Skip to main content

The Issue of Hudud Laws

[Dalam Dwibahasa]

Once again, like clockwork, just before a bye-election to be contested by a PAS candidate, the issue of Hudud laws takes centre stage. I personally did not follow Husam’s debate with Khairy but I was told that Husam, in response to Khairy’s statement responded by saying that if given control over the federal government, Hudud laws would be implemented!

I asked Husam, did he say ‘PAS’ would implement Hudud if given power at the Federal Government or ‘PR’? Husam said he said ‘PAS’. OK. If he said PAS, I contemplated, that meant that he was referring to a time in the future, distant or otherwise, when PAS, on its own, has managed to convince the Malaysian electorate of the correctness and effectiveness of the Islamic system as a whole, including the Hudud laws and wins the elections on this basis. In other words, PAS wins the elections on an Islamic agenda. That did not sound too bad.

In such a situation, it is obvious, that PAS will implement the Hudud laws as that is what the electorate has accepted and supported. That is what the electorate, having been convinced by PAS, wants to see implemented. I mean, that is what Democracy is about, isn’t it?

I was recently told that Husam, in his enthusiasm to respond to Khairy’s statement, had stated that ‘PR’ and not PAS, would implement the Hudud laws if given power at the Federal level! My heart sank! Husam was overly enthusiastic so much so that he was himself unaware that he responded on behalf of the PR!

With all due respect, it is obvious that Husam made a mistake by answering the question in the affirmative because in the first place, he had no right to speak for the PR as a whole. Actually, no one party has the right to speak on behalf of all three and whatever laws or policies to be implemented must first get the agreement of all three parties. Governance must be on the basis of consensus.

More importantly, the public has also to be referred to. We cannot implement the Hudud laws or any other law which was not specified and agreed to by the people who elected us into power. That would be a breach of trust of our part. It is obvious that the PR did not win in the 5 states on the basis of the implementation of the Islamic legal system and to implement the Islamic legal system in such a circumstance would be improper. Obviously, our partners in the coalition would also not allow it.

This however does not mean that PAS therefore has no purpose or reason to be with the PR government. After all, good governance is as equally an important element of the Islamic agenda as any other aspect of the Islamic system, Hudud laws included. Furthermore, through the PR governments, each and every party can now explain and express their ideas freely to the electorate. The DAP and PKR as well as PAS are free to express their views and opinions and do their level best to convince each and every member of the public of the correctness of their vision.

Anyway, it goes without saying that UMNO/BN will make this an issue for the KT bye-elections. It is up to the electorate in KT to prove their maturity in understanding the issues at hand and not be swayed by what is obviously a lapse of concentration on the part of Husam. PR is not PAS alone and neither does PAS subscribe to the concept of coercion when it comes to the question of achieving the Party’s objectives. Persuasion is our ONLY weapon and that’s why we exist as a political party involved in the elections.

WalLahu 'Alam

********************************************************************************************************
Isu Hudud

Sekali lagi, seperti biasa, sebaik sahaja sebelum pilihanraya kecil yang akan ditandingi oleh calon PAS, isu Hudud diketengahkan. Secara peribadi, saya tidak mengikuti debat diantara saudara Husam dan Khairy tetapi difahamkan bahawa dalam membalas hujah Khairy, Husam telah menyatakan bahawa Hudud akan dilaksanakan jika diberi mandat di peringkat pusat!

Saya bertanya sendiri kepada Husam, adakah beliau menyatakan bahawa ‘PAS’ akan melaksanakan Hudud di peringkat pusat atau ‘PR’? Husam kata ‘PAS’. OK. Jika beliau kata ‘PAS’, saya fikir ianya merujuk kepada satu masa yang akan datang, dekat atau sebaliknya, apabila PAS dengan keupayaannya sendiri berjaya meyakinkan pengundi di Malaysia berkenaan kebenaran dan keberkesanan sistem pemerintahan Islam secara menyeluruh, termasuklah hukum Hudud dan secara langsung berjaya memenangi pilihanraya di atas dasar ini. Itu tidaklah teruk sangat bunyinya.

Dalam situasi sebegitu, adalah jelas, bahawa PAS akan melaksanakan hukum Hudud sepertimana kehendak pengundi yang telah menerima dan menyokong PAS. Ia adalah apa yang diinginkan oleh pengundi, setelah diterangkan oleh PAS, maka mereka bersetuju ianya dilaksanakan. Bukankah itu dasar yang diketengahkan oleh demokrasi?

Saya pula baru ini diberitahu bahawa Husam, dalam keghairahan beliau membalas hujah Khairy, telah menyatakan bahawa ‘PR’ dan bukan PAS yang akan melaksanakan hukum Hudud jika diberi mandat diperingkat pusat! Saya terkejut! Husam begitu ghairah sehingga tidak sedar yang beliau telah berhujah bagi pihak PR!

Dengan rasa penuh hormat, ia adalah jelas bahawa Husam telah tersasul dalam menjawab pertanyaan tersebut kerana pertamanya beliau tidak berhak bercakap bagi pihak PR secara keseluruhannya. Sebenarnya, tiada satu parti pun yang berhak bercakap mewakili mana-mana parti lain, dan apa juga undang-undang atau polisi yang ingin dilaksanakan perlulah dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak. Pemerintahan mestilah berdasarkan persetujuan bersama atau konsensus.

Apa yang lebih penting, rakyat perlu dirujuk terlebih dahulu. Kita tidak boleh melaksanakan hukum Hudud atau apa sahaja undang-undang yang tidak dikemukakan dan seterusnya dipersetujui oleh rakyat jelata yang melantik kita ke tampuk kuasa. Itu merupakan sesatu yang tidak amanah. Adalah jelas PR tidak memenangi kelima-lima negeri berdasarkan usul perlaksanaan sistem undang-undang Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam dalam keadaan sebegitu merupakan seseuatu yang tidak sesuai. Juga jelas, rakan- rakan kita dalam pakatan tidak akan membenarkannya berlaku.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna PAS tidak mempunyai tujuan atau sebab untuk kekal bersama kerajaan PR. Ini kerana pemerintahan yang baik dan amanah adalah sama penting dalam agenda Islam sepertimana aspek lain dalam sistem Islam, termasuklah dalam soal hukum Hudud. Lebih utama lagi, melalui kerajaan PR, setiap parti boleh menjelas dan menerangkan pandangan dan pendapat mereka sebaik mungkin bagi meyakinkan setiap seorang anggota rakyat mengenai kebenaran perjuangan mereka.

Walaubagaimanapun, adalah jelas bahawa UMNO/BN akan memainkan isu ini demi kepentingan mereka di dalam PRK-KT. Maka terpulang kepada para pengundi di KT sendiri untuk membuktikan kematangan dan kefahaman mereka mengenai isu-isu sebenarnya dan tidak terpengaruh dengan apa yang jelas merupakan kealpaan saudara Husam dalam debat tersebut. PR bukannya milik PAS dan PAS tidak berpegang kepada konsep paksaan dalam usaha kita mencapai objektif parti. Meyakinkan rakyat melalui usaha dakwah dan kekuatan hujjah adalah satu-satunya senjata kita. Kerana itu kita memilih untuk menjadi sebuah parti politik dan melibatkan diri dalam pilihanraya.

WalLahu 'Alam

Comments

Anonymous said…
YB, sebenarnya Dato' Husam terjerat dengan egonya sendiri. Apabila Prof. Agus melontarkan soalan dan di tekan tubi oleh Khairy, Husam dah panik dan buat janji PAS akan laksanakan hudud. Kata Husam Persetujuan telah ditandatangani antara parti dalam PR pada Ogos lalu.

Ikuti tek dalam Sinar harian pada hari ini 24/12/2008
Anonymous said…
Jgnlah kita berputus asa kerana dlm perjuangan Islam Putus asa takda dlm kamusnya.YB sebenarnya kempen dan penerangan dari pihak PAS tidak digerakkan iaitu sesi dialog dan muzakarah dgn semua pihak dl pakatan tidak digerakkan.Jadi kita tak boleh salahkan DAP atau Keadilan kerana mereka belum diberi penerangan sejelas-jelasnya.Duduk dan berbincang,bentang kertas kerja ambil pandangan org bukan islam dan semua mesti berjanji tidak emosional dalam sesi itu Insyaallah ALLAH tolong kita Yakin B.Seperkara lagi UMNO memang terkenal dengan adu dombanya.Jika tak keberatan saya mencadangkan MP Shah Alam membawa usul pembentangan hudud di Parlimen ketika MP UMNO merupakan Majoriti dalamkerajaan.Kita tengok sapa yg taknak HUDUD UMNO ke kita.
Firdaus Omar said…
Teman melihat klip video debat Husam-KJ tersebut.

Dialognya lebih kurang begini...

KJ: Kita tahu mereka guna hukum hudud..Kalau 16 haribulan September jadi, Hukum Hudud, apa dia punya...

Husam: Kita akan buat.

KJ: Ha?

Husam: Kita akan buat.

KJ: Ok, akan buat ya? Dengar semua tuan-tuan.

Husam: Jangan panik ya jangan panik. Kenapa sudara mesti takut ya? (2 kali) Jangan panik.

Husam: Kalau saudara nak kan Islam, nak kan Hukum Hudud, saudara sebagai ahli parlimen Rembau dan Naib Ketua Pemuda Umno, kena bawa usul ini dalam mesyuarat perhimpunan agong UMNO saudara.

Husam: (Baca ini betul2)...KENAPAKAH HUKUM HUDUD MESTI MENJADI AGENDA PAS SAHAJA?

Husam: Kita semua orang Islam, tiap-tiap kita mempunyai tanggungjawab itu.

Husam:(Baca ini betul2) JANGAN MENUDING PADA PAS SAHAJA.

KJ: (ternganga sahaja...)

Nyatalah YB dari dialog tersebut YB Husam bercakap bagi pihak PAS walaupun mungkin soalan KJ dalam konteks 16 September.

Jadi OKlah jawapan Husam itu. KJ cuba memerangkap tetapi YB Husam OK aje...
Khalid Samad said…
Salaam.

Terima kasih Firdaus. Saya setuju dengan tafsiran tuan kerana amat jelas bahawa Husam bercakap dalam konteks PAS. Namun saya rasa tulisan saya tetap releven dan memberi penjelasan untuk kedua-dua kemungkinan.
Anonymous said…
Salam,

Saya rasa skrg ini bukan masanya Org PAS mengatakan UMNO menolak Islam.Cuba lihat situasi PAS sekarang di dalam PR dgn UMNO didlm BN sebelum ini. Situasinya tetap sama. UMNO sedang menumpukan proses pengembangan Islamisasi secara berperingkat2 sejak dahulu lagi dengan bermatlamatkan pada satu hari nanti semua org Islam mempunyai kekuatan iman,akal,kepetahan berhujah untuk memberi penerangan kepada org bukan Islam tentang keindahan Islam.In bukan hanya perlu dilakukan oleh golongan beragama sahaja tetapi dari golongan professional yang beragama untuk menyampaikan msj dakwah ini..Kita lihat sekolah agama tumbuh bagai cendawan sejak 20 tahun lalu.Bank Islam,kurikulum agama,kursus-kursus berkaitan agama dan lain2 hidup subur sejak dari zaman merdeka lagi.Mengapa ini PAS tidak memberi sebarang kredit kepada UMNO.Cukupla..

Saya rasa penyokong PAS ini telah dibutakan dgn sikap taksub yang melampau.

Saya bersetuju sekiranya PAS memasarkan dirinya sebagai parti yang menentang kemaksiatan,ketidakadilan dan juga parti yang mementingkan dakwah kepada orang Islam dan bukan Islam dari parti yang suka kafir mengkafirkan manusia,menyalahkan org lain dan fitnah memfitnah.UMNO pula parti yg telah hanyut kerana mereka tidak mengawal maksiat,korupsi dan sebagainya.Tetapi harus diingat perkara negatif ini hanya dapat dibendung sekiranya ISLAM dapat ditegakkan.Bagaimana?Dengan PR juga mungkin tidak akan tercapai?Bagaimana pula anggota PKR yang Islam sampai hari ini masih berdiam diri tentang Hudud ini?SUdahkah mereka ditarbiyyahkan.

Oh ye....Saya rasa golongan ulama PAS perlu memimpin anggota parti mereka dahulu supaya menjadi insan yang beriman dan bertakwa,melaksanakan kewajipan rukun iman dan rukun Islam.MAsalahnya ada dikalangan mereka tidak begitu.
Anonymous said…
Kepada Firdaus,

Khairy bukan ternganga, tapi tersenyum kerana begitu mudah sekali Husam masuk perangkap. Jika saudara amati video itu dari awal sampai akhir, akan saudara dapati yang Husam agak ego.

Saya berada di sana, atas landasan atas pagar kerana nak tengok debat. Saya tak duduk sama Pemuda UMNO, tapi di kelompok tengah bersama-sama orang PAS kerana nak menilai gaya tuan rumah.

Tuan akan dapati juga, Husam begitu menyerang peribadi hatta berkata rugi sebab usul Pemuda MCA untuk meng-ISAkan Khairy tak menjadi, keran akalau jadi pasri kita sokong - ujarnya.

Saya menggeleng kepala, Masya Allah masa itu. Termasuklah beberapa orang penyokong PAS berkupiah putih di kiri dan kanan saya. Saudara fikirlah sendiri...

Pada pandangan saya, inilah balasan dan pengajaran yang Allah nak tunjukkan pada Husam supaya jangan sombong.
Anonymous said…
Husam kurang rehat kot sebelum tu, sebab tu agak terusun perkataan perkataan yang keluar, kena blajar banyak dengan anwar ibrahim.
Abu Razeen 2 said…
sdr firdaus omar,

dialogue yg sdr quote itu bukti nyata husam contoh produk universiti terbuka TGNA:

jelas fikrahnya dan tegas dgn prinsip perjuangan.

bagi outsider, ahli pas baru dan sb....jangan pantas bawa masuk ke dlm pas ini budaya umno yg suka pecahbelahkan parti.
Greenbottle said…
saya sedih mengapa semua merasakan kalau saja cakap pasal hudud PAS jadi defensive. apatah lagi parti umno yang bukan parti islam tu tak payah cakap lah.

bagi manusia spesies umno kalau nak serang PAS 'perangkapkan' mereka dengan hudud. seolah2 hudud ni 'kekurangan' dalam islam.

seolah2 manusia macam khairi dan manusia lain seperti nya rasa dengan melontarkan issue hudud akan menunjukkan betapa retrogressive nya islam. apa pandangan khairi sendiri tentang hudud?

mengapa orang islam sudah jatuh sehingga tahap ini?

saya fikir satu perkara yang amat nyata kelemahan PAS ialah ketidakupayaan PAS untuk berdialog dengan bukan islam khusus nya rakan2 dalam PR tentang islam dan khusus nya hudud.

saya fikir PAS perlu ada komiti yang arif dengan 'comparative religions' yang boleh berdialog dengan bahasa dan irama yang boleh di terima oleh bukan islam dan jadikan agenda kefahaman islam dan dakwah terhadap rakan bukan islam sebagai satu agenda utama.

saya tak nampak ini berlaku walaupun PAS ni kata ia parti Islam.
Anonymous said…
husam merupakan contoh terbaik dalm berbahas...
cara beliau berdebat amat bijak...
cuba kalian imbas kembali tika dia berdebat dalam Debat Perdana beberapa tahun lps...
mantap
Anonymous said…
To Abu Razeen:

Jelas fikrahnya apa, Husam cakap berbelit-belit. Soalan dari Prof Agus clear tapi dia kona kanan kona kiri, samapi KJ masuk and tanya dia baru dia terdesak menjawab soalan.

And masa press conference lepas wacana pun dia tak menjawab soalan yang press dok tanya. dok kona kanan dok kona kiri...

Anad kalau tegas, apa ke heyyyynya lepas digertak DAP terus tarik brek. Kalau nak jadi penyokong kuat Tok Guru, jadilah macam Tok Guru Aziz yang tegas.

Ini dah lerrr cakap belit, tarik brek pulak tu...

Kalau macam inilah yang dikatakan antara yang terbaik dari PAS - saya kasihan.

Nik Husam
CHIA, Chin Yau said…
Of all said and done, for our Muslim friends, as Chinese non-muslim, atleast my wife and myself, and our family do not think it is bad to have Hudud implemented. For any implementation with good intention is always good and whoever implemented the Hudud should follow strictly the teaching of the Almighty.

We never fear of Hudud or Islamic state, is only those who are blurred by BN are fear and worry.

To us, fairness is most important and we believe the teaching of Islam is all about fairness.

For whatever PAS fights for, we will lend our support as long as PAS upholds the principle of fairness.

Rgds,
chiacy
Anonymous said…
Salam,

Any komen berkenaan kata TGNA yang mengatakan kalau nak Islam undi PAS kerana UMNO ni parti duniawi.Undi PAS dapat pahala diakhirat dan kesenangan didunia.

Dilihat dari sudut positif mungkin benar katanya tapi Islam bukan milik PAS sahaja.Walhal beliau telah menghukum org Islam yang mengundi UMNO sebagai org yang tidak mahu kepada pahala dan pentingkan duniawi!!!!

Tiadakah kebaikan dilakukan oleh UMNO kepada pembangunan dan kesejahteraan Islam?
Anonymous said…
Yang Berhormat Dato' Khalid,

Izinkan saya memetik posting YB Dato', "We cannot implement the Hudud laws or any other law which was not specified and agreed to by the people who elected us into power."

Siapakah "We" di situ? PAS? Pakatan Rakyat? Mana2 parti di dunia ini?

Jika dianalisa aliran pemikiran YB Dato', YB Dato' adalah seorang pragmatist.

Pragmatist dalam erti kata boleh berubah mengikut keadaan.

YB Dato', sealiran dengan Dato' Seri Najib Tun Razak. Beliau juga seorang pragmatist.

Dalam PAS ini mungikut kajian saya tidak ada orang yang mendasari prinsip pragmatisme dalam berpolitik selain dari YB Dato'.

Saya tidak kata pragmatist itu salah.

Saya juga berfahaman PAS perlu ada variety dalam aliran pemikiran. Terutama dalam isu sesensitif PERLAKSANAAN HUDUD.

Tahniah YB Dato' Khalid. Kerana berani menyatakan pandangan dan pendirian.

Saya ingin juga melihat sejauh mana aliran pemikiran pragmatisme ini boleh pergi dalam PAS yang dikuasai oleh aliran pemikiran konservatif.
Anonymous said…
YB Khalid,

Pendapat YB Khalid ini lebih menjurus kepada tidak perlu perlaksanaan hukum hudud jika pengundi yang memilih kita tidak mahu kepada hudud.

Adakah perlaksanaan hudud ditentukan oleh parti yang melantik kita sebagai calon atau ditentukan oleh pengundi kita?

Adakah YB Khalid bersedia untuk tidak dipilih sebagai calon PAS di Shah Alam kerana melanggar hasrat parti sebab cenderung mengikut kehendak pengundi yang bertentangan dengan hasrat PAS?
Anonymous said…
People in PAS and UMNO has two common trait that can never be separated - both are Malay and Muslims! What makes them quarrel? They have no FAITH (IMAN)

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-