Skip to main content

Surah Al-Anfal (Ayat 61-62) Diputar Belit?

Saya ingat isu ayat2 ini dah selesai tetapi saya difahamkan ianya dikemukakan kembali sebagai hujjah untuk bersatu dengan UMNO/BN melalui sebuah khutbah. Baiklah, sekiranya masih ada yang hendak menegakkan benang yang basah, marilah kita berhujjah secara ilmiah sepuas-puasnya dan panggillah ‘anti-husam’ ke, ‘Roslan SMS dan Adindanya’ ke, ‘songkok putih’ ke atau sesiapa sahaja yang dikehendakki untuk respon pada tulisan saya dibawah ini. Bukan saya nak tunjuk angkuh/sombong tak bertempat, tetapi saya dah rasa letih menahan geram dan menunjuk hormat kepada orang-orang yang malangnya menggunakan ayat Al-Quran demi mempertahankan sikap yang dangkal.

Ayat-ayat yang disebutkan tadi merupakan ayat-ayat berhubung berdamai dari terus berperang. Di dalam beberapa tafsir, Ayat 61 dikemukakan sebagai bukti betapa ummat Islam inginkan kedamaian dan tidak merupakan ummat yang blood thirsty (dahagakan darah) dan sentiasa inginkan berperang sepertimana yang didakwa oleh golongan Orientalis.

Di dalam tafsir Ibn Kathir, ayat ini disebut sebagai di antara sebab Rasulullah(SAW) menerima Perjanjian Hudaibiyyah. Pengkhianatan yang disebut dalam ayat 62 pula bermaksud menggunakan perjanjian perdamaian sebagai tipu helah pihak lawan memperkukuhkan kekuatan ketenteraan mereka semasa tempoh damai.

Berdasarkan penjelasan ringkas ini, jelas bahawa konteks perkataan ‘lissalmi’ atau ‘perdamaian’ adalah ‘genjatan senjata’ serta berhenti berperang! Saya tidak faham bagaimana ianya di gunakan sebagai hujjah untuk:-

1. Mewajibkan bersatu atau bekerjasama dengan pihak lawan (UMNO/BN)
Saya rasa jelas bahawa setelah menanda-tangani Perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah tidak pula berpakat dan berkongsi kuasa dengan golongan Quraisy dan melanggar pula perjanjian bersama orang-orang di Madinah. Golongan Quraisy terus memerintah Mekah dan kekuatan mereka semakin lemah hari demi hari. Tiada pula usaha Rasulullah untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan membantu mereka supaya tidak roboh. Ummat Islam di Madinah pula semakin kukuh, menangani masalah pengkhianatan dalaman kaum Yahudi dan memperluaskan ruang pengaruh mereka ke seluruh Hijaz dan luarnya. Tiada pula atas hormatkan ‘lissalmi’ maka ummat Islam duduk tak buat apa-apa.

Ini merupakan bukti jelas bahawa ‘lissalmi’ bererti berdamai dengan maksud tidak berperang dan tidak membawa maksud bersatu atau bekerjasama dengan pihak lawan.

Kalau mahu gunakan alasan UMNO/BN adalah orang Islam maka ayat yang digunakan selama ini untuk tujuan penyatuan ummat Islam, iaitu “berpegang teguh kepada tali Allah” adalah yang paling sesuai. Dalam keadaan itu, UMNO kena bubarkan UMNO dan masuk PAS kerana UMNO tidak menyebut asas mereka sebagai Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sepertimana yg dinyatakan oleh PAS. Jelas dalam soal ini pendirian TGNA adalah amat tepat.

2. Mengkhianati Pakatan yang telah dibuat bersama PKR dan DAP

Sepertimana kita tahu, Al-Quran ini lebih dari satu ayat. Banyak lagi ayat-ayat yang lain yang sama jelas wajibnya. Di antaranya adalah ayat-ayat berhubung perintah setia dengan perjanjian dan larangan mengkhianati perjanjian.

Sebagai contoh ayat 4 Surah At-Taubah:-
“…orang-orang Musyrikin yang telah kamu adakan perjanjian dengan mereka dan mereka tidak mengurangi sesuatu pun dari isi perjanjianmu, dan tidak pula mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya…”

Ayat ini dipaparkan dalam Surah yang tidak bermula dengan “Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim” kerana merupakan pengisytiharan perang terhadap golongan Musyrikin yang telah melanggar syarat2 perjanjian. Itupun pengecualian diberi kepada mereka yang setia dengan perjanjian.

Selain dari itu, saya ingin kemukakan petikan ayat2 dari Surah An-Nahl juga dan saya minta tuan-tuan betul-betul berfikir akan amaran Allah yang terkandung di dalamnya. “…Kamu menjadikan sumpah perjanjian sebagai alat penipuan antara kamu disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain. Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan hal itu…..” (An-Nahl 92)

Mujahid menyebut “(pada zaman jahilliyah) mereka membuat perjanjian selepas itu mereka cari golongan yang lebih kuat dan lebih ramai dan seterusnya membatalkan perjanjian dengan kumpulan pertama dan membuat perjanjian baru dengan kumpulan kedua yang lebih kuat dan lebih ramai itu. Inilah yang dilarang Allah.” Ad-Dahhak, Qatadah dan Ibn Zaid menyatakan perkara yang sama.

Malahan ayat di atas (An-Nahl 92) jelas menyebut bahawa keadaan yang kelihatan lebih menarik itu adalah ujian dari Allah! Jangan terlalu mudah melanggar perjanjian tuan2 kerana naik rabun mata dengan janji2 yang dibuat oleh golongan yang kelihatan lebih kuat.

Ringkas je dulu ya. Ini ada yang lagi parah! Ayat 94 Surah An-Nahl juga. Saya rasa orang berilmu semua dah tahu. Nak beritahu atau tidak, itu je. “Dan jangan dijadikan perjanjian sebagai penipuan di antara kamu, nanti tergelincir kakimu setelah tetapnya (pendirianmu) dan kamu rasai seksaan sebab kamu menghalangi (manusia lain) dari jalan Allah dan untuk kamu siksaan yang besar”

Ini yang saya tak sanggup dengar. Setelah berada di jalan yang benar, tergelincir pula dari jalan itu! Sesat dan menyesatkan! Kerana setelah tergelincir maka orang yang melihat akan hilang kepercayaan terhadap kehebatan Islam dan kita menjadi penghalang kepada manusia lain dari mengikuti jalan Allah. Kerana apa? Khianat!

Permulaan ayat ini pun perlu difikirkan oleh pimpinan tertinggi PAS. Adakah kita berpakat dengan PKR dan mempunyai pesetujuan bersama dengan DAP sebelum pilihan raya dulu hanya sebagai helah atau ‘penipuan’? Strategi untuk menang PRU dan selepas itu bekerjasama pula dengan UMNO/BN?

Sanggupkah kita menjadi penghalang kepada jalan Allah dengan alasan ayat 61 Al-Anfal yang pada hakikatnya tidak ada kena mengena dengan persoalan kerjasama dengan pihak lawan, hanya berhenti berperang? Apa akan dikatakan oleh golongan bukan Islam yang melihat perangai kita dan dengan itu naik tawar hati dengan Islam kerana melihat begitu liciknya gerakan Islam?

Sebenarnya banyak lagi yang nak dikatakan tetapi cukuplah buat masa ini. Saya nak dengar respon dulu, itu pun kalau ada...

WaLlahu ‘Alam

Comments

troubadour said…
Salam YB Khalid,

Thank you for continuing to explain despite being very tired of explaining to this issue. Seed of discord sowed during the first muzakarah (then redefined as muqabalah) was very effective. I heard the story form a reliable source.

Rahman Talib's explanation should be disseminated to others. I was in KT during the raya period. This desease was spreading like wildfire. PAS could split. Terengganu PAS tasted "sweetness" of ruling albeit a brief one and because of that they craved for "the good old days".

Thanks
troubadour
kalam said…
hei budak, kamu bukan ulama'!

saya seakan2 terdengar kata2 itu di kepala sekarang. dan saya tidak memaksudkan kata2 di atas kepada sdr khalid :)
Mumayu said…
Mengkhianati Pakatan yang telah dibuat bersama PKR dan DAP

Sepertimana kita tahu, Al-Quran ini lebih dari satu ayat. Banyak lagi ayat-ayat yang lain yang sama jelas wajibnya. Di antaranya adalah ayat-ayat berhubung perintah setia dengan perjanjian dan larangan mengkhianati perjanjian.

Sebagai contoh ayat 4 Surah At-Taubah:-

“…orang-orang Musyrikin yang telah kamu adakan perjanjian dengan mereka dan mereka tidak mengurangi sesuatu pun dari isi perjanjianmu, dan tidak pula mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya…”

Saya rasa pimpinan DAP dah mula mungkiri perjanjian, dan kenapa YB tak sanggah... tetapi kalau dari TGHA cepat ja YB melatah... Boleh YG respon pada artikel di bawah lagi bagus kalau di buat kenyataan media sepertimana YB sanggah pandangan TGHA..

PR Tidak Patut Bergantung Kepada Lompat Parti - Karpal

DAP menentang sebarang penyeberangan ahli-ahli Parlimen walau apa pun jua alasannya, tegas Pengerusi DAP Karpal Singh.

“Mestilah difahami dengan jelas bahawa DAP menentang sebarang penyeberangan untuk apa jua alasan,” The Sun memetik penegasan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Malah, beliau menyifatkan sebarang penyeberangan ahli-ahli Parlimen menyertai Pakatan Rakyat (PR) adalah “sangat dikesalkan dan tidak beretika”.

Beliau berkata, PR tidak sepatutnya bergantung kepada “anasir-anasir pengkhianat dan tidak setia” dari Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru.

PR, katanya, akan berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan rakyat di dalam pilihan raya akan datang jika ia menubuhkan kerajaan pusat dengan penyeberangan itu.

PR, katanya lagi, tidak sepatutnya bergantung kepada ahli-ahli Parlimen yang tidak setia untuk berada di dalam kerajaan. “Rakyat tidak akan menerima pengkhianatan sedemikian,” tegas beliau.

Sebaliknya, kata Karpal, PR hendaklah berusaha sendiri untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menubuhkan kerajaan.

Beliau menyatakan kekesalannya kerana kerajaan tidak bersedia menggubal undang-undang anti lompat parti.

Walaupun Parti Bersatu Sabah (PBS) telah mewujudkan undang-undang anti lompat parti ketika parti itu memerintah Sabah dari 1985 hingga 1994, tetapi undang-undang itu diisytiharkan bertentangan dengan Perlembagaan.

Mahkamah juga menolak pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan yang menyatakan kerusi seseorang Adun hendaklah diisytiharkan kosong apabila ia tidak lagi menjadi ahli parti asalnya ketika bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi Adun dalam kes antara Nordin Salleh dan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1992.

Pindaan itu disifatkan bertentangan dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Malaysia yang mengizinkan kebebasan berpesatuan.

Beliau mempersalahkan kerajaan BN kerana enggan meminda Perlembagaan untuk mengharamkan perbuatan lompat parti.

Beliau telah menyarankan bahawa DAP akan menyokong undang-undang anti lompat parti untuk membolehkan ia mendapat sokongan dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan.

http://www.harakahdaily.net

"Menanti kebenaran muncul darimana.."

www.kampusnegara.net

Sekian wassalam..
startdegame said…
Salam YB Khalid,

Baguslah kerana YB tak jemu2 memberi penerangan ttg isu ini. hujah2 kali ini kelihatan amat meyakinkan terutama ttg balasan terhadap memungkiri perjanjian.

Baru td baca satu artikel dari harakahdaily bertajuk "Gerakan Islam tidak wajar mengkhianati perjanjian". Artikel tesebut juga sgt memberi pengajaran kepada kita terutama kpd semua pendukung gerakan Islam akan tidak sekali2 memungkiri perjanjian dan kesepakatan yg telah dibuat. sy tertarik membaca maksud ayat al-quran surah An-Nahl 89-91;

"Pada hari Kami (Allah) bangkitkan pada setiap ummah seorang saksi ke atas mereka dari kalangan mereka sendiri, dan Kami (Allah) datangkan engkau (ya Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka ini, Kami turunkan ke atas engkau al-Kitab (al-Quran) bagi menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah dan Rahmat serta khabar gembira bagi muslimin.

"Sesungguhnya Allah memerentah agar dilaksanakan keadilan serta melakukan kebajikan (ehsan), membantu kaum-karabat , dan menegah daripada kefasadan, kemungkaran dan kezaliman. Dia (Allah) mengajar kamu semoga kamu mendapat peringatan.

"Sempurnakanlah janji Allah, bila kamu berjanji dan jangan kamu merosakkan sumpah sesudah kamu memperkukuhkannya, padahal kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin (bagi sumpah tersebut), sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan."

"Dan janganlah kamu menjadi seumpama perempuan yang menguraikan tenunan selepas dia selesai memintalnya dengan kukuh, dan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeterai) di antara kamu, sebabkan adanya kumpulan lain yang lebih ramai daripada kumpulan itu, sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu dan Dia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari Qiyamat, apa yang kamu berselisih padanya." Surah an-Nahl, ayat 89-91

Sekiranya PAS mengaku ia adalah pendukung gerakan Islam maka seharusnya wajar mengambil iktibar terhadap terhadap tafsiran ayat al-quran ini.

Baru2 ni sy sempat berbual2 dgn rakan dan saudara mara ttg isu PAS meletakkan syarat ni, rata2 menyatakan kekesalan dgn pendirian PAS dan keliru kenapa PAS seolah2 membuka ruang utk BN UMNO bernafas semula ketika mana BN UMNO hampir lemas dan tenggelam.

Buat YB Khalid, teruskanlah usaha utk memberi kefahaman kpd pimpinan PAS (tegar) yg kelihatan mahu mengggagalkan usaha yg telah gigih dilakukan PR , DSAI dan kepimpinannya sejak sekian lama ini.

Salam.
zorro tua said…
Mumayu said.. "Saya rasa pimpinan DAP dah mula mungkiri perjanjian, dan kenapa YB tak sanggah... tetapi kalau dari TGHA cepat ja YB melatah..."

Saya nk ckp sket sblm Pak Khalid jwb, sbb saya rasa Mumayu ni ada sedikit masalah kefahaman politik berbilang parti. Kita marah, kalau anak kita sendiri atau adik beradik kita buat hal - boleh la kita balun/tegur habis2. Kalau anak org lain nk buat mcmana? Takkan nk balun jgak? Tegur mestilah tegur tapi cara mesti berbeza, nk kata Pak Khalid tak penah 'sound' Karpal itu kenyataan yg salah. Sila rujuk Response to YB Karpal. Tapi kena la ada cara nye, takbleh la main booo je.

So Mumayu kena ikhlas bila berhujah bukan utk cari kesalahan sesiapa, tapi utk mencari kebenaran. Tak boleh berhujah dlm keadaan defensif atau mencari kesalahan org lain yg sama2 buat. Two wrongs does not make it right - pinjam kata2 Pak Khalid masa kt UK. Kalau tidak kita akan lihat alasan2 yg kita berikan tidak cukup kukuh dijadikan sebagai hujah. Keep an open mind bro!
Mumayu said…
Saya nk ckp sket sblm Pak Khalid jwb, sbb saya rasa Mumayu ni ada sedikit masalah kefahaman politik berbilang parti. Kita marah, kalau anak kita sendiri atau adik beradik kita buat hal - boleh la kita balun/tegur habis2. Kalau anak org lain nk buat mcmana? Takkan nk balun jgak? Tegur mestilah tegur tapi cara mesti berbeza, nk kata Pak Khalid tak penah 'sound' Karpal itu kenyataan yg salah. Sila rujuk Response to YB Karpal. Tapi kena la ada cara nye, takbleh la main booo je.
________________________
Terima kasihlah kerana mnyedarkan saya tentang kelemahan saya dalam politik , saya akui kerana saya masih hijau usianya dalam berpolitik.. namun saya bukan org yg buta mata dan hati.. utk menjadi bisu dan pekak...

Bagus ke kalau kita balun adik beradik kita dengan pasang signboard besar2 pastu kita mencaca sana sini bt liputan media.. kata adik beradik kita bt hal... dan sokong pula bila org kutuk adik beradik kita... Akhlak mulia ka macamtu... saya rasa zoro tua kena muhasabah balik la apa yg you respon nie... klu anak org lain bt hal.. adaka mak bapak diaorang balun dan tegur habis2... rasanya depa boleh tegur dan nasihat baik2 dalam rumah sampai kita pun taktahu, sedangkan depa bukan muslim,,, kenapa kita tak boleh macamtu... ini tidak pantang salah sikit terus bt kenyataan media,,, apakah kita tidak diajar dalam tarbiyyah mengenai cara tegur dan muhasabah..

Memang pernah Ayahanda YB khalid menegur karpal... tapi dalam isu yg lain.. dan bukan isu mengenai mungkir janji... rasanya boleh gie cheak balik yer... ok klu ada cara yg lain nak tegur karpal dalam isu yg baru nie.. tonjolkan saja cara yg bagaimana...? ke hanya berani dengan adik beradik sendiri..?
Saudaraku mumayu,
saya dah check dengan DAP. Hari itu saya jumpa Guan Eng di Forum anti-ISA. Dia beritahu pendirian DAP jelas, lompat parti kerana dibeli atau disogok mereka tentang tetapi lompat kerana nak tegakkan keadilan tiada masalah.
Kita percaya sangat pad The Sun dan The Star tanpa kita check dengan sumber asalnya.
Kenyataan Cikgu Pa disiarkan Harakah. Saya bantah kerana SALAH GUNA KUASA Cikgu Pa sebagai Pengerusi mengarahkan Harakah siarkan pendapat PERIBADInya di muka depan Harakah. Lepas it TGNA tegur dia, dia buat macam perkara biasa tiada apa-apa. Siyasah selepas itu siarkan artikel2 membela sikap Cikgu Pa.
Mumaya, kita diajar bila nampak kesalahan kita kena bantah. Ini bukan berita bohong dan bukan dicari-cari. Memang diketahui umum. Kita belajar kisah Saidina Umar yang ditegur dalam kes jubahnya. Tak bangga ke kita bagaimana Islam memberi hak kepada rakyat biasa menegur Khalifah? Perkara ini perlu dipraktikkan bukan disebut-sebut tetapi tak buat. Benarkah bila kita buat maka kita menjadi lemah? Saya tak setuju. Malahan bagi saya masyarakat respek keterbukaan PAS dan kesanggupan pemimpin menerima teguran. Inilah yang disebut dakwah 'bil hal'. Dakwah bukan sekadar kuliyyah tetapi diamalkan Islam dan sistem Islam. Saya rasa mumayu tak baca artikel saya berhubung Open Discussion. Harap baca dan memikirkannya.
Silap Cikgu Pa dia jawab tuduhan saya dengan mengatakan saya tidak matang politik. Itu bukan isunya. Macam Saidina Umarlah bila ditanya berhubung jubahnya apa dia jawab? Dia jawab isunya bukan menempelak Abu Dzar(yang menegurnya kalau tak silap saya) dengan mengatakan tak matang atau sebagainya.Wallahu 'Alam.
Mumayu said…
YA.. dah jumpa pun cara terbaik menyelesai isu ini.. dimana ayahanda YB Khalid sendiri yg melalui jalannya, alangkah indahnya kalau ia berlaku diantara YB dgn cikgu PA...

"saya dah check dengan DAP. Hari itu saya jumpa Guan Eng di Forum anti-ISA. Dia beritahu pendirian DAP jelas, lompat parti kerana dibeli atau disogok mereka tentang tetapi lompat kerana nak tegakkan keadilan tiada masalah." Ok inilah jalan terbaik iaitu YB sendiri yg cheak apakah benar ia adalah arahan cikgu PA.. dan seterusnya berjumpa 4 mata sepertimana pertemuan YB dgn Guan Eng lebih baik ditemani TGNA bertempatan dengan taklif yg diberikan selaku mursyidul am.. maka kesudahan dan natijahnya akan berakhir dengan lebih cantik sepertimana Isu yg telah ditimbulkan oleh DAP..

Tetapi sekiranya YB atau pimpinan mengambil tindakan menyerang secara terbuka sudah pasti hari ini kita akan dihujani pelbagai masalah dan isu keretakkan didalam PR diantara PAS dan DAP.. sepertimana berlaku kepada PAS hari ini.... Parti tercamar dan keyakinan ahli goyah.. ahli di Terengganu dgn cikgu PAnya dan Selangor dgn Ayahanda YB.. .. masakan semua ini tidak berlaku bilamana web dan blog serta suara2 banyak menimbulkan isu pertelingkahan ini dan menjatuhkan emej parti serta pribadi pimpinan.. tidakkah menjadi lauk yg paling sedap utk musuh mengkedarah..?

Lihat sahaja "Silap Cikgu Pa dia jawab tuduhan(NASIHAT) saya dengan mengatakan saya tidak matang politik. Itu bukan isunya. Macam Saidina Umarlah bila ditanya berhubung jubahnya apa dia jawab? Dia jawab isunya bukan menempelak Abu Dzar(yang menegurnya kalau tak silap saya) dengan mengatakan tak matang atau sebagainya..." lihat saja petikan ini.. kemana sudahnya..? masing2 dah bertikam lidah secra terbuka..? so dimana letaknya shaksiah pimpinan..? apakah sikap pimpinan begini membanggakan ahli dan meninggikan imej parti..? pada hemat saya tiada kesudahan malah lebih buruk dan timbul fitnah...

Untuk itu saya tak perlulah perincikan kaifiyat nasihah yg terbaik dianjurkan di dalam Islam, kerna bagi saya ayahanda YB Khalid lebih maa'ruf... dan telah melalui dgn jayanya.. so gunakan kaifiyat yg sama sesama jamaah..insyAllah natijah dan kesudahannya berakhir dengan baik...

Asif jiddan... Sekadar berpandangan.. wassalam.

Mumayu
startdegame said…
Salam

Mumayu kelihatan macam nak cari2 kat mana salah YB Khalid ni. Macam YB cakap td, baca dulu artikel "open discussion" bagi habis. Nampak macam mumayu baca benda semua sekerat2 lepas tu terus hukum org itu salah org ini betul. Baca pulak dr satu dua sumber saje..hmmm.. berat la macam ni...

salam.
Mumayu said…
Startdegame alfun syukran, kerana terlalu bersangka baik kpd saya.. hehe.. cukuplah kita tutup buku jer sembang pasai nie.. tak berkembang minda pun.. lagipun banyak lagi maslahah ummah yg perlu kita fikir dan korban keringat untuknya... ok lah untuk itu, saya mumayu dgn rendah hati memohon maaf di atas sebarang ketelanjuran dalam berbicara..

Ingatlah..! yg membezakan baik, buruk, kuat dan lemah diantara kita adalah sejauhmana ketaqwaan kita kpd Allah SWT..

Kullu aa'min wa antum bikhair..

Wassalam.

Mumayu
profpass said…
lihatlah bagaimana ulama su' menafsir Quran
harap hang sempat bertaubat sebelum terlamabt
Anonymous said…
Tak gemor bebenor cara2 berhujjah profpass ni ... sesuka hati je melabel org.

Beginilah, sbg laymen, saya faham dr hujjah2 YB, alhamdulillah, teruskanlah dgn penerangan2 YB. Biasalah, kalu ada yg menyanggah/tak setuju tu dah kira adat manusia .. rambut sama hitam, hati lain2

Kedua, hrp pihak pimpinan dpt berbuat sesuatu dgn cepat. Jgnlah d sbb UMNO bergolak, PAS pun turut sama tergolek ...

Dari pemerhatian saya, semangat kemelayuan/kejawaan masih menebal, terutama d kampung2. So, dirasakan Islam tu cuma milik Melayu je ... UMNO dah tanam lama dah (lebih 50 tahun) dgn selogan merekalah pejuang agama, bangsa dan negara. Itu yg kat kampung2, percent swing Melayu jauh sket banding dgn Cina dan India.

Apa2 pun, saya doakanlah yg terbaik utk PAS & PR. Amat berhrpkan perubahan yg lebih baik utk negara ini. Amin.
Anonymous said…
Jika ahli PAS terpecah dua, tulisan - tulisan YB mungkin faktornya. Saya enggan mengesahkan. Daripada YB asyik dengan ayat 61 dan 62, lebih jitu saya mengesyorkan YB menyelami maksud ayat 63 dan 64 daripada surah yang sama. Ia lebih bermanfaat saat ini untuk dihayati.

Bertaqwalah sesaat saat YB mengkritik Presiden. Jika itu hak YB untuk mengkritik, bacalah pula hak seorang ketua. Dah lupa ke..?

LEBIH LANJUT SILA KE
http://nikabduh.wordpress.com
Anonymous said…
Tentang ni kawe nak sentuh isu lompat.
Bukan saja Karpal, bahkan Lim Kit Siang juga tidak setuju MP BN melompat masuk Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan dan sekali gus Menabal Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia baru.

Apakah bodoh sangat MP BN nak lompat saja acah-acah atau main-main. Macam budak-budak main sembunyi-sembunyi......... ??

Wahai MP UMNO/BN, kenapa kamu nak lompat. Sudah tentu jawabnya ialah Jawatan Menteri atau Timbalan Menteri. Kalau tak ada tawaran apa susah-susah mereka lompat?????.

Nasib-nasib sebelum melompat Pak Lah sempat buka fail (entah lah BPR ke Pejabat Khadi ke LHDN ke Polis Ke , ISA ke) entah macam-macam fail yang ada.

Sudah tentu MP BN akan fikir 16 kali. Kalu lompat dulu......... yang lain belum lompat lagi.... kerjaaan Pakatan Rakyat tak berkuasa lagi. mampus dibaham tanah aku sure Pak Lah buka fail.

Atau mungkin mereka bilang 1,2,3,4,5................30,31 LOMPAT. Terlentang Pak Lah terbalik...Anuar Ibrahim jadi PM.

Sebenarnya......... kerana nak tunggu MP BN lompat lah maka kerajan 16 September tidak menjadi. Kerana MP Bn tak jadi lompat..... Maka Khalid Samad pukul Cikgu Pha Ali. MAcam ayam daging...... dah tak ada kerja punggong kawan pun dicatuk sama.....

FAKTA & AUTA
muhafaza73 said…
salam...dh sminggu x buka mana2 blog yela phm2 raya kn...rasanye YB ni trlbh mkn rendang + lemang tu yg mcm pening je...ntah pe yg YB msih x puas hati...rndang kurang sdap kot...LUPA yg YB ni GHAIRAH psai 16 sept ( maaf pnjam kata2 YB gak )...skrg ni musim UMNO tgh sibuk duk pilih memilih tp YB PAS sorang ni duk sibuk menghentam pimpinan trmsuk la TG Presiden ( DSAI suh kot + amik alih keje UMNO sat)...dh la YB kptsn muktmar lps dh jelas jd xkn x phm2 kot @ mata hati YB dh buta @ sbb dh jd YB tu yg trlbh garang ( rasanye YB ni di pilih oleh parti kn... ingatkn je takut YB ingat DSAI yg pilih )...duk dlm jamaah ni kte di ajar adab2 tp ble YB sndiri tak bradab LU PKIR LA SNDIRI...
lan said…
saudara adinda sudah menjawab issue ini di blognya:

http://nikabduh.wordpress.com/2008/10/06/yb-khalid-samad-ini-adinda/
Anonymous said…
Salam YB,

Saya pernah kerja di harakah dan dah masak sesangat kelaku cikgu pa. budak-2 harakah generasi lama lagi masak. malangnya, dia kekal kat situ. itu yang dia boleh guna harakah siarkan pandangan peribadi. penyudahnya sesama pimpinan PAS pula bertingkah pendapat!

Lagi satu, saya setuju je para YB tu lompat parti...apa, bersih sangat kah pilihanraya kat Malaysia ni? Sudahlah...terlalu kotor. Saya hanya nak satu benda: sesiapa pun jadi PM maka lepas ni ubah apa yang patut, demi kebaikan rakyat jelata.

Lagi satu YB, ni menyentuh isu di selangor. saya dah risik-risik di kampung2...sudah terdengar aktivis PAS dipinggirkan, ni yang sedih ni. alih-alih, orang yang dulu pasif diberikan jawatan...

kita bukan kata ini isu nakkan jawatan; tapi kena lihatlah keutamaan dalam mengisi kekosongan. mungkin YB boleh cek dengan YDP PAS hulu selangor ke atau kat mana-mana...

Green Blogger
Anonymous said…
Salam
1) YB amat tak patut menimbulkan lagi perkara yg dah settle. Kan dh diputuskan dlm muktamar lepas agar diperkukuhkan kerjasama dlm pakatan rakyat, dah laa.

2) YB amat tidak beradab dengan pimpinan tertinggi PAS. Mencemuh dan seolah-olah mengaibkan Presiden dlm blog. Ada akhlak ke org mcm ni? YB kene ingat, YB ni seorang pimpinan PAS dan juga seorng YB. Ramai org akan denga n baca ape yg YB ckp or tulis. So, berhati2lah...

Jangan le jadi bongok sangat, awak tu kan YB
sinner said…
Salam aidulfitri..

Saudara Khalid Samad, tidak ade laluan lain ke utk berbincang? anda tu pemimpin PAS, kenapa xberbincang di belakang tabir? perlu cerita sume citer d dlm blog? saya lebih respect tulisan roslan sms jauh drpd anda sbb xde serangan2 pribadi terhadap dlaman parti eventho berlainan pendapat, even pendapat dia aku xsokong..belajar la cr beradab.. bukan nk kutukla, tp cara saudara berhujah semacam org yg br naik jd pemimpin..maaf, tp ya.. mmg tak dinafikan ilmu saudara tinggi, tp ilmu bercakap juga perlu tinggi, saudara.. ade benda yg perlu dizahirkan, ade benda perlu teguran hikmah.. xperlu dilabel itu ini..aku paling xsuka org label2.. apetah lg yg melabel org atasan parti..xcukup ngan penulis blog2 picisan, pemimpin pon reti melabel, ape kes?
sekian,terima kasih..

p/s:mungkin saudara leh hentam aku balik ngan cr aku komen..ntah kenapa aku xleh komen elok2 kat sini..terlalu keciwa mungkin? maaf skali lg..
Hamba Allah said…
Apa sebenarnya boleh disamakan dengan perkataan Y.B.

Yang Berhormat
Yang Bermaruah
Yang Berkhidmat
Yang Bekerja
yang Berbohong
Yang Berzina
Yang Beragan-agan
Yang Boros
Yang Bodoh
Yang Bedebah
Yang Bahlol
Yang Berkhasiat
Yang Berbaloi
Yang Beruban
Yang Berubat
Yang Berak
Yang Bodohsombong
Yang Besar
Yang Bengis
yang berfikirlah sendiri.
Anonymous said…
Apa sebenarnya boleh disamakan dengan perkataan
Hamba Allah?

Tidak membuat FITNAH dan bersangka buruk terdapat saudara sendiri...
Anonymous said…
YB khalid ni sebenarnya orang yang tergolong dalam gila kuasa atau angau nak jadi menteri. Nak buat macam mana orang yang baru bergelar jadi YB. Kerja Parti pun bermusim.. banyak kat luar negara. sama dengan tulang besi... adik beradik kot... Bila jadi YB dah mula nak tunujk sombong macam Orang sopak yang baru diberi sembuh dan diberi rezeki oleh Allah dan mula lupa daratan... Perangainya sama dengan kerja buatnya... cakap je lebih... macam abangnya... 2x5.... baiklah berdakwah kat abang hang tu....
xyy said…
Salam,

Susah sangat kah kita semua untuk menerima perbezaan pendapat?

Jangan rendahkan akhlak kita dengan mencemuh orang yg berbeza pendapat dengan kita.

Berbesar hatilah dengan mereka.

Allahuaklam.
Anonymous said…
salam....

kenapa bangang sabgat khalid ni.. masa perjanjian hudaibiyyah tu.. nabi dah bentuk negara kerajaan islam di madinah yang digeruni musuh... kita ni mana ada lagi negara islam .. tak perintah lagi malaysia... dan sapa pimpinan pas nak masuk umno...dia ni mengigau lah rasanya... kita lihat pimpinan kita buat peretemuan dengan kerajaan malaysia bukan dengan parti umno... nak selesaikan masalah2 lain seperti isa, harakah, sekolah agama rakyat... Inilah Khalid orang yang lupa diri seperti kacang lupakan kulit... mujur bagi bertanding... Inilah perangai khalid macam buat business minyak pelncir... hidup segan.. mati tak mahu...
Anonymous said…
selamat ari raya...

sebelum PRU12, kita lihat abg khalid senyap je. sibuk urusan dunia diluar negara. kita lihat ahli-ahli pas diperingkat bawahan inilah yang bertungkuslumus melaksanakan kerja-kerja parti siang dan malam untuk beri kemenangan kepada Islam.pekerja pas inilah yang juga bekerja tungkus lumus memberi kemenangan kepada PKR. Apabila kemenangan dicapai barulah kita lihat abg khalid beriuh rendah menunjukkan kehebatannya kerana menang dalam pilihanraya. Dan dilihat abg khalid banyak bersama dengan PKR daripada duduk bersama dengan PAS untuk melaksanakan kerja-kerja Islam. Kita lihat abg khalid sibuk mendukung anwar untuk PM yang tidak berkerajaan kesana kemari. Kita lihat nak tubuh kerajaan ni macam nak buat bangsal pancing ikan di padang bola bila melihat guruh dilangit petir sambar menyambar. sedangkan kita lihat orang yang pergi meraih undi rumah ke rumah pon belum tentu berjaya menarik pengundi menyokong islam. ada yang kena halau ada yang kena sergah dsb. Ini kalu dilihat dari abg khalid, wakil rakyat mudah je boleh lompat parti ikut suka dia je. biarlah kita berfikir panjang. jangan jadi mat jenin yang panjat pokok kelapa, sebelum sampai ke atas sudah berangan2 macam-macam dan akhirnya jatuh kebwh sebelum dapat buah. dahlah jatuh, sakit pulak, buah pon tak dapat, angan2 pon tak tercapai.
Anonymous said…
Salam YB,

Tidak dinafikan ramai bijak pandai dalam PAS. Bijak dalam Agama. Bijak Dalam Sains dan Teknologi. Bijak-bijak semuanya. Secara peribadinya ana tidak berapa suka lihat perkembangan isu dalam Blog YB ini. Bukan hendak salahkan siapa. Tetapi apa-apapun balik kepada rukun berjamaah. Bagi yang bijak berfikir dan profesional ok la, mungkin YB dan sahabat-sahabat lain faham dan mudah berpeluk-peluk apabila isu diredakan. Tetapi bagaimana dengan orang biasa macam saya ini. Tahap pemikiran orang biasa macam saya ini mudah terarah dan ada kalanya bingung. Perlu dingatkan bahawa yang membaca blog YB dan pimpinan lain bukan hanya dikalangan orang yang well educated sahaja. Orang kampung, penoreh getah, petani dan pekebun juga sudah mempunyai internet dirumah. Mereka membaca. Mereka mencari maklumat. Mereka mencari kebenaran. Jangan kita terlalu syok dengan pandangan dan kritikan sendiri sehinggakan mereka semua menjadi bingung. Sedangkan merekalah pengundi PAS yang utama yang biasa YB-YB melawat apabila tiba waktu mengundi. Janganlah menjadikan blog ini tempat meruntuhkan jamaah. Jadikan kan blog berinformasi dan bertanggungjawab. Sekiranya terdapat rasa tidak puas hati dengan pimpinan, jumpa, sapa dan bincang. Kalau takut hendak bersemuka dan mengkritik secara terbuka. Tulis surat, hantar email. Tak kanlah semua ini pun perlu diberi tahu. Bukan meluahkan di Blog. Meluahkan di sini menambah sakit hati orang lain. Mencipta musuh yang dulunya sahabat. Memudahkan pengundi PAS lompat parti sebab confius.
Maaflah sekiranya apa yang ana tulis ini tidak selesa pada YB. Sebenarnya ini bukan untuk YB sahaja, tetapi kepada para YB/pimpinan agar ingat kepada saya penyokong bawahan apabila ingin menyatakan sesuatu.
izali said…
salam yb,

saya tak tau apa ending isu ini. kemudian dihebohkan kecoh seantero galaksi.

keputusan syura dan muktamar adalah muktamad. kenapa yb nak jadi jaguh pula nak ungkit2.

org kata bila dah berusia, hati makin payah terima pandangan lain. apatah lagi dikala mempunyai title tertentu.

sy sedar tulisan sy adalah kosong. tp yb harus sedar tulisan yb dibaca dan ditakwil org pelbagai lapisan masyarakat.

kesannya amat besar dan boleh membawa perpecahan dlm pas, atau sekurang penyokong. lihat di forum2 maya, atau turun la ke usrah2, paling tidak ke borak politik kedai kopi...

kecuali jika tuan bukan lagi pendokong gerakan islam dan ingin bermuktazilah. saya tidak hairan, sedangkan datuk asri pon boleh mutasaqit di kemuncak perjuangannya. sape lah yb...

kebenaran akan dibongkar jua. adakah yb persis sydina umar al-khattab yg lantang mengkritik rasulullah secara anak jantan berdepan dan atau yb menyorok mengkritik di media2 atau blog persis abdullah bin ubai bin salul al-bahalul.

hanya Allah yg maha a'lam...

ps: cukup yb baca tak perlu disiarkan, sy bukan mencari glamer....

yg benar,

petugas pas selangor yg mengundi di terengganu
izali said…
tambahan,

yb sebut perjanjian hudaibiyah. perjanjian inilah yg menunjukan presiden sebenarnya mempunyai kuasa eksekutif walaupun ditentang oleh ahli syura dikalangan sahabat. majoriti sahabat menentang pd mulanya tapi akur dan sepakat bersama rasulullah bertahalul.

para sahabat pula akur dan tidak menimbulkan lagi isu ini. yang ada hanyalah puak2 munafik yang mengadu domba.

nah, bukankah keadaan skrg sama spt yg disebut dlm sirah rasulullah??

sy bukan menuduh yb munafik, sbb tu sy secara gentleman menulis kpd yb. yb pula tak perlulah menyiarkan tulisan saya yg hina ini.

besar harapan saya segalanya akan berakhir dgn baik.

yg benar,

pengundi terengganu yg bertugas di selangor
pemuda gunung said…
Assalamualaikum semua,
Syabas kepada YB, teruskan usaha terhadap apa yang diyakini berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah.

Bukankah ilmu agama itu anugerah Allah? kekadang ilmu dapat kepada arkitek, peguam, akauntan, doktor, jurutera, ahli perniagaan, ahli politik dsb.

"Kalau Allah hendak elokkan dia, Allah akan pahamkan dia tentang agamanya". Maka dengan itu agama ditegakkan dari berbagai sudut. Dari segi undang2nya, ekonominya, perubatan, pembangunannya dsb...

Tak seharusnya menolak mentah-mentah pandangan mereka.
Cthnya: Takkan sama pandangan ustaz yang berniaga dengan ustaz yang tidak terlibat dalam bidang perniagaan. Ada di kalangan Imam mazhab pun berniaga, maka banyak hukum mualamat diambil dari pandangan beliau.

Wassalam
keyman said…
Berbeza pendapat itu adalah perkara yang normal.... Biarlah apapun yang YB nak kata. Tapi kita kena ingat, setiap pandangan atau pendapat tidak semestinya betul. Apa yang penting, setiap kata-kata dan tulisan mestilah diluahkan dengan ikhlas dan bersedia menerima pujian, kritikan, makian dan seumpamanya.....
Anonymous said…
nampak sangat orang PAS ni banyak lagi yang racist... kalau tak buat apa sibuk2 masuk Umno...umno kan racist..
Anonymous said…
izali quoted...
...yb sebut perjanjian hudaibiyah. perjanjian inilah yg menunjukan presiden sebenarnya mempunyai kuasa eksekutif walaupun ditentang oleh ahli syura dikalangan sahabat. majoriti sahabat menentang pd mulanya tapi akur dan sepakat bersama rasulullah bertahalul.

confused saya..!!!?? article/posting yb terangkan yg perjanjian itu bukan untuk bergabung atau berpakat berkongsi kuasa dgn puak musyrikin. cuma berdamai. dan selepas itu menguatkan jemaah dalaman.

tapi adakah tindak-tanduk yb berpakat dgn segolongan yg lain nak bergabung dgn umno/bn.
saya rasa tak nampak point ini dlm posting yb di atas.

betulkan saya jika saya kurang tepat.
chekamala said…
biduk lalu kiambang bertaut....

udah2 lah tu.....

busuk sangat......
Wak On The Roof said…
Salam

Wak,

Bagi Wak : “Kedua-duanya bodoh sombong”

Ini pandangan dan malas nak ulas kenapa.

Maafkan saya.
Zuhair B Hasan said…
Assalamualaikum semua

Pertamanya Tahniah buat YB kerana jawapan YB dan prinsip YB yang saya cukup bersetuju.

Buat pengunjung yang masih kabur dengan prinsip YB Khalid, mungkin sejarah mulai 2 September 1998 hinggalah ke tarikh ini perlu disingkap kembali, di selak satu persatu laporan akhbar, dilayari kembali berita2 di media milik Armno Be End dan diulang dengar ucapan pemimpin "pujaan" para pemuzakarah UMNO-PAS dari PAS itu sendiri.

Sambil-sambil itu, kenangkan kembali kesengsaraan rakyat mutaakhir ini, kemarahan rakyat kepada Arm No dan Be End dekad kebelakangan ini, kebencian kepada Arm No dan be End kerana membuat rakyat Malaysia hidup sengsara, Islam dihina oleh oleh puak2 Melayu-Islam dalam Armno itu sendiri, pandangan ulama dipersenda, inflasi naik mencanak-canak, kesusahan hidup rakyat tiada dalam kamus hidup mereka, (pemimpin ArmNo Be End), harga minyak dinaik sesuka mak bapak mereka, harga beras, sayur, ikan, ayam tidak pernah dipeduli berapa harga, manakala kuasa hampir hilang semuanya, baru mereka bicara soal muzakarah dan Melayu kononnya.

Takkan itupun Cikgu Pa, "anakanda Khalid Samad", dan beberapa pimpinan PAS tak faham lagi??? Kalau tidak faham bagaimana peralihan kuasa nak berlaku, berapa Ahli Parlimen yang sebenarnya bakal beralih parti, siapa gerangannya mereka, kenapa diumum tarikh 16 September, samaada itu taktik politik DS Anwar atau apa saja, tanyakan saja "direct" kepada DS Anwar dan pimpinan PAS yang tampak menyokong penuh peralihan kuasa kepada PR seperti YB Dr Hatta, YB Kamaruddin Jaafar, YB Husam malah Mursyidul Am TG Datuk Nik Aziz dan Timb Mursyidul Am, Dato Dr Haron Din itu sendiri. Zaman sekarang kan ada telefon, handphone, website, email, blog dan sebagainya, angkat saja phone, dail dan tanya!

Saya yakin dan percaya, jika PAS bersungguh-sungguh atau "tampak bersungguh-sungguh" mahu bergabung (malah bermuzkarah sahaja pun) akan menyebabkan bukan sahaja puluhan, malah ribuan atau jutaan pembeli tegar akhbar Harakah, pembaca setia harakahdaily dan rakyat Malaysia umumnya yang tidak mahu menyokong (atau mengundi) PAS atau mungkin PR lagi pada PRU akan datang.

Saya bukanlah Ustaz, bukan juga politikus hebat seperti para pimpinan dari PAS, PKR dan DAP, tetapi cuma satu daripada suara rakyat Malaysia yang sudah terlalu muak dan benci kepada Arm No dan Be End memerintah Malaysia. Mengapa ketika kita diambang kemenangan (mungkin boleh juga ditafsirkan kemenangan Islam jika PR memerintah), saat inilah beberapa pimpinan PAS sibuk mahu berjumpa / bermuzakrah dengan Arm No yang selama ini tidak pernah mahu kepada Islam???
Apatah lagi membuat kenyataan-kenyataan "pelik" di akhbar masing-masing dengan kata-kata berbau "tidak menyokong" kepada peralihan kuasa daripada Be End kepada Pakatan Rakyat. Ini sebenarnya perkara pokok!

Yakin sangatlah nampaknya mereka yang meminta DS Anwar dan pimpinan PAS yang menyokong peralihan Be End kepada PR ini kepada SPR selagi ia dibawah pemerintahan sekarang ???
Tidak sedarkah mereka ini bahawa Pakatan mungkin sudah berada di Putrajaya / Seri Perdana jika SPR benar-benar telus dalam PRU-12 baru-baru ini?? Lupakan mereka dengan daftar pemilih yang diselewengkan, wang yang bertaburan, keganasan yang dibiarkan oleh puak Arm No sehingga Pakatan hanya mampu menawan 5 negeri dan menafikan majoriti 2/3 sahaja ??? Kalau masih setia untuk menunggu PRU13, saya ingin mencadangkan tunggulah sehingga kiamat sahaja. Arm No dan Be End akan terus menipu, dan terus tertipulah kita sampai bila-bila. Mungkin masih terlupa, keputusan PRU sering sahaja silih berganti memihak kepada BN/pembangkang. 1969 Opposisi, 1974 BN, 1990 Opposisi, 1995 BN, 1999 Opposisi, 2004 BN, 2008 Opposisi, 2013 ??

Renung-renungkan...
Anonymous said…
salam...
Saya rasa ini bukannya tulisan YB khalid Samat. Ianya mungkin sb, pencacai umno atau org yg tak ingin lihat PAS menang. Tak kan kan YB nak jadi khawarij dalam PAS.
sinarDCL said…
salam,
situasi sekrang umpama 50-50.ingat perang uhud. silap percaturan, kawan boleh jadi lawan
Pok Nik Klate said…
Salam..Inilah dipanggil rugi tak berfaedah. Siapa yg mendalangi penubuhan kerajaan PR? Sdr Anwar Ibrahim yg dok melawan UMNO. Mengapa secara tiba2 Tsunami pulak melanda PAS?? Sepatutnya kalau tidak Anwar hancur maka UMNO akan hancur..adat berlawan tapi rupa2nya "pelanduk" mati ditengah2. Hairan bin ajaib jugak aku. Tiba2 saja berdentum dentam pimpinan PAS yg berlaga sesama sendiri sampaikan terjebak dgn Tuan Guru Nik Aziz sendiri pun ikut campur tangan. Apakah TGNA campur tangan diatas kerelaan beliau sendiri?? Atau ada tangan2 tersembunyi yg menggerakan TGNA?
Mutakhir ini golongan muda dan "mualaf" PAS ( pinjam kata2 Ramli Kapak Jangak)yg begitu beria2 benar dan bersungguh menjunjung DSAI dalam pembentukan kerajaan persekutuan PR. Terkadang rasanya Naib Presiden PAS sudah menjadi naib presiden PKR!!! Apa sudah jadi?? Apakah habuan menjadi kerajaan persekutuan tanpa mengira apa cara jua menjadi matlamat PAS sekarang? Temuramah Rocky Bru dgn TGNA..diambil contoh dimana dgn bertegas TGNA mengatakan "MESTI" menukarkan kerajaan.. sedangkan TGHH yang sepatutnya memberi kenyataan bersesuaian dgn jawatan presiden yg disandang.
PAS mesti melihat ini dgn lebih mendalam kerana unsur2 pemecahan parti telah bermula dari dalam.. Golongan ulama yg menjadi teras kpd kekuatan parti selama ini sedikit demi sedikit cuba dihapuskan.. YB Khalid ini juga tidak terkecuali dalam membidas golongan ulama didalam parti tanpa mengambil kira sensitiviti ahli2 yang lain.. Kalau begitu ada baiknya YB Khalid kembali kedunianya sebelum PAS menjadi lebih parah..
siput_uda said…
angan2 tanpa usaha takkan kemana.. kenapa perlu bergaduh..kita kan malaysia.. dari kita bergaduh,meh sama2 kita berjuang untuk majukan malaysia..bersyukur dengan apa yang ada.. jangan kerana politik,negara kita dijajah semula..insyaallah..
mut said…
Salam,

Sayang jugak tidak ada siapa yang mengemukakan hujah yang tepat dengan hujah yang dikemukakan oleh YB Khalid tu sendiri. Barulah bertemu hujah dan ada pemahaman yang sempurna.

Ni timbul pulak isu YB menghina Haji Hadi, takkan nak timbul soalan siapa hina Tok Guru Haji Hadi dan siapa pulak hina Tok Guru Nik Aziz sedangkan posting asalnya pasal kerjasama dengan UMNO? Dah lari topik dah ni.... ini taktik biasa (tak meet the issue head-on).

Tapi bagi pemerhati yang ada pengalaman, tersenyum aje la tengok gelagat begini....

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…