Skip to main content

YOGA – Upacara Agama atau Riadah?

Bagi yang mengikuti perbahasan yang berlangsung di Parlimen pada 5hb Mac, mereka akan melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini Iaitu ‘berentapnya’ ahli Parlimen PAS satu sama lain. Memang, kalau dilihat dari apa yang berlaku, ianya kelihatan agak merugikan. Namun bagi saya ianya membuktikan adanya ‘adabul ikhtilaf’ yang diamalkan oleh PAS. Dalam perbahasan itu, masing-masing mengemukakan hujjah, tanpa menuduh satu sama lain sebagai mu’tazilah atau sebagainya. Itu adab UMNO yang tiada sama sekali adabul ikhtilaf.

Di antara yang dibahaskan adalah isu Yoga dan penggunaan nama Allah oleh yang bukan Islam. Saya ingin pada mulanya menyentuh Isu Yoga.

Mungkin ada akan bertanya, “Apalah YB Shah Alam ini sibuk sangat ingin mempertahankan Yoga itu?”. Ya, bagi ramai, ianya tiada kena mengena dengan mereka. Mungkin perkataan Yoga itu pun tidak pernah didengari mereka. Walaupun begitu, bagi saya secara peribadi, ianya merupakan satu isu yang penting untuk diperjelaskan.

Tidak, bukan kerana Yoga itu sendiri, tetapi kerana cara dan gaya bagaimana ianya diputuskan yang memberikan gambaran yang agak negatif terhadap Islam. Sepertimana yang saya sebut dalam Parlimen, hampir semua perkara kalau dikaji dan diselidiki secara halus, sekiranya datang dari tamaddun yang selain dari Islam, akan mempunyai unsur-unsur falsafah dan kepercayaan yang tersendiri. Sekiranya ummat Islam tidak dibenarkan menceduk dari khazanah keilmuan tamaddun-tamaddun asing ini, sudah pasti pembangunan ummat Islam akan terbantut dan ummat Islam akan ketinggalan.

Cabaran yang kita hadapi adalah untuk mengislamkan ilmu ini supaya bebas dari kefahaman dan kepercayaan yang bercanggah dengan Islam supaya ilmu yang dibersihkan itu boleh dimanfaatkan. Dan inilah yang terkandung di dalam Hadis Rasulullah (SAW):
Al-Hikmah Dollatul Mukmin, anna wajadaha fahuwa ahakku biha.
yang bermaksud: “Hikmah itu adalah barang kehilangan seseorang Mukmin. Maka di mana sahaja dijumpainya, dia berhak ke atasnya”.

Kekhuatiran yang keterlaluan kononnya sesuatu itu akan merosakkan aqeedah ummat Islam tidak boleh digunakan untuk menjadikan ummat Islam sebagai ummat yang meletakkan dirinya di bawah tempurung. Sebaliknya kekhuatiran ini sepatutnya mendorong ulama’ Islam untuk berusaha membersihkan sesuatu bidang ilmu itu dari unsur-unsur yang tidak islamik supaya aspek yang ada kebaikan itu dapat dimanfaatkan oleh ummat Islam. Ini akan memeberikan gambaran yang jauh lebih positif terhadap Islam di kaca mata masyarakat keseluruhannya, Islam dan bukan Islam.

Dasar usul fiqh ‘dar ul mafasadati mukaddamun ‘ala jalbil maSalih’ yang bermaksud ‘menolak fasad diutamakan dari mengambil maslahah’, seperti yang disebut dalam perbahasan itu mesti diadunkan juga dengan dasar usul fiqh yang lain seperti ‘La tatraku maSlahah muhakkakah min ajli mafsadati mutawaHHimah’ yang bermaksud ‘maslahah yang nyata tidak boleh ditinggalkan kerana fasad yang merupakan angan-angan’. Sekiaranya tidak diadunkan sebegitu maka akan berlakulah sikap-sikap negatif keterlaluan seperti yang pernah dialami suatu ketika dahulu di mana anak-anak perempuan tidak dihantar sekolah kerana khuatir bila sudah pandai menulis dan membaca, mereka akan menulis surat cinta! Atau tidak dihantar anak-anak ke sekolah bahasa Inggeris kerana khuatir mereka akan menjadi kafir!

Kalau dilihat kepada negara barat, mereka telah mengamalkan dasar keterbukaan terhadap ilmu yang sepertimana sepatutnya diamalkan oleh Islam. Mereka menyaring ilmu ini sehingga tiada lagi unsur-unsur keagamaan dan mengamalkannya tanpa apa-apa kekhuatiran. Ilmu ‘Yoga’ itu sekalipun diubah menjadi ilmu ‘riadah dan kesihatan’ semata-mata dan aspek meditasi diubahsuai sehingga bersih dari unsur-unsur keagamaan. Itu cara mereka.

Pendekatan mereka menzahirkan satu imej yang beryakinan diri dan kuat, tidak takut kepada segala yang ‘asing’ kerana falsafah tamaddun mereka mampu menelan dan menyelaraskan segala yang asing sehingga menjadi sebahagian dengan tamaddun itu sendiri setelah disaringkan.

Begitulah juga sepatutnya keadaan kita ini. Saya rasa tiada seorang pun dikalangan ummat Islam yang mengikuti kelas Yoga menghayatinya sebagai satu amalan keagamaan atau jenis peribadatan. Kebanyakkannya, kalau tidak semua sekalipun, mengamalkannya sebagai suatu amalan riadah dan kesihatan. Inilah yang dikatakan sebagai fasad yang dikatakan angan-angan. Dan memang amalannya mendatangkan kelegaan bagi sebahagian pengamalnya, bukan kerana mantranya yang tidak disebut pun, atau falsafahnya yang tidak diketahui pun, tetapi oleh kerana gerakan-gerakan tertentu yang secara fizikalnya mendatangkan maslahah dan kebaikan.

Kita kena akui, bahawa ilmu yang beribu tahun umurnya mesti ada kebaikannya. Kalau tidak semua, mungkin sebahagian. Kalau tak banyak mungkin sedikit. Bukan kerana mantranya. Bukan kerana falsafahnya. Tetapi kerana penyelidikan dan ujian amali yang telah dilakukan oleh pengamal-pengamalnya. Dan kebaikan inilah yang perlu kita saringkan dan manfaatkan melalui usaha yang bersikap terbuka, ingin mencari manfaat dan maslahah. Bukan melalui penolakan secara borong! Penolakan borong memberikan imej yang begitu negatif terhadap Islam seolah-olah Islam ini lemah dan tidak bermaya. Penolakan secara terhad yang disertakan dengan penerimaan kebaikan yang ada akan menzahirkan imej Islam yang lebih positif dan berkeyakinan diri.

Itulah sebabnya saya merasa perlunya saya membantah. Kerana Islam tidak bersifat sepertimana yang dicerminkan. Iaitu menolak secara borong tanpa mengakui adanya maslahah yang boleh diperolehi.

WaLlahu ‘Alam
Khalid Samad

Comments

Hasbullah Pit said…
Agak mustahil untuk mengislamkan yoga.

Adalah lebih baik guna kaedah senaman akrobatik yang lain.
the Milestone said…
Salam, Yb. Saya setuju dgn pendapat yg YB unjurkan berpandukan hadis dan maslahah semasa. Kerana setahu saya Nabi SAW adalah ketua yg amat memahami "bahasa" / keadaan semasa. Ini jugalah salah satu faktor islam dpt bergerak secara efektif dan meluas.
Anonymous said…
Salam. Yb Khalid Samad dalam hal YOGA ini ,saya sependapat dengan pendapat ex-mufti dr. maza dan Ustaz hasrizal Abdul jamil dari www.saifulislam.com .Pendapat mereka adalah mengharamkan yoga. Pendapat ust hasrizal lebih holistik krn merangkumi sejarah yoga itu sendiri.Ini ulasan ust hasrizal tentang isu ini di u tube ini:

http://www.youtube.com/watch?v=Wu3bu6OIf5U&feature=channel_page
Anonymous said…
orang islam malaysia sentiasa takut pada bayang sendiri. kenapa begitu?

malaysian
Anonymous said…
Salam YB,

Pada pendapat saya, pengharaman Yoga oleh majlis fatwa ada betulnya dan pendapat YB pun ada betulnya. Perkara ini telah YB ulas sebagai pengharaman "borong" dan sekiranya majlis fatwa bertindak memberi penjelasan secara khusus perkara manakah dlm yoga yg melangari syarak: 1,2,3 dan seterusnya, maka adalah lebih baik utk semua yang terlibat. Contoh: 1. Duduk bersila yang bersilang kaki diatas lutut, dsb

Harus juga diingat, senaman yoga ini adalah sesuatu yg telah lama dipraktikkan oleh masyarakat, oleh itu pengharamannya pun perlulah dibuat secara lebih teliti dan mengambil kira perkara ini. Saya rasa YB pun tidak menidakkan ada unsur2 Yoga yg perlu diharamkan oleh majslis fatwa sepertimana perkara2 lain yang timbul dalam masyarakat. Tetapi pengharaman baru perlulah jelas agar tidak menimbulkan fitnah dan perpecahan.

Wallahu a'lam
Salam sejahtera Y.B.
Pendapat yang matang Y.B. amat kami menyanjungi.

Umum mengetahui bahwa, pokok pokok dan tanaman tanaman mengeluarkan oxygen pada siang hari tetapi carbon dioxida pada malam.:

Ini semula jadi dan kurniaan Tuhan. Sebagai manusia yang bertamudun dan masyarakat berpengetahuan kita harus gunakan akal fikiran kita [yang dimakbulkan oleh tuhan] untuk ambil yang jerneh dan buang yang keroh berasaskan pengetahuan melalui pembelajaran. Dalam kontex ini kita ada pilihan
[1][ MEMBUANG TANAMAN SEMATA MATA IA MENGELUARKAN KARBON DIOXIDA. ATAU,
[2] dengan cara lain, -menikmati OXYGEN NYA dengan cara
mendekati diri pada tanaman tanaman pada WAKTUSIANG dan menjauhi tanam tanaman pada waktu malam.
Bagitu juga dengan apa apa perkara atau tamadun yang seorang anggap sebagai asing. Kita mesti selidik ‘property” atau sifat sifat sesuatu benda/perkara, sebelum membuangnya hanya semata mata ia adalah tamdun orang asing.
MUNIANDY.P.
Anonymous said…
hmm..yoga...

sepertimana umat islam menerima sukan Olimpik dimana Sukan Olympia ni merupakan acara penyembahan rakyat Greek terhadap dewa-dewi sekwatu zaman tersebut.

errr..takde fatwa ke pasal sukan Olimpik?Ada beza ke Sukan Olimpik dan Yoga?err..bagaimana mahu islamisasikan Olimpik yang pada dasarnya acara penyembahan kepada dewa-dewi?

-pengamal yoga-
Anonymous said…
Masih keliru berkaitan senaman Yoga yg tidak menggunakan 'mantera'. Mendakwa 'tidak diharamkan' kerana amalan berkenaan merupakan amalan fizikal yg membawa kebaikan untuk kesihatan pengamalnya. Bagi saya, kenyataan ini mendatangkan kekeliruan dan perlu dibincang secara ilmiah agar semua pihak jelas dengan sesuatu hukum berkaitan. Isu yoga bukan sekadar kebergantungan kpd mantera dan produk kesihatan, tetapi juzuk yang lain seperti latarbelakang amalan berkenaan, simbol, formasi kedudukan, meditasi, maksud asal dan tujuan lain perlu diambil kira. Saya dikhabarkan oleh seorang saudara dari India : para sami hindu yg mengamalkan yoga bertapa di dalam gua. Dan ulamak disana telah mentahzir umat Islam dari terlibat dgn Yoga. Manakala di Melbourne, terdapat sekumpulan aktivis yoga bertapa dgn melafazkan " Ooumm...Ooumm..oouumm.." Bukankah maksud hadis Nabi SAW berbunyi : "Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum (Bargsiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (kaum berkenaan). Hadis ini secara jelas mengambil kira semua aspek persamaan yang menjadi teras kpd fahaman dan amalan berkenaan. Bukannya persamaan secara kebetulan atau tiada pengetahuan tentangnya.

Illahnya ialah : jika umat Islam tidak membaca mentera sekalipun tidak semestinya Yoga itu halal. Walau ada maksud yoga iaitu tujuan kesihatan. Ini kerana pengamalan yoga telah sinonim dgn sejarah keagamaan hindu, pertapaan hindu, formasi tertentu dewa-dewi hindu dan matlamat kebersatuan dgn Tuhan (dlm doktrin hindu) sesekali tidak boleh diakui dan diamalkan oleh penganut Islam.

Justeru, kandungan mantera sahaja bukan menggambarkan indikasi keseluruhan yoga. Dan hukum pula tidak diambil secara juziyyah sahaja. Maknanya, mantera dan amalan kesihatan bukanlah alasan untuk menghalalkan yoga. Saya kira Pak Lah dan awam masyarakat terbabas dalam masalah ini. Mereka nampaknya lupa dgn kaedah : 'Matlamat tidak menghalalkan cara'. Serta cuba memahami Yoga melalui pendekatan Liberal. Asal rasional...ia dilihat baik. Ketahuilah, cara penistibatan hukum sebeginilah yang dikatakan Imam al-Syafi'ie : Manis tahsana faqad syarrak" (Barangsiapa yang menganggap baik sesuatu perkara (yang tidak jelas) dia sebenarnya telah meletakkan hukum syarak."
Selain itu, menghalalkan sesuatu yang jelas haram juga boleh dikatakan sebagai mubtadi' (pembuat bid'ah). Manakala amalan tersebut merupakan bid'ah dholalah (rekacipta yang sesat) kerana ia bukan dari Islam. Bahkan bertentangan dgn Islam. Oleh itu 'fatwa' Pak Lah tidak boleh dipakai sama sekali. Dan Umat Ini wajib menjauhi amalan yoga serta merta atas dasar iman dan taqwa. Semoga Allah menunjukkan kita ke jalan yang benar.

Islam sebuah agama yang lengkap dan sempurna. Ia menawarkan pelbagai produk utk kesihatan manusia samada dari sudut PQ, EQ, IQ dan SQ. Tetapi apabila manusia gagal memahami dan mengenali Islam dengan mata hati yang suci dan pendekatan yang baik. Maka pemahaman Islam mereka dicampuri dgn pelbagai unsur luar. Dan akhirnya terjebak dgn pelbagai amalan karut yang bertentangan dengan Islam itu sendiri dalam keadaan tidak sedar. Apabila sesuau hukum difatwakan mereka bangkit menentang Fatwa berkenaan. Tidak hairanlah, jika umat Islam sendiri yang cuba menentang ulamak & agensi Islam yang ingin memartabatkan Islam sbg ad-Deen. Allahu Allah.

-Ustaz Zamihan Al Ghari
Anonymous said…
What is yoga?Yoga is basically method/methods of concentration n energising,elevating,tranforming the faculties of a human being.The other words that r synonimous with yoga are sadhana,tapasya(bertapa)Are muslims aware of the fact The Quran is actually a yogic manual?How do we know this?Well,the quran says one must submit/surrender one whole self to the supreme lord(Allah)..and with a very important/priceless emphasis on opening of the heart centre(horizontal thrust) through prayers,remembering the name of the lord(hindus called it japa)..yes folks,the demand of surrendering our wholeself,(our ego,mind,vital to the lord) is extremely difficult..it's only thru the heart center which is safe,because it's the "seat" of the ruh..the soul,the psychic being(the divine being in us)..it is the the ruh/soul which pushes a person towards the divine truth..Honestly speaking,it's the divine that does the "yoga"..not us..
Anonymous said…
I think very few people are aware of this secret..

Sri Aurobindo:When you follow the course of history you may find that there is a certain destiny which represents the sum of physical forces; that is one destiny. And you find that when that tends to go round and round in an infinite circuit then there is a tendency which seems inevitable in movement.

But the question is : are physical forces the only determinants of destiny ? Or, is there anything else ? Is there something more than the physical that can intervene and influence the course of the movement ?

We find that there have been such inrushes of forces in history and the action of such an inrush has been to change the destiny indicated by the physical forces; it has even changed the course of human history. As an example, take the rise of the Arabs; a small uncivilized race, living in an arid desert, suddenly rises up and in fifty years spreads from Spain to Asia and completely changes the course of history. That is an inrush of forces.

Disciple : One day you spoke of the inrush of forces during periods of human history for example, the Greek and the Arab period. Can we similarly speak not of an inrush of forces that influences the outward life and events but of a descent of some higher Force in case of men like Christ and Buddha ?

Sri Aurobindo : Yes, it is a descent of a higher Force which at first works in one man, then in a group of men and then extends its influence to mankind. In the case of Mahomed,—and that is another dictator!—the descent corresponded with the extension in outer life. But the descent may be only an inner descent in the beginning and may only gradually spread to other men.

There also what happens is that forces in life, at first, resist any such movement of descent. When they find that they can't resist then they accept the new element and, in accepting, turn it into something else than what it was intended to be! For example, you find that Christianity was at first opposed, and when it was afterwards accepted it became an oppressive religion. Why ? Because, it was the lower forces of nature that came in with the acceptance. It means there must have been something in the very beginning, that gave an opening. I believe many of the Christian martyrs did not suffer in the genuine Christian spirit. Most of them were full of the spirit of revenge. So, in the beginning there was passive resistance but when Christianity came to power it turned oppressive. Thus, by accepting Christianity the lower forces occupied the place of genuine spiritual force of Christ

Disciple : Many people in the past have tried to do the same thing, have not they ?


Sri Aurobindo ; Yes, they have. But, as I said, it has always got mixed with the powers of falsehood. That is why I want to try, if possible, to embody a power, which I call the Truth-Consciousness that will not admit of any mixture or compromise with the powers of falsehood. By the Truth-Consciousness I mean the dynamic Divine Consciousness. That power must be brought to govern the minutest detail of life and action. The question is to bring it down and establish it in men and the second question is to keep it pure. For, we have seen all along the past there is the gravitational pull of the lower forces. It must be a power that can not only resist but overcome that downward pull. If such a power can be established in a group, then, though it may not change the entire humanity at once, still it will act as a potent force for turning human nature towards it.


It was because of the difficulty of changing human nature, which Vivekananda calls the "dog's tail", that the ascetic path advocated flying away from Nature as the only remedy. Those people could not think it possible to change human nature, so they said, "Drop it."
Anonymous said…
Yusufali 2:165] Yet there are men who take (for worship) others besides Allah, as equal (with Allah): They love them as they should love Allah. But those of Faith are overflowing in their love for Allah. If only the unrighteous could see, behold, they would see the penalty: that to Allah belongs all power, and Allah will strongly enforce the penalty.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.