Skip to main content

The Story of Umar Abdul Aziz and His Son

[Dalam Dwibahasa]

Here is a quote from Umar Abdul Aziz, the fifth rightly-guided caliph, which I want to share with all of you today. I would like to welcome comments on how you understand this particular story, before I write about it.

The English version was taken from an article written by Dr. Yusuf Al-Qaradawi, President, the International Union for Muslim Scholars on Islamic Shariah.
`Umar ibn `Abdul-`Aziz’s son, `Abdul-Malik, who was a firm, pious young man, said to his father one day, “O father! Why you do not implement the rulings firmly and immediately? By Allah, I would not care if all the world would furiously oppose us so long as we seek to establish the right [that Allah Almighty has enjoined].” These words show how zealous that young man was to destroy all signs of corruption and deterioration immediately and without delay, whatever the consequences.

But the wise father said to his son, “Do not deal with matters hastily, son. Allah Almighty [Himself] despised drinking alcohol twice in the Qur’an and did not declare it forbidden but in the third time. I am afraid that if I enjoined the right on people at one stroke, they would give it up all at once, which might lead to sedition”

*****************************************************************************************
Kisah Umar Abdul Aziz dan Anaknya

Berikut adalah petikan dari kisah Umar bin Abdul Aziz, kalifah Islam kelima, yang saya ingin kongsi bersama para pengunjung semua. Saya amat mengalu-alukan komen tentang bagaimana saudara memahami perkara ini; sebelum saya menulis tentangnya.

Versi Bahasa Melayu ini dipetik dari Kitab Al-Muwafaqat: 2/148.
Diceritakan anak kepada Umar bin Abdul Aziz yang bernama Abdul Malik, bertanya kepada ayahnya tentang lambatnya perlaksanaan Islam yang dilaksanakan oleh beliau. Mendengar ucapan anaknya itu, beliau berkata;

Maksudnya;
“Jangan kamu gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah mencela Arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali yang ketiga. Sesungguhnya aku bimbang aku melaksanakan kebenaran kepada manusia secara keseluruhannay, lalu rakyat akan menolak Islam secara keseluruhannya, yang itu merupakan fitnah”

WalLahu 'Alam

Comments

Anonymous said…
saya bersetuju dgn apa yg YB utarakan..hakikatnya kisah tersebut memberitahu kita ttg keindahan Islam itu sendiri,tidak menyusahkan ummat dan tidak membebankan.
oleh itu jgnlah ada diantara kita yg gopoh gapah dlm membuat keputusan terutama dalam isu pengharaman arak. yang pastinya lihatlah waqi' masyarakat setempat atau sesebuah negeri.
seelok2nya lakukan sesuatu perkara mengikut kemampuan kita,jgn tersilap langkah,akibatnya kita yang kecundang.
En.Ilyasak said…
Diharap begitulah penyokong dan pendokong fikrah PAS dapat menghayati kefahaman Khalifah Umar Abdul Aziz, kita (saya sebagai rakyat Selangor dan ahli PAS Shah Alam) tidak mahu sejarah Trengganu berulang di Selangor. Diharap penyokong dan pimpinan PAS dapat menerima hakikat bahawa kita mendapat mandat melalui sistem demokrasi (kuasa melalui suara majoriti untuk tempoh lima tahun sahaja!).

Biarlah kalah dalam pertempuran kecil (battle) demi untuk memenangi peperangan (war) yang lebih besar. Sudahkah kita lupa kepada sirah Nabawiyah terutamanya dalam perjanjian Hudaibiyyah, perjanjian yang dirasakan merugikan umat Islam tetapi pandangan jauh (wawasan) Nabi melihat bagaimana maslahat untuk perkembangan Islam bagi jangka panjang.

Medan yang diberikan dalam kerajaan negeri tidak boleh dipandang lekeh jika dimenafaatkan sebaiknya untuk memperkasa fikrah Islam sebenar. Teringat saya kepada tulisan seorang mujahid Islam, apabila kita mengketengahkan organisasi melebihi Islam itu sendiri adalah merupakan bala kepada Islam. Saya yakin kalau jentera PAS lebih fokus dalam bekerja PAS akan memperolehi kemenangan yang lebih banyak DUN dan MP di Selangor dalam PRU13. - InsyaAllah
Ibnu_Ismail said…
Salam YB,

Terima kasih kerana share perkara ini. Pada pendapat saya, perkara ini sewajarnya dihayati oleh semua pihak dalam PAS, dari akar umbi hingga pimpinan.

Pun begitu, perlu selalu diingatkan agar tidak mengambil mudah pula. Saya yakin, walaupun Umar Abd Aziz berkata demikian, dalam mindanya penuh dengan strategi2 ke arah itu.

Persoalannya pada PAS (baca: kita)... Sudah punya strategi seperti Umar? Jangan kita berpegang kepada perkara ini, tetapi gagal merencana strategi ke arah perlaksanaan Islam.

WaLlahu a'lam.
Anonymous said…
salam

sy sgt bersetuju dgn ibnu_ismail.

dalam jentera propaganda pas ie harakah, tiada pun artikel yg menceritakan kelemahan arak. yg ada cerita pakatan rakyat, ambil alih kerajaan, boring.....

-zakri-
Anonymous said…
Salam Pak Khalid

Begitulah apabila kita berpolemik, harus ada dasar dan hujah. Kisah Khalifah Umar dan anak lelakinya amat signifikan dengan permasalahan kontemporari iaitu bagaimana untuk mencapai sesuatu matlamat, menyentuh langsung soal pendekatan dan strategi.

Saya ada ulas sikit tentang apa peranan PAS dalam hal ini.

http://helangjagat.blogspot.com
Anonymous said…
Islam telah bertapak di Malaysia sejak kurun ke 10.Penerapan nilai2 Islam didalam pemerintahan di Malaysia nampaknya semakin menjadi cair disebabkan arus fahaman bebas disertai tekanan dari penganut2 agama lain. Assimilasi nilai2 hidup rakyat yang sepatutnya kearah Islam telah menjadi sebaliknya, walau pun 65% rakyat Malaysia beragama Islam.

Anggapan ramai bahawa PAS boleh menyelamatkan keadaan masih belum menjadi realiti. Adakah PAS berkeupayaan melakukannya? Adakah PAS juga mungkin akan di assimilasikan oleh PKR dan DAP?

Pendirian dan Kenyataan MB Selangor dan juga Dr Hasan Ali mengenai larangan penjualan arak di lihat sebagai langkah songsang dan terkebelakang ( going against the grain ).

Umum ketahui arak membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Kita percaya semua agama berpendapat sedemikian.Siapa sebenarnya yang tidak setuju dengan larangan ini? Penundaan larangan dibuat atas dasar apa? kepentingan minoriti mengatasi kepentingan majoriti?
ANik said…
Salam,

Pertama saya bersetuju dgn pendapat Ibnu_Ismail dan kurang bersetuju dengan pendapat penerapan Islam yang makin cair di Malaysia disebabkan arus fahaman bebas.

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita harus ingat sejarah melayu telah menyebut yang sebelum kedatangan Islam penduduknya menganut agama Hindu. Apabila raja telah menganut Islam maka rakyat mengikut menganut Islam kerana memang jatidiri org Melayu (ketika itu) menjadi pengikut raja yang setia. Dan ajaran Islam yang mereka terima juga telah dipermudahkan dimana walaupun mereka menganut Islam sesetengah adat yang tidak bercanggah dgn Islam masih dilaksanakan.

Maka kita generasi hari ini mewarisi Agama Islam warisan, masih ada ritual yang bukan Islam yang kita budayakan.

Sekali lagi saya bersetuju dgn Ibnu_Ismail "Sudahkah kita punya strategi seperti Umar?" dan apakah strategi ke arah perlaksanaan Islam.

Keadaan kita hari ini yang masih belum dapat menghayati Islam dgn sebenar kerana kurang perlaksanaan Islam. Maksud saya disini bukan 'enforcement' tetapi dakwah dan tarbiyah. Kerana terdapat vacuum pada dakwah dan tarbiyah pada golongan rakyat secara merata maka kita masih terus gagal menghayati Islam dan menjadi Islam yang sebenar.

Jadi mungkin pendekatan yang mahu dibawa Umar bin Abdul Aziz lebih kepada dakwah dan tarbiyah mendekati masyarakat secara berdikit menerangkan mengajar dan mendidik, barulah boleh perlaksanaan yang betul dapat dijalankan dan ketika itu mungkin Enforcement wajar.

Dan cabaran ini adalah lebih besar di Malaysia, utk mendidik rakyat yg Islam tetapi kurang penghayatan dan juga utk mendidik rakyat Malaysia yg berbilang agama.

Wallahualam.
adamckteh said…
If this is a good law then enforce it. If it is bad law abolish it.
Please do not make lives difficult for the rakyat. Everybody wishes to live in peace in this world. Only those who are selfish create problems for other people.These trouble makers think that they will go to heaven and other people will not.
Peace!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.