Skip to main content

Membatas Jualan Minuman Keras

Oleh: Jimadie Shah Othman, Malaysiakini

“...Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan...”

“...Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ketika dihubungi mengesahkan penerimaan majlis itu (MBSA) terhadap cadangan yang dikemukakan seorang ahli majlis itu.

Katanya, beliau difahamkan, perkara itu telah dibincangkan dan diterima oleh wakil DAP sendiri. Cuma, tambahnya, terdapat sebahagian daripada ahli majlis daripada kalangan PKR* yang menentang cadangan itu.

Bagaimanapun, Khalid berkata, setakat yang beliau tahu, PAS tidak pernah mengarahkan ahli-ahlinya mengemukakan permohonan membataskan penjualan minuman keras di negeri (Selangor) itu.

"Perkara ini tidak pernah dibincangkan di peringkat parti," katanya ...”

“...Mengulas lanjut isu tersebut, Khalid menegaskan, apa yang dilakukan ahli majlis PAS itu “hanyalah cadangan dan bukannya tuntutan”.

Beliau berkata, ia dikemukakan bertujuan mengawal masalah sosial seperti alkoholisme yang menular di kalangan anak muda.

Katanya lagi, cadangan itu bukanlah sebahagian daripada usaha PAS menerapkan nilai-nilai Islam (secara paksaan) di negeri itu, sebaliknya bertujuan memberikan faedah kepada semua pihak tanpa mengira fahaman dan agama masing-masing.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan itu tidak bermaksud "pengharaman penuh", sebaliknya hanya tempat-tempat tertentu sahaja.

"Kalau kita lihat, 7-Eleven, misalnya, merupakan pengenalan pertama alkohol kepada orang muda," katanya...”

*Sebenarnya yang disebut ialah: "mendiamkan diri, tidak semestinya bererti menentang"

Selanjutnya di Malaysiakini

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
di thailand, minuman keras dijual lepas waktu pejabat sahaja. dan di waktu malam, xdibenarkan minum di khalayak umum.

di UK, membawa botol/tin beer yang terbuka di dalam pengangkutan awam telah diharamkan.

di paris, minuman keras xboleh diminum semasa piknik di sekitar menara eiffel.

kita org islam sepatutnya lebih baik lagi :)
Mr. Smith said…
In America, there is no way a teenager can buy a bottle of bear/liquor from any store unless he produces an I/D to prove he is above 21 years of age.
Do the same here instead of banning the sale of liquor altogether.
If someone wants to drink, he will go out of his way to get it. It does not want, then he will shun it even though it is offered to him free of charge.
PAS should pay attention to more important issues affecting the country instead of wasting time on trifles and non-issues.
Anonymous said…
well well well mr smith. you must be very alien to how malaysians do business.

let me tell you... traders here (esp the chinese) would sell alcohol (and perhaps P/ganja) even to a 5 year old kid as long as they get money.

your american law will not work here. the best thing to do is to limit access to alcohol... why 7 eleven has to sell alcohol in muslim majority malaysia? if you want alcohol, go to designated wine shop or madam kwan!
CHIA, Chin Yau said…
Salam YB,

As a Chinese, I do agree to exercise some control over alcohol or even gambling.

The most affected group is not the malay teens, instead the non-muslim are affected the most.

Ban may be way, but, isn't it good to look at how others implement similar measures, and we sit down and pick the best for ourselves?
Azurah Anuar said…
When i went to A1Gp at Sepang last weekend, beers (carlsberg) was sold openly.

I doubt the need of selling alcohol drinks at places like that, and it was during daylight. Not night.

I believe alcohol are bad for Muslims and non-muslims.

So where are we heading to with this issue?
Anonymous said…
salam..

Alhamdulillah. ini lah yg saya mahukan. usaha dari Pas.

kenapa arak perlu diharamkan.

1.arak adalah satu benda yg merosakkan. satu article dlm readers digest mengatakan bahawa arak ie alkohol tidak membawa apa2 kebaikan utk kesihatan.

2. tiada kematian akibat 'memerlukan arak'.

saya setuju pengharaman total dilakukan.

1.sebelum olimpik, utk mengurangkan bilangan sampah yg dibuang, supermarket di beijing meletakkan harga utk setiap bag plastik yg diberikan. ttp usaha itu gagal. akhirnya mereka mengharamkan terus pemberian bag plastik. hasil- berkesan.

2.korea membuat undang2 supaya pengguna mengasingkan sampah mengikut jenis. sekiranya tidak, pbt mereka tidak akan mengutip sampah mereka. mereka berjaya mengubah mentaliti rakyat mereka.
Anonymous said…
Salam YB,

Sewajarnya komen-komen ringkas di sini dikongsikan bersama rakan-rakan non-muslim terutama dari DAP dan PKR.
Pengawalan yang akan dilaksanakan BUKAN penghapusan seluruhnya. Penjelasan perlu disebarkan secara meluas terutama di media.
Tetapi awas dengan sikap sesetengah pihak media yang sering memutar belitkan fakta dan kenyataan.

Sekian.
Salam Perjuangan..
Anonymous said…
klu tak silap dah ada undang2 larang org Islam beli dan minum alkohol.

kuatkuasakan seluruh s'ngor.

premis yg engkar, tarik lesen premis sbb khabarnya lesen niaga arak bawah federal.

dlm hal org Islam, non muslim jgn campur.

klu non muslim nak juga hadkan jualan arak kpd remaja non muslim, itu perkara lain yg boleh dibincangkan dm pakatan.

jadi tak perlu media nak sensasikan isu ini.
Cokodok said…
Salam,

Di Australia, alkohol tidak dijual di kedai serbaneka 24 jam spt di sini... hanya kedai2 yg dilesenkan shj yg dibenarkan... jika negara barat pon bleh buat.. kita sebagai negara majoriti umat islam, sepatutnya lebih dari itu...

bukan kita mintak ia diharamkan terus... tetapi dikawal penjualannya... bukan aper... sesetengan kedai runcit or restoran nie, cuma mementingkan keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial.. maka perlulah satu kawalan yg sistematik...
Tristan said…
I support the move of banning achohol at business premises mentioned specificly by you YB.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.