Skip to main content

Kenapa peruntukan RM8 juta Pembangunan Pasar Rantau Panjang Ditarik Balik

Berikut merupakan petikan transkrip perbahasan Parlimen semasa sesi soalan jawab lisan pada 4 November 2008. Ihsan dari MPPAS.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sekiranya benar, maka kenapa yang RM8 juta itu ditarik balik?

Tuan Yang di-Pertua: Shah Alam, Shah Alam.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dan begitu juga peruntukan untuk negeri Selangor.

Datuk Seri Azalina binti Othman Said: Shah Alam, itu berkenaan dengan isu peruntukan dari segi dasar. Dari segi peruntukan Kementerian Pelancongan pun, Kementerian Kewangan telah membuat potongan dari segi perbelanjaan pembangunan di semua negeri termasuk negeri pembangkang dan negeri Barisan Nasional. Jadi, kenyataan Yang Berhormat Shah Alam kononnya begitu sensitif, kononnya hanya Kerajaan Negeri Parti Pembangkang sahaja mempunyai perasaan yang terluka. Kerajaan Negeri Barisan Nasional pun terluka, tetapi mereka menggunakan akal bila bercakap berdasar kepada fakta.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Okey, tetapi…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah Shah Alam, sama-sama luka, tidak apa.

Datuk Seri Azalina binti Othman Said: Tetapi Yang Berhormat Shah Alam, tidak ada diskriminasi daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya rasa diskriminasi.


Lagi dari MPPAS dan juga lihat posting terdahulu: Manhandled by Azalina

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
YB,

Amboi.
Macam bf/gf-lah.
Dia luka, YB pun luka.
Tolonglah, parlimen bukan drama RTm...Macam Norman, Abby, and the wife...

Sekian.
Anonymous said…
ehehe mcm drama swasta...

Popular posts from this blog

Video:The Dawn of A New Malaysia

Video courtesy of IBR Asia Group
-The office of MP for Shah Alam-

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

Video Parlimen: Bahas Titah Diraja 2018

Video ihsan Cap Kapak
-Pejabat YB Khalid Samad-