Skip to main content

BN Tidak Tahu Tangani Masalah Perpaduan

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sinilah. Yalah, saya rasa terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya rasa memang pengakuan daripada Yang Berhormat Rembau itu Kerajaan Barisan Nasional memang buntu. Dia sudah tidak tahu macam mana hendak buat. They have no idea.

They are lost dan bagi kami daripada PAS, daripada PKR dan DAP kita telah menunjukkan caranya. Sikap yang pada asalnya yang begitu keras yang ditunjukkan oleh HINDRAF pada asalnya disebabkan sikap yang keras ini, minta maaf ya, menunjukkan kegagalan MIC dan Barisan Nasional. [Tepuk]

Ini kerana MIC sepatutnya menjelaskan kepada masyarakat India apa yang sebenarnya masalah yang dihadapi oleh mereka.

Akan tetapi mereka seolah-olah memberikan gambaran punca masalahnya ialah orang Melayu. Oleh kerana itu maka ada kemarahan orang-orang HINDRAF terhadap masyarakat orang Melayu. Di sini MIC gagal dan ia berlaku oleh kerana politik kaum yang diamalkan di mana orang Melayu, orang Cina dan orang India tidak boleh duduk semeja dan bincang secara terbuka tentang aspirasi kita sebagai rakyat Malaysia. Apa yang kita inginkan. Inilah hasil daripada percaturan politik kaum yang selama ini diamalkan oleh Barisan Nasional. [Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: [Bangun]

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau pihak UMNO Barisan Nasional sudah memang tidak tahu cara hendak tangani masalah dan mewakili seluruh kaum supaya akan tercapai perpaduan nasional dan akan tercapai keamanan dan sebagainya, maka lagi baik seperti mana yang kita tolak bajet main-main pagi tadi, hari ini kita tolaklah kemampuan Barisan Nasional.

Please kalau kamu tidak sanggup, kamu tidak mampu…

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Yang Berhormat Shah Alam, sudahlah. Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Sungai Siput. Dengar saya dulu, ya. Kalau dapat pindahlah.

Transkrip Ihsan dari MPPAS, terima kasih.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
YB,

Thanks for sharing your more exciting conversations/debates in our august house.

What do you think of the theory that "masalah perkauman" is also to some extend an invention of the politicians to maximise their advantage even on the Pakatan side?

Is racial polarisation really so serious these days?

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.