Skip to main content

Video Parlimen: AUKU (Bhg. 2)

"Terima kasih YB Menteri, saya rasa soalan yg telah dikemukakan tadi berhubung dengan kajian saintifik yang membuktikan bahawa penglibatan dalam kegiatan dlm bidang politik telah menyebabkan ramai daripada pelajar-pelajar kita gagal tidak juga dijawab oleh YB Menteri. Saya rasa YB Pasir Salak pun merupakan sebagai bukti bahawa ianya tidak menjejas pertumbuhan seorang manusia, walaupun dia terlibat dalam politik semasa zaman ABIM dahulu di Universiti Malaya dia masih lulus, tapi ramai saya rasa di Universiti Malaya yang gagal dan tidak terlibat dengan apa-apa pun, tapi dia gagal.

Saya boleh menyatakan bahawa pengalaman saya sendiri pun, semasa saya menuntut di UK. Ramai pelajar-pelajar yang gagal, tapi mereka gagal bukan kerana mereka terlibat dengan politik atau pun mengambil kira, mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata di negara mereka. Sehingga mengikuti bermacam-macam, program, seminar, forum, kerana mereka-mereka ini adalah orang yang mempunyai motivasi; "they are motivated", dia hendak menyumbang kepada masyarakat. Itulah sebabnya mereka terlibat dalam politik. Mereka mendengar bermacam-macam pandangan dan sebagainya. Dan mereka faham bahawa untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara mereka terpaksa lulus dalam ujian dan dapat ijazah mereka supaya boleh balik sebagai seorang yang dilihat sebagai yang berjaya dan boleh menyumbang, sambil itu mempunyai satu wawasan yang jelas berhubung dengan peranan orang yang berpelajaran di dalam masyarakat. Lalu sekiranya satu kajian saintifik berhubung dengan persoalan ini tidak boleh dikemukakan dan memang tidak dibuat, maka saya rasa YB Menteri kena tarik baliklah hujah itu. Itu satu hujah yang tidak boleh dipakai.

Saya sebagai ayah yang mempunyai 4 orang anak, 5 orang cucu; saya hendak anak-anak saya dan cucu-cucu saya mengambil berat soal politik. Kalau boleh, semasa mereka di dalam peringkat Universiti, mereka mengikuti dan menyertai program-program politik dan sebagainya. Kerana bagi pengalaman saya sendiri, ianya telah membuka minda dan memberikan satu wawasan yang lebih mantap dan lebih terbuka dalam soal pendidikan dan matlamat untuk menjadi seorang manusia yang sempurna."



Sila ikuti juga Bahagian 1 perbahasan berkenaan isu ini. Video adalah ihsan dari pihak MPPAS, terima kasih diucapkan.

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

faizalzainol said…
saye sokong sepenuhnya!

hapuskan AUKU.. bukan pinda!!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.