Skip to main content

Hikmah Dalam Berdakwah

Lanjutan dari khutbah berhubung kewajipan berdakwah, saya ingin juga menarik perhatian pengunjung terhadap persoalan dakwah bil hikmah mengikut pandangan Al-Marhum Pak Natsir dalam bukunya Fiqhud Da’wah.

Dalam mengupas persoalan hikmah ini, Al-Marhum telah membahagikan ciri-ciri hikmah kepada tiga ia itu :-

a) Mengenali golongan, ia itu golongan yang sedang di hadapan seseorang da’i dan tahap kemampuan mereka untuk memahami risalah yang di bawa
b) Memilih saat, iaitu memilih masa dan ketika yang tepat untuk berbicara dan
c) Mencari titik pertemuan, iaitu adanya keserasian dan persamaan serta relevensi, sebagai tempat bertolak

Saya ingin membincangkan aspek (c) berdasarkan maklumat yang dikemukakan Al-Marhum Pak Natsir sendiri, khususnya kaedah dakwah Rasulullah (SAW) terhadap raja-raja Nasrani di sekeliling Hijaz pada masa itu.

Pak Natsir mengemukakan sebagai bukti surat-surat yang diutus Rasulullah (SAW) kepada raja-raja tersebut untuk memperkukuhkan hujjah beliau. Surat-surat ini menyentuh persamaan di antara agama-agama samawi, khususnya agama Nasrani dan Islam dan mencuit hati raja-raja ini dengan ayat-ayat seperti, “…saya naik saksi bahawa Isa bin Maryam adalah ruh (dari) Allah dan KalimatNya, yang telah disampaikanNya kepada Maryam, yang tidak bersuami, yang suci dan terjaga lalu Maryam mengandungkan Isa…”

Kaedah dakwah yang sebegini ingin menarik mad’u atau orang yang merupakan sasaran dakwah itu supaya lebih rapat kepada Islam dengan menzahirkan persamaan dan perasaan hormat terhadap pengangan atau fahaman mereka tanpa mengkompromikan apa-apa dari risalah Islam. Ianya merupakan titik pertemuan atau sepertimana yang diperjelaskan oleh Pak Natsir, kalimatun sawa’ atau kalimat yang sama sebagai tempat bertolak atau bermula. Istilah kalimatun sawa’ ini diambil dari ayat 64 Surah Al-Imran di mana Allah berfirman, yang bermaksud :- “Katakan (Wahai Muhammad); Wahai Ahli Kitab, marilah kita bersama-sama berpegang kepada kalimat yang sama antara kami dan kamu, ia itu janganlah kita menyembah melainkan Allah dan janganlah kita menyekutukan sesuatu apa pun denganNya…..”

Kaedah dakwah seperti ini yang menonjolkan persamaan sebagai tempat bertolak adalah di antara hikmah yang digunakan Ar-Rasul. Terhadap ahli kitab ianya digunakan dengan mengingatkan kembali persamaan berhubung risalah yang dibawa oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sebelum Nabi Muhammad (SAW). Pendekatan yang sama tertera dalam surat-surat Baginda kepada Hiraclius pembesar negeri Rom dan Muqaqis pembesar Mesir.

Ini yang menjadi sedikit keanehan pada hari ini bagi saya apabila saya melihat ummat Islam di Malaysia berhempas pulas untuk membezakan diri kita dari mereka dengan sebeza-bezanya, walaupun dalam perkara yang jelas di dalam Al-Quran ada sedikit persamaan. Semua Nabi dan Rasul membawa risalah Tauhid dan perkara inilah yang perlu ditekankan. Penggunaan istilah ‘Allah’ oleh mereka akan memudahkan kerja dakwah ini tetapi malangnya ummat Islam lebih memikirkan dakwah Kristian terhadap ummat Islam dan tidak sebaliknya. Perasaan rendah hati, takut dan lemah menyebabkan kita tidak mampu melihat persoalan ini dari sudut yang lebih positif dan lebih tepat. Atau adakah mungkin persoalan dakwah terhadap mereka tidak menjadi satu isu kerana yang penting Islam adalah untuk orang Melayu dan itulah yang ingin kita kekalkan? Saya ingin bertanya kepada ‘pejuang Melayu’ tahukah mereka berapa ramai orang Arab yang Rasulullah (SAW) terpaksa memerangi sambil di sisi Baginda orang Habsyi dan orang Rom? Bagaimana berpecahnya kaum Arab pada ketika itu sehingga akhirnya disatukan kembali melalui kemenangan Islam!

Sekiranya kaedah ‘membezakan diri sejauh-jauhnya’ ini ingin diteruskan, adakah kita juga ingin mengharamkan penggunaan nama “Isa”, “Musa”, “Ibrahim” dan sebagainya oleh mereka sehingga kita menjarakkan mereka sejauh-jauhnya dari ummat Islam dan agama Islam? Sehingga mungkin ke tahap menyatakan “ya, tetapi Isa mereka tak sama dengan Isa kita dan Musa mereka tak sama dengan Musa kita dan Ibrahim mereka tak sama dengan Ibrahim kita? Sekiranya kita nak katakan boleh pula, maka soalan yang semestinya datang selepas itu, mereka ini menyeru kepada siapa kalau tidak Allah?

Ketidak beranian dan ketakutan menyebabkan kita tersepit di satu sudut yang hanya menyulitkan diri kita dan menjatuhkan imej kita.

Dari sudut perjuangan untuk menegakkan keadilan, begitu jugalah seharusnya kaedahnya. Bersama orang bukan Islam dan orang Islam yang kurang memahami Islam kita maju ke depan, menyatakan hasrat Islam untuk menegakkan keadilan. Ini merupakan tempat bertolak sehingga mereka menyedari akhirnya bahawa persoalan ‘pertanggung-jawaban’ dan ‘ketelusan’ merupakan sebahagian dari konsep ‘khalifah fil ard’ atau ‘duta Allah di atas muka bumi’. Bahawa ‘kebebasan mahkamah dari pengaruh executive’ adalah juga paksi keadilan Islam kerana tuan-tuan hakim menghukum dengan penuh ketaqwaan, gerun terhadap kemurkaan Allah walau apa sekalipun kehendak pihak executive. Sambil pihak executive juga memerintah dipandukan perasaan ketaqwaan yang sama. Sehingga menjadi jelas bahawa menegakkan keadilan adalah di antara maqasid utama perjuangan Anbiya’ dan bahawa keadilan akan hanya terlaksana apabila manusia dinobatkan sebagai makhluk yang mulia yang tidak layak tunduk kecuali kepada khaliqnya.

Inilah yang dimaksudkan, mengikut fahaman saya kaedah ‘dakwah bil hikmah’. Iaitu bukan membina tembok permisah untuk menunjukkan perbezaan Islam serta ummat Islam dengan semua yang lain tetapi sebaliknya menunjukkan persamaan dengan apa yang diiktiraf oleh mereka sebagai ‘kebaikan’ sebagai tempat untuk kita bertolak. Akhirnya samada mereka akan bersama dalam Islam bersama kita atau paling kurang, tidak menetang apa yang ingin dilaksana oleh Islam kerana mereka memahami bahawa keadilan adalah merupakan matlamat pemerintahan Islam.

WaLlahu ‘Alam
Khalid Samad

Comments

Anonymous said…
Terima kasih YB di atas artikel yang amat menarik. Salam perjuangan!
Anonymous said…
YB. menagapa tiada pendirian dari orang alim Islam bila berlaku penukaran agama dari lain ke Islam secara sangsi. Ini memberikan gambaran serong kepada Islam-seolah olah Islam bagitu gelojoh ingin mengambil ornag lain sebagai Islam tanpa cara yang boleh diterima akal.

Apakah tiada fatwa berkenaan denagan perkara bagini dari yang berkenaan? Perkara ini telah berlanjutan dari merampas mayat hingga ke merampas anak. Ninikah nilai / keadailan Islam? Tak guna cakap bila tak serupa bikin...

Suria
amoker said…
Hemm.. like your posting. Indeed, the distinction of Allah that it is only for Muslim will not help the conversion purpose.
Anonymous said…
amoker. What are you trying to say?
There is no justice in Islam for non Muslims....ya thats more like it!
xox said…
I think anonymous April 22, 2009 9:24 PM is confused: "There is no justice in Islam for non Muslims".

In order for you to judge something you cant simply look at what is currently practice by some section of the Muslim world, including Malaysia and therefore make your general conclusion about Islam. You need to go back to the basic of Islamic teaching that is the Quran and the teaching of the prophet (pbuh). IF, based on these two sources you can prove what you have just said, then you may have a point - although I am fairly sure that you cant.

You cant blame the recipe book when the cook cant understand it and create something else claiming that it is what the recipe said; when there are loads of others who actually can understand it and cook a decent meal for everyone to share.
Anonymous said…
xox I am not confused. Only the muslims are confused and making their religion very complicated and hated by keeping quiete when injustice in the name of islam is committed. Why is none of u muslims /organisation say anything to solve or correct the so called cook? How can u blame non muslims for blaming your religion when u keep silent when ur cook makes the mess!
I bet I know more about ur religion then u know about mine! I am allowed and have known ur religion. Spineless muslims ,like u who are not making a stand when injustice in the name of Islam is carried out against non muslims are the culprits!
Can imagine what would have happened if a non muslim body did what Islamic religious body did to a Muslim? The whole lot of u would be on the streetsof Malaysia!It is u who should fix the cook not others like me!
Suria
Anonymous said…
Berita panas,layari sekarang

http://penpusaka.blogspot.com

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempur…

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…