Skip to main content

Sambutan Aidilfitri & Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Shah Alam


Sambutan Aidilfitri & Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Shah Alam
Hari: Ahad
Tarikh: 19 Oktober / 19 Syawal
Masa: 12.30 - 5.30 ptg
Tempat: Dewan Bola Tampar, Sek 19, Shah Alam, Selangor

YB Khalid Samad ingin mengundang semua Rakyat Shah Alam ke Sambutan Aidilfitri & Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Shah Alam. Dikesempatan ini juga YB ingin menjemput semua petugas-petugas PAS kawsasan Shah Alam, Kelab Penyokong PAS kawasan Shah Alam, rakan-rakan Pakatan Rakyat Shah Alam dan juga segenap lapisan masyarakat yg telah bertungkus lumus merealisasikan kemenagan kita di bandaraya angerik ini.

Semoga dengan kehadiran Tuan Puan sekalian akan dapat memeriahkan lagi majlis tersebut. Sekian terima kasih.

- Pejabat YB Khalid Abd Samad-

Comments

lan said…
salam yb, jzkk for the invitation will try to make it
Anak Reformasi said…
Salam, YB.

Salam hari Raya dan Maaf zahir, batin.

Semoga sihat dan sukses selalu.

- AR
Ibnu_Ismail said…
Salam YB,

Saya sertakan link ni, http://one-g.blogspot.com/2008/10/aku-bukan-ahli-politik-tetapi.html

minta YB fokus pada bahagian penulis komen ttg open house PAS smlm. harap YB tidak dapat bergaul bebas dengan pengunjung tanpa ada protokol VIP etc. Baru nmpk ramah. teringat cerita2 arwah ustaz Fadzil Noor dulu... Mesra sekali dengan rakyat.

WaLlahu a'lam.
Anonymous said…
Setahu aku YB Khalid tak duduk dlm bilik VIP, dia pegi bersalaman dgn pimpinan atasan shj dlm bilik itu. Kebanyakan masa beliau dihabiskan bertemu rakyat biasa mcm aku ni. Pimpinan lain aku tak pasti la sgt la. Lagipun dlm komen tu tak tulih nama sapa2 itu yg payah tu, Kalau tak boleh la kita check kot2 mereka sakit perut ke, pening kepala ke - sbb kita harus sentiasa bersangka baik kan?

Walaubagaimanapun aku setuju dgn pendapat mereka semua, next time tak payah la buat bilik VIP mcm ni. Tak molek benar rasanya mcm berkasta2 pulak. Ini kena tegur pihak penganjur, pimpinan aku rasa diorg mai aje.

-Pengundi berdaftar luar kasawan-
Anonymous said…
Saya semalam pun pergi ke majlis tersebut.

Ramainya orang. The best turn out ever!

Terima kasih YB kerana sudi beramah mesra dengan kami. Saya tengok YB pergi round dan bersalaman dengan rakyat biasa. Ada yang siap bergambar dengan YB.
YB pun sporting jer. Kenapa YB tak siarkan kat blog YB? Saja jer untuk kenang-kenangan.

Sehingga kita berjumpa lagi.
Ibnu_Ismail said…
"harap YB tidak dapat bergaul bebas dengan pengunjung tanpa ada protokol VIP etc."

kesilapan dalam komen. Patutnya "harap YB dapat....."

saya cuma ingatkan sahaja... setahu saya YB Khalid mmg ramah. Sejak ayah saya hidup dan berkawan dengan YB lagi...(^^,). Maaf ye YB.
Unknown said…
salam YB Khalid.
Mengapa dalam aturcara x diberi ruang ucapan Presiden PAS.Baru cantik Presiden PAS berucap bersama dgn DSAI .Nampak lebih harmonis dan comel.
Khalid Samad said…
Salaam Saudara Zulkefli,

Terima kasih atas cadangan saudara, saya telahpun memberitahu kepada JK majlis tersebut untuk memberi ruang bagai Kit Siang dan TGHH berucap. InsyaAllah mereka akan membetulkan aturcara berkenaan.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...