoyoo Ahmad Shah lu mana duduk ini jam? Tarak paham ini cerita ka? Sapa kasi lantik nizar itu hari? Itu Sultan juga kah or itu sami velu kasi lantik?
Antibarua said…
Saya hormati tulisan YB.. tapi nampak sangat YB tak tahu undang-undang. YB pi baca Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 (4)..

DUN hanya boleh dibubarkan oleh Sultan Perak

Nizar hanya boleh mohon bubar jika :

1. tempoh dah sampai (5 tahun)
2. adanya undi tak percaya

Nizar pernah mohon bubar DUN maknanya dia percaya bahawa undi tak percaya telah berlaku.

Sekarang BN hanya perlu buat undi tak percaya dalam DUN saja, habis cerita.

Ada akaika YB?
mut said…
****Jangan terlalu hendak menyalahkan Zambry dalam hal ini. Ingat, Sultan yang melantik dia sebagai MB.****

Perlantikan inilah yang telah diumumkan sebagai tidak sah. Kalau dah perlantikannya tidak sah dari segi hujah undang-undang, hendak salahkan Zambry atau Sultan terpulanglah kepada akal masing-masing.

Aku salahkan Najib !
Anonymous said…
Sesebuah kerajaan ditadbir oleh PEMIMPIN yang dipilih oleh RAKYAT untuk rakyat (bagi negeri/negara yang mengamalkan DEMOKRASI)
Jadi penyelesaian paling mudah bagi negeri Perak ialah adakan pilihanraya. PENYELESAIAN yang dibuat melalui cara LAIN selain pilihanraya akan mendatangkan KEBENCIAN yang amat mendalam dari rakyat....
Kenyataan yang menyatakan bahawa pilihanraya MENYUSAHKAN adalah tidak betul. Sebenarnya rakyat suka pilihanraya kerana dapat MEE SEGERA dan sekurang-kurangnya merasai apa yang sepatutnya rakyat dapat (WANG RAKYAT)
Kepada orang yg melantik MB, janganlah membelakangkan kehendak rakyat hanya kerana ada udang di sebalik batu....
true said…
Assalamualaikum,

Saudara Ahmad Shah, bangunlah dari tidur lena yang amat panjang.

Dalam pemerhatian saya Allah telah melihatkan kepada kita semua sifat sifat yang tertanam dalam diri Pemerentah mulai dari Tuanku, ka Perdana Menteri, bekas PM, Menteri menteri besar, Adun Adun , KSU , Pegawai Polis dan seterusnya rakyat sendiri. Fikir dan nilaikanlah sendiri.

Bahawasanya , tidak ada kuasa yang melebehi dari kuasa ALLAH.
slyderrose said…
mudah aje. Sultan yg lantik MB Nizar tapi Sultan tak ada kuasa memecat Nizar. So, Nizar masih MB lagi kecuali undi tak percaya tetapi setakat ini tak ada pun undi tak percaya dibuat?. Dan speaker mempunyai kuasa dan masih PR ketika menghalang Zambry dan 6 lagi dari menghadiri DUN. So, Zambry dan 6 ini tak berhak berhadiri DUN, so, PR masih mempunyai majoriti. Inilah kesilapan umno yg mereka cuba tutupi dengan undang-undang rimba.
Anonymous said…
Se saorang itu menjadi MB kepada siapa? Dia menjadi MB kepada Sultan.
Jadi kalau Sultan dah tak mahu kapada sesaorang maka berhentilah.

JANGANLAH JADI TAK MALU PULA!HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG2.
melayu islam said…
Comments ahmad shah dan anti barua tak masuk akal. padanlah, bodoh orang2 umno..
Anonymous said…
seronok tgk muka yb macam terkucil bila yb baling bidas pasal isu perkataan Allah tu... hahaha...
Unknown said…
Salam YB,

Nak melaporkan satu perkara, tak tahulah samada AJARAN SESAT atau SINDIKET TIPU teapi saudara mara asaya yang dok kat Subang dah terkena, habis duit,rumah sewa,anak,isteri,mak orang dibawa ke hulu hilir, kononnya untuk tujuan perjuangan untuk membela Islam, samapi ada gelaran Ibu segala anak anak yatim, saya tak pasti tapi itu yang berlaku. Segalanya bermula di Shah Alam, tolong siasat YB hapuskan Ajaran Sesat yang berkepentingan dan menzalimi orang lain. Risau dengan nasib saudara mara saya tu, hilang begitu saja..
Anonymous said…
sultan lantik zambri krn baginda berpuas hati zambri mempunyai majoriti sebagaimana baginda berpuashati melantik nizar dulu,kalau nak kira pas dapat berapa kerusi aje.Lu pikirlah sendiri...
Anonymous said…
memanglah zamri ni muka tak tau malu,,...sepatutnya masa dia terima keputusan dari mahkamah tinggi bahawa nizar MB yng sah,sepatutnya sekiranya seoorang yang selama ini pernah berkata bahawa dia adala seorang yan menghormati udndang2...tak perlu lah hendak dibawak ke mahkamah rayuan...sebab tidak ada membezakan keputusan itu...

wahai zamri...aku kenal siapa kau ..selama ini aku sanjungi engkau zamri....tapi setelah aku tahu engkau bersekongkol dengan dato'Ramly(kes video vk Linggan )...kami di kawasan Lumut tidak lagi menghormati mu
Unknown said…
mut...lu pun satu...talak faham ka?
mana boleh lain olang kasi lantik MB...mesti sultan la...tapi itu sultan sudah silap la...
Salaam,

Harap maaf ~PakKaramu~, kami tidak dapat siarkan komen tuan kerana difikirkan kurang sesuai.

-Pejabat YB Khalid Samad-
Ramai puak2 umno be end yang masih tak faham rupanya pasal undang2..!! elok la macam tu.. masih mengelamun dengan mimpi2 hayalan.. rakyat yang cerdik pandai sedang berduyun2 menyertai Pakatan Rakyat tinggallah sikeldai dan lembu2 pawah saja yang tinggal dalam umno be end.. fikir2kan lah
Pain said…
MB nizar pun sama muka tak malu..

Habis satu Perak kucar-kacir hasil dia bersekongkol dengan DAP.

Wahai ahli-ahli PAS sedarlah daripada hypnotisme Anwar dan puak2 New World Order. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Jangan terpengaruh dengan dakyah republik Anwar dan konco2nya.
Anonymous said…
We can all argue until the cows come home who's right or wrong.Why don't we just let the people of perak decide again by a re-election.WHY?? STOP all those hyprocrisy rhetorics like we are not scared to face a fresh election, we are ready for it if the sultan decides to call for re-election,it's a waste of money,a political game,sultan appointed MB...and tons of other rubbish to fool the people.Just get it done(re-election) and stop insulting our intelligence.BTW,now who said that he suffered more than Ganhi &Mandela?Stupid rhetorics!
Anonymous said…
Pain,
Jadi bagi anda UMNO itulah yang betul? UMNOlah yang terselamat dari new world order? Idea bangang dari mana yang awak dapat ni hah?

Selama ni awak tidur ke sampai tak tahu PM mana yang baham duit rakyat atas nama komisyen sampai RM500 juta. Sapa yang sanggup membunuh kerana tak mahu membahagi-bahagikan hasil rompakan? Dah satu dunia heboh,awak kata penyokong PAS kena hipnotize ngan DSAI? Kalau saya kata bangang, marah. Tapi itulah...bangang!
John Doe said…
Salaam semua,

Sultan = Ayah Mertua
Nizar = Menantu Lelaki
DUN = Anak perempuan
Zambry "Mandela-Gandhi" Kadir = Hero Bunga

Jika sekiranya ayah mertua telah pun menikahkan anak perempuannya dengan menantu lelakinya dan disahkan oleh kadi bersama2 4 orang saksi. Maka jika datang hero bunga yang hensem memujuk ayah mertua utk menikahkan anak perempuannya yang come, tanpa berlaku perceraian diantara anak dan menantunya dan dinikahkannya pula hero bunga dengan anak perempuannya itu. Adakah sah pernikahan tersebut? Mestilah tidak!

Boleh dinikahkan juga kalau ayah mertua dah berkenan sgt dgn si Hero bunga, tetapi kenalah diceraikan oleh menantunya dahulu atau pun anak perempuan mintak fasak (aka undi tidak percaya). Bukan main semberono je! Itu lah sebabnya ada agama, ada undang2 utk menjaga tingkah laku manusia di muka bumi. Kalau tak ikut, maka inilah jadinya.

Sendiri mau pikir la dude!
Camry said…
Pain ko ni yang kena pukau. Sebab apa yang kau kata Anwar hipnotize orang pulak.

Setakat mintak audience ulang kata-kata ketuanan rakyat, tu bukan pukau.

BN lagi pulak dengan segala media yang dikuasainya.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.