Skip to main content

Majlis Bersama Pimpinan

Tarikh: 28-Nov-2008 (Jumaat)
Masa: 9.00 Malam
Tempat: Restoran An-Najihin, Tmn Bukit Saga,
Seksyen 26 (sebelah kilang Proton), Shah Alam

Aturcara:
8.00 malam - Makan Malam
8.45 malam - bacaan Ayat Suci Al-Qur'an oleh adik Mohd Najib Mohd Nassuruddin (9 tahun)
9.00 malam - Ucapan Oleh Tn Hj. Khalid Samad (MP Shah Alam)
9.45 malam - Ceramah oleh Ust. Mohd Nassuruddin Hj Daud, (Speaker DUN Kelantan, ADUN Meranti)

Untuk acara makan malam pada pukul 8.00 pm, sila dapatkan tiket dari Din (019-2867395), Azhar (017-3370565) atau Basir (017-3355733).

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.
Bagi Pihak PAS Cawangan Taman Bukit Saga Sek. 26, Shah Alam.

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Seladang said…
YB!

Selamat datang ke Kuala Krau Pahang pada 12-12-2008 di Felda Jenderak Utara. Kami PR dengan rasa bangga menunggu kedatangan saudara YB!

http://rp-semantan.blogspot.com
http://tokperan.blogspot.com
Kabarnya harga tiket makan dan sumbangan di Taman Bukit Saga tu RM25.00 sahaja. Boleh la tu.
Anonymous said…
YB,
apa pendirian YB tentang pengharaman arak di selangor yg dimulakan di shah alam?
Anonymous said…
the right choice of words shows one's fineese and articulation. it avoids conflict and unnecessary argument. It is Hikmah.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.