Skip to main content

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah [Dr. MAZA]

Pihak kami ingin berkongsi pendapat Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin (MAZA) tentang Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah. Semoga kita semua dapat memahami dan menerima manafaat dari apa yang cuba beliau sampaikan.

"...Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul?..."

Selanjutnya dari laman Minda Tajdid - Dr MAZA
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Setuju...kita sibuk marah orang kafir kutuk ISLAN melalui filem..tapi kita buat filem yang merosakkan akidah..kita tak marah pun....
Saya amat bersetuju dengan tindakan kerajaan yang tidak membenarkan penggunaan perkataan Allah di dalam cetakan oleh orang bukan Islam. Walaubagaimanapun, penggunaan perkataan Allah untuk mengatakan Allah yang menurunkan hujan dan sebagainya adalah tidak salah.

Walaubagaimanapun, penggunaan perkataan Allah yang merujuk kepada Tuhan mereka yang bukan Islam adalah tidak sepatutnya dibenarkan berlaku. Harus diingat apabila kita melafazkan kalimah syahadah, ia berbunyi “TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH”. Jadi apabila kita percaya bahawa hanya Allah sahajalah Tuhan yang layak disembah, mana mungkin kita boleh membenarkan golongan bukan Islam mengatakan yang tuhan mereka adalah Allah sedangkan amat jelas bahawa mereka menyembah berhala. Maka apabila kita membanrakan perkara ini berlaku, aka nada tanggapan bahawa berhala yang disembah itulah Allah.

Allah juga mengatakan dalam Al-Qur’an, “tidak melahirkan dan tidak dilahirkan” tetapi fahaman Kristian percaya kepada konsep trinity iaitu Tuhan bapa, Tuhan Emak dan Tuhan Anak sedangkan kita tahu perbuatan menduakan Allah itu syirik.

Jika dapat saya menarik perhatian pihak YB kepada satu penulisan dalam The Herald bertarikh 28/12/2008. Idea penulisan ialah berhubung dengan apa yang kita inginkan dari Allah dan apa pula bentuk pemberian yang diberikan kepada kita. Dalam artikel tersebut, ia menceritakan tentang kelahiran Nabi Isa a.s. Saya lampirkan di sini penulisan tersebut untuk pengamatan YB dan YB fikirkanlah sendiri samada penggunaan perkataan Allah ini patut dibenarkan kepada orang bukan Islam seperti yang Nik Aziz perkatakan. Ingat! Sebelum YB membuat sebarang kesimpulan, ulanglah semula kalimah syahadah.

http://lucialai.org/2009/01/11/allah-yang-diperlihatkan/
Natal merupakan jawapan Allah kepada kerinduan terdalam manusia, gerak balas Allah kepada doa yang telah berkurun berkumandang di dalam hati kita, di dalam kegelisahan kita, kekecewaan, usaha-usaha kerohanian, setiap keluhan dan doa ini merupakan satu rayuan, ia selalunya dalam bentuk yang senyap demi memohon Allah untuk campur tangan, semuanya kerana memohon kepada Allah untuk datang dan menamatkan ketidakadilan dunia dan menyingkirkan kekosongan dan keperitan di dalam jiwa kita.
Namun, jawapan Allah tidak seperti yang kita jangkakan walaupun sebenarnya jawapan Allah adalah melebihi dari apa yang kita mahukan. Apa yang hadir bersama dengan kelahiran Yesus dan apa yang kita lihat seperti bayi yang lemah di palungan bukanlah sesuatu yang dunia ini jangkakan.
Apa yang dijangkakan oleh dunia ialah seorang perwira, seseorang yang berbakat besar, mempunyai kemahiran dan perkasa yang akan meranapkan segala yang jahat di dunia, seseorang yang mempunyai karisma untuk menundukkan sesiapa saja yang mahu menentang. Allah pula menjawab segala jangkaan ini - Seorang bayi yang tidak ada apa-apa kekuatan, terbaring diam di palungan!
Mengapa? Mengapa Allah memilih untuk lahir ke dunia dengan cara ini?Kerana anda tidak akan dapat bertelagah dengan seorang bayi! Bayi tidak akan cuba untuk melawan, menentang, berniat untuk mengalahkan kita dalam apa-apa bentuk perbahasan, dan tidak akan cuba memperlihatkan kebolehannya melalui jawapan yang bijaksana.
Sesungguhnya, bayi-bayi ini belum pun pandai bercakap. Kita, pula, harus memujuk bayi untuk memberikan senyuman atau sepatah perkataan, kita tidak boleh memaksa mereka dengan tegas dan ini menuntut kesabaran yang tinggi. Biasanya kesabaran akan membenihkan sesuatu yang terbaik dari dalam diri kita. Lagipun, kita tidak mungkin akan memaksa seorang bayi kerana dengan paksaan bayi akan mula menangis dan suasana yang riang akan berakhir begitu sahaja dengan tangisan bayi.
Dan begitulah Sang Juruselamat kita yang lahir di Bethlehem dan secara dasarnya, begitulah keberadaan Allah di dunia ini. Seperti seorang bayi, Allah tidak akan meranapkan sesiapa, tidak akan mengalahkan sesiapa, tidak akan menakutkan atau menakluki sesiapa. Kuasa yang Allah perlihatkan semasa Natal adalah kuasa seorang bayi, lembut, murni, tidak berdaya yang dapat melembutkan hati kita dan dalam masa yang sama menjemput serta meminta kita untuk berlembut, mengajar kita untuk menjadi penyabar dan mengeluarkan usaha kita yang terbaik. Kita sentiasa berhati-hati apabila berdekatan dengan bayi. Begitu juga ketika berada di dalam gereja, kita akan sentiasa berhati-hati apabila berkata-kata semasa kita berada dalam gereja, kerana punya alasan yang baik.
Kuasa Natal adalah seperti kuasa seorang bayi, dia ‘menang’ dengan caranya yang tersendiri. Terdapat kuasa yang hadir dengannya yang mengalahkan kekuatan otot, kepantasan, karisma dan kuasa yang begitubertenaga. Jika anda meletakkan seorang bayi bersama dengan seorang juara tinju dunia, siapakah yang anda fikir akan menang? Peninju itu boleh membunuh bayi tersebut namun dia tidak akan berbuat demikian kerana sifat semulajadi bayi ialah tidak berdaya dan akan melembutkan hati si peninju. Inilah cara Allah dan inilah pesanan dalam Natal.
Namun kita selalu lambat dalam memahami hal ini. Kita mahu seorang mesias yang mempunyai kuasa tertinggi. Namun bukan hanya kita yang beranggapan seperti ini. Mesias yang sentiasa dinantikan oleh manusia selama berkurun lamanya, menjurus kepada Yesus dan Bethlehem yang sesungguhnya dilihat sebagai perwira manusia, paling gagah di dunia dan mengalahkan kuasa iblis dengan keperkasaannya.
Yohanes Pembaptis juga mempunyai jangkaan yang sama mengenai mesias. Dia menjangkakan mesias yang akan datang, hadir dengan segala kekuasaan. Dia menumpukan kepada hal-hal keadilan, pertobatan dan hidup kebaktian. Dia memberi amaran akan hari pengadilan yang bakal tiba dan menjangkakan kedatangan mesias yang ditunggu-tunggu seperti api yang ganas yang akan memisahkan mereka yang jahat dan baik. Dia menyangka mesias yang akan datang akan membakar yang jahat dengan keadilan yang datang dari Allah.
Apabila dia mendengar bahawa Yesus seorang yang murah hati malah menjemput orang ramai untuk berdoa bersama-Nya dan bukan menghalau mereka, Yohannes berasa keliru dan terkejut kerana mesias seperti ini bukanlah seperti yang dia gambarkan dalam pemikiran serta di dalam semua ceramahnya.
Sebab itu, dalam menjawab persoalan Yohanes, Yesus meminta Yohanes untuk menghindari sebarang rasa keliru dan terkejut. Yohannes tidak pernah menjangkakan bahawa mesias tersebut adalah seorang yang lembut, terbuka dan sentiasa berceramah tentang keamanan. Bagi Yohanes, dia mahu orang yang jahat di hukum, bukan diampuni. Namun, ketika dia melihat cara Yesus bekerja, dia memahami, menerima kebenaran yang kudus, mengundurkan diri secara rendah diri dan menunjukkan pada semua orang ke arah Yesus sambil berkata, “Dia harus ditinggikan dan saya mesti merendahkan diri. Saya tidak layak sekalipun untuk membukakan tali kasut-Nya!”
Kita juga terlalu lambat untuk memahami perkara ini. Seperti Yohannnes Pembaptis, kita tidak sabar mendapat kebenaran dan keadilan sehingga membuatkan kita menjangkakan kedatangan seorang mesias yang bersifat duniawi, mempunyai segala kebolehan dan perkasa, menghukum yang jahat dan memisahkan mereka dari orang yang baik.
Kita mahukan seorang mesias seperti yang terdapat dalam setiap wayang gambar Hollywood, di mana Mother Theresa berubah menjadi Slyvester Stallone atau Bruce Willis yang mampu mengalahkan mereka yang jahat dengan keganasan.
Namun, itu bukanlah cerita sebenar Natal dan keperkasaan sedemikian bukan juga kuasa yang dperlihatkan semasa Natal. Kisah sebenar ialah seorang bayi yang terbaring atas rumput kering di Bethlehem, tidak menghukum sesiapa pun.
Bayi hanya berbaring di situ, menantikan sesiapa sahaja sama ada yang jahat atau baik untuk datang kepadanya. Dia membiarkan sesiapa juga untuk melihat-Nya dan sesiapa yang melihat Bayi itu, merasakan tarikan di dalam hatinya dan cuba berusaha agar bayi itu tersenyum atau berkata sesuatu. Begitulah cara Allah ‘berjumpa’ dengan kita.
— Paderi Ron Rolheiser @ Hakcipta Terpelihara 1999-2008
Totalcare said…
bagi saya walaupun kami bukan islam, kami mempercayai Tuhan hanya satu, dan dunia ini diturunkan dengan pelbagai bentuk agama untuk kita semua memilih mana satu yang perlu kita ikut. kerana semua agama mengajar kita semua buat baik. Saya tidak nampak kenapa sebutan "Allah" didunia arab dan Indonesia telah digunakan dalam Kristian and Islam tidak ada apa-apa masalah. hanya diMalaysia menjadi begitu komplek sekali.
Anonymous said…
salam

Bukan perkataan Allah shj yg dituntut pihak Gereja, bahkan juga perkataan baitullah, kaabah dan solat turut menjadi tuntutan pihak gereja.

Apakah tujuan tuntutan tersebut kalau bukan untuk memesongkan pemahaman generasi muda yg amat kurang sukatan pelajaran agama Islam sekarang?!!

Apakah umat Islam perlu bersikap 'liberal' lagi dan apakah penentangan yang dibuat ini bukan jenisnya yang bernama mempertahankan aqidah???!!

Ini bukan lagi medan teori..kita berdepan dengan realiti tuntutan pihak gereja sekarang..

mz
Anonymous said…
Finally a Muslim who sees the truth in his God Allah.
Anonymous said…
Salam kpd YB dan pembaca!

Merujuk kpd komen Rozaimi, saya ingin memberi pendapat. Orang2 yg mempercayai selain Islam sudah tentu ingin memberi hujah/alasan untuk meyakinkan penganut mereka. Seorang Muslim juga punyai hujah2 untuk mematahkan hujah2 mereka kpd yg ingin mendengar kerana tiada paksaan dlm Islam.

Contoh seperti terbitan Herald. Bagaimana pula Allah (Pencipta) yg mencipta manusia 'lahir' menjadi sesuatu yg dicipta oleh Nya? Sudah tentu tidak logik! Allah melantik manusia2 (dikalang manusia2) iaitu Nabi2 dan Rasul2 untuk membimbing manusia kejalan benar.

Dgn itu, saya rasa yg penting kita memperkemaskan barisan umat Islam dan pastikan akidah anak2 Islam terjaga dari berbalah penggunaan nama Allah oleh agama lain.
shahirMarang said…
setuju..artikel Dr Maza sentiasa memberikan sesuatu yang bernas untuk sama sama kita fikirkan.
Anonymous said…
Salam,
SAya setuju pandangan Dr maza...Didalam konteks malaysia dalam melindungi akidah umat Islam jgn diturutkan hati yang terbuka sgt...Allah tetap milik org islam..

So,saya dah agak golongan Erdogan ni yang berpaksikan Anwar Ibrahim ni banyak sgt membuka ruang yg boleh membawa bibit2 kehancuran....sama ngan dasar kesamarataan yang diperjuangkan oleh Anwar...

Saya tabik Ustaz Azimuddin...Mananya HAdi Awang dalam memberi ulasan....Diam seribu bahasa...kalau dalam isu PPSMI bukan main hebat...panggil celaka...tapi golongan Kristian nak guna nama Allah diam seribu bahasa...

Isu ini telah membuka mata ramai pihak tentang PAS ni...Mereka mencanang hendak menegakkan ISlam di negara ini kononnya tapi ada segelintir pemimpinnya terlalu takut pada bukan ISlam sampai utk menerang hak Melayu Dan Islam begitu gentar sekali...
Anonymous said…
Pertama : Bukan kah ini masa dan peluang terbaik bagi mereka yang mengaku Islam untuk menerangkan makna "Allah" pada pandangan Islam daripada menghalang orang Kristian dan juga non Muslim yang lain yang telah mengunakan perkataan "Allah" sejak dari zaman Abu Lahab dan isterinya dan lain lain lagi yang sezaman denganya.Bukankah Rasullulah itu pendakwah yang tidak henti henti menyampaikan tentang kEsaan Allah.Tidak beliau menghalang kaumnya yang masih kufur mengunakan kalimah itu kerana pada pandangan saya selagi dan bila mana perkataan "ALLAH" itu disebut maka disitu peluang untuk berdakwah.
Kedua : Yang dok marah orang non muslim menyebut perkataan Allah itu sendiri pun kena cermin diri sendiri sejauh mana kefahaman mereka tentang " Allah " yang disembah. Masihkah lagi bertuhankan harta,takhta dan wanita ?
Bagi yang berkata penggunaan nama Allah di kalangan bukan Muslim boleh mempengaruhi orang Muslim kepada agama Kristian, silalah buktikan secara saintifik tuduhan tersebut. Berapa ramai orang Arab Muslim yang telah murtad hanya disebabkan penggunaan nama Allah di kalangan orang Arab Kristian?Kalau tidak ada, nyata kebimbangan tersebut tidak berasas langsung.

Isu penggunaan nama Allah ini telah lama dibahaskan dan sudah lama juga selesai. Cuma dalam iklim Malaysia ini, ia dianggap baru. Lama-kelamaan insya-Allah isu ini bukan lagi isu besar. Asalkan orang Muslim faham hukum serta hormat-menghormati anutan agama lain.
Anonymous said…
Pak Khalid.. you may want to read below too.. smg Allah menunjuk hidayah kpd kita semua!

http://tasekpauh.blogspot.com/2009/03/pengharaman-penggunaan-nama-allah-untuk.html
Unknown said…
Salam ziarah,blog yang menarik,semoga Allah istiqomah kita dalam apa juga urusan..jemput muzakarah di blog saya..dan sila add blog saya..tq
Abu Razeen 2 said…
buddha, kristian, yahudi, hindu hatta atheist semuanya makhluk. dan Allaah adalah Tuhan semesta alam termasuk mereka semua.

siapa kata Tuhan mereka bukan Allaah? masalah mereka syirik atau kufr atau sesat, itu hal yg perlu ditangani.

antara TGNA dan MAZA dgn golongan yg tak se'alim dan mungkin arab pun tak tahu utk menafsir al Qur'an dan memahami hadith...... sudah tentu sy pilih TGNA dan MAZA.
Abu Razeen 2 said…
antara TGNA dan MAZA berbanding dgn golongan yg tak se'alim dan setengah mrk yg tak fasih arab......siapalah mrk.
Anonymous said…
Salam kpd Abu Razeen,

Apahal dgn umat Islam Malaysia ni, isu nama Allah pun berbalah, nampak sangat ilmu tauhid pun goyang.
Saya lebih setuju nama Allah tidak dibenarkan utk puak Kristian atau Hindu atau Budha.

Hujahnya mudah, umat Islam bila sebut Allah, dlm hati kita iktikad keesaan Allah. Puak Kristian atau Hindu bila sebut Allah, mereka menyengutukan Allah.

Kristian nak org Islam sebut Allah ikut fahaman mereka sepertimana mereka dan masukkan nama 'Allah dalam lagu Agnes Monica bertajuk 'Allah Peduli'. Saya nak tanya cerdik pandai Islam, apa hukum pemuda-pemudi Islam turut menyanyikan lagu ini?

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.