Skip to main content

Pengumuman: Program Ceramah & Pelancaran Buku Oleh TGNA (Rawang, Selangor)

Dengan izin Allah SWT, gabungan PAS cawangan Bandar Tasik Puteri, Lembah Hijau, Blok 29 dan Park Avenue akan menganjurkan satu program ceramah dan perlancaran buku oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada 20 Disember 2008 di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Maklumat program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 Disember 2008/22 Zulhijjah 1429 (Sabtu)
Masa: 9:00 malam – 12:00 tghmalam
Tempat: Padang Bolasepak Blok 7 Bandar Tasik Puteri, Rawang
Hubungi: Nazri Abu Kassim (012-2118993) atau Zulkifli Sulong (019-3824134)

Penceramah:
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
(Musyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan Darulna’im)

YB Hj Khalid bin Abd Samad
(Ahli Parlimen Shah Alam)

Tn Hj Mohamad bin Abdul Rahman
(YDP PAS Kawasan Selayang)

Wakil Parti Keadilan Rakyat


Semua pihak dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi program ini. Bagi pihak penganjur, PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
wow!
lan said…
nak pergi la insyaAllah!
Anonymous said…
Jemput ramai ramai mai Bandar Tasik Puteri Rawang....

PAS for All
lan said…
Kalau dari Tol Rawang, berapa jauh ye agak2?
CHIA, Chin Yau said…
Have done the direction to the ceramah location, this is my little contribution.

Click here
Salam, diharap mereka yg berhajat utk hadir ke program ini dapat berhubung terus dengan pihak penganjur kawasan di talian:

Nazri Abu Kassim (012-2118993)
atau
Zulkifli Sulong (019-3824134)

Jemput hadir beramai-ramai. Sekian harap maklum.
-Pejabat YB Khalid Samad-
Terima kasih diucapkan kepada Mr.Chin-yau Chia diatas inisiatif yg beliau tunjukkan selaku 'tuan rumah' di Rawang.

A BIG thank you from all of us...
-Pejabat YB Khalid Samad

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.