Skip to main content

Respon Pengunjung: PRK KT

Saya ingin mengambil kesempatan yang ada untuk cuba memberikan sedikit respon kepada berpuluh komen dan pendapat yang telah dapat kita kongsi bersama di dalam Menghadapi Kemenangan PRK Kuala Terengganu. Maaf agak panjang sedikit, kerana terpaksa copy dan paste komen-komen yang berkaitan agar dapat difahami isi kandungan respon di dalam konteks tersebut.

Al-Bakistani said...
ana sokong analisa ini...
pada ana, rajab Taib Erdogan seorang ahli politik yang bertindak menterjemahkan siyasah syariyyah di turki dengan tepat...
ada sesuatu yang wajib kita belajar dari beliau...
Ana setuju dengan kenyataan tuan.

alfateh said...
assalamulaikum YB,
saya menyukai artikel ini,ia telus mengatakan kelemahan PAS.
bagi yang sensitif, mungkin agak sukar menerimanya.
tapi bagi saya, berkata benar walau pun pahit adalah jalan terbaik untuk kita muhasabah kesilapan diri kita.
jazakallah.
Terima kasih. Semoga melalui muhasabah ini dapat membantu ke arah keberkesanan PAS yang lebih lagi pada masa yang akan datang.

abdrahim kassim said...
YB,
Inilah penyakit besar yang ada dalam PAS terutama bagi bahagian akhir tulisan YB.
YB tahu, saya tahu dan ramai lagi yang tahu siapa kalangan pemimpin PAS yang berperangai seperti YB sebutkan itu.
Bagi saya kehadiran mereka itu dalam pas tidak lebih sebagai agen (dibayar atau tidak dibayar)imperialis yang mahu menggagalkan gerakan Islam.
Benar kata YB, sejak tahun 80an mereka ini dilihat cuba menimbulkan konflik dalaman PAS bagi menimbulkan kecurigaan sesama ahli.
Samada mereka ini merancang atau tidak, dibayar atau tidak, yang jelasnya PAS berhadapan konfik yang ditimbulkan.
Sebab itu dari awal saya menyatakan, usaha YB ini bagus untuk membersihkan PAS dari susupan pengaruh-pengaruh negatif ini.
Terima kasih. Kita usahakan bersama supaya segala unsur negatif dapat dibasmi dari jemaah yang sama-sama kita sayangi ini.

ahli PAS said...
assalamualaikum YB
ana setuju pandangan ni. dan muhasabah ni tapi jgnlah tulis dalam ni, sebab ia berkaitan dengan masalah dalaman.
YB ada kapasiti sebagai YDP kawasan Shah Alam, YB ada Kapasiti sebagai ajk Lajnah Politik PAS Pusat.kenapa YB tak salurkan melalui saluran tersebut.
YB memang hebat..tapi tolong jaga benda2 dan lobang2 yang boleh mendedahkan serangan musuh..
contohnya...tidak pelik selepas ini media akan mainkan isu erdogan ini betul.. sedangkan di dalam kenyataan pimpinan sebelum ini ia di nafikan.
malah YB husam sendiri menafikan..
ana cuma ahli PAS biasa..
Terima kasih atas teguran tuan. Saya komen di sini supaya ahli kita tidak terpengaruh dengan isu-isu yang ditonjolkan. Kalau cakap dikalangan pimpinan sahaja apa gunanya? Kita kena lawan pengaruh negatif ini dikalangan ahli2 biasa kita.
Kedua, tiada yang saya sebut yang tidak sudah diketahui umum. Isu ‘Erdogan’ sehingga disebut oleh Jamaluddin jarjis dalam parlimen! Saya lebih setuju dengan sikap Rahim di atas dan juga zaydelkhair dan kotakata dalam soal ini. Wallahu’alam

zaydelkhair said...
1.saya fikir kelemahan2 ini adalah 'rahsia' dalam pengetahuan umum. pula ia bersifat terdedah kepada kepentingan umum kerana berlaku di peringkat tinggi spt pelantikan isteri, penutupan tadika kemas, penggunaan biaya zakat. justeru ia adalah kesilapan yg berlaku secara 'terang' dan perlu dipernyatakan secara terang juga kerana ia berkepentingan umum, sebagaimana kata imam Ghazzali tentang pembaikian kesilapan "al-'alaaniyyatu bil'alaaniyyati, wassirru bissirri".
SETUJU.

2. tentang isu erdogan, ia adalah pengalaman dakwah gerakan islam yg berlaku dalam masyarakat yg berbeza, tetapi perlu dimanfaatkan. PAS mesti berusaha memastikan bahawa perbezaan pandangan tentang manhaj dan metodologi dakwah di Malaysia tidak perlu sampai ke tahap "pembahagian@perpecahan" spt yg berlaku pada AKP dan Sa'adet.
SETUJU juga. Lagipun, kita kena akui, mereka lebih kenal waqi’ yang terpaksa mereka hadapi. Janganlah kita terlalu angkuh sehingga menganggap kaedah mereka tak betul,kaedah kita sahaja yang betul.

3. pernyataan komen "sebagai agen imperialis" berbunyi begitu melukakan bagi sahabat dlm dakwah. barangkaliada perkataan lain lebih sesuai kot.
Setuju juga. Mungkin Saudara Abd Rahim pernah menjadi mangsa serangan sebegini dan oleh itu merasa marah sehingga mengeluarkan kata-kata begitu. Namun, biar kita bermuhasabah dan khusnuzzan terhadap sahabat2 kita.


Abu Razeen 2 said...
1. Pas perlu analisa kenapa 30252 makhluk masih undi umno dan bn yg makin terserlah zalim. zalim dari sudut aqidah( tolak hudud), dari segi ekonomi ( perompak berlesen khazanah negara ) dan sosial (ISA, tindas negeri2 pr) dll. Sbg du'at kpd mad'u, persoalan ini mesti dikaji.
Sbg parti politik kpd voters, isu ini perlu dirungkai bagi hadapi pru akan dtg.
SETUJU. Itu di antara yang diusahakan melalui analisa saya. Di antara sebab mereka masih undi BN ialah kerana pengalaman mereka semasa PAS memerintah dulu. Dan inilah sebabnya ianya merupakan senjata BN. Sekiranya ada keterlanjuran, dan kita mesti ikhlas dalam soal ini, leih baik mengaku. Kalau tidak dan hanya propaganda BN, maka bersedia dengan penjelasan yang lebih efektif memandangkan ianya akan diulang lagi pada PRU ke 13.
2. utk mengundi, saluran perlu betul. utk perbetul jemaah, perlu ikut saluran. sy setuju dgn ahli Pas , masalah dalaman parti perlu diselesaikan dgn cara lebih adil (dgn bukti), dan lebih bijaksana dan elak beri bullet pd umno dan media jelek mrk. (lihat teguran sy dlm blog al bakistani dlm isu dr Hasan Ali).
Contoh bila bro. sebut Pas T'ganu dgn indirect insinuation ia jadi bahan spekulasi yg tak sihat dan sebenarnya untungkan puak2 yg suka melabel ini yg sy sendiri pun tak faham .......mrk ini tak pernah baca surah al hujuraat ke?
So, sy rasa rujukan bro. kpd Pas T'ganu perlu lebih adil dan berfakta. Dan paling baik, klu pun ada kes, bentang dan bincang secara ukhuwwah islamiyyah dlm mesyuarat parti.
klu bro. tak suka cara geng anti erdogan ini berperangai, pls don't fall in their trap and become just like them.
Terima kasih atas teguran tetapi saya cuba mengemukakan analisis yang objektif dan adil. Saya tidak menuduh atau mencaci mana-mana pihak hanya mengemukakan apa yang saya lihat sebagai kelemahan. Kalau setuju boleh terima, kalau tidak lupakan sahaja.

shahirMarang said...
bravo YB..satu analisis dan pendapat yang bagus dan bernas untuk sama2 kita fikirkan...memang tidak dapat dinafikan banyak isu berlaku semasa zaman pemerintahan PAS 1999-2004. Kebanyakkan isu2 ini telah memburukkan nama PAS itu sendiri..Saya percaya post mortem yang mengakui kesilapan sendiri boleh membantu menaikkan semula PAS di terengganu.
Terima kasih.

Cenangau said...
Saya jugak sebagai ahli parti tetapi ingin memperjuangkan 'kebebasan memberi pendapat' dalam PAS.
Pada saya jika PAS ingin mendapat tempat di arus perdana, PAS perlu bertindak sebagai parti arus perdana.
Perkara yang penting yang perlu dibuat pada saya ialah PAS perlu menyuburkan budaya memberi pendapat secara terbuka dan bebas.
Pada saya tidak ada apa yang perlu ditakutkan jika masalah dalaman diketahui umum, kerana jika sudah menjadi isu maka semestinya jalan penyelesian dan tindakan SEGERA perlu diambil. Jika masalah selesai dengan sendirinya nama buruk boleh terpadam.
Cumanya masalah utama dsini adalah saluran penerangan. PAS perlu memikirkan satu kaedah dnamik untuk menyelesaikan kemelut ini. PAS tidak lagi boleh bergantung kepada kaedah ceramah umum semata-mata dalam menyalurkan maklumat. Kaedah yang lebih berkesan perlu dicari untuk memastikan semua maklumat sapai kepada semua.
Setuju dengan apa yang tuan telah nyatakan di atas dan perkara ini sedang diusahakan melalui kerajaan2 negeri yang ada di bawah PR.

kotakata said...
senang sekali membaca analisis ini. tapi saya menjangkakan wabak denial syndrome akan terus menebal. Kita harap tidak.
saya masih berpegang bahawa di alam politik, kebaikan dan ilmu yang banyak masih tidak mencukupi. selebihnya dan yang utama adalah kelincahan bertindak. dah nama ahli politik, maka kena lincahlah berpolitik. ada gagasan yang berlangkah2 lebih jauh (saya terkenang almarhum ust fadzil...) Saya rasa seluruh pimpinan PAS merinduinya.
ketiga - menganggap bahawa bantuan orang luar kurang penting adalah kesilapan besar di kuala terengganu. banyak rungutan didengar daripada rombongan luar. tak percaya? ya, itulah denial syndrome yang saya katakan tadi. No komen. Sensitif.
akhirnya, hujah bahawa 'teguran mesti melalui saluran yang betul' adalah skrip umno/bn dalam usaha menguruskan krisis sesama sendiri. takkan nak tiru kot? Sangat2 SETUJU. Saya pun tak tahu dari mana ‘dasar’ ini diambil. Rahsia parti satu hal. Tetapi kelemahan perlu didedahkan supaya tindakan segera diambil untuk mengatasinya.

Anonymous said...
Satu pandangan buruk lagi dengki....saya ingatkan Khalid seorang yang di anggap sebagai pemimpin oleh orang bawahan bersikap pandai menilai serta menyelidiki dahulu segala apa yang berlaku.
Rupanya Khalid mempunyai pandangan seperti UMNO terhadap PAS di Terengganu, mempercayai 100% apa yang di dakyahkan oleh UMNO lantas menuding jari kepada pimpinan PAS di Trg dengan meletakkan mereka di kandang yang salah dan di paksa meminta maaf kepada apa yang mereka tidak lakukan.
Halau pelajar TADIKA! Apa kamu khalid pernah bertanya kepada pimpinan PAS Trg cerita sebenar?!! apa yang perlu PAS minta maaf, apabila KEMAS hanya memindahkan pelajarnya ke BANGUNAN LAIN YANG TELAH SIAP DI BINA dengan memaksa budak-budak tadika menjunjung kerusi pada pukul 12 tengahari...PAS terengganu kena minta maaf ke? mu ni khalid kalau nak gila-gila la sorang diri jangan dok babitkan orang lain.
Saya dah sebut, kalau tak betul perlu diperjelaskan. Ini di antara isu2 utama UMNO yang mereka akan ulang dan ulang lagi. Malahan isu tadika KEMAS dalam Parlimen pun disebut oleh YB Hulu Terengganu (BN) sebelum ini. Semua diam. Saya ada bertanya pimpinan pusat tentang isu ini dan maaf ya, tetapi mereka diam sahaja. Saya rasa dari penglaman inilah Selangor dan Perak begitu sensitif berhubung tadika KEMAS sehingga membuat penafian segera apabila dituduh melakukan tindakan menutup tadika KEMAS.
Syed Azman kerja keras...jangan sembunyikan bangkai gajah dengan daun keladi...malu ke orang...aku sejak 24 Disember 2008 sehingga 17 Januari 2009 bertugas di dun Batu Buruk jangan ke tubuh batang hidung budak Syed Tu pun tak nampak...aku hadir mesyuarat DUN Batu Buruk...pun tak ada...aku hadir mesyuarat JPN Negeri pun tak ada...kerja kat mana? KL...dah la jangan dok berlagak
Sila lihat komen PAS Kota Stak dalam soal ini.

Anonymous said...
Bukan masalah tak leh tegur..bro..tapi kalau dah wakil Rakyat PAS dok terikut dengan fitnah UMNO tanpa soal siasat..kemudian dok kata PAS Terengganu tak buat apa...kenapa tak sebut counter yang PAS Terengganu Buat?? Itu bukan isunya bro. Isunya benda yang kurang manis yang dilakukan...ni pasti ada niat jahat..Niat saya ialah untuk memberi teguran. Kalau dianggap berniat jahat, terpulang. Namun, hakikatnya isu sama akan terus diungkit oleh BN.sekarang sapa yang tak leh di tegur?? ingat jadi MP kawasan elit macam Shah Alam tu bagus sangat, belajar la reti nilai politik orang, jangan dok rasa pandai sangat...asal komen kamu tak perlekeh PAS terengganu tak leh ke...menang pun perlekeh lagi...kalau kalah baru ni SAH aku jamin khalid suruh Presiden letak jawatan....Hmm. Dari mana pula datang andaian ini?
lepas ni suruh la juak-juak balas reply aku ni. Maaf, saya tiada juak2.
bukan takut kalau takt kau tu..send la no fonkau ikut emai aku tu..nak tahu.
Inilah mungkin contoh orang yang tak biasa ditegur. Buruk sangka nombor satu. Saya kemukakan analisa saya. Kalau tak setuju takpe tapi tak perlulah buat tuduhan ini dan itu.

Anonymous said...
salam,
1. sedih dan malu lak tengok adab dan disiplin pemimpin gerakan yang mengaku memperjuangkan Islam macam ni.. dari tulisan tu kita dah boleh baca sikap dan pendirian pak khalid.. malu rasanya. Mengapa? Buat statement tanpa memberi penjelasan manalah orang lain nak faham apa yang tuan maksudkan?
pd awalnya nampak mmg mcm satu analisa yang ikhlas dan jujur tp akhirnya pak khalid terperangkap dgn ayat sendiri.. sedih lak. Di mana?
2. Konsep "Qulil haqq walau kana murran" tu mmg betul, tp nampak gayanya Pak Khalid kurang bijak dari sudut aplikasi.. level pimpinan pusat dah ni!
Maaf, tak faham.
"Mungkinkah punca kpd semua ni adalah kerana PAS dah terlebih sgt fokus kpd politik dari dakwah dan tarbiah sekarang ni?"
Lagi tak faham. Politik itu adalah dakwah dan tarbiyyah.

Petugas PAS Kota Stak said...
salam,
Patutlah pak Khalid kebelakangan ni banyak tulis dalam BI sebab bila tulis dalam BM, ada jer yg tak faham.
Pak Khalid sebut, isu2 yg digunakan oleh BN yg terbukti berkesan pada 2004 dan 2008, Isu2 ini akan terus digunakan mereka pada PRU13.
Alhamdulillah….ada juga yang faham mesej saya!

Pak Khalid sebut "Dalam menangani isu pertama, yang pasti akan tetap menjadi senjata BN menjelang PRU ke-13, mungkin PAS Terengganu perlu mengakui kesilapan dan keterlanjuran sekiranya telah berlaku kesilapan dan keterlanjuran ini."
Point Pak Khalid ialah- PAS mesti berani mengakui kesilapan sekiranya telah berlaku kesilapan. Kalau tidak silap maka isu tu perlu diperjelaskan. Ini telah dinyatakan dalam tulisan beliau seperti berikut:
"seperti isu-isu yang ditonjolkan melalui buku kecil BN perlu diperjelaskan. Mungkin ada yang akan berkata, “telahpun dijelaskan!”. Namun, yang jelas bahawa penjelasan yang telahpun dibuat tidak memadai, maka kena jelaskan lagi."
Ini lah masalah orang sensitif. Saya rasa banyak teguran yg berguna yg telah disampaikan. Hanya nak dengar atau tidak. Seperti cadangan mengadakan program tahun baru cina.
Satu lagi yg saya pelik, anon aku907@yahoo.com kata dia berada dari 24 Disember 2008 hingga 17 Jan 2009 di KT dan tak nampak "budak Syed tu". Tidok ke? Memenag sah tidok! Hari pengistiharan calon satu Malaysia nampak dia hadir. Hari penamaan calon dia berada disisi Wahid Endut. Program Pak kahlid pun yg hanya dari 13-15 Jan beliau sempat berceramah dengan "budak Syed tu" di Kubang Ikan.
Bila perasaan benci menguasai seseorang, penialaiannya kabur dan tidak adil.
Kalau tak boleh terima teguran dan nasihat, pegi lah baca blog lain yg hanya memuji2 sehingga tenggelam dgn pujian....
Alhamdulillah….jelas sangat anda faham mesej saya. Pening juga saya bila baca komen2 Anon sebelum ini.

ahli PAS said...
YB ana pun cadang dedahkan terus kat TV3.TV2..ke Astro Awani atau RTM..
Tak payah, depa dah tahu dah dari blog2 yang lain sebelum dari blog saya.
mesti TV2 ni bagi laluan..tajuknya "Diskusi Kelemahan-kelemahan PAS dalam PRK Kuala Terengganu..Kita belajar dari kelemahan kita insyaAllah.
baru lah betul2 terbuka.. PAS kan parti yang sangat terbukaaaaa.
apa barang main dalam internet jerrr..
Lepas ni baru UMNO mudah nak hemtam PAS. Dah lama dah depa duk hentam!

Ahli PAS said...
YB,
Ana dah lama nak cakap. Kali ni ana mesti cakap jugak.
YB, tak payah lah nak susah payah menegur atau mencadangkan apa2 pada diorang ni. Biarkanlah saja mereka dengan fahaman mereka.
Orang Cina tak mengundi PAS pada PRK KT pada kali ini. Walaupun setelah DAP dan PKR berusaha bersungguh2.
Nanti PRU13, PR menang di negeri2 lain, Terengganu takkan nak tengok jer! Nanti nak gabung dengan UMNO pulak...
parah, parah...
No komen.

Anonymous said...
Salam. Kalau tak leh label kumpulan Erdogen, ngape duk ulang label PAS Trg tak habis-habis. Nak juzukkan PAS ikut negeri2 pulak ke atau memang anti ke Presiden yang kbtulan orang Trg..
PAS Terengganu satu entiti yang wujud. Memang ada. Dan masalah Terengganu berbeza dari masalah negeri2 lain yang juga berbeza di antara satu sama lain. Saya beri komen PR kecil KT. KT bawah PAS Terengganu bukan? Atau bawah PAS Kelate? Kalau KT bawah PAS Kelate, maka komen2 saya yang sama akan saya kemukakan untuk perhatian PAS Kelate. Tetapi KT bawah PAS Terengganu. Kenalah saya buat analisa yang melibatkan PAS Terengganu. Atau gwane?
Kumpulan Erdogan ana tak tahu, wujud ke? Ada didaftarkan mana2?

ahli pas said...
YB...saya bukanlah hebat tahap Ir macam YB.tahap YDP PAS Shah Alam mcm YB.tahap ahli lajnah politik pas pusat mcm YB..
tapi saya rasa YB ni pening sebab dah memerintah kerajaan kot.. tak tau nk beza antara kerajaan negeri dengan Jamaah..
saya setuju dalam kerajaan negeri kita perlu telus, supaya rakyat nampak apa yg kita buat...supaya rakyat tahu menilai pemimpin mereka..
tapi dalam Jamaah ada benda yg perlu telus dan dirahsiakan...bukan main semborono je..
Isu mana yang tak patut didedahkan? Yang sekiranya didedahkan maka musnah jemaah Islam kita ini? Harap nyatakan dengan jelas.
ataupun saya YB ni dah ketagih main blog...tu yg main masuk je dalam blog..nak popular supaya orang nak angkat YB..YB dalam Jamaah PAS ni kalu teringin sangat ke popular nak jawatan insyaAllah tak lama.. Rasanya saya dah lama dah dan insyaAllah akan terus lama lagi. Kita semua duk sibuk nak tarik orang masuk PAS, ada juga yang nak halau keluar PAS?..paling kurang masuk PKR pas ni..paling teruk masuk MIC...
dalam PRK Kuala Terengganu dah terbukti..org yg nak sgt ke Jawatan akan tak dapat..last2 org yg x nk terpilih..menang pulak tu..Alhamdulillah.
YB...insaflah sebelum terlambat. InsyaAllah.

Khalid al-Jundi said...
Saya bersetuju dengan al-Bakistani. Pemikiran dan strategi Erdogan harus diteliti dan dikaji. Setuju.
Anyway, apa salahnya dalam merangka strategi ke putrajaya dengan menggunapakai strategi dan pendekatan Erdogan? Tiada salah.
Apa salahnya pendekatan itu dan kumpulan yang menggunapakai pendekatan itu dipanggil kumpulan erdogan? Tidak perlu kerana bukan semuanya kena ikut cara Erdogan. Dia dalam suasana lain, kita suasan lain. Kita kena sesuaikan dan kita ceduk dari pengalaman semua pihak.
Marilah sama2 kitra "Merangka strategi ke Putrajaya!"

Anonymous said...
Pak Khalid ni nampak macam sour grape ...kalau boleh agaknya dia nak Hj wahid kalah supaya dapat ditempelaknya Tn Guru Presiden dan Pas trengganu sekuat-kuatnya.
Astaghfirullah. Tak takut ke kamu wahai anon, membuat tuduhan2 seperti ini?
tapi kan..kita merancang, dan Allah juga merancang. Perancangan Allah lah yang sebaik-baiknya. Alhamdulillah. Tetapi seperti peperangan Hunayn, walaupun menang tak bererti tiada kelemahan….

granddaddy said...
Maafkan saya kalau saya komen dalam Bahasa Inggeris.
I write as a friend of PAS.
On balance, I think PAS did very well to defeat UMNO despite all the money, projects, threats, machinery and media advantage. PAS deserve to be proud of their achievement and DAP and PKR are, I am sure, very happy with PAS's success.
It is good that weaknesses are highlighted in the open so that we are also aware and can make adjustments to accommodate PAS's special situation.
Regarding the Chinese voters, we were very surprised that BN still managed to hold on to them. From our daily rounds in Kg Cina, we thought that PAS would have got at least 70%. It will be interesting to study who are the voters during the last one hour to see whether we can get some answers from there.
Erdogan label: To us, this is not important. We judge on the basis of actions, not words.
Overall, good article. It is important that proper lessons are drawn to prepare for the next general elections.
pywong
Thank You Mr. Wong for taking the time to read and comment.

Pelajar_Kursk said...
Salam kpd semua,
Mungkin kita semakin lupa basic seorang hamba, istighfar. InsyAllh akan diberi ketenangan. Bila dah tenang, insyAllh tahap pembacaan kita terhadap sesbuah penulisan akan lebih objektif dan jauh dari emosi. Islam itu amat luas nikmatnya. Keluasan Islam itu seharusnya menjadi 'sifat' kepada sahabt-sahabat yang memberi komen agar lebih terbuka minda dalam menerima teguran. jika benar harap diperbetul, jika tidak, harapannya menjadi sempadan agar tidak berlaku. PAS wujud atas kesedaran ilmu, maka seharusnya ahli2nya juga bernada ilmuan. Norma alam, lebih berilmu, lebih tunduk kebumi ibarat si padi di petak2 sawah. Emosi tidak pernah menjadi perkara pertama yang diangkat dalam bermuzakkarah. MUHASABAH, PAS parti Islam. Dalam Islam penuh adab sopan. Erdogan atau tidak, tidak menghalalkan kita MENGHAKIM, kerana kita ini jauh sangat dr sifat 'hakim'nya. Yang baik, kita ambil. Jika buruk jangan dibuang tanpa kita ambil iktibar. Keyword, MUHASABAH.

Wallahua'lam. SETUJU. Terima kasih atas nasihat tuan.

wan said...
YB khalid cukup perihatin dengan sesama jemaah. Saya puji sikap beliau yang sanggup menegur sesama jemaah, saya yakin niatnya kerana Allah.
Tapi satu sahaja perkara yang asyik tak kena. Yb khalid sentiasa menegur perkara yang hampir sama isunya, sedangkan pihak Pas terengganu telahpun menjawab dan menafikan beberapa dakwaan YB Khalid yang bagi mereka tidak setepat yang dalam sangkaan YB.
Lepas ni masih nak menegur isu sama ker?
Maaf, isu mana satu yang tuan maksudkan yang PAS Terengganu telah jawab? Saya tak terima pun apa2 feedback dari PAS Terengganu. Dan apakah dakwaan yang saya buat yang tak betul? Bahawa BN serang berdasarkan isu2 yang saya sebut? Bahawa undi Cina tidak diperolehi? Bahawa jentera perlu dipertingkatkan atau ada masalah dalaman yang perlu di atasi?
Satu perkara, YB Khalid ada betulka dapat sumber yang sahih tentang pihak Pas terengganu yang asyik mengkelaskan kumpulan erdogan tak erdogan tu?
Di mana yang saya nyatakan PAS Terengganu asyik mengkelaskan kumpulan Erdogan tak Erdogan itu? Saya hanya nyatakan dalam PR kecil KT, isu “golongan Erdogan tak turun” kedengaran. Saya tak kata ianya dilakukan PAS Terengganu. Anta salah baca artikel kut atau anta ada maklumat yang membuktikan PAS Terengganu berbuat demikian?
Pasal Pas terengganu tak mesyuarat sekali dengan Pas Selangorkan? Haa? Maaf tak faham.

Encik fundamentalis said...
Salam,
Bunyi keciwa je Pak Khalid, orang lain biasanya menghadapi kekalahan, bukan menghadapi kemenangan.
Tak perlu komen.

Anonymous said...
Salaam Semua,

Nampaknya benda yang sama cuba ditonjolkan ole YB Khalid. Saya harap YB Khalid tak cepat buat conclusion. Sinario politik Shah Alam dan Trengganu berbeza. Kita berhujah dan bimbang bilamana dikatakan undi Cina merosot TETAPI tidakkah kita bersyukur apabila undi Melayu Islam meningkat di KT disebalik peratusan keluar mengundi yang rendah dan menang dengan majoriti 2631 ! Apa yang kita kejar. Undi Melayu Islam atau Undi Cina ? Kena letakkan priority. Pandangan saya ialah adalah lebih baik Undi Melayu meningkat daripada Undi Cina meningkat kerana Undi Cina adalah sokongan sementara dan berdasarkan sentimen dan kepentingan (minta maaf)Nampaknya orang Melayu Islam telah mula sedar yang UMNO bukan lagi tempat mereka untuk bertenduh. Ada sesiapa mengikuti Astro 502 pada mlm hari keputusan PRU KT diumumkan ? Rata-rata orang pemanggil melayu menyatakan kesangsian dengan UMNO. Adakah ini perkembangan yang tidak baik pada PAS. Saya berharap juga YB bukan sekadar mengharap sokongan orang Cina dan India di Shah Alam.
Kita harapkan sokongan dari semua kerana kita bukan parti Melayu. Orang akan sokong kita kalau mereka melihat Islam itu adil walaupun mereka bukan Melayu.

Anonymous said...
SAlam,
SAya amat tertarik dgn pandangan ramai didalam ini.Rata2 bersetuju dgn pendekatan dakwah atau penerangan daripada pendekatan menyerang/menghukum yang banyak digunakan oleh ramai ahli biasa PAS (yang mungkin tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berbicara tentang hukum hakam).
Sekiranya diteliti,PRK kuala Terengganu telah membuka mata kepada golongan keras PAS ini tentang kejayaan kaedah lembut dan tidak ekstrem untuk menarik undi org melayu. Sehingga saya ada mendengar cerita ada penyokong UMNO yang kuat mengundi calon PAS di Batu Burok.
Ini perlu dijadikan iktibar kepada pimpinan PAS.
Soal undi masyarakat CIna.Saya amat setuju dgn reply Anonymous yang terakhir.Kita tidak boleh bergantung harap kepada mereka ini.
Saya setuju dengan apa yang disebut di atas tetapi kita ingin melihat sokongan berbilang kaum kepada PAS kerana kita nak perintah Malaysia satu hari kelak. Kita tidak boleh mencapai matlamat ini sekiranya sokongan kita terhad hanya kepada orang Melayu. Ini hakikat politik Malaysia, mungkin bukan politik Terengganu. Sekiranya kita benar2 membawa mesej keadilan Islam, Cina dan India akan menyokong kita.

Asrul Faizin said...
Sekadar melontarkan pandangan peribadi. Pada saya, Pas bukan saja perlu meningkatkan sokongan orang Melayu Muslim pada mereka bahkan perlu memperkuatkan sokongan bukan Melayu dan bukan Muslim.
SETUJU. Anda memahami perjuangan Islam dan tidak dikaburi ajaran sesat “Melayu itu Islam, Islam itu Melayu”.
Firman Allah s.w.t. mafhumnya, "Tidak Kami utus kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat buat sekalian alam." Titik tolak dari ayat ini dapat kita faham bahawa Islam itu bersifat universal. Ianya bersifat inklusif dan tidak eksklusif.
Bagaimana dapat ditonjolkan keindahan Islam jika umatnya sekadar menjadi juara kepada isu yang melibatkan Muslim sahaja? Kaum bukan Muslim sudah tentu akan berasa terpinggir dan ini sudah tentu akan membawa mereka lebih jauh kepada Islam. Bagi mereka, Islam bukanlah agama yang indah sama ada untuk dianuti ataupun untuk dipayungi.
Oleh itu saya berasakan perlunya sokongan bukan Muslim ditarik melalui sifat kesejagatan Islam. Tugas berat ini, mahu atau tak, perlu dipikul oleh Pas. Pas satu-satunya parti yang memperjuangkan kesyumulan Islam di negara ini perlu sedar bahawa bumi Allah ini bukan untuk orang Muslim sahaja bahkan turut dikongsi bersama orang bukan Muslim.
Keluarlah dari kepompong politik lama Pas yang jumud dulu.Tonjolkan kekuatan Pas melalui keuniversalan dan kesejagatan Islam. TAKBIR!


Akhirnya, kepada komen-komen yang tidak saya berikan respon, terima kasih dan saya amat menghargai pendapat tuan-tuan semua. Ingin juga saya sarankan kepada para pengunjung agar mendaftar kepada akaun Google bagi memudahkan diskusi kita di masa akan datang.
WalLahu 'Alam

Comments

Anonymous said…
YB khalid, cukuplah satu perkara sahaja contohnya perkara mengenai tabika kemas yang selalu YB ulang nasihat tu. Memang nasihat YB tu bagus.

Memang YB tak nampak feedback, tapi rajinlah lawat laman web sahabat lain walaupun agak berbeza sedikit prinsip mereka. Insya Allah jumpa kut.

Takkan tak perasan yang TV3 dah serang semua negeri bab tabika kemas tu sekarang ni, alik-alik cerita sama sedangkan pihak PR dah jawab dengan baik. Patutnya fahamlah situasi permainan musuh dan apa yang pihak sahabat sudah buat.

Saya nampak YB mengyulitkan keadaan. Tapi tak hairanlah sebab YB khalid tak akan ditegur kalau PR gagal di selangor.

Malah memberi peluang untuk kita menunding Pas Selangorlah pulak yer.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.