Skip to main content

Pakatan sedia hadapi gerakan khas BN Selangor

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau tidak kisah dengan penubuhan badan (Suara Rakyat Selangor - SUARAS) tersebut dalam usaha BN untuk mengadakan satu gerakan khas bagi menggesa kerajaan negeri dikuasai Pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP kerana ia akan membolehkan pihaknya bekerja dengan lebih baik.

"Jika mereka nak buat, buatlah. Jika ada tekanan seperti itu, kita akan bekerja dengan lebih baik lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamed Khir Toyo hari ini memberitahu mStar Online, BN di Selangor akan menubuhkan Suaras bagi menggesa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melaksanakan janji mereka.

Beliau berkata, langkah itu adalah usaha pihaknya untuk membuat satu gerakan khusus termasuk kempen kesedaran bagi menyedarkan rakyat bahawa Pakatan di Selangor masih belum melunaskan janji-janji mereka yang dibuat sebelum pilihan raya umum lalu.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Dr Mohamed Khir itu, Khalid yang juga bekas Pesuruhjaya 2 PAS berkata, sepanjang pengetahuannya, penduduk berpuas hati dengan usaha kerajaan negeri ke arah menjadi sebuah negeri berkebajikan.

"Dalam masa tidak sampai setahun, lebih 40 peratus janji yang kita buat pada plihan raya lalu telah kita tunaikan.

Ini termasuk bekalan air percuma di Selangor, bantuan Takaful kepada warga emas yang meninggal dunia dan TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor).

Kita juga sedang dalam usaha untuk menambah pendapatan negeri melalui royalti penjualan pasir. Kalau dulu, kerajaan negeri hanya akan mendapat RM20 juta setahun, akan datang ia akan meningkat kepada RM150 juta setahun.

"Dengan penambahan itu serta langkah-langkah penjimatan yang sering kita amalkan, Insya Allah, segala janji itu akan dapat dipenuhi dan kita akan salurkan apa yang diperlukan rakyat dengan pendapatan yang kita ada," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan masih wujud kelemahan yang perlu diperbaiki dalam Pakatan itu namun, sebagai sebuah kerajaan negeri yang baru mengambil alih Selangor daripada BN, Khalid menyifatkan ia adalah jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini.

"Selain itu, semasa kita membuat manifesto itu, kita tidak tahu yang kita akan mewarisi satu kerajaan yang tunggang langgang dengan pelbagai masalah.

"Tapi kita tetap berusaha menangani masalah-masalah tersebut. Wakil rakyat kita sering turun padang bersama rakyat, bukan hanya duduk di pejabat makan gaji buta.

"Kita yakin, kita mampu laksanakan apa yang dijanji kerana kita mampu dan tidak mengamalkan rasuah. Kalau Khir Toyo masih tidak mahu mengakui hal itu, dia nampaknya masih dalam state of denial," katanya.

Selanjutnya di mStar

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

ELBI RISALAH said…
Syabas YB !.
Khir Toyo tu kalau dibiarkan dia sorang saja bercakap, lagi tambah naik tocang. Sesekali perlu 'dibalun'. Dia tak sedar, selama jadi MB, apa pembangunan yang dibawa untuk rakyat DUN Sungai Panjang; kecuali resort D'Muara Sungai Haji Dorani yang bergelumang dengan rasuah tu...
lan said…
abaikan saje suara sumbang KT itu. yang saya tahu YB PR di Selangor contohnya YB Khalid sendiri bekerja keras untuk rakyat

Saya selaku orang Shah Alam memang merasakan kehadiran YB yang cukup kerap turun ke majlis di kawasan SA ini

Semalam di Malam Infifada di Dataran SA pun YB hadir dengan ramai sekali orang awam

Takbir!
Anonymous said…
Salam,

X faham2 ana.Dulu si ente selalu nak buat bising nak pressure kerajaan BN untuk berkhidmat dgn baik. ada Tak kerajaan BN ini menentang.Kalau teguran positif amt dialu2kan. Tetapi bila BN nak buat benda sama, ada puak2 PAS kata macam bende tu x betul pulak.Malu sikitla dgn YB. YB sendiri kata itu perkara positif kerana PR leh kerja kuat. Tapi Tang kat YB shah Alam sahaja buat apa.YB PKR and DAP dan YB yang lain,hang sap. Xleh pakai.

Hidup golongan atas pagar!!!!!!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.