Skip to main content

DS Nizar boneka DAP?

Tidak habis-habis BN dengan fitnah dan pembohongan mereka. DS Nizar kata mereka boneka DAP. Cina diberi tanah. Cina mengaut keuntungan dibawah DS Nizar.

Tanah yang diberi kepada sekolah Cina turut diberi kepada sekolah agama. BN hanya cerita apa yang masyarakat Cina dapat kerana ingin timbulkan semangat perkauman yang tidak tentu punca. Mereka tak cerita tanah yang diberi kepada sekolah agama. Sama luas. Sama status.

Begitu juga dengan tanah Bandar baru yang diberi geran. Orang Cina yang dapat kata pihak BN. Yang peliknya, tidak pula disebut hal tanah Kampung tersusun yang juga diberi geran. Orang Melayu pula yang mendapatnya. Jauh lebih ramai.

Sudah pasti juga tidak diceritakan ialah soal kenaikan gaji guru-guru agama sekolah KAFA. Dulu hanya kerajaan Pusat beri gaji RM 600. Kerajaan BN Negeri Perak beri ZERO. Kerajaan PR Negeri Perak kemudiannya memberi RM150 selepas kemenangan di Perak Tetapi, menurut Zahid Hamidi pula di dalam Parlimen,” RM 600 lebih besar dari RM 150”! Betul Yob tapi kita banding RM 150 dengan ZERO bukan dengan RM 600. Kalau PR memerintah di peringkat Pusat kita boleh pula usaha bagi RM 1,000! RM1,000 lebih dari RM 600! Baru betul perbandingannya.

Alkisah tersebut juga betapa seorang bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak, bertahun-tahun memohon tanah untuk sekolah agamanya. Ditolak setiap kali. Bukan beribu ekar yang dipohonnya, tetapi hanya 15 ekar supaya anak-anak muridnya dapat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil untuk sekolah pondoknya. Si Tajol menolak dan terus menolak. Jatuhnya BN di Perak. Permohonannya diluluskan. Harap-harap telah sempat diwartakan sebelum juak-juak UMNO ni kembali berkuasa. Mereka hanya meluluskan untuk mereka sahaja!

WaLlahu 'Alam

Comments

Anonymous said…
Salam,

Seperti pernah dijelaskan sebelum ini..Kalau benarlah apa yang diperkatakan,tunjukkan bukti yang tanah 999 tahun juga diberikan kepada org Islam kita...

Keduanya,saya pelik bagaimana PAS boleh bersetuju dgn pemberian hak sementara 999 tahun kepada kg baru Cina.Saya mungkin bersetuju kiranya ianya direvise setiap 30 tahun ke..

Bantuan kepada sekolah persendirian Cina...Menurut cerita ada sekolah ini sgt mewah..dan still hendak diberi peruntukan...

DAlam kes bekas ahli fatwa tu,saya rasa bukan dia saja yang tak dapat malah ramai lagi...bahkan dinegeri lain juga.Cuba bayangkan semua rakyat mintak tanah,apa jadi....Cmon la YB..itu bukan isu..sedangkan ramai sekolah agama lain,sekolah kebangsaan,kuil,masjid,surau dan berbagai mempunyai masalah yang sama.
Che Mah Kuala said…
Dear Anon,

Kenapa ni? Bila dengar cerita dari sebelah BN kamu percaya bulat2 tanpa bukti. Tapi bila PAS cakap bagi tanah pada orang melayu, nak mintak bukti. Perkara ini saya dengar sendiri dari Dato' Nga dalam parlimen bila MP BN menimbulkan persoalan yang sama.

Takpelah YB, tolong dapatkan bukti untuk kedua2 kes.

Dalam soal kampung baru cina, YB dah sebut, tanah juga diberi kpd kampung tersusun yang ramai melayu. Itu pun tak percaya ke? Cuba siasat sendiri dari terima hasutan BN bulat2.

Saya faham, bagi tanah kpd rakyat biasa, tak dapat apa2. Pak Teh diberi 45 ekar YB. Bukan 15 ekar. Memang DS Nizar tak dapat satu sen pun. BN pagi tanah pada towkay2 macam di Genting, di Pangkor, itu mesti masyuuuuk punyer! Kenapa Anon tak pertikai kan? Kononnya ramai lagi yg mintak. Takkan nak bagi semua dsbnya. Come on la anon.....
Anonymous said…
SAlam,

Che Mah Kuala...Bagi saya semua org bercakap dirinya betul saje...termasuk PAS dan juga UMNO..Tiada yang baik kalau parti lawan melakukan sesuatu yang baik..

Disini saya cuba cetuskan sesuatu kepada orang ramai berfikir..Kita asyik mengatakan sini salah,sana salah akhirnya kerja pun tak dilakukan...

Saya tidak menyokong semborono..Sekiranya msg telah diberikan oleh Raja Nazrin,mesti ada sesuatu yang tidak kene di Perak.

Ada juga polisi PAS yang saya sokong seperti pengharaman arak di Shah Alam.Tapi mengapa tak dilaksanakan diseluruh selangor..
Anonymous said…
kan lebih baik ada langkah pengharaman dari x peduli langsung. pelan2 la beb. 50 thn dijahiliahkan takkan nak buat menyeluruh je.
Anonymous said…
drp Bad,
saya percaya segala keputusan yg dibuat oleh PR Perak adalah keputusan yg dipersetujui bersama & disertai dgn sebab2 yg tersendiri.
Moga2 pihak PR akan memberi penerangan yg lebih terperinci sewaktu berkempen utk pilihanraya kecil kelak. Mungkin sesi soaljawab bersama rakyat Perak sewaktu berkempen juga sesuatu yg sangat bagus.
Anonymous said…
tanah hak milik kekal bukan tak boleh diambil oleh kerajaan kalau masa akan datang ada pembangunan kerajaan boleh ambil dan bayar pampasan. Sebab bagi kat cina dijadikan isu.
Anonymous said…
Salam,

Boleh diberikan kepada orang Cina..Tetapi ianya perlula mengikut lunas dan syarat yang ditetapkan.Orang Melayu miskin nak beli tanah pun susah nak bagi org cina miskin katanya dgn mudah...

Kelakarnya..Di kedah,Uztaz Azizan terus mempertahankan hak org melayu dgn memperuntukkan 50% rumah kepada org melayu (biarpun UMNO menentang tetapi rata2 org melayu bersetuju)PAS di PErak melawan arus.

Proses pengambilalihan tanah bukan mudah yang disangka...

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempur…

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…