Skip to main content

Syarat 3M - Wajar Atau Tidak Dijadikan Syarat Mutlak

Setelah kita kaji dan mendalami beberapa persamaan serta ikhtibar yg telah saya jelaskan dlm Persamaan Dengan Perjanjian Hudaibiyyah, dan bagi meneruskan bahagian ke-2 ulasan saya pada pagi ini, marilah kita kaji pula persoalan ‘3M’ yang telah disebut oleh TG Presiden sebagai satu syarat mutlak - yang mana sekiranya tidak dipenuhi akan menyebabkan PAS tarik diri dari usaha PR menubuhkan kerajaan Pusat yang dengan itu secara langsung membenarkan BN terus memerintah. Marilah kita nilaikan samada pendirian sebegini wajar dan bijaksana atau sebaliknya.

1. Sebelum itu, ada yang bertanya samada ‘3M’ adakah keputusan Syura atau Pusat atau Presiden. Memang syarat ini telah ditetapkan oleh PAS awal-awal lagi, semasa Anwar mula-mula ingin membentuk kerajaan Pusat dengan menjemput MP BN lompat. Sememangnya syarat ini adalah yang terbaik dan merupakan satu keperluan untuk dinyatakan supaya ianya diusahakan bersungguh-sungguh. Paling kurang, sekiranya dipenuhi ianya akan dapat mengelak tohmahan bahawa PR merupakan kerajaan majoriti bukan Islam yang akan membelakangkan kepentingan ummat Islam. Tohmahan ini bagaimanapun boleh dijawab, tetapi kalau boleh, lebih mudah sekiranya tidak kita hadapi.

Maka syarat ini diberitahu kepada Anwar dan dia usahakan. Namun, keputusan untuk keluar atau tarik diri dari PR sekiranya usaha ini gagal sebenarnya belum dibuat secara rasmi - setahu saya. Lagipun Muktamar memutuskan perkukuhkan PR. Keluar PR tak pernah disebut hinggalah sekarang. Akan tetapi saya ingat dengan jelas bahawa Dato’ Seri Presiden menyebut perlunya Muktamar Khas sekiranya satu keputusan sebesar ini ingin dibuat. Mungkin dia terlupa.

2. Keadaan ini bolehlah disamakan dengan keadaan di mana pada asalnya kita mengatakan kita hanya sanggup ke Kota Baru menaiki Kapal Terbang. Tetapi apabila didapati tiket kapal terbang dah habis, kita kena putuskan samada misi kita untuk ke Kota Baru adalah penting sehingga mengharuskan kita pergi juga walaupun dengan kereta ataupun sebaliknya. Sekiranya kita rasa tak penting, maka kita tak pergi dan kita boleh memberi alasan, “no plane, no go”.

3. Sekiranya kita rasa penting maka kita akan tetap pergi tetapi dengan membuat “arrangement” baru untuk menentukan perjalanan kita dengan menggunakan kereta akan dilakukan dengan secepat dan seselesa yang mungkin. Mungkin kita akan letak syarat, “kereta mesti Mercedes Benz dan dipandu oleh seorang drebar yang mahir dan biasa dengan jalan ke Kota Baru”. Keadaan baru memerlukan pernilaian baru dan penetapan kaedah (atau syarat) baru. Tidak perlu ditolak mentah2, kecualilah dianggap matlamat yang pada asalnya diinginkan - tidak diinginkan lagi.

4. Sebagai contoh, sekiranya didapati ‘3M’ tidak tercapai, mungkin kita boleh letak syarat, walaupun MP PR majoriti bukan Islam, kabinet mesti majoriti Islam, PM semestinya Islam dan TPM (salah seorang sekiranya lebih dari satu) mesti Islam. Begitu juga kita boleh bincangkan jawatan Menteri2 tertentu mesti Islam. Ini boleh dibuat selepas atau sebelum penubuhan kerajaan PR, tidak penting pada waktu ini, kerana akhirnya persetujuan bersama diperlukan. Kalau tidak ada persetujuan bersama, kerajaan itu tidak dapat bertahan.

5. Kepimpinan yang cekap akan mampu menimbang tindakan alternative dalam suasana baru supaya matlamat penubuhan kerajaan baru tanpa menjejas kedudukan Islam dan Melayu tetap tercapai.

6. Berdasarkan apa yang saya sebutkan tadi, bagi saya secara peribadi: pendirian keluar PR sekiranya ‘3M’ tidak tercapai adalah satu pendirian yang agak tegesa-gesa. Ianya merupakan pengakuan bahawa kita - PAS (bukan sahaja Anwar) telah gagal, kecuali kita sememangnya dari awal tiada keinginan untuk menukar kerajaan Pusat.

Sila rujuk posting berkaitan: Persamaan Dengan Perjanjian Hudaibiyyah & Hilangnya Penguasaan Melayu Di Tanah Air Sendiri

Comments

Popular posts from this blog

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak seba

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadan

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kaw