Saturday, January 10, 2009

Persoalan Kuil di Sek 19 dan Tindakan Pewaris

[update 11/1/09] the English translation and review by AirKosong: An incident of how UMNO goons intend to destabilise society

Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.

Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.

Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!

Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

Saya menyatakan 'wakil rakyat' di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.

Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.

Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, "kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel".

Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.

Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.

Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!

WalLahu ‘Alam



NOTA PENTING
:
Minta disebarkan perkara ini kerana dijangka provokasi yang sedemikian rupa akan digunakan lebih kerap lagi menjelang PRK-KT, maka harus sentiasa berwaspada. Jangan kita terpedaya!

35 comments:

Anonymous said...

kah.. kah... kah.. nak provoke guna gelangang silat pun tengok2 tempat la, kan dah kena silat Pak Khalid Samad!

Anonymous said...

hoi pekida@pewaris! daripada hang pi kacau Shah Alam lebih baik jaga hang punya kandang BABI kat Melaka.Elok gantung kepala babi kat Kediaman Rasmi KM hang!

http://tokpepijat.blogspot.com/ said...

Zaman dah berubah.Peliknya Pewaris dan Pekida masih syok sendiri. Isu 13 Mei dah lapok dan basi weeeh!

lan said...

caya lah YB, menepis dengan machonya gelagat orang Melaka lahabau ni!

shah alam said...

SYABAS ..TUAN ENGINEUR..

shah alam said...

SYABAS...TUAN ENGINEUR..(Tn Ir)

Greenbottle said...

sabtu lepas ada satu perarakan 3 buah 'chariots'(?) yang membawa patung/simbol jaganath ( salah satu avatar bagi krishna)di brickfield. pengikut2 hindu menari dan memalu gendang dan menanyi hare rama hare krishna dan lagu2 puja bagi jaganath.

saya seorang muslim fundamentalis. penyokong hamas, malah sangat bersimpati dengan al qaida dan osama ben laden dll tapi saya juga melihat sudut kebaikan universal ugama2 lain lebih dari melihat 'kekafiran' mereka. ... saya tanya orang2 india yang berarak itu bolehkah saya turut sama perarakan untuk memerhati dan memahami budaya dan ugama mereka? mereka dengan senang hati dan gembira kata silakan. hanya saya seorang melayu islam yang turut perarakan itu sambil mendengar penjelasan berkaitan budaya itu dari beberapa orang india yang berarak di situ.

the point is, i think we should respect and understand each other's religion and culture. dan bukan nya untuk memrovoke tak tentu hala.

oleh itu saya fikir orang islam melayu dan bukan islam terutama nya perlu lihat keikhlasan PAS dalam menanagani isu2 seperti yg sdr khalid utarakan di atas dengan positif.PAS sebagai parti islam semesti nya adil kepada semua.
chauvinistic and agressive actions that involve religious sensitivity is very2 dangerous and should be avoided.

well done sdr khalid!

perunding said...

They plot,and Allah is the best plotter.

AllahuAkbar.
Ya Allah selamatkan kami dari fitnah orang yang zalim.Amin

RajaLautRoad said...

nampaknya puak2 tu dah mula buat provok memburuk2 YB dari awal lagi dengan memanipulasikan gambar2 yg mereka rakamkan dan menyebarkan di forum2 ultra melayu untuk membakar emosi melayu...
dengan penjelasan panjang lebar dari YB ni jelaslah bahawasanya puak2 Pewaris ni memang dungu!!!
bermula dari kes mereka pukul wanita cina di ampang, mempertahankan ISA, mengacau program PAS di bangi dan kini nak provok di Shah Alam pula dengan isu kuil...
sepatutnya dari pihak berkuasa duk sibuk nak pantau dan haramkan Hindraf, puak2 Pewaris bangang ni pun perlu jugak diambil perhatian..
tindakan bodoh serta dungu dari mereka2 yg tak berakal ni bakal mengundang padah yg amat dasyat kepada negara kita jika tidak diawasi pihak berkuasa..
tindakan nak membakar emosi kaum melayu dengan isu2 yg memang telah wujud dari zaman kerajaan BN lagi dan menyalahkan Kerajaan PR sangat2 tidak bertanggungjawab dan berniat jahat...
tidakan YB bersemuka dengan puak2 dungu ini amat2 saya kagumi dan saya salute!!!
YB memang seorang yang sangat2 berani, sangat2 bertanggungjawab, sangat2 prihatin!!!
semoga YB terus sukses membela rakyat jelata membanteras anasir2 dungu ni dari terus berbuat dungu sehingga mengugat ketenteraman negara kita yang tercinta ini!!!

HelangJagat said...

Salam Pak Khalid,

Syabas, teruskan ... nyatakan akan kebenaran Islam!!!

Saya akan linkkan dalam blog saya.

Wassalam.

AKMAL AND HANIFFAH said...

syabas saya ucapkan kepada YB, YB tidak berkeseorangan tetapi kami ada bersama YB.

ediannuar said...

yb,

mohon nak copy dan paste

saya tinggal berhampiran kuil itu said...

Salam.

Saya tinggal di kawasan seksyen 19 berhampiran kuil tu.

Saya dimaklumkan daripada seseorang suruh buka blog ini untuk baca penjelasan sebenar.

Rupanya begini ceritanya...

Tadi saya batu pegi tgk, diding zink telah dipacakkan di tepi kuil tu untuk "gelanggang"

saya dan jiran-jiran yang tinggal berhampiran kuil itu rasa tertekan dengan bacaan mantera mereka pada setiap malam.

Ada sebuah rumah yang "melawan" dengan pasang bacaan Al-Quran. DAn suis loceng rumah dirosakkan.

dan banyak lagi kami yang tinggal berhampiran kuil itu merasakan....

Untuk pengetahuan tuan, motorsikal saya pernah hilang. Saya parking dalam kawasan rumah.

Siapa yang curi tu? Wallahu a'lam..

Tapi saya mendapat tahu kebanyakan remaja bangsa india yang lepak di situ adalah dari kumpulan gengster...

sekali lagi wallahu a'lam..

Saya harap pihak tuan dapat terus beri penjelasan dan TINDAKAN tentang isu ini

Syah said...

YB,

Teruskan perjuangan. Kami sentiasa di belakang YB.

ResidentSeksyen24 said...

Respected MP Khalid,

I salute your openness in this issue and how you've actually tried to sat down and talking about this issue towards the residents in the area.

But arrogant and plain stupidity will always be shown from the members of UMNO.

From the photos that I've seen taken from the scene on that day, I can clearly see that Pewaris or whatever garis are trying to provoke people of the opposite faith.

I say you're a true Muslim, the one that respects the other religion, as well as some of the commentators that I can see in this blog, such as Greenbottle.

Every religion teaches us to respect each other, and that is the sole reason I read with admire your stand on this 'sensitive' issue about the temple.

You're on exemplary Muslim, my standing ovation to you .

Resident,
Seksyen 24, Shah Alam.

Vastu said...

Bravo YB. I'm a Hindu but voted for you because I'm confidence on you and party you represent. We will not be fool again by umno stooges.We will stand united with PR.

rumah berhampiran kuil seksyen 19 said...

salam.

Dijemput pihak tuan untuk datang SEKARANG di kuil seksyen 19 ini dan cuba selami sendiri "SUASANA" ayat Al-Quran VS Mentera...

Tolong.... tolong hadir sekarang... seawal jam 8 pagi lagi mantera sudah dibacakan dan bacaan aya Al-Quran dipasang oleh sebuah rumah wakil penduduk...

Jemput datang sekarang ye tuan...

Anonymous said...

Even i'm not a muslim and malay, I strongly agreed with what u mentioned "kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia". Malaysia will be a better county ruled by Malays if we have a politician like you. Pewaris just a right wing for UMNO even thought they said they are NGO.

Anonymous said...

Teruskan perjuangan...

xlanxdiablox said...

yeszzzaaa..!! dat's more like it. i just watched a video from malaysiakini regarding d demonstration of a group of ppl in front of.. well, i'm not sure where. hehe. but, what i want to highlight here is abt their action to bring w them a cow's decapitated head which they stomped on it. when asked what does d head symbolise, d seemingly second leader of dat idiotic group said it was there bcoz of some individuals who are very angry about dis matter brought it. yo mister. d question was what does it symbolise? how idiot cn u be? aiyyooo.. such a shame to islam that they are. n b4 dat, dat guy also claimed d ppl who joined d dmonstration r also from pas, pkr, not jz umno. hahahaha. i mean, why do u hv to mention it in d first place? is it bcoz it was in ur script? haha.

kassim pantalon said...

Ini adalah hadiah untuk pengundi berbangsa Hindu jangan berpura-pura yang telah mengundi Pas pada pilihanraya dahulu.Engkau punya muslihat orang dapat baca.

Anonymous said...

mmg mcm ni lah org melayu kita. belum apa2 dh melatah. islam je di mulut tp di hati ntahlah. bangsa lain berGENSTER utk jaga bangsa mereka, kita nk tunjuk apa? kalu tak lain nktunjuk sapa paling kuat. oi... sedarla skit org melayu. kita ni dh sememang ketinggalan. sampai bila kita nk harap subsidi dari kerajaan. carilah kekayaan dgn keringat sndri. pepatah hang tuah mungkin silap. aku rasa lebih afdal kalau di katakan akan hilang melayu di dunia ini kalu kita sndri tak bersatu.

Orang Silat said...

Pakcik Khalid,

Silat yg hardcore PEKIDA ni Gayong Pusaka. Gayong Pusaka ni Khalifah Besarnya adalah Anwar Ibrahim. Kat Melaka & Negeri Sembilan tu pun banyak gelanggang Gayong Pusaka + PEKIDA anjuran Jebat.
I can say it's a well planned conspiracy by Anwar plant ESPIONAGE dalam PEKIDA.

TALK IS CHEAP la politian macam u ni!

Setakat cakap kosong pegi kedai kopi la!

Anonymous said...

Salam Tuan Khalid,

Sorry but if in Shah Alam recided by more than 70% Malay muslims, it is always be better to place the temple somewhere else where Hindus residence located. This is for everybody's good.
Thanks in advance for your concern.

Sabine

Anonymous said...

Salam Pak Khalid,

Ada orang yang agak pro belah sana tanya apa yang berlaku lalu saya ajukan alamat blog ini untuk bagi tahu apa yang berlaku sebenarnya dari MP Shah Alam sendiri, diorang dok tukar topik plak.

Mereka mempersoalkan tentang keluhan 'masalah yang diwarisi'.Mengatakan baru setahun kerajaan baru dah memerintah dah banyak keluhan...

Pulak....

Anonymous said...

This PEWARIS and PEKIDA are rooted in Umno and their purpose is to stir trouble by promoting hatred especially amongst the Malays against the non Malays. The ultimate aim is that they hope the non Malays will retaliate so that the race relation in Malaysia will become explosive so that they can kill innocent people and have emergency rule like after May 13.

When is the police going to evoke ISA against these kutu kutu masyarikat ?. When they threaten to kill innocent non Malays, why were there no police action ?.

jusoh

Zanie said...

Orang Silat,

Apa kena mengena silat gayong dengan kisah pemindahan kuil itu? Khalis Samad telah menerangkan secara detail bukan cakap murah macam kamu!

Pergi main jauh-jauh kalau tak reti berbicara. kamu nampak macam budak setahun jagung, pi belajar agama dan toleransi Islam terhadap agama lain dulu sebelum mengutuk orang!

Anonymous said...

Sudahlah Pak Khalid..

ko ni memang dasar lembu!!..apa org cucuk ko ikut je la....konon nak berlaku adil bla bla bla....

First yg aku nak tanya Kuil Sec. 19tu sah ke haram?..kalau haram kenapa dok bersusah payah nak pindahkan dia?

Aku bukannya sokong mana-mana...tapi nampak sangat la keadilan yg konon ko pejuangkan tu keadilan tahap bebal!!...selama ni org melayu kene perkotak katik ada ko nak bela? ok lah kalau ko kata ko tak sokong melayu (UMNO)..abis tu org Islam kene kotak katik ko ada bela? babi diletakkan kat masjid dll ...ada ko bela....?Islam konon!

Jwp dulu kuil Sec.19 tu kuil halal atau haram....kalau halal ok lah dengan penerangan putar belit ko tu...tapi kalau kuil tu haram..ko jwp la esok depan tuhan...kibarkan sekali bendera PAS depan tuhan..ckp ni salah org tu org ni UMNO , kuda, unta, gergasi, bangunan SUK...semualah salah kecuali ko dgn PAS ko!

Org Shah Alam said...

YB Khalid...
Moga apa yg tuan perjuangkan itu benar2 memberi kelebihan kepada agama anutan tuan bukannya parti keahlian tuan. Ini kerana tindakan tuan itu akan dihitung di akhirat kelak berdasarkan sumbangan terhadap agama anutan tuan bukannya parti keahlian tuan.Bahkan dikhabarkan bahawa hanya agama Islam sahaja yang akan diberikan keutamaan syurga.Itu pun jika penganutnya benar2 menjalankan kewajipan terhadap agama Islam.Tiada pula dinyatakan bagaimana ukuran secara zahir diberikan untuk penilaian tahap kealiman seseorang,hnya Allah SWT sahaja yang berhak untuk menentukannya.Berkaitan isu kuil ini,sepatutnya kelebihan diberikan kepada agama anutan tuan terlebih dahulu begitu juga pandangan penduduk setempat.Janganlah hanya menyalahkan orang lain.Jika tuan ingin menjadi pemimpin jangan lah rasa terbeban dgn masalah dr pihak terdahulu.Itu adalah resam dunia yangmana tiada yang sempurna.

Anonymous said...

Jadi oleh disebabkan yang demikian, HAK penduduk sec 23 yang tingal disitu sebelum PR memerintah akan DICABULI setelah PR memerintah shah alam? Sungguh tidak adil untuk penduduk sec 23 hidup aman damai sebelum pemerintahan PR, kini DIPAKSA menerima kuil itu?

Saya pelik kenapa kerajaan PR tak nak ikut apa yang telah dirancang? Yang mana kuil itu akan dipindahkan ke sec 22 yang mana sedia maklum mmg majoriti kaum hindu di situ. Kenapa nak CABULI HAK penduduk sec 23?

Jangan suka hati nak RAMPAS HAK penduduk sec 23. Kerana HAK penduduk 23 hendak rampas la penduduk marah.

Anonymous said...

Wahai Penduduk Sek 23,
Walaupun majoriti adalah orang Islam, tapi ada juga orang Hindu yang tinggal di situ. Jadi kena bertolak ansur lah dalam hal ini.
Di kawasan Selangor, setiap kawasan perumahan kena bina surau tidak kisah samada majoriti Islam atau bukan. Kalau ikutkan lojik penduduk Sek 23, kalau kawasan itu majoritinya orang Cina, bagaimana pula? Tiada surau lah tapi tidak. Dibina juga dan orang Cina yang majoriti tak bising pula. Jadi, tinggal sebagai jiran kena bertolak ansur.
Member Selangor

Anonymous said...

harus meng-islam-kan balek org mcm ni. ajar dia islam banyak2 supaya jelas hormat religion and race lain :D

Anonymous said...

Pendapat yg dengkel!!..

sebab ada surau di kawasan penduduk bukan Islam so kat kawasan Islam pun mesti ada kuil? bertoleransi kedauk ko la..

First..
Melayu adalah majoriti ..melebihi 50%..so memang ada kebarangkalian akan ada surau atau masjid dikawasan bukan Islam...BODOH!
kalau Indian nak buat kuil di kawasan orang Islam..cuba ko tengok kat Jab. Statistik nisbah penduduk dia di Msia....2xBODOH!

Kedua...
Dikatakan kawasan Sec23 adalah sgt sesuai..persoalannya..kat Meru, Pandamaran..TAK SESUAI KE?

Ketiga...
Mcm Teresa Kok nak buat kilang b**i di Sepang....kenapa tak buat depan rumah dia atau di kws parlimen dia di SEPUTEH?..adil,kan?!
Khalid Samdol aka Samad..@ Rodziah
Apa kata pindahkan je kuil tu 300meter dr rumah ko?...amacam? setuju?!

selesai masalah..

man

Gegak Gempita said...

sapa tadi yang tanya kuil tu haram ke tak??? kalau haram, apsal masa zaman UMNO bongok perintah dulu tak robohkan...??

dan kalau tak haram, apsal dari dulu orang melayu seksyen 19 mintak pindah tak pindahkan?? jawablah puak UMNO bongok nak mampus ni....

bila PR nak selesaikan masalah yang bertahun lamanya terbengkalai, maka puak UMNO bongok yang kononnya bela Islam menyalak macam anjing salak bukit...

UMNO dah mereput....puak sokong UMNO pun makin mereput...tu yang meroyan macam nak mampus!!!!

*mintak maaf terkasar bahasa....geram sgt dgn puak bangang UMNO ni....budus!!!

Anonymous said...

bagus YB... biar adil bagi semua... wahai masyarakat setempat kalau kacau sangat mantra yang dibaca bagaimana pulak setiap pagi 5.30... kau orang sembayang higga orang lain tak dapat tidur ..lagi..lagi bila bulan puasa..

biar fikir adil bukan sahaja india tapi bangsa lain juga sedia bertolak ansur dengan cara ibadat anda kenapa anda tidak boleh?