Skip to main content

Pasukan Tarian Singa KP PAS Shah Alam

Pada 6 Feb 2009 bertempat di Taman Berkeley, Klang satu program perasmian pasukan tarian singa Kelab Penyokong PAS Taman Berkeley telah dianjurkan oleh kelab penyokong PAS dibawah Lujnah Perpaduan PAS Kawasan Shah Alam. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan seperti YB Khalid Abd Samad - Ahli Parlimen Shah Alam, YB Dato Kamaruddin Jaafar - Setiausaha Agung PAS Pusat, YB Tian Chua ketua Penerangan PKR, YB Yaakob Sapari EXCO/ADUN Kota Anggerik, YB Rodziah Ismail EXCO/ADUN Batu Tiga, ahli Kelab Penyokong PAS Kawasan Shah Alam serta penduduk Taman Berkeley. Ini merupakan satu lagi usaha pendekatan 'PAS for All' yang membuktikan keterbukaan PAS bukan sekadar retorik dan adalah jelas penerimaan baik oleh masyarakat bukan Melayu terhadap usaha sebegini.



Pasukan ini akan beraksi dalam program-program masyarakat Cina di seluruh negara apabila mencapai kemahiran yang mencukupi kelak. Mereka sekarang ini sedang dilatih oleh seorang sifu khas dari bandar Klang. Pasukan Tarian Singa ini ditaja bersama oleh MP Shah Alam dan penduduk Taman Berkeley.

Nantikan kemunculan mereka di tempat anda!

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Hasbullah Pit said…
Bagaimana pula Pasukan Kompang?
Di bawah kelab penyokong PAS atau Pemuda PAS?
Warga Mas Shah Alam said…
Dah ada dah...

Lama dah...

Hampir famous pun...

Tempahan bertalu-talu...

Di beberapa cawangan PAS Shah Alam.
singamaraja said…
Auuum !

Awas ! perompak dari UMNO dan BN

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempur…

Dilema ADUN PAS Selangor

Kebelakangan ini kita membaca ide yang agak kontroversi dikemukakan berhubung kedudukan para ADUN PAS di negeri Selangor. Ide kontroversi ini mencadangkan supaya mereka melompat keluar PAS dan menyertai Keadilan dan seterusnya bertanding kembali kerusi mereka sebagai incumbent atau penyandang tetapi atas tiket Keadilan. Saya yakin ADUN PAS ini sedang dalam sedikit dilema mengenai cadangan ini.