Skip to main content

Change in The Selangor Leadership

[Dalam Dwibahasa]

People have been asking me about the recent changes in the PAS Selangor state leadership, namely my being replaced as the Deputy (2) State Commissioner and Shaari Sungib being replaced as the PAS State Information Chief. Many explanations have been forwarded, some bordering on the absurd.

Let’s just say I have a difference of opinion on certain issues with some of the leadership team, the details of which are not relevant. I have been very critical of some issues and this has been on-going since we formed the state government under the PR. After 8 months, as we still cannot see eye to eye on these issues, I believe it is best that I be replaced from the leadership team. The issue was discussed in the 11-man Dewan Harian meeting, which I attended, and when the State Commissioner suggested that I be replaced, I agreed. Dato Dr. Hassan Ali deserves to have a team which is fully supportive of him so that he can do what he feels as necessary to fulfill the objective set by the party at its Muktamar, namely to make the PR Selangor Government a success. He cannot afford to have some one like me persistently questioning his decisions and policies, in the end he cannot implement what he feels as necessary.

Nonetheless, please note that I am still the YDP of PAS Shah Alam. We will still meet in the State Liason Committee Meeting held every month. I will be able to question the policies and the effects of the policies as implemented during this meeting. As such, it is not a question of stifling dissent or installing ‘yes men’. It is a question of giving Dato’ Dr. Hassan Ali full opportunity to prove the effectiveness of his leadership and making the PR government a success by having the team which he wants. However, I will be there to question him, particularly so if it is seen that some policies of his will cause problems for the PR. It is necessary to realise that there is only 3 years left to the next election. We need to start showing results!

Shaari’s case may be slightly different but the gist of it is similar.

**************************************************************************************************
Perubahan Pimpinan Negeri Selangor

Ramai yang telah mengajukan soalan berhubung dengan perubahan di dalam barisan pimpinan negeri Selangor iaitu pengantian saya sebagai Timbalan YDP (2) Negeri dan Shaari Sungib sebagai Ketua Penerangan Negeri. Banyak penjelasan telah diberikan oleh berbagai pihak, ada yang hampir tidak masuk akal.

Beginilah, cukup sekadar saya nyatakan bahawa terdapat perbezaan pendapat di atas beberapa isu dengan sebahagian dari pucuk pimpinan negeri, yang mana penjelasan terperinci disini adalah tidak relevan. Saya telah mengkritik beberapa isu berbangkit semenjak penubuhkan kerajaan negeri dibawah PR. Selepas 8 bulan dan kami masih lagi tidak dapat mempersetujui tentang beberapa perkara, saya percaya adalah lebih baik agar saya digantikan dalam barisan pimpinan negeri. Perkara ini telah dibincangkan didalam mesyuarat Dewan Harian yang dihadiri seramai 11 orang, yang mana saya turut hadir. Bila mana Pesuruhjaya Negeri mencadangkan agar saya diganti, saya setuju. Dato Dr. Hassan Ali berhak untuk mempunyai kumpulan yang memberi sokongan penuh kepadanya agar beliau dapat melakukan apa yang difikirkan terbaik untuk memenuhi objektif yang telah dipersetujui parti di dalam muktamar lepas. Iaitu; memastikan agar kerajaan PR Selangor berjaya. Beliau tidak boleh mempunyai orang seperti saya, yang sering kali mempersoalkan keputusan dan polisi yang dibuat, yang akhirnya mengakibatkan beliau tidak dapat melakukan apa yang difikirkan perlu.

Namun demikian, saya masih kekal sebagi YDP Shah Alam. Kami masih akan bertemu didalam mesyuarat Badan Perhubungan Negeri yang diadakan setiap bulan. Saya tetap boleh mempersoalkan polisi dan kesan polisi yang telah dilaksanakan semasa mesyuarat tersebut. Oleh itu, perkara ini bukanlah soal mengongkong perbedaan pendapat ataupun menerap sifat ‘pak angguk’ dikalangan ahli. Ia adalah soal memberikan Dato’ Dr. Hassan Ali peluang sepenuhnya untuk membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau dalam menjayakan kerajaan negeri PR dengan kumpulan yang beliau senangi. Walaubagaimanapun, saya akan sentiasa memantau, terutamanya sekiranya dilihat polisi yang diketengahkan akan mengundang masalah kepada PR. Adalah perlu disedari bahawa cuma tinggal 3 tahun lebih lagi untuk pilihanraya akan datang. Kita perlu menunjukkan kesan serta natijah dari pentadbiran kita selama ini!

Dalam soal Saudara Shaari adalah sedikit berbeza, walaupun secara dasarnya adalah sama.


WalLahu 'Alam

Comments

Mosa said…
Salam YB,

Saya sering melayari blog YB dan tahniah saya ucapka di atas ketegasan dan pandangan YB dlm pelbagai isu.

Namun dalam hal dalaman parti saya rasakan kurang elok dibentangkan dalam blog. Ini kerana memberi ruang utk pihak musuh melemahkan PR.

Walaupun saya sendiri tidak berapa minat dgn cara Pesuruhjaya Selangor dlmbanyak hal. Saya harap YB lebih berhati2 dlam mengeluarkan pandangan dgn media dan juga blog YB agar tidak mengeruhkan dan mengugugat PR.

Saya harap suatu hari nanti YB dapat jadi MB Insya Allah.
Anonymous said…
Untuk kebaikan PAS atau kebaikan PR, YB patut mencabar Hassan dalam pilihan parti akan datang. Ketiga-tiga parti dalam PR tidak boleh lagi jalan sendiri dan pergi ekstrem, semua parti mesti kompromis dan jalan ketengah dengan sasaran dan panduan perjuangan yang berdasarkan konsensus.

Hassan yang memain politik perkauman hanya akan runtuh nama PAS dan melemahkan perikatan tiga parti.

We have too many opportunist and short-sighted politicians across parties.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula....Sedangkan PAS, PKR dan DAP boleh mencari kesamaan, inikan pula satu jemaah. Patutnya jangan la sampai pecat. tunggu sampai pemilihan parti akan datang kan lebih manis. anywway, selamat berjuang kepada semua yang terlibat. At the end of the day...kita dengan Allah taala.
Salam YB

This is a very honest and honorable statement...

Congrats for being as such!
Anonymous said…
Salam buat YB,

Walau apa pun, saya bersyukur kerana YB menerima pengguguran jawatan itu secara rela. Ini menandakan wujudnya salah satu ciri kualiti seseorang pemimpin.

Saya ekori secara dekat debat YB tentang muzakarah dulu, dan kesannya cukup hebat sehinggakan akhirnya pemimpin PAS sedar akan pentingnya memperkukuh PR. Kini, Presiden PAS sendiri dilihat memainkan peranan aktif dalam memperkasa PR.

Memang ada pro dan kontra apabila hal-hal permasalahan dalaman parti dibincangkan secara terbuka.

Pada saya, ada isu-isu yang dibolehkan diperdebat secara terbuka. Kalau kita memahami hakikat kemajuan dan perubahan, kita harus akur bahawa dengan adanya perbezaan pendapat persepektif atau horizon permasalahan akan lebih jelas gambarannya. Dan tentunya, akhirnya setiap perbezaan akan menemui titik persamaan. Dengan syarat setiap perbahasan perlu didasarkan pada keikhlasan dan kejujuran - perpecahan tidak akan terjadi.

Saya yakin, peristiwa pengguguran ini tidak akan menjejaskan momentum YB dalam memperjuangkan apa-apa yang YB yakini.

Seperti kata YB, Dr Hassan harus diberi peluang untuk beliau bekerja dengan "selesa" bersama dengan orang-orang yang beliau rasa selesa bersama.

Tentu ada hikmah di sebalik semua itu.

Wassalam.
Fiez said…
Salam,
Sy sbgi warga Shah Alam menghormati keputusan YB walaupun pada pada pendapat sy tindakan menukar jawatan YB dirasakan tidak perlu. Apapun diharap YB akan dapat sentiasa menegur apa juga kepincangan di Selangor khususnya yg melibatkan PAS dan PR.
lan said…
Salam YB, I salute your positive gesture in accepting this decision.. You are rellly a gentlemen and think about the people more than yourself.

ALhamdulillah you still have Shah Alam.. my support for u insyaAllah!

Lepas ni boleh lagi lantang di Parliment
Unknown said…
penjelasan yagn rasional dan menenangkan. masalahnya, tak semua mesej yang dinyatakan boleh sampai kepada publik. dan kalau sampai pun, tak semestinya tepat/menyeluruh.

apa yang saya fikirkan, tindakan ini mengejutkan. dan pengganti kepada kekosongan itu lebih mengejutkan. pelbagai teori dan prasanga bermain dalam kepala. tapi Tuhan juga lebih mengetahui.

semoga tindakan yang diambil bukanlah merosakkan diri sendiri (pas).

dan baru saya tahu - kalau alasan dan hujah dinyatakan itu benar - kadang2 perkauman itu boleh menghinggapi seseorang yang tidak disangka2.
Anonymous said…
Salam,

InsyaAllah, walau di manapun kita diletakkan, pasti ada sesuatu yang boleh kita lakukan utk kebaikan. Peralihan kuasa/jawatan adalah untuk maju ke hadapan, pengunduran adalah untuk berada di posisi yang lebih sesuai & boleh lebih berfungsi. Tiada yang menghairankan tentang hal ini, sudah lumrah dalam peperangan, buah catur akan bergerak, kan kita semuanya jundi???..ayuh, terus melangkah ke hadapan.
Anonymous said…
Perkara biasa. Adat main bola. Maradonna pun ada kena substitute time main utk Brazil. Depends on team manager juga.

Sila hadir beramai-ramai.
http://pastbs.blogspot.com/2008/11/majlis-bersama-pimpinan.html

Ni ada marka NST buat lece. Ada kaa ayaq teghang pun dia nak menangguk...
http://scandalasia.blogspot.com/2008/11/shameless-conduct-of-hatchet-woman.html
Anonymous said…
walaupun berlaku perubahan, tapi yb tak melenting sebaliknya tenang amat dan memberi penjelasan yang rasional dan munasabah.

ini pas, bukan pekembar!
Anonymous said…
pak khalid,

hal dalaman parti tidak perlu didedahkan. fikirkan impact kpd penyokong dan juga musuh. bukan main sedap tulis jer...

sepatah ayat pon boleh dimanipulasi oleh pihak musuh, apatah lagi seluruh kandungan blog.

saya sbg akar umbi tidak mengira, siapa pon panglima sama ada khalid al-walid (yg penah digugurkan semasa zaman khalifah umar) atau sesiapa saja, perjuangan akan diteruskan.

tp saya amat tidak berpuas hati membaca rintihan pak khalid yg berbaur agak negatif ttg rombakan perhubungan negeri.

jgn jadi mcm umno pula, bila digugurkan kecoh seantero malaya.

dah la kecewa dgn laporan malaysiakini, bila baca tulisan pak khalid, hati saya betul2 runtuh...

saya doakan pak khalid berhenti berkokok ttg hal dlmn parti lagi...
Anonymous said…
Bro Maradonna main utk Argentina la bro :) hehe tapi walau apa pun nak kena substitute pun tgk la jgak dgn sapa dan masanya. Takkan la kena tukar dgn pemain liga kampung waktu pemain2 la baru tgh nak warm-up atau leading??
Anonymous said…
saudara izali,
pak khalid terpaksa post entry ni sebab ramai yang bertanya..
itu pun penjelasan secara umum...
yg peliknya kamu duk kalut2 melenting tu pasal apa...
kalau kamu tak suka sgt pak kalid tu, malu la sikit..
tgk gaya pak kalid, walaupun ada sedikit gundah gulana dengan keputusan PJ, takde pun nak melenting tak tentu arah...
kamu ingat sikit, pak kalid ni pun PIMPINAN PAS PUSAT!!!
hormat la pendirian dia!!!
Unknown said…
Assalamu alaikum YB, Tuan telah menunjukkan satu sikap kepemimpinan yg melayakkan tuan utk memimpin PAS Selangor. Sepatutnya tuanlah yg mengantikan tempat PJ Selangor sekarang. Sebab utamanya Dato Hassan Ali tidak mampu untuk memimpin PAS memperkukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat. Dia masih dengan agenda ketuanan melayunya (macam UMNO) dan tidak ada dalam diri dia penghayatan PAS utk semua. Inilah dalang besar yang akan memusnahkan kejayaan kerajaan PR. Pimpinan tertinggi PAS harus sedari hakikat ini. Lagipun bukankah dia yang sanggup bersubahat dgn Khir Toyo semata-mata nak dapat kedudukan MB.Mujurlah orang PAS tidak bodoh utk ikut dia. Kalau kita lihat prestasinya sebagai EXCO negeri pun, apa yang dia dah buat? Di Gombak Setia pun apa sumbangan dan pengorbanan dia sbg ADUN? Bandingkan prestasi dia dgn ADUN Hulu Kelang, spt langit dan bumi! YB Saari Sungib diterima baik oleh semua kaum dan strata msykt.Saari juga mengorbankan allowen ADUNnya utk parti. Apa yg Hassan Ali korbankan. Hassan Ali masih beranggan nak dapt kedudukan tertinggi sedangkan dia tidak mampu. Kita rakyat mahukan pejuang seperti tuan dan YB Saari yang tidak ada kepentinggan peribadi, malah telah berkorban dan dizalimi oleh I.S.A memimpin PAS negeri Selangor. Kalau tidak kerajaan PR ini tidak akan bertahan lama. Tuan Guru Presiden tentu dah faham kemampuan Hassan Ali. Bercakap berapi-api bolehlah dia, tapi nak deliver sorilah. Tgjwb Naib Presiden dulu pun dia tak berjaya laksanakan. Sekarang selaku PJ Selangor pun kita dah nampak kemampuan yang amat terbatas dia ni.
Saya tahulah tuan menjaga keharmonian parti, tuan bercakap setuju kpd pelucutan ini. Tapi hakikatnya tuan telah membiarkan orang yang lemah dan tak mampu utk terus memimpin.
Saya rasa tuan tak boleh take this lying down. Hancur masa depan PAS Selangor kalau bukan yang terbaik yang memimpin.

Satria.Jingga7
Anonymous said…
Salam YB Khalid,
Apa yang berlaku ini memang sudah dijangkakan. Ramai menduga sejak isu memilih calon exco dulu lagi.
Kalau dibuat survey di kalangan akar-umbi, saya percaya Dr. Hassan lah yang patut digantikan oleh orang lain.
Ramai menduga, jika Dr Hassan masih jadi PJ, untuk PR13 nanti, Dr Halimah dan Dr Rani Osman juga akan digugurkan.
Sikap Dr Hassan sejak jadi PJ, ramai ahli PAS veteren menjadi tidak aktif.
Ada yang mengistilahkan inilah politik "Summer Camp".
Saya secara peribadi, bersedih kerana YB digantikan.
Salam.
Anonymous said…
kecewa dgn tuan yb shah alam.. saya pengundi tuan.. semua benda nak citer dlm blog tuan.. cakap tuan betul2 mcm pemimpin umno.. mudah melompat dan memberi statement dlm hal begini!!

meluat betul dgn apa yg kuar dlm utusan hari ni.. bagus la bagi komen hentam kepimpinan lain.. harap tuan berubah.. 'baju nampak dada tu masih ada lagi ke?'..

pilihan raya nanti.. kalau tuan jd calon, jgn harap aku nak undi.. undi umno pun tidak.. undi tuan jauh sekali.. cari calon lain la org pas!!!
Anonymous said…
saya dah agak lama mengikuti perkembangan pak khalid dan beberapa pimpinan pro spt dr dzul and dr hatta.pemikiran dan pendapat spt anda semualah yg melonjak sokongan terhadap PAS dari golongan pro, anak muda dan pelbagai kaum. pr 12 yg lalu adalh buktinya.
saya perhatikan sekurang kurang di parlimen saya, yg mengerak kan dr segi strategi dan kewangan dtg dr ahli dan penyokong PAS spt ini.

saya khuathir momentum perjuangan golongan ini akan pudar(termasuk saya) dgn perkembangan ini.

Untuk sdr izali,

keluarla dr tempurung, ingat semua ahli PAS yg buta maklumat ke? yg access internet ni la yg balik ke markas dan susun strategi, bukan dok bersembang mes spi pukul 1am tapi hasil nya minima
Unknown said…
YB,
Hats-off to your principled stand.
Yes in the end it is RESULTS that matter to the RAKYAT, not rhetoric or sabre-rattling to score political points.

Best Wishes
Anonymous said…
Sorry YB, aku sangkakan Dato Hasan nin seorang yg selalu bermotivasi tinggi, especially bila ada sedikit cabaran atau teguran...nampaknya sangkaan aku selama ini meleset...does summer camp dah jadi winter camp ker?
Anonymous said…
Kami taat dan kami patuh.

selagi mana keputusan PAS Selangor ini dibuat atas dasar syura dan pertimbangan QS.

Jemaah lebih besar dari mana-mana individu.

Dan dalam sirah Nabawiyyah pun, Khalid al-Walid pernah digugurkan dari menjadi panglima perang.

Membangun Bersama Islam.

Ahli Akar Umbi
PAS Selangor
Ibnu_Ismail said…
Salam Pak Khalid,

Tabik spring buat Pak Khalid kerana bertindak matang. Yang lebih penting adalah kesatuan dalam jamaah, bukan jawatan. Kita buat kerja, walau tanpa jawatan (Tapi pak khalid masih banyak amanah berat dalam jamaah).

Terima kasih sekali lagi.
Anonymous said…
Salam YB,

I must say, even though I do not agree with the decision to replace you and saudara YB Saari Sungib, I must commend you on your gentlemenly response to the matter. I hope you will continue to be a voice to remind PAS Selangor and the state government what it means to be a government and to work for all, regardless of race and religion.

Please continue to keep up the stellar work!
Anonymous said…
Apa yang diduga sejak kemenangan PR pd bulan MAc dulu sudah berlaku. Dato' PJ sudah tunjuk kuku. Cuma nak tanya apa yg Dato' PJ suarakan utk penyokong PAS di bawah. Jgn asyik play safe je, sayang sgt ke jawatan EXCO tu. Insyaallah next year kami di peringkat cawangan dan kawasan akan buat usul agar Dato' PJ Selangor diganti dgn org lain. bukan pecat tapi ganti, kena ingat Parti mesti menguasai kerajaan bukan sebaliknya.
Anonymous said…
Ye ke Maradonna bin Ngadiman tu main untuk Argentina? Bukan ke Indonesia ? Nanti i tanya my boyfriend.

Betul tu. Nak tukar pun biar la berbaloi. Ni panggil nurse suruh jaga gol, tak boleh la.

Lagi pula, Team Manager tu kena relax la sikit. Man man aaa bro.. Ini dah la jadik team manager, pengerusi bancuh air pun dia nak, chairman basuh jersi pun ya, ketua jaga parking pun ya.. cuci tandas pun nak juge. Ni kalau reporter tanya soalan pelik2, mula lah team manager tersasul2. Payah pulak nak damage controlnye... Kita-kita jugeee yang kena...
Anonymous said…
YB Khalid,
Kekecewaan sdr juga merupakan kekecewaan ramai pendokong Islam.Dalam perjuangan apabila pemimpin tertinggi ada sikap tidakjujur atau angkuh dan lain-lain sifat mazmumah,biasanya keadaan sudah menjadi terlalu parah barulah ramai sedar betapa teruknya pemimpin ini.Buat masa ini ramai masih husnul zhan dan ini menjadi pelindung bagi mereka untuk terus bertahan.
Semoga Allah merahmati semua
kanot said…
Malu la org2 PAS yang nak cantas mencantas ni. Apa la hampa ni... khalid tak kecoh2 pon bila kena ganti, yang hampa lak sebok2 panas pungkoq hampa semua pasaipa? Biaq pi la nak kena ganti ka hapa ka..bukannya kena pecat dari jadi ahli PAS!

BN pon selalu tukar2 portfolio dalam kabinet. Biasa la tu, demi kelancaran pentadbiran, ganti mengganti tu perkara biasa. Zaman Nabi pon rilek je gugurkan khalid al walid. Tadak pon isu nak pecat Nabi pulak lepas buat keputusan tu! Yang hampa lak sebok2 nak cantas Hasan Ali la, nak gugurkan Hasan Ali la, apahal? Nampak sangat perjuangan berdasarkan kepada individu...bukan jemaah!

Awat? Hampa ingat kalau Hasan Ali kena cantas pon selesai masalah? Kalau perangai dendam macam ni still ada, lepas Hasan Ali hampa cantas pon, kalo perangai nak cantas mencantas ni stil ada, selagi tu la tak selesai masalah! Dendam mendendam ni hampa amik fatwa mana? Itu perangai UMNO tau tak.

Rileks la... biaq la sapa pon jadi PJ, biaq la sapa pon kena gugur, kita bergerak untuk mencapai kiblat yang sama. Ada konsep wala taat. Ada konsep syura. Keputusan syura kita kena ikut. Kalau tak suka, pi masuk UMNO!
Anonymous said…
There is an element of 'Mahathirsm' in Hassan. Remember he was once in BTN and he demand unquestioning loyalty, even though he may be wrong.
I am afraid he might even drop you as a PAS candidate in the next general elections.
I reckon you will do better in PKR.
Selangor PAS will be the millstone around Pakatan's neck if Hassan continues to lead it.
It sounds stupid to have parrots in the state team.
Unknown said…
I agree with Mr Smith. I certainly think that time is up for Hassan Ali to lead PAS Selangor. He once said that the future of PAS is with these new leaders like Saari Sungib.

Its a wonder why he has such a strong appetite to maintain control when he is not performing like a top leader should be. He is the bottleneck of PAS Selangor. Chopping off top performers like YB and YB Saari is a big lost for PAS Selangor.
Anonymous said…
To me, the pressure is now with Dato PJ and his new team. From the beginning, he strongly believes that he can manage Selangor (by being MB I assumed) better than what PR and TS Khalid is doing at the moment. From now on, they will have nobody else to blame for any calamity that may happen because of PAS Selangor. Not so clever moved after all huh guys? So, the floor is all yours our honorable Dato, show us what you are really made off, role up your sleeves, go to work and most of all stop being grumpy!

To Pak Khalid, we have to see this as a blessing in disguise. After all, the people of Shah Alam will benefit most by having their MP all to themselves. You will not be targeted for any future catastrophe created by these people. And most of all, you will have more time to rectify the federal Gov that obviously don’t have a single clue where they are heading. Its clear to everyone that its their lost, not yours and they surely weren't ready for your line of thinking, even though the Rakyat is more than ready!!
Suhaimi Said said…
Just be careful. I don't think he is capable of leading a party!

He sounded more UMNO than UMNO.

But if you asked me, I had a rough time with him when he handled Umrah trip for our group before, he dumped us in Meddinah, he dumped us in Mecca.
Anonymous said…
Memang saya setuju konsep wala' pada pemimpin. Tapi kalau pemimpin buat salah takkan dok diam je. Itu bangang namanya.
Satu persoalan ... Kalau Pak Abu Urwah sibuk sbg ADUN, yg s Roslan SMS tu tak sibuk ke sebagai SU Akhbar Presiden. Kalau Pak Khalid sibuk sbg MP, yg Che Rusli tu tak sibuk ke sbg MP. Kalau PJ ganti kan Pak Khalid dgn Ust Salehin Mohyi ke saya setuju sbb ustaz bukan YB, tentu tak sibuk, Please lah PJ this is PAS not UMNO. We are not stupid.

pejuang PAS saujana utama
Saya kira agak banyak sependapat dengan YB Khalid. Bagaimanapun keputusan pimpinan perlu dihormati.

Sudah pasti dalam keadaan sekarang PAS akan lebih mantap, kita perlu wujud kritis dalam organisasi dan saya kira kedudukan terbaru lebih baik untuk YB dan pimpinan bergerak

InsyaAllah... Tahniah kepada semua kerana positif
Anonymous said…
salam.

apa yg terjadi ini harus menjadi titik perubahan dlm pas. semua pihak dlm pas perlu muhasabah diri. baik yb khalid, hassan ali, tgna, tghh dll. kadang2 kita alpa.

pas adalah badan dakwah dan politik. tp yg lebih kelihatan adalah sebagai badan politik. itu yg kelihatan.

pas juga kena tetapkan dasar yg jelas dan terperinci dan jelaskan kpd setiap pemimpin. contohnya dlm menghadapi isu gm pkns dulu. bagaimana nak menghadapinya.

-zakri-
Anonymous said…
Ana teringat kisah Khalid al-Walid dipecat oleh Saidina Umar sewaktu Saidina Umar menjadi Khalifah. Pemecatan atau pemberhentiannya bukanlah kerana ada skandal atau rekod tak memuaskan.

Semua maklum bahawa Khalid al-Walid seorang tokoh yang dihormati. Umar sekadar mengatakan bahawa Umar tak mahu rakyat beranggapan kemenangan Islam di medan peperangan adalah kerana Khalid..

Apa yang Khalid al-Walid buat? Adakah dia mengamuk seperti UMNO yang hilang jawatan ketua bahagian? Atau dia melobi seperti pemimpin UMNO yang dahagakan jawatan?? TIDAK!!

Khalid al-Walid terima dengan hati yang terbuka kerana dia faham bahawa jawatan adalah amanah dan bukan peluang nak buat duit dan ambil komisyen seperti UMNO..

PAkatan Rakyat pun faham. YAng tak faham hanyalah UMNO yang sibuk menabur fitnah Erdogan-tak Erdogan. Nak tergelak pun ada tengok kesungguhan UMNO mencanag fitnah tak laku ni.

Saya selesa tengok ahli Pakatan Rakyat yang tak gila jawatan macam UMNO..

Yang saya kurang jelas, mengapa ahli UMNO begitu sekali gilakan jawatan? Adakah dah berkobar-kobar sangat nak bela bangsa ? Sedangkan PAS yang sama bangsa pun dilanyak, di ISA dan difitnah setiap hari.. Kenapa ya??
Anonymous said…
Adakah PAS benar-benar ikhlas bersama PR? Jika Pas nak 'meghijau'kan selangor pun takpalah. Tp jgn sekat keinginan pihak lain pula.

Tn Khalid yang mulia.
Rakyat tahu menilai. Tahu.
Rakyat ada melihat. Ada.
Rakyat sudah mendengar. Sudah.
Yakinlah, jika Tn Khalid yg bijaksana ikhlas. Pilihlah antara 2 parti tak kurang janjinya DAP atau PKR. Mengislamkan orang yg ke masjid tak sesukar mengislamkan pengunjung-pengunjung kelab malam. Jadilah jaguh sebenar-benar jaguh.
Antara sebilangan pemuka-pemuka PAS generasi baru, Tn yg bijaksanalah yang boleh diletak harapan.

Jo.
Abu Hamzah said…
Salam. YB..Khalid..

Saya memang bersetuju dengan pendekatan yang YB bawakan..dan saya amat menyanjung tinggi atas sikap YB di dalam respons YB di atas peralihan pucuk pimpinan. Memang sebenarnya 3 tahun itu tidak lama...perancangan dan perlaksanaan sememangnya memerlukan dokongan dan sokongan .. apatah lagi perubahan yang menunjukkan kelainan di dalam pentadbiran negeri Selangor mewajarkan kita untuk memberi peluang kepada YB Pesuruhjaya untuk melaksanakan apa tindakan yang akhirnya kesannya nanti akan kembali kepada kita...Di sini saya tidak setuju dengan komen Mosa mengenai hal dalaman parti tidak dibentangkan di dalam blog..apa yang saya nampak tidak ada kerahsiaan yang terungkai di dalam blog YB..Apa yang saya nampak hanyalah peranan masing-masing di dalam parti yang akhirnya membawa kepada keputusan..Ini memang menjelaskan mengapa terjadinya keputusan YB pesuruhjaya kelmarin dan juga rakyat tidak bodoh di dalam membaca berita-berita yang dikeluarkan oleh Barisan Nasional.
Anonymous said…
...Bravo YB, ana fikir ini satu sikap YB yang sangat tinggi,terpuji lagi berhimah dan bervision.

..geng UK dulu.
Anonymous said…
ya syeikh khalid.

I'm w u as much as I'm w pas s'ngor.

istaqim wa sabran jameela.
Anonymous said…
Kita jangan terlalu takut untuk mengkritik. Jika tidak, jadilah kita seperti mana parti memerintah sekarang. Buka minda, mana yg salah tegur. Tegakkan Islam, kiblatkan Islam. Fokus, kepada Islam. Insyallah, tak perlu kita serang UMNO, BN, atau komponen PR sendiri yang tidak sehaluan dengan Islam. Mereka akan terkubur dengan sendiri.
Anonymous said…
TAK KE HASAN ALI PERNAH BERPAKAT DENGAN KHIR TOYO SELEPAS KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KE 12 DULU NAK TUBUH KERAJAAN CAMPURAN PAS/UMNO. HASAN ALI DIPENGARUHI SUARA UMNO. JAGA-JAGA SIKIT. AKU TAK TUDUH...TAPI ORANG KAT KEDAI KOPI SEMBANG PASAL MENDE NIH...WALLAHUALAM BETUL KE TIDAK

TOK PENGULU....
Anonymous said…
satu- sikap YB yg sgt terbuka ni sangat dihormati

dua- teruskan mengkritik dasar yg bertentang dgn Islam.

Tiga- Ana secara peribadi melihat YB ialah HUSAM di selangor..

empat- Tahun depan kita Lipat..Takbir!

abi-klangat
Anonymous said…
perlu ke ade camp A camp B kat dlm pas? huh, sedeyh! patutnye xde satu pon kekecewaan akan diluahkan..yg tdk terpilih tiada lain selain memberi sokokngan padu kepada yg terpilih.. ini keputusan mesyuarat,bukan perseorgan..
CHIA, Chin Yau said…
Salam YB,

I am glad I did not make a bad choice marking your blog as one of my must read blog roll.
Anonymous said…
aku tengok buletin utama TV3 tadi - memang sah kau gila talak wahai kalid samad.
wat per nak publicize ur differences with dato' hasan - what is actually the thing that you need to prove???...just to show that you might have mental disorder.
please consult you psychiatrist on urgent basis before it getting worst.
SHAME ON YOU!!!!
Anonymous said…
Apa la korang.Kita nak lihat Islam yang memimpin bukan Islam dipimpin. Dalam hal ini,PAS perlu kuat dalam melaksanakan dasar Islam bukan hanya berkata2 sahaja.Itu yang membezakan UMNO dan PAS. Tetapi,oleh kerana orang seperti YB Khalid yang banyak terbuka ini dgn alasan ingin menarik bukan Islam,sikit demi sedikit orang lain boleh mempersoalkan hak ISlam dan bangsa Melayu itu sendiri.Mungkin anda semua tidak mengakuinya kerana selesa dikerusi empuk dan dilambung angan2 yang tinggi dek kejayaan PRU 12.
HelangJagat said…
Salam Pak Khalid,

Saya ada ulas agak panjang tentang isu ini dalam blog saya, http://helangjagat.blogspot.com.

Kalau terluang, sudilah singgah ke blog saya yang sederhana itu.

Hafiz, Alor Star.
http:helangjagat.blogspot.com.
Anonymous said…
Salam..

Tahniah YB kerana semakin pandai bersilat! hehe..

Adat org politik mmg kena pandai berSILAT..

Tp hati2, mudah2an dalam YB sibuk berSILAT ni, jgn sekali2 YB kesampingkan kesan2 dan objektif kita dalam berSOLAT! :)

Ingat YB, SOLAT lagi penting dari SILAT w'pun kedua2nya nampak pentingnya.

Tok2 Imam selalu ingatkan kita: "Lurus dan rapatkan saff.." :D

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.