Skip to main content

Gambar-Gambar Semasa PRK 2 Bukit

Gambar-gambar yang telah sempat diambil semasa kempen Pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Walaupun agak lewat, tetapi bak kata pepatah "better late than never". Tahniah kepada semua para petugas dan penyokong PR yang telah berusaha bertungkus lumus bagi mengekalkan kemengangan untuk rakyat.



-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

faizalzainol said…
salam,

sekadar mencadangkan agar PAS Kawasan/Bahagian Shah Alam atau/dan kawasan/bahagian lain agar mencalonkan

Dato Dr. Haron Din sebagai Presiden
Dato Husam Musa sebagai Timbalan Presiden

Ir. Nizar sbgai Naib Presiden
Dr. Syed sbagai Naib Presiden 2
Ust. Nasya sbagai Naib Presiden 3

Dato Seri Hadi Awang dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS

dan saya juga mencadangkan agar KEPIMPINAN ULAMA digantikan dengan KEPIMPINAN ISLAM...

salam hormat dari saya
Anon April 26, 2009 2:54PM
Harap maaf, pihak kami terpaksa edit komen Tuan kerana bahasa yang kurang adab sopan. Harap jangan ulangi di blog ini utk elak dari kena reject.
Sdr Faizal

Nampaknya wabak virus anwarisma al ****** sangat kuat menguasai pemikiran anda.

Saya cadangkan anda mengisi boroang PKR supaya penyakit anda sembuh!
faizalzainol said…
salam,

kepada sesiapa yang berkenaan,
saya tidak terjebak dgn virus anwarisma mahupun virus ergodan.
Kesemuanya adalah pandangan peribadi yang tidak terikat dengan mana-mana kelompok pemikiran.

pada hemat saya, idea yang saya berikan memiliki hujah dan rasional yang tersendiri, cadangan saya bukan bertujuan untuk menolak kepimpinan Tuan Guru Hadi Awang, cuma memberikan idea alternatif untuk dipertimbangkan, dan ianya tidak lebih dari itu.

sekiranya pihak yang berkenaan tidak selesa dgn cadangan saya, saya tidak ada masalah untuk menghormatinya dan menerima seadanya atas malah sedia untuk menerima teguran dan kritikan.

saya melihat ia dari skop golongan muda, saya percaya golongan muda mahukan pemimpin bersifat atau berwatak MALAYSIA dan dalam masa yang sama memiliki idealisma perjuangan Islam yang mantap disamping disenangi oleh semua pihak. Pandangan saya ini selari dengan kenyataan terbaru oleh KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT, YB SALAHUDDIN AYUB yang menyatakan PAS memerlukan pemimpin berwatak Malaysia.

kita boleh ambil contoh AKP di Turki, HAMAS di Palestin, dan Presiden PKS, Indonesia. Kesemuanya dipimpin oleh golongan Profesional Islam.

Mungkin sudah tiba masanya, profesional memimpin PAS manakala golongan ulama dipertanggungjawab sebagai tunjang yang kukuh menguasai Majlis Syura melalui Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am.

Saya percaya dengan cara ini, "Value" PAS dikalangan golongan muda dan golongan bukan melayu akan meningkat. Insya Allah sesuai dengan konsep "PAS For All".

Dan yang terakhir, PAS sewajarnya mencontohi PKS, Indonesia dalam pentadbiran KERAJAAN, dimana mana-mana pemimpin PAS yang memimpin KERAJAAN wajar melepaskan jawatan dalam PARTI supaya fokus terhadap amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sesempurna mungkin supaya tidak wujud "conflict interest".

Sebagai contoh, Presiden PKS, Dr. H.M. Hidayat Nr Wahid telah meletakkan jawatannya setelah dilantik menjadi ketua MPR Indonesia, dan jawatan Presiden PKS diserahkan kepada Ir. H. Tifatul Sembiring (seorang jurutera profesional yang memiliki idealisma perjuangan Islam).

terima kasih,
Kepimpinan Ulama dalam Pas: Satu kajian semula

PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas. Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz.

Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?

Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama. Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.

Semangat Kepimpinan Ulama

Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran.Timbalan Presiden Adalah Presiden.

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.

Kemampuan Ilmu Syarak

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.

Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.

Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.

Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan UlamaHanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.

Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.

Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.

Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.

Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri. Akhukum fil Islam
Anonymous said…
salam yb..
syabas atas keberanian
& visi yb.
kriteria2 yg ada pd yb
lah yg membolehkan anak
muda seperti saya
menyokong PAS.
Anonymous said…
SYABAS YB KERANA MENJADI HERO UNTUK RAKYAT KELANTAN DI PALIMEN SIANG TD,TP TAHUN DEPAN YB DAH BOLEH STANBY KAN LESEN2 KELAS A,B,C,D,E,DAN F YANG BERALAMAT SHAH ALAM UNTUK DI GUNAKAN KAN DI NEGERI KELANTAN(BANYAK BUGET)SERTA WANG EHSAN,KT SHAH ALAM DH X DE PELUANG SEMUA KERJA2 ALAM FLORA SAMPAI KAN MBSA,MBPJ,MPSJ,PEJABAT DAERAH SEMUA NYE TELAH DI SAPU OLEH WALUK SERTA MACAI2 DR HASSAN ALI.
Anonymous said…
orang bodoh mcm saudare je yg menyokong PAS,menjadi hero untuk kepentigan sendiri,usztz rock kite ahkil pandai bercakap,pandai menyanyi,pandai agama serta paling pandai menipu(hal kawin hal cerai pn nk menipu.salah 1 contoh

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-