Skip to main content

Respon: PAS dan DEB

Hasbullah Pit berkata,
YB,
Walaupun kita tidak menyokong DEB, tetapi politik DEB tidak menguntungkan PAS.
Orang Melayu masih takut kehilangan DEB walapun DEB sudah tiada.
Kerusi majoriti Melayu pula diberikan kepada PAS.
Pada pendapat saya, PAS perlu dilihat sebagai "pembela Melayu".
Terima kasih Tuan Hasbullah,
Pada pendapat saya PAS ingin menyedarkan orang Melayu, dan kaum2 lain, bahawa PAS berjuang atas dasar Islam. Islam akan membela semua kaum dan menjamin hak semua. Sekiranya apa yang diinginkan oleh setiap kaum adalah hak masing2, maka hak ini akan diperjuangkan PAS bersama mereka. Hak satu kaum tidak akan menjejas hak kaum yang lain. Hak kaum ‘A’ akan terjejas hanya sekiranya kaum ‘B’ menuntut sesuatu yang merupakan hak kaum ‘A’. Apa yang dikatakan sebagai ‘Hak’ tidak akan bertindih. Tetapi kita kena kenal pasti dengan tepat apa ‘hak’ dan apa sebaliknya.

Dengan menggambarkan PAS sebagai ‘pembela Melayu’ bererti PAS tidak membela selain dari Melayu dan hanya orang Melayu sahaja yang dianggap menghadapi penindasan dan memerlukan pembelaan. Hakikatnya sebaliknya. PAS memahami Islam sebagai pembela semua dan mempunyai formula keadilan Islam yang berbeza dengan formula politik kaum BN. InsyaAllah kita tidak akan menyimpang dari dasar ini.

Memang ada yang ingin PAS memperjuangkan Islam ‘dan Melayu’. Mereka ini seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan Islam itu sendiri sehingga meminta perjuangan Islam ditokok tambah dengan ‘perjuangan Melayu’. Dengan tokok tambah ini barulah keadilan akan terjamin, mengikut pandangan mereka. Saya faham bahawa Tuan tidak berfikiran begini tetapi hanya mencadangkanya sebagai satu strategi. Namun strategi ini akan sebaliknya menggagalkan usaha PAS untuk membawa masyarakat ke arah premis politik yang baru berasaskan Islam.

Bagi saya, UMNO membawa dasar ‘Melayu-Islam’. Orang-orang yang berfikiran Islam perlu diperkukuhkan dengan semangat keMelayuan patut masuk sahaja UMNO kerana lebih banyak persamaan di antara mereka dan UMNO. Apabila sudah di dalam UMNO, mereka perlu perkukuhkan elemen Islam kerana elemen Melayu sudah begitu kuat, sampai termuntah-muntah.

Jangan sebaliknya mencemarkan perjuangan PAS yang berasaskan Islam. Islam lengkap dan sempurna dan tidak perlu ditokok tambah. Namun seperti apa yang saya sebut terlebih dahulu, dasar ekonomi yang lebih baik perlu untuk menggantikan DEB. Satu dasar ekonomi yang mengambil kira persoalan keadilan agihan (distributive justice) termasuk kaedah ‘affirmative action’ perlu dirangka. Sambil itu perbezaan pendapatan dalam sesuatu kaum (intra race) dan bukan sekadar di antara kaum (inter race) perlu juga diambil kira.

WalLahu 'Alam

Comments

Hasbullah Pit said…
YB Khalid:

Sebenarnya saya telah tulis sesuatu, tetapi ketika itu belum diterbitkan lagi.

Ini dia

PAS perlu dilihat sebagai pembela Melayu
(baru diterbitkan tadi)

Pejabat Khalid Samad:

Bila saya periksa, tetapan DNS sudah betul.

www.khalidsamad.com canonical name = ghs.google.com.
ghs.google.com canonical name = ghs.l.google.com.
Name: ghs.l.google.com
Address: 72.14.235.121


Mungkin blog ini mengalami masalah yang hampir dengan blog perisik-rakyat 2 minggu lepas. Tetapan betul tapi tak menjadi.

Oleh itu cuba perkara berikut:
revert balik ke khalidsamad-shahalam.blogspot.com

Kemudian set balik www.khalidsamad.com
Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Hasbullah Pit, teknik Tuan telah berjaya menyelesaikan masalah tetapan DNS pihak kami. JZKK.

-Pejabat YB Khalid Samad-
Anonymous said…
YB,

Tks for answering my query.
In any case, I hope PAS will explain Islam more to Selangorians.
Esp how would PAS administer an area like Bukit Bintang, hypothetically speakin?
It's full of activities prohibited by your religion yet it's also the life of the city.
Wishing all the best.

Warmest regards,
Jed Yoong

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.