Skip to main content

Retreat Exco Selangor Bersama Adun & Ahli Parlimen

Satu retreat telah diadakan pada 20 hingga 22 Februari 2009 di mana semua exco kerajaan Negeri Selangor diminta membentangkan program-program yang telah mereka laksanakan sepanjang 2008, serta pencapaian melalui program-program ini. Mereka juga telah diminta membentang perancangan untuk tahun 2009.

Selepas pembentangan itu, ADUN dan AP dibenarkan mengemukakan soalan dan juga cadangan. Teguran-teguran yang ikhlas dan terbuka telah dibenarkan dan semua menerima teguran dengan baik. Retreat ini merupakan retreat yang pertama dan ia bertujuan mewujudkan keselarasan pemikiran dan menentukan semua pihak tahu program-program yang sedang dan akan dijalankan. Sambil itu ia juga merupakan satu kaedah untuk mendapat feedback dan pandangan.

Retreat ini merupakan satu program yang baik dan akan diadakan secara berterusan. Memandangkan PR merupakan satu gabungan yang baru yang wujud hasil dari desakan suasana politik dan kehendak rakyat, maka program-program yang membina persefahaman adalah amat wajar. Untuk retreat kedua ada yang mencadangkan pembentangan wawasan parti masing-masing supaya kita akan saling memahami dasar yang diperjuangkan oleh setiap parti.

Saya telah dapat hadir bersama walaupun tidak dapat sepenuh masa, amat menyokong usaha sebegini. Semoga matlamatnya yang baik dan terpuji akan tercapai.

Comments

Ibnu_Ismail said…
Salam Pak Khalid,

Tahniah buat Selangor di atas kejayaan tersebut. Bangga jadi anak selangor. (^^,).

Saya juga nak buat cadangan, supaya PAS pun buat retreat lebih kerap. Tak kisah lah peringkat mana. Pimpinan, semua ADUN/MP dan sebagainya.

Jika Pak Khalid rasa program membina persefahaman dalam Selangor wajar, program membina persefahaman dan ''wihdatul fikr dan 'amal'' dalam Jemaah jauh lebih wajar.

Retreat PAS tu pn memerlukan semua ahlinya berlapang dada lah... Dengan rakan PR kita boleh berlembut sungguh, tapi dengan sahabat2 dalam jemaah kadang2 kita terlalu keras...

Cadangan saya je... WaLlahu a'lam.
Anonymous said…
Assalamualaikum Mr. Samad.

I'm glad to come by the blog site of the member of parliament of my place of residence , even though I am currently studying overseas. I wholly support Pakatan Rakyat's ideology of understanding and solving all problems faced by each ethnics as Malaysia's own problems as a whole. May you have a fruitful learning curve in the period of governance of your constituency. Walaikum salam.
Anonymous said…
Tahniah Pak Khalid di atas maklumat tersebut... Bagi kami penyokong, maklumat sedemikian amat bermanafaat. Sekurang2nya kami dapat paham bahawa ada usaha2 proaktif dari pihak pimpinan untuk merapatkan saf dan mengurangkan perbezaan.

Harapaanya setelah melalui retreat sebegini, para pimpinan negeri lebih memahami hati budi masing2 dan sama2 dapat bergerak sebagai satu pasukan.

Harap2 lepas ni tak ada lagi exco atau MP dari mana2 pihak meminta penjelasan dari pihak yg lain mengenai sesuatu hal melalui media kerajaan BN.

Syabas kepada pemimpin yang proaktif dan sayangkan kerajaan selangor sekarang...
Anonymous said…
YB,

Saya tak faham. Retreat 20-22 Feb. Begitu lama bersama. Takkan tak dapat bincang secara "hati ke hati". Hassan Ali keluarkan kenyataan pada 24 Feb, iaitu sehari sahaja selepas selesai retreat tu. Amat mengecewakan. Adakah semasa retreat itu Hassan Ali tidak 'bermesra' atau dia bermuka2? Kenyataan nya di malaysiakini hanya membuka pekong didadanya sendiri. Kemaruk sangat ke nak jadi MB?

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.