Skip to main content

Pengumuman: Bengkel Kesihatan Wanita

Bengkel sepagi bagi kaum wanita akan diadakan pada 30hb Januari jam 0800 hingga 1200 tengah hari bersama Kumpulan Paramedik Malaysia. Program ini adalah di bawah anjuran Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam bersama MBSA MPP Zon 1. Tempat terhad. Sila daftar melalui Puan Yusaila 0193007131 dan Puan Maimunah 0192789254.

Alamat pejabat MP Shah Alam adalah :-

6C Tingkat 3, Blok 1,
Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam.
(di tepi Federal Highway bersebelahan Tesco).

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Dua Keajaiban

Saya telah melihat dua keajaiban semasa menghadiri sidang Parlimen pada hari Khamis 26 Mei 2016 yang lalu. Besar kemungkinan dua keajaiban ini mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain. Samada wujudnya hubungan rapat di antara dua keajaiban ini, atau sebaliknya, saya serahkan kepada semua untuk menilai sendiri.

‘Perbalahan’ YB Saari dan YAB Azmin

Ada yang bertanya kepada saya berhubung tweet YAB Azmin Ali yang menempelak YB Saari Sungib tempoh hari. Saya terkejut dengan apa yang terkandung dalam tweet tersebut. Saya terus membaca apa yang dikatakan YB Saari sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Apabila saya membacanya, saya dapati tiada apa-apa pula yang disebut berhubung keinginan menjadi Exco. Maka apa sebab dituduh ‘nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke?”

Untuk memudahkan semua memahami isu yang telah dibangkitkan oleh YB Saari, saya senaraikan secara satu per satu supaya mudah difahami.