Skip to main content

Majlis Makan Malam Bersama Tok Guru Nik Aziz

Majlis Makan Malam Bersama Tok Guru telah berlangsung pada hari Isnin 3-Nov bermula pada jam 8 malam yang bertempat di Ballroom Wisma PKPS, Shah Alam. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan perasmian kelab penyokong PAS oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bagi cawangan-cawangan di Shah Alam. Antara yang hadir adalah kelab Penyokong PAS Taman Bekerly (Masyarakat Cina), Kelab Penyokong PAS Seksyen 18 & 19, Sekyen 24 dan seksyen 7 yang terdiri daripada masyarakat Cina dan India di Shah Alam.

Makan malam tersebut juga telah dimeriahkan dengan persembahan nasyid adik Ahmad Hibatullah Zawawi dan Juara Akedemi Nasyid, Azhan Atan. Sila klik slideshow dibawah untuk paparan album yang lebih besar di Picasa Web Album YB Khalid Samad.



Kepada AJK pelaksana yang terlibat terutama muslimat Shah Alam dengan kerjasama Pemuda Shah Alam yang telah banyak berkorban masa dan tenaga dalam menjayakan majlis ini , pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih, Jazakallahukhairon Kathiraa.

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

AIDC said…
tahniah kepada tuan MP,
Anonymous said…
Assalamu'alaikum..

Semoga YB, keluarga serta teman2 sihat dan sejahtera.

Selamat bermukim di Pulau Langkawi. Moga di sana menjadi medan terbaik untuk melontar pandangan serta bertukar-tukar buah fikiran.

Tahniah kepada YB, PAS dan PR. Selamat maju jaya..

Salam perjuangan.
Reformasi..

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD