Skip to main content

Respon Kepada Pengunjung

1. Article ‘Berdakwah satu kewajipan’

Mawi said...
Dato’ Khalid... (saya bukan Dato’ tetapi Atok!)
"Sangat penting bagi tujuan memelihara kesucian dan kemuliaan ajaran Islam terus berkembang untuk seluruh umat."
Nak tanya skit...
‘Seluruh umat’ tu umat Islam jer ke, golongan kafir jugak?

Di sini, yang dimaksudkan ialah kedua-duanya.

Bagi ummat Islam ia penting kerana ia berhubung persoalan memelihara kesucian dan kemuliaan ajaran Islam. Tanggungjawab memelihara kesucian dan kemuliaan Islam semesti dipikul oleh ummat Islam. Matlamat ini akan hanya dapat terlaksana dengan hidupnya usaha dakwah. Usaha Dakwah boleh disamakan dengan enjin yang menggerakkan ummat Islam supaya berhadapan dengan segala cabaran, intellektual, emosional dan spiritual, supaya kehebatan Islam akan terserlah melalui kejayaan berhadapan dengan cabaran-cabaran ini. Usaha dakwah tidak terhad kepada usaha mengajak orang bukan Islam memeluk Islam tetapi termasuk juga ialah usaha mengajak orang Islam menghayati Islam.

Yang penting ialah kita mesti menyedari bahawa sebagai ummat Islam kita ada perjuangan yang perlu didukung, ia itu perjuangan menghayati dan menegakkan Islam. Dalam mendukung perjuangan ini, kita menyeru semua kepada kebenaran dan kebaikan Islam. Bagi yang menerimanya sebagai kebenaran, memeluk Islam dan bersama mendukung perjuangan yang sama. Bagi yang menolaknya sebagai ‘kebenaran’ tetapi menerimanya sebagai ‘kebaikan’, mereka akan menerima perlaksanaannya kerana mereka melihat hak mereka dijamin dan mereka akan mendapat keadilan. Dari aspek keadilan inilah ianya penting bagi orang-orang bukan Islam.

Sebagai orang Islam kita meyakini bahawa Islam sahaja yang mampu menjamin keadilan yang mutlak dan menyeluruh terhadap seluruh masyarakat manusia. Keyakinan ini perlu dizahirkan melalui usaha dakwah. Dalam menzahirkan keyakinan ini, kita akan terpaksa berhadapan dengan tohmahan, cacian dan juga teguran dan kesangsian dari manusia lain, Muslim dan bukan Muslim. Berhadapan dengan ini semua dan usaha mengatasinya secara bijaksana dan berkesan, itu juga sebahagian dari dakwah.

2. Article ‘Isu Penyelenggaraan Kawasan MBSA’

Komen dari Edyes, saya harap tuan boleh ke Pusat Khidmat saya di Worldwide Business centre, Seksyen 13 Shah Alam untuk kita sama-sama bincang apa yang boleh kita lakukan. Alamat penuh tertera di bahagian atas Blog saya tetapi kalau tak perasan ianya adalah 6C, Tingkat 3 Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50 Shah Alam. Talefon/Faks pejabat ialah 55198117.

Berhubung pertanyaan Deejay 73, email, alamat dan nombor telefon/fax terkini MPP untuk setiap zon juga boleh Tuan didapati di laman web MBSA.

Komen dari Shaharuddin Majid saya ucapkan terima kasih. Betul juga tegurannya bahawa saya tidak sepatutnya menghukum secara borong dan mungkin ada juga yang telah memberikan khidmat yang baik tanpa mengira soal imbuhan atau keuntungan peribadi. Sekiranya ada Alhamdulillah, semoga Allah memberkati dan memberikan balasan yang sewajarnya.

Saya sebenarnya mengemukakan pandangan berdasarkan komen dari pegawai MBSA sendiri. Mereka yang paling merasakan perbezaan ini. Ada yang mengeluh kerana kerap diadakan program bersama rakyat sehingga mengatakan peluang nak balik kampung pun sukar diperolehi. “Dulu”, kata mereka lagi, “Ahli Majlis, mesyuarat MBSA kadangkala tak hadir, main telefon aje. Sekarang mesyuarat dihadiri penuh dan tak cukup dengan itu, tambah pula program-program turun padang”.

Harapan kita, insyaAllah mutu perkhidmatan berkekalan dan tidak sekadar peringkat permulaan sahaja semasa baru seperti peribahasa “A new broom sweeps clean”.

Dulu yang duduk sekali sebagai Ahli Majlis ialah ADUN. Sekarang ADUN tidak terlibat. ADUN memantau peranan dan prestasi Ahli Majlis. Kalau tak baik, mereka ditegur. Dulu siapa nak tegur Ahli Majlis yang terdiri dari ADUN serta ketua-ketua Bahagian UMNO?

Dulu ahli Majlis ini juga duduk dalam JK Tender dan dikatakan mengarah projek ini dibagi pada ‘si polan bin si polan’. Sekarang Ahli Majlis tak terlibat dalam JK Tender. Mereka memantau sambil mereka sendiri dipantau. Mereka boleh bertindak ke atas pegawai MBSA berhubung pembahagian tender yang tidak betul sekiranya ada. Dulu siapa yang berani bertindak ke atas keputusan yang dibuat oleh ahli Majlis yang adalah juga ADUN?

Komen dari Sek. 3 pula berhubung perlu adanya bukti adalah komen yang wajar juga. Saya harap tuan bersabar kerana satu audit akan dijalankan tak lama lagi ke atas perjalanan PBT selama ini. Sama seperti kes yang dibawa melalui SelCAT berhubung BALKIS. Malangnya, apabila soal ‘khianati amanah’ menjadi budaya, ianya diamalkan di semua peringkat, bukan sahaja di BALKIS.

WaLlahu 'Alam
Khalid Samad

Comments

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-