Skip to main content

Wahai Anakanda

Wahai anakanda Nik Abduh yg dikasihi,

Pertama saya ucapkan terima kasih atas kesudian anakanda membalas perutusan yg dikirimkan. Sememangnya ia ditujukan kepada Roslan SMS kerana saya tahu pendiriannya secara 1st hand dalam soal ini. Namun tidak perlu saya nyatakan pendiriannya disini, tetapi saya amat berharap supaya dia dapat jelaskan sendiri atau meminta adindanya menjelaskannya. Persoalan yang saya kemukakan sebenarnya mudah sahaja, iaitu:

1. Adakah ayat Al-Anfal 61 mewajibkan kita bersatu dengan UMNO?
2. Tidakkah ayat An-Nahl 94 merupakan satu ‘penangan’ (menggunakan istilah anakanda) yang tegas terhadap tindakan mengkhianati perjanjian, dalam kes ini perjanjian dengan PR?

Sekiranya dijawab secara direct selesai segala persoalan. Malangnya, seperti biasa, panjang ceritanya dan jawapan yang sepatutnya jelas tidak pula diberi. Sekiranya setuju dengan pandangan saya, harap nyatakan setuju dengan jelas. Kalau tidak bersetuju, nyatakan tidak dan mengapa - juga dengan jelas.

Saya kemukakan tafsir kepada ayat-ayat berkenaan, bukan saya tafsir sendiri dan sekiranya takwil saya silap, sila tunjukkan kerana saya sedia belajar. InsyaAllah, tidak menjadi kafir saya naudzubillahi mindzalik kerana ingin mengetahui dengan lebih tepat lagi.

Malangnya dikemukakan perkara-perkara yang tidak ditanya. Debat dengan imam yang berkhutbah, tajuk “916: Profesional Haraki vs Imam Hadhari”? Dari mana pula datangnya ini? Nasihat menasihati tiada halangan. Saya berterima kasih atas nasihat2 yang saya sentiasa terima dari semua, termasuklah dari anakanda.

Kekuatan hujjah tidak serapuh itu, insyaAllah. Sekali jentik. Tetapi kefahaman pun sama pentingnya. Kita kena faham dulu mana satu hujjah dan mana satu bukan. Ajakan di muqaddimah tu bukan hujjah ya wahai anakanda. Harap faham tentang ini. Hujjahnya adalah yang selepas muqaddimah tersebut. Hujjah berhubung 2 soalan di atas dan BUKANNYA ajakan berkenaan.

Begitu juga berhubung ukhwah Islamiah. Saya juga berharap ia tidak serapuh itu. Berbekalkan husnus-dzan, krisis yang lebih hebat sekalipun tidak akan mencacatkan perasaan kasih sayang sesama Muslim. Dan kita kena ingat, ianya adalah hak.

Pada pendapat saya, blog merupakan satu cara untuk menghilangkan salah faham sekiranya ada. Sebagai contoh, artikel anakanda bertajuk ‘Politik Damai’ yang turut diposkan juga di Blog Roslan. Dah lama juga dah (21 Julai 2008) dan banyak juga yang nak saya persoalkan ketika itu. Tetapi pada waktu itu saya sendiri belum mempunyai ruang utk saya memberikan pendapat secara khusus. Saya mula menulis secara aktif diblog ini diantara sebab musababnya ialah kerana si antihusam. Terima kasih antihusam.

Tidakkah artikel tersebut (Politik Damai) membawa mesej jelas akan kesediaan bekerjasama dengan UMNO mahupun BN? Begitu juga soal meninggalkan PR? Dan tidakkah kita keterlajuran menghukum DAP bila berkata “UMNO jahat kerana mereka berkuasa. DAP sudah pun tunjuk belang sebelum mereka berkuasa”.

Betul? Anakanda dah siasat? Atau termakan propoganda UMNO? Sedangkan, bukankah mereka sepatutnya menjadi rakan kita? Tidakkah kita membantu musuh mereka dengan memburuk-burukkan mereka sedangkan dalam perjanjian kerjasama kita sepatutnya saling membantu? Atau oleh kerana kita Islam maka soal khianat tak timbul? Maka apa pula makna Ayat 94 An-Nahl tadi?

Ini membawa saya kepada kenyataan yang merupakan ‘blank cheque’, yang berbunyi “Selagi Islam, PAS tidak akan khianat pada rakyat. Ini, kecualilah rakyat lari daripada Islam. Maka jangan kata PAS khianat. Yang khianat ialah rakyat.” Maksudnya apa? Perjanjian boleh dirobek sesuka hati kita atas alasan kita Islam? Walaupun kita dah berjanji dah pihak yang kedua setia dengan perjanjian? Betul? Adakah Anakanda yakin bahawa ini cara Islam? Atau mungkin saya, dan beratus lagi yang membaca artikel berkenaan silap faham. Harap anakanda dpt jelaskan.

Saya tidak cuba melaga-lagakan sesiapa, jauh sekali TGHH dan ayahanda Tok Guru. Namun kenyataan mereka berlaga satu sama lain. Yang menyebabkan mereka berlaga adalah golongan yang membawa pimpinan tertentu berunding dengan UMNO yang anakanda sendiri akui dalam artikel yang sama. Golongan inilah yang melaga-lagakan pimpinan kita, bukan saya. Sedangkan perundingan ini dengan 'tawaran yang mengiurkan' tidak dipersetujui oleh ayahanda Tok Guru sebagai Mursyidul 'Am. (Mana anakanda tahu soal perundingan ini semua? Tidakkah ini semua telah dinafikan? Kalau saya yg kata bolehlah dikatakan fitnah. Ini kan anakanda sendiri yang kata). Kalau nak cari punca perpecahan, tanya MEREKA dan bukan saya.

Jika ahli PAS berpecah, ianya bukan kerana saya. Siapalah saya yang dikatakan mampu memecahkan jemaah yang diikat dengan ikatan Tauhid dan ukhuwah Islamiah? Yang mampu memecahkan PAS hanya pemimpinnya, sekiranya dibawa bersama BN atas alasan 'wajib' disebabkan ayat Al-Anfal 61.

Ya betul, ayat2 63 dan 64 lebih relevan dan untuk ianya dihayati, biarlah kita semua berterus-terang dan jangan lagi adanya usaha di sebalik tabir. PAS bukan milik golongan tertentu. Jangan pandai2 nak susun perundingan yang tidak diterima oleh ayahanda Tok Guru sendiri.

Landasan puaka untuk ahli PAS menerima DSAI? Eh, bukan nak diadakan Ceramah Perdana di Kelate bersama ayahanda Tok Guru dan DSAI? Sikap anakanda ini biar betul. Saya pemimpin kecil, kalau tertinggal bas pun tiada yang perasan dan tiada yang meratapi. Mana mungkin saya membawa PAS ke arah seperti itu. Tetapi Ayahanda Tok Guru mampu. Saya cadangkan anakanda nasihatlah ayahanda Tok Guru dan batalkan sahaja program tersebut. Bukan apa, cuma takut2 landasan puaka terbentang luas.

Terima DSAI sebagai apa? Sebagai pemimpin PAS? Sebagai calon PM? Harap jelaskan dan ambil kira apa yang saya sebut di atas. Landasan Puaka memerima UMNO pula amacam?

Ya, kita berusaha supaya ummat Islam menerima kepimpinan ayahanda Tok Guru dan Tuan Guru Presiden. Sebenarnya saya berusaha lebih sikit dari itu, iaitu penerimaan kepimpinan mereka berdua oleh ummat Islam dan bukan Islam. Apa? Tak mungkin? Anakanda dah kasyaf? Tahu hati perut Gobala, Tian Chua dan Xavier? Anakanda dah putuskan siapa boleh terima Islam, siapa sanggup hidup bawah Islam dan siapa akan memerangi Islam? Sebelum mencuba? Anakanda pasti UMNO yang menolak bertahun-tahun lebih mungkin menerima dari golongan ini? Sanggup membiarkan mereka2 ini yang datang untuk berkawan supaya dpt mengejar UMNO?

Saya insyaAllah ingat kepada Allah semasa menulis apa yang saya tulis. Lebih-lebih lagi bila menegur pimpinan. Hanya yang saya pelik mengapa ada yang sensitive apabila pimpinan tertentu sahaja kelihatan seolah-olah ditegur? Mengapa tidak sensitive apabila pimpinan lain dikutuk dan dicerca? Adakah mereka bukan pimpinan kita juga? Saya rasa jelas, yang saya maksudkan pimpinan seperti YB Dato’ Husam, YB Dr Hatta, YB Dato Kamaruddin Jaafar dan sebagainya. Soalnya adakah wala’ dan ukhuwah kita dikhaskan hanya kepada kumpulan tertentu shj?

Cukuplah di sini dulu. Apa yg perlu kita cuba faham ialah ini adalah merupakan usaha utk kita semua mencari kebenaran dan bukan merupakan pertelagahan peribadi antara mana-mana individu, jauh sekali utk menghancurkan jemaah yg sama2 kita hargai. Saya amat menyangi anakanda Nik Abduh, walaupun kadangkala boleh dilihat seperti kemarahan, tetapi sebenarnya adalah kerana berpunca dari sayang. Sebelum saya lupa. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

WaLlahu ‘Alam

Comments

Anonymous said…
Salam Pak Khalid,

Saya telah ajukan 2 soalan yg lebih kurang sama ke blog bro Roslan SMS dgn hormat dan rendah diri baik2 minta dia respon utk perjelaskan pendirian sebanyak 2 kali. Tapi sampai sekarang jgnkan nk jwb, soalan saya tu pun ntah kemana peginya. Yg kluar komen2 dlm blog dia pasal perkara ini semuanya komen2 yg best2 utk tekak dia je. Ini bagi saya sudah cukup menjelaskan pendirian dia. Kalau tidak, takkan la susah sgt nk jwb soalan yg semudah tu, simple and direct.

Prove me wrong bro Roslan SMS!
Anonymous said…
betul. betul. ingatkan saya tersilap hantar respons/soalan (teguran, sebenarnya) kepada sdr roslan tu sebab sampai sekarang tak keluar2 dalam blog dia. dan ingatkan saya sorang yang kena tapis.

laa... ada juga yang lain kena tapis. ha ha ha ha. jangan la gitu, sheikh....
lan said…
molek sekali tulisan Yb kali ni
Assalamualaikum wrt wbt

Berulang kali saya melihat tulisan tuan khalid berkenaan GABUNGAN ANTARA UMNO DAN PAS..

soalannya benarkah ada kenyataan dari mana-mana pimpinan tentang PENGGABUNGAN tersebut dulunya..

saya lihat dalam muktamar lepas dinafikan berulang kali oleh pimpinan termasuk TG Haji Abdul Hadi.. yang ada ialah muzakarah yang kemudiannya bertukar menjadi muqabalah.. itupun atas siu dan kepentingan Islam.

Keputusan muktamar ialah ; kita akan PERKASAKAN PAKATAN RAKYAT dan meneruskan MUZAKARAH dan MUQABABALAH dengan semua pihak bagi tujuan menyampaikan Islam termasuklah dengan UMNo. Tidak timbul soal nak bergabung dengan UMNO..

Bagi saya, tidak salah dan bukan satu pengkhianatan untuk mengadakan muqabalah mahu pun muzakarah dengan UMNO demi kepentingan Islam dan dalam masa yang sama perkasakan hubungan dan peranan dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Veteran DAP Tan Siem Gaw (maaf kalau silap eja namanya) pun pernah komen bab pertemuan ini dalam media tentang tak salah untuk berbincang sesama kaum dan agama.. DAP pun biasa berbincang dengan Gerakan dan MCA tentang kepentingan bersama seperti bahasa, agama ataupun pendidikan cina...

saya rasa, tak timbul lagi soal ini.. mengapa yb khalid memanjang-manjangkan?
abdrahim kassim said…
YB,

Syabas, penjelasan yang diberi seperti matahari memancar selepas hujan.

Kadang-kadang puak-puak mengaji ugama ni macam itulah. Mereka ingat soal agama ini mereka sahaja yang pandai. Orang lain tak boleh masuk campur kerana mereka sahaja yang arif.

Banyak lagi yang nak diperbetulkan YB........
faizalzainol said…
YB,

Penjelasan yang amat menarik,
Saya cuma mengharapkan dan mendoakan agar coretan ini dihayati dan difahami dgn sejujurnya oleh sesiapa yang membacanya.

Dan yang paling pasti, pasti akan ada
"serangan balas" dari "tangan-tangan ghaib" yang masih ingin mempertahankan ke"ego"an walaupun tanpa asas dan hujah yang rasional.

Insya Allah kita sentiasa berani menegur dan berani untuk ditegur, teguran bukan semata-mata untuk mencari siapa salah dan siapa benar tetapi teguran untuk menemui kepastian dan kebenaran yang berbaik dalam mendepani sesuatu permasalahan.
Anonymous said…
alhamdulillah. komen yg sgt baik dan tepat dari YB dan memang agak payah juga saya nak pahami point dari pihak sana kerana penggunaan bahasa yg tidak jelas.

Yg jelas, terlalu byk kiasan yg payah org biasa seperti kite mengerti and menyimpulkan

Inila masalahnya permulaan bila Pas cuba nak menjadi terbuka. Ada perbezaan fikrah antara golongan "ulama" dan "professional". Perbezaan ini satu hikmah kerana bukan semua ulama mengerti bab-bab siasah politik, dan bukan semua professional mengerti islam seluruhnya. Dua-dua saling lengkapi dan saya tidak nampak pimpian pas menolak trend ini.

Malangnya, yg terserlah adalah perbezaan fikrah mereka ini dijadikan satu perkara yg terlalu penting utuk dibahaskan oleh ahli bawah dan penyokongnya.

Sepatutnya, berlapang dada la. Kalau technologist dan golongan profession nak dikesampingkan, takdala IT dan ruang blog ini, dan penyebaran ilmu islam pasti tersekat hanya di masjid dan pentas ceramah.

Ustaz muda yg bakal menggantikan pimpinan ulama sedia ada harus beringatla. Malah, Hj MOhd Sabu juga ada memberi sedikit ulasan tetapi pelapis muda "ulama" yg tidak punyai kualiti yg sepatutnya. Mereka lebih terserlah soal hukum hakum kitab daripada menyelami ragam-ragam perjuangan politik sebenarnya. Ada konflik antara teori dan realiti. Mereka terlalu sibuk soal itu daripada sains politik yg kurang mereka dalami. Itula fasal, kerja mereka menghukum shj, tetapi tidak mengutarakan alternative yg sepatutnya.

Pas perlu kan dua dua golongan ini. Golongan muda professional inila yg kerap kelihatan berarak dalam dmonstrasi dan engage with society di lembah kelang. mereka juga pakar strategi. Golongan ulama muda turut juga serta. Tetapi, berapa kerap kite lihat golongan ini bercakap inggeris dgn org cina dan india. Kite tak boleh lari dari hakikat mereka itu rakyat malaysia, tetapi yg jelas, cara untuk didekati mereka adalah melalui org org professional seprti mereka ini...

Umar al-khattab juga ada berbeza pendapat dgn Abu Bkr tentang harta rampasan perang. Dua-dua betul. Satu pihak melihat umar lagi benar, satu pihak turut mengatakan abu-bakr lagi betul. mana satu? Yg pasti, bila ada keputusan, dua dua tidak bertegang urat. saling berkasih lagi.

samala macam YB dan Nik Abduh. Saya tak melihat anda bertegang urat. Saya melihat anda cuba mencari titik persefahaman yg inshaAllah bila sudah diketemukan, pasti beruntungla PAS. Yg jadi problem, berapa ramai ahli boleh sabar. Tidak ada instant solution dalam hal ini. Bersabarla, agar nanti kite melihat betapa beruntung PAS ada pimpinan seperti mereka. Jgnla PAS sama dgn Umno dgn buang tepi org org ilmuwan professional dan ulama, yg tinggal bangku buruk or org yg kebiasaanya minda dipenuhi RM semata-mata.

Please. Understand that they r both needed. Ulama boleh memberi byk nasihat, tetapi perlu agen pelaksana, iaitu golongan professional. Jgn jadikan islam hanya terserlah di masjid semata-mata sedgkan medan-medan lain terbengkalai.

Dan jgn pulak ada pengunjung blog ini kata golongan professional ini dungu, buta quran, dll. Apakah yg belajar kat al-azhar, jordan, dll itu semua exam dapat markah 100%. ada yg cukup makan je, ada yg scorer. So, ada ustaz kantoi dan bertahun-tahun nak habis pengajian. pulak nak kondemn org yg profesional yg maybe lebih cekap pemahamanan atau cepat pandai sebb bergurukan ulama yg hebat. Sedangkan mereka ini hanya berceramah pasal solat tak habis habis sampai ke penghujung hayat. Bagaimana pulak tentang hal kehidupan dan kepimpinan negara?

kesimpulannya, islam agama ilmu. Bila berhujah tu, berhujah la dgn ilmu. tak payah nak nyatakan perasaan marah ke tak. Bila ada hujah sedemikian, yg si menengok tu sila sila la fikir dan berlapang dada. Kalau tak sure...email balik personally kat mereka atau telephon je, tak payah nak menunjukkan emosi dalam blog.

Saya ini golongon professional, dah lama nak masuk PAS, tapi sikap org org tertentu yg menyebabkan saya tak jadi join. Tggu dan lihat je. Pernah saya pergi ceramah pas masa election 2004 di sek18 shah alam, saya pakai baju kemas ala-ala pejabat, tetapi sedih pekerja pas melayan saya ni macam spy umno..Bengang je...dah bila kalah besar, rasanya itu patut.

tetapi, 2008, saya seronok pergi ceramah PKR dan PAS. Siap ajak lagi, makan minum. Itula sebaiknya. Melayan kite ni macam org biasa. Buang tepi ego serban dan jubah, layani kami rakyat selangor dan semua ini macam kawan-kawan, bukan melihat kami ni macam anak murid semata. Kalau ye pun kami ni semua macam anak murid baru nak belajar islam itu apa, jgnla dabik dada. Apa ingat anak murid tak boleh jadi lebih pandai dari guruku...apakah kite tak belajar siapa itu Imam Shafie dan siapa guru beliau???
Anonymous said…
Tahniah YB kerana penjelasan yg panjang lebar walaupun kadang2 ada yg saya kurang jelas maksudnya..dan yang paling penting saya suka sikap GENTLEMEN YB yg mahu memastikan PAS akan terus JUJUR dengan perjanjian yg kita dah buat dgn PKR dan DAP dalam menumbangkan taghut UMNO/BN...

Saya yakin orang yg JUJUR mendapat rahmat ILAHI berbanding dgn orang yang hatinya penuh dgn prasangka buruk.
Anonymous said…
Abu Amirah As-Salimbari said...

"saya rasa, tak timbul lagi soal ini.. mengapa yb khalid memanjang-manjangkan?"

Cukupla setakat saya nyatakan sebagai: kalau tiada angin masakan pokok bergoyang goyang... tak de sbb YB nk buat cerita tak tentu hala, bukan nye ada pekdah pun.

So sekarang semua dah setuju dlm mesyuarat lujnah utk perkasakan PR and lets move on shall we? Diaorg ni YB kalau dah degil tu, mmg tak bleh buat apa, kita bleh tegur jela.

Sekarang semua org dah tau yg saudara Roslan tapis dia punya blog yg menunjukkan keikhlasan beliau dlm penulisannya. Saya pun ada kena. Tahniah!
Anonymous said…
Assalamualaikum semua,

Saya setuju dengan YB Khalid dalam artikel ini.

Saya pun mengalami masalah yg sma macam Shah Alam bulan.

Shah Alam Bulan said...
"Saya ini golongon professional, dah lama nak masuk PAS, tapi sikap org org tertentu yg menyebabkan saya tak jadi join. Tggu dan lihat je. Pernah saya pergi ceramah pas masa election 2004 di sek18 shah alam, saya pakai baju kemas ala-ala pejabat, tetapi sedih pekerja pas melayan saya ni macam spy umno..Bengang je...dah bila kalah besar, rasanya itu patut.

tetapi, 2008, saya seronok pergi ceramah PKR dan PAS. Siap ajak lagi, makan minum. Itula sebaiknya. Melayan kite ni macam org biasa. Buang tepi ego serban dan jubah, layani kami rakyat selangor dan semua ini macam kawan-kawan, bukan melihat kami ni macam anak murid semata. Kalau ye pun kami ni semua macam anak murid baru nak belajar islam itu apa, jgnla dabik dada. Apa ingat anak murid tak boleh jadi lebih pandai dari guruku...apakah kite tak belajar siapa itu Imam Shafie dan siapa guru beliau???"

Sy pun profesional juga. Dulu masa study di UKM selalu diperlakukan begitu oleh student Fakulti Pengajian Islam (FPI). Padahal sy di UKM dulu pekerja-pekerja parti Islam Penyelamat Ummah (pro-PAS) dalam setiap pilihanraya kampus.

Bila grad, juga jadi pekerja PAS dalam gerak kerja pilihanraya umum 1999 dan 2004 (di Johor) dan 2008 di Selangor. Namun saya tidak pernah menjadi ahli PAS dan akhirnya selepas PRU-12, saya mendaftar menjadi ahli PKR.

Akhir kata, semoga Pakatan Rakyat semakin mantap dan ketepikan isu remeh yg boleh menjejaskan atau melewatkan saat=-saat sakaratul maut Arm No dan Be End!

Allahuakbar !! Re-4-ma-C!!
Anonymous said…
Apa yg kita tak nak ialah mewujudkan kelompok2 assobiyah dlm perjuangan kita, tak kesah la kelompok ulama ke, kelompok profesional ke, kelompok bekas cikgu ke :) yg penting kita kena faham semuanya sama disisi Allah dan berbeza ketakwaan mereka. Saya rasa bukan niat YB Khalid pun nk bolot buat group2 professional dlm PAS. So as long as bertakwa, niat ikhlas berjuang then bring it on!

salam ikhals, org jauh
mypotluck said…
sgt baik tulisan pak khalid...saya terharu dgn komitmen ayahanda khalid mencari yg hak, menyuluh jalan kebenaran,dan meredah onak dalam perjuangan...kami pelajar luar negara selalu mengikuti rentetan perjuangan tuan YB!salam mujahid!
-aleng ussr-
Anonymous said…
"saya rasa, tak timbul lagi soal ini.. mengapa yb khalid memanjang-manjangkan?"

Cukupla setakat saya nyatakan sebagai: kalau tiada angin masakan pokok bergoyang goyang... tak de sbb YB nk buat cerita tak tentu hala, bukan nye ada pekdah pun.

-i think abu amirah misunderstood...pak khalid is not extending the case talk...he just want to clarify to the point zero...its good dude!i think pak khalid just carry on...i think every single case happening inside the party, all followers want to know as long as never bring any harm to the party itself...so later on can maturize and open people's mind...that is the different between UMNO and PAS...we follow by the heart...
salam
Assalamualaikum wrt wbt

maaf,

yb khalid tak jawab lagi soalan saya. Siapa yang menyebut tentang PENGGABUNGAN UMNO DAN PAS? siapa yek?

siapa yang mengkhianati PR? Adakah muqabalah dan muzakarah untuk mencari keuntungan islam itu KHIANAT?

pelik sungguh..
Anonymous said…
apa pun yang saya lihat semenjak isu 16sept diperkatakan saudara tidak ubah seperti budak-budak..

dewasa la sikit...
Anonymous said…
SAYA NAK RUJUK KEPADA KENYATAAN INI (ABDULRAHIM KASSIM)

"Kadang-kadang puak-puak mengaji ugama ni macam itulah. Mereka ingat soal agama ini mereka sahaja yang pandai. Orang lain tak boleh masuk campur kerana mereka sahaja yang arif".

SAYA NAK KATANYA BEGINI :
'ialah macam kawan rahim si ZUl di Perak, dapat sedekah betina china, apa lagi pulunlah, bukan diminta tapi disedekah" - maaf bahasa yang saya baikki sikit.
Anonymous said…
Along Menulis

Buat abu amirah al salimbari..

Sebenarnya banyak maklumat yg disembunyikan pada kita.

Pertemuan dengan UMNO mulanya dinafikan... akhirnya Pak Lah Umum ada 3 pertemuan...

Saya yakin bukan 3, dengan Pak Lah 3 kali.. Dengan najib entah berapa kali... Dengan khair toyo dan khir toyo siap bawa jumpa sultan lagi.


Kalau pertemuan itu pertemuan bukan soal tawar menawar kenapa tak lapor dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Atau sekurang-kurangnya kenapa tak lapor dalam Mesyuarat Dewan harian Pusat

Kenapa Mahfuz (anggota Dewan harian) buat surat penafian ada pertemuan dengan UMNO.

Husam Musa (anggota Dewan harian) pula kata tak tahu apa-apa tentang pertemuan ini.

Md Sabu (anggota dewan harian)dalam satu taklimatnya di Pahang berkata beliau hanya tahu ada 1 pertemuan.. tetiba Pak Lah kata 3 kali bertemu.. "Aku pun Heran" katanya

Apa nii... Apa sebenarnya yg disembunyikan kalau pertemuan biasa.

Timbalan presiden siap suruh Hj Mahfuz buat surat penafian tentang pertemuan tu.

Tup tup selepas hj mahfuz keluarkan kenyataan. PAK Lah bagi TKO 3-0. Hj Mahfuz dengan tebal muka mohon maaf..

Sampai hari ni org berkenaan bersembunyi dibelakang majlis syuraa dan batang tubuh Presiden... Jadi org nampak seolah olah preseden dan majlis syura yg diserang.

Apa yg saya dedah ni baru 10% dari maklumat keseluruhan... YB Khalid lebih banyak maklumat.

Kalau nak tahun abu amirah kena banyak berkawan. Inilah masalah ulama muda le ni. Kelek kitab.. hanya berada dalam lingkungan sendiri... Blog pun sebulan sekali update.

Salam perkenalan abu amirah..
sinarDCL said…
salam,
pada pandangan saya, biarlah orang/insan yg berniat dan berusaha nak gabungkan pas dan umno (yg belum nak terima islam) buat penjelasan dan mohon maaf kepada pimpinan dan ahli.

ingatlah, jika di dunia ini , anda boleh terlpas, di akhirat nanti, jgn harap anda boleh terlepas.
Anonymous said…
ye betul saudara khalid tentang pengkhianatan perjanjian.

bagaimana pula ayat2 al-quran yg menerangkan supaya memutuskan perjanjian yg dilanggar pihak yg lagi satu tu? takkan tak tahu? kenapa tak kaitkan ayat itu sekali dgn hubungan dlm pr!!! kenapa?!!

kemenangan rakyat atau kemenangan agama ALLAH yg yb pilih? kemenangan agama ALLAH sudah tentu agama terlaksana, rakyat sejahtera (dilarang menyakiti org bukan islam, hendaklah berlaku adil, jgn rasuah, riba, sedekah seks, jgn melakukan kerosakan di muka bumi dll). kemenangan rakyat pula bagaimana, rakyat boleh buat sesuka hati spt mencemarkan alam, melakukan maksiat dll. ya la, rakyat yg menang. memang ada yg positif tp bagaimana dgn situasi agama ALLAH?

sudah2la khalid dgn politik pakatan rakyat ko tu. dulu ko nak tubuh parti negara islam, tp la ni apa sudah jadi dgn cita2 ko? ALLAH yg harus diutamakan atau rakyat?

cuba sebarkan agama islam dlm blog ko ni. ko paham bahasa inggeris, cuba terjemahkan kajian yg dibuat oleh mualaf oversea yg membuktikan kesalahan teori darwin secara saintifik ke, minta ulama mana2 utk tulis fikah tutup aurat ke, solat ke dlm blog ko ni. org islam pun bukan semua yg faham dgn fikah.


-zakri-
shahirMarang said…
Bravo YB Khalid...
we need this kind of person in PAS.After go thru ur opinion/view in this blog, u got such a wonderful and briliant ideas that can 'refresh' PAS to be more "PAS FOR ALL"...ITs seem u always have a different view with PAS leadership certainly from pantai timur (trganu n kelantan). It simply can understand that there was different culture between PAS selangor and PAS pantai timur.Nevertheless, in the current politic situation, the view of YB Khalid is more acceptable and workable. In last PRU, people from walk of life have voted for PAS. So, PAS..with the limited seat in Parliament and state,prove that u can govern and rule better than umno.PAS..you walk the talk. This is the best time to show to non muslim, DAP etc that Parti ISLAM Semalaysia can run the state esp selangor and perak. PAS..dont betray the people the voted for u.So, YB Khalid keep up the good ideas, throw ur view/opinion constantly,bcoz ur view can be a 'wake up call' for certain PAS supporter and also some PAS leader that we are in new dimension of PAS.
Anonymous said…
abdrahim kassim said...
YB,

Syabas, penjelasan yang diberi seperti matahari memancar selepas hujan.

Kadang-kadang puak-puak mengaji ugama ni macam itulah. Mereka ingat soal agama ini mereka sahaja yang pandai. Orang lain tak boleh masuk campur kerana mereka sahaja yang arif.

Banyak lagi yang nak diperbetulkan YB........
-----------------------------------

tula, kadang2 puak2 yg tidak mengaji agama ni pun menganggap puak yg mengaji agama tu nak tunjuk pandai je kejenya. asal puak mengaji agama nasihat je puak2 tak ngaji agama, dia nak tunjuk pandai. memang la kdg bahasa dia kasar sikit, dh org melayu mcmtu, kononnya berbudi bahasa, walhal.........
Anonymous said…
Terima kasih YB kerana meluangkan masa untuk membetulkan keadaan dan fahaman ahli.

kepada zakri yang menulis:
"sudah2la khalid dgn politik pakatan rakyat ko tu. dulu ko nak tubuh parti negara islam, tp la ni apa sudah jadi dgn cita2 ko? ALLAH yg harus diutamakan atau rakyat?"

Ini cerrita lama lah. Dari fail SB tahun 80an!

Sudah la... pegi cari kerja lain.

Cuba tengok komen pengunjung2 lain.
Yang tak setuju pun cakap berhalus.
Kamu ni lain benar pulak...

Can't you see?
YB is trying to prepare the mindset of our people for a new Malaysia.

PAS for all. Not just PAS for Malay muslim only.

PAS for ALL
PAS for ALL
PAS for All
Assalamualaikum wrt wbt

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Sebenarnya saya dah tahu tentang perkara tersebut.

Soalnya, UMNO menawarkan kita perkongsian. bukan kita yang menawarkan UMNO perkongsian.

Tapi sampai masa ketika Pak Lah timbulkan pun, tak berlaku perkongsian kan? pimpinan kita yang pergi bertemu ingin mendengar apa tawaran mrk dan adakah di sana peluang kepada Islam. Sebab itu dirahsiakan, demi menjaga hubungan dengan PR. Mungkin itulah strategik asal.

Bukankah ada risiko bila menerima jemputan tersebut? memang ada risiko. Bila Pak Lah mengkhianati dengan membongkarkan pertemuan itu adalah risikonya. Kan Pak Khalid pun bersetuju bahawa dalam berstrategik kena berani menempuh risiko? (dalam konteks non muslim lebih ramai dlm kerajaan PR nanti)

Sekarang, telah berlaku apa yang telah berlaku... kita masih bersedia untuk muqabalah dengan orang-orang UMNO untuk mengajak mereka kepada kita atau bersama melompat ke PR..

Anwar (termasuk Azizah) sendiri masa bersama dengan dengan kita dalam Barisan Alternatif banyak kali menemui Pak Lah dan pimpinan UMNO.

Baru2 ini sahaja Anwar menemui Ku Li beberapa kali..

Demi menjaga kepentingan jamaah. Biarlah isu tersebut ditutup dengan baik.

Saya juga tidak bersetuju dengan Antihusam. Saya amat menghormati Husam Musa, IR Khalid Samad, dan lain-lainnya sebagaimana saya juga menghormati TG Hj Hadi dan Mustafa Ali.

Apa yang merungsingkan saya ialah, budaya menghentam pimpinan secara terbuka dalam blog. Saya bersetuju utk kita balas apa yang dibangkitkan oleh Antihusam, namun jangan sampai melukakan pula pimpinan yang lain.

Saya bimbang selepas ini, kalau sampai masa pimpinan muda yang ada seperti tuan Khalid dan Husam atau Ustaz Nasarudin Mat Isa memimpin jamaah, sudah hilang budaya hormat menghormati, berleluasa kritik terbuka yang boleh mengurangkan perasaan percaya dan hormat ahli bawahan kepada pimpinan.

Maaf, kepada yang menyebut saya sebagai ulama' muda yang hanya sering mngelek kitab.

Pertama, saya belum layak digelar Ulama. Saya hanya pemuda PAS biasa di samping memimpin beberapa team profesional di Pahang termasuk jurutera, doktor, pensyarah dan lain-lainnya.

Maafkan saya. Kenapa selalu timbulkan puak ulama dan puak bukan ulama (profesional)? Sudahlah..

Sekian terima kasih
Anonymous said…
salam...yb..
gua rasa apa kata yb gi jumpa ngan saudara roslan dgn adinda tu sendiri...cakap mata bertemu mata...abis cita...kalau asyik berbalas dlm blog jer...tak de sudahnya...org luar gak yg terkekek-kekek tgk PAS berselisih sesama sendiri..huhuhu..sekadar cadangan je..mungkin yb dah try nak buat semua tu..mana la sy tau..
wassalam..batu
webmaster said…
Harap YB dapat rujuk artikel saudara saya di

http://zahidyusof.blogspot.com/2008/10/adinda-pun-bukananakanda-pun-bukan.html
Anonymous said…
Paracetamol said...
Terima kasih YB kerana meluangkan masa untuk membetulkan keadaan dan fahaman ahli.

kepada zakri yang menulis:
"sudah2la khalid dgn politik pakatan rakyat ko tu. dulu ko nak tubuh parti negara islam, tp la ni apa sudah jadi dgn cita2 ko? ALLAH yg harus diutamakan atau rakyat?"

Ini cerrita lama lah. Dari fail SB tahun 80an!

Sudah la... pegi cari kerja lain.

Cuba tengok komen pengunjung2 lain.
Yang tak setuju pun cakap berhalus.
Kamu ni lain benar pulak...

Can't you see?
YB is trying to prepare the mindset of our people for a new Malaysia.

PAS for all. Not just PAS for Malay muslim only.

PAS for ALL
PAS for ALL
PAS for All

-----------------------------------
err.... maklumat aku dapat dari harakah da, temubual dgn yb khalid, apa kena mengena dgn sb.. masa tu aku respek kat yb. rasa bangga psl engineer boleh sokong pas. tp semuanya dah berubah.

prepare mindset for a new malaysia? mindset yg kalau tak bersetuju boleh cabar-mencabar dlm blog. mindset yg seharusnya kita boleh berjumpa atau telefon tp harus ckp dikhalayak ramai tanpa kehadiran si polan yg dicabar?

people who tend to choose side will cause havoc in jemaah. 'dia ni jahat nak joint umno', 'ulama' ni nak tunjuk pandai je', 'pak khalid ni angkuh'. suara itulah yg berbunyi sekarang ini dlm jemaah. padahal seharusnya dah setel, tp dipanjang2kan.

sudah la tu yb. nak suruh org berlapang dada atas kritikan, yb pun kenala berlapang dada dulu.

kelakarnya melayu ni, bila nak debat taknak ckp face to face.
Anonymous said…
YB ni macam ibu yang menyusukan kera di hutan anak dipangkuan dibiarkan menangis...
Anonymous said…
kenapa susah sangat nak faham...
kerjasama pas dengan umno bukan masalah dasar... dan sudah beberapa kalu sudah ditegaskan oleh presiden...

nabi juga pernah berkejasama dengan org kafir tapi bukan dalam masalah dassar./ biar rreti sikt. tahulah kamu tu nak jadi menteri.. insyaAllah kalu ada rezeki tu adalah.. taK YAKIN KAT aLLAH KE..
Anonymous said…
Berhujjah dan tafsiran Quran ni biarlah ulamak pakar tafsir yang menguraikannya termasuk tafsir haraki, Islam bukan milik ulamak semata tapi dalam hal berkaitan tafsir, fiqh, hadis dll biarlah pakarnya memberikan tunjuk ajar. Kalau dibiarkan polemik ni berterusan, semua pihak yang xde kepakaran malah x pernah belajar bahasa Arab pun nak komen sama, itu punca kita semua pakat tersasar.

Perselisihan pendapat perkara biasa, tetapi ada perkara yang boleh dibincang sendiri2 bersemuka x perlu berperang dalam alam siber tiada kesudahan, alam siber lebih afdhal digunakan untuk perkara lebih penting, hal rumahtangga dan DALAM KAIN x perlu riuh seMalaya, org luar gelakkan kita.

Maaf la YB kalau komen ini YB x suka, saya hormat YB sebagai pemimpin Pas negeri, pemimpin pun kena terima pandangan org bawahan, siapalah pemimpin tanpa sokongan org bawahan. Kita x semestinya berada di atas selama-lamanya.

Adakah kita semua TERLEPAS menghayati madrasah Ramadhan yang telah mentarbiyah kita baru2 ini. Wallahu a'lam. Bersatulah wahai pejuang2 Islam sekalian.
Anonymous said…
tak insaf lagi khalid ni...dh termasuk dalam golongan yg di butakan hati kot..nauzubillah...
Anonymous said…
amboi anonymous Oct, 11, 2008 10.37am. sedap je mulut kata org tak insaf? Awak tu bagus sangat ke? Dah dijamin masuk syurga ke dengan hanya menjadi orang PAS? Takkan nak menegur untuk membuka minda pun dah kata sesat pulak...menegur tak semestinya menentang. Janganlah jadikan PAS sampai tak boleh tegur. Ingatlah PAS pun bukannya parti yang maksum. Begitu juga pimpinannya...janganlah emosional sangat. Nilah masalah orang PAS merasa diri dah terlalu baik sangat sampai susah nak terima teguran. Saya pun penyokong PAS juga tapi kita dengar juga komen dan teguran dari luar..
Anonymous said…
Kalaulah budaya tak boleh menegur ini terus dipraktikkan di dlm PAS, hatta PR sekalipun... Therefore we will see of another UMNO/BN in the making.

Percayalah sahabat2 ku, pemimpin tak salah. Tapi kadang2 pengikut2 yg selalu membenarkan pemimpin walaupun terang2 salah, ataupun tidak berani menegur kerana 'hormat'kan pemimpin lah menjadikan mereka begitu rupa.

Ini sebenarnya masalah ketaatan org melayu itu sendiri. Tidak kiralah parti apa pun mereka sertai, masih lagi tidak boleh berpolitik secara matang dan bertamadun. Tetap berfikiran seperti Hang Tuah yg taat dan berkorban kepada Sultan nya. Maka mati lah Hang Tuah sebagai wira yg disanjung, dan Jebat si penderhaka!
Anonymous said…
saya nak tabik dgn Bapak Khalid
Lama saya kenal dia ... dari 1985
Perbetulkan apa yang tak betul dlm parti
salam.

buat saudara abu amrah juga pimpinan.

BERCAKAP BOHONG LAMA LAMA MENCURI..

KENAPA ANDA BERBOHONG....

LAYAKKH ORG SEMACAM ANDA BERBOHONG,JIKA IA ...KENAPA??????

SAYA AHLI PAS BAWAHAN BERNOMBOR 427610 BENAR BENAR TERASA TERTIPU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM ,BERSIHKN LAH JAMAAH KAMI DARI ORG ORG MUNAFIK....AMINNN
Assalamualaikum wrt wbt

Akhi KIA71,

Saya berbohong? kenapa? Adakah kerana saya mengatakan bahawa saya tak layak disebut Ulama' krn saya merasakan ilmu saya terhadap Islam mungkin tidaklah setinggi mana walaupun saya berkelulusan BA pengajian Islam.

Bagi saya Ulama dalam penyataan Al-Quran ialah mereka yang paling takut kepada Allah dari kalangan hambanya, bukan semata-mata luas pengetahuannya..

apa yang saya tipunya?

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan