Skip to main content

Selamat Hari Raya Aidiladha

AsSalaamuAlaikum w.r.b.

Dikesempatan yang ringkas ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kaum Muslimin. Semoga kita semua dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenarnya. Tidak lupa juga kita doakan sahabat-sahabat kita yang sedang mengerjakan ibadah haji ditanah suci agar dikurniakan Allah swt haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air.

Maksud Hadis Nabi SAW:
"Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".
(Riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Khalid Samad
10 Zulhijah 1429

Comments

lan said…
Eid mubarak YB! Teruja saya melihat YB memberi khutbah di surau Section 8, Shah Alam.. Tak sangka YB ke sana, ada juga hikmah saya tidak ke masjid negeri seperti lazimnya..

Alhamdulillah YB selalu ke surau kami, termasuk hadir ketika solat jenazah Allahyarham Shafiee Ahmad semalam..

Semoga YB terus bersama dekat dengan rakyat di Shah Alam
Selamat Hari Raya Aidil Adha

Semoga pengorbananmu bersama para pejuang PAS meraih nikmat rahmat dan berkat dari-Nya.

InsyaAllah...
Muhammad Fahmi said…
Patutnya YB yg jadi Exco Agama, bukan sorang lagi YB yang sombong tu...
lan said…
Saya suka komen fahri tu, saya lihat Exco Agama seperti kehilangan arah pentadbiran tidak sepeti ketika mula mula mendapat Selangor..

Tak apalah, kita doakan yang terbaik untuk negeri tercinta ini
shahirMarang said…
selamat berkorban YB..........
Abu Razeen 2 said…
salaam yb.

i've full trust in u that u'll not b influenced by comments that try 2 discredit dr hasan ali.

supposed they r newcomers or even outsiders.

hopefully not sb's tring to create rifts within pas.

i'm w u as much as i'm w hasan ali n Pas s'ngor.

Popular posts from this blog

Oktoberfest dan Pendirian Saya

Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya ‘sokong’ dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

My Meeting with Dr M

Telah lama saya tidak berkesempatan menulis. Dengan apa yang sedang berlaku dan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasa, maka inilah masanya untuk saya hidupkan semula Blog saya yang sudah lama tidak dikemaskini.

Saya mulakan dulu dengan tulisan mengenai pertemuaan saya dengan Tun M beberapa minggu yang lalu.

Tulisan ini, dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris telah pun disiarkan oleh Malaysiakini - My Meeting with Dr M beberapa hari yang lepas.