Skip to main content

Video Parlimen: Menghayati Keadilan Yang Dituntut oleh Islam

18 Mac 2009 - Mencelah Jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jabatan Perdana Menteri

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tanya tadi sebenarnya kes Kugan itu hanya sebagai satu contoh. Pentingnya ialah bagi JAKIM untuk memainkan satu peranan yang lebih menyeluruh. Dalam erti kata untuk menentukan bahawa keadilan itu akan tertegak dan jangan hanya sekadar soal halal haram makanan dan sebagainya tetapi isu kezaliman yang berlaku di mana orang-orang yang terlibat pegawai-pegawai polis dan sebagainya.



Dahulu ada pegawai-pegawai polis diberikan buku karangan Dato’ Harun Din berhubung manusia dan Islam dan ianya menjadi sebagai di antara panduan. Apakah usaha-usaha untuk menentukan bahawa kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai keselamatan dan sebagainya akan menghayati dasar-dasar keadilan yang dituntut oleh Islam termasuklah soal layanan terhadap orang yang dalam tahanan, termasuklah dalam soal campur tangan pihak eksekutif dengan kehakiman dan sebagainya. Lalu nampak bahawa soal peranan Islam itu adalah lebih daripada hanya sekadar untuk kepentingan orang-orang Islam sematamata tetapi adalah untuk menjamin keadilan itu sendiri. Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya ingat tidak ada masalah. Yang Berhormat cadanglah buat masa bulan puasa kah, ada tazkirah kah. Masa itu bolehlah ditanamkan dengan semangat-semangat macam ini. Saya ingat itu boleh diteruskan Yang Berhormat. Tak ada masalah Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tak ada, tak ada masalah. Cadangkanlah. Segala apa Yang Berhormat cadangkan saya rasa JAKIM tidak akan menolak kalau ianya boleh menaikkan juga imej agama Islam kita dalam soal keadilan ini. Tak ada masalah. Okey?

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Menteri, saya rasa bukan sekadar bulan puasa. Ini soal wawasan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tak, tak saya…
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Wawasan untuk pegawai yang menjaga hal-hal agama dan sebagainya di mana persoalan orang Islam ini banyak terlibat. Dalam penderaan Kugan itu kata sebelas orang pegawai polis mungkin ada orang Islam. Mungkin dia rasa benda ini tak apa kerana tak ada apa-apa larangan.

Video dan hansard parlimen adalah ihsan MPPAS, terima kasih.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
salam yb, memang betul kami diarahkan utk membeli buku manusia dan islam tersebut tapi berapa kerat sangat yang betul-betul membacanya hingga tamat.utk pengetahuan bukan semua anggota pdrm tidak baik cuma ada segelintir dari mereka yang bermasalah dan saya sebenarnya adalah sama saf dengan yb satu panji-panji.

Popular posts from this blog

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak seba

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadan

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kaw