Skip to main content

Respon Pengunjung: Satu Hari di Hari Raya

Artikel ini telah dicopy dan diposkan ke beberapa blog dan online-forum. Ianya telah mencetuskan banyak perbincangan dan komen. Malangnya tidak terbaca saya komen-komen di semua tempat-tempat tersebut - kerana saya pun tidak tahu kesemua tempat di mana ianya telah diposkan. Namun demikian, saya telah dpt juga membaca beberapa puluh komen dan saya rumuskan bahawa komen-komen tersebut boleh diberikan kepada 5 kategori seperti berikut:-
  1. Menganggap ianya satu fitnah oleh ajen UMNO (si Mamat tu).
  2. Menganggap saya saja reka-reka (si Mamat tak wujud, saya cakap seorang diri) dan saya fitnah pemimpin.
  3. Marah pimpinan kerana percaya wujudnya perancangan jalan alternatif ke Putrajaya dan menunggu untuk menghukum PAS pada PRU ke 13.
  4. Melihat kepada hujjah yang dikemukakan (sebagai cth di antaranya Ramziredang dlm forum TKO) berhubung natijah terhadap PAS sekiranya mencuba jalan alternatif berpaksikan Melayu/Muslim dan bekerjasama dengan UMNO.
  5. Menumpu kepada persoalan perbalahan yang terbuka dan memberi nasihat supaya dihentikan. Isu yang dikemukakan tidak dikomen. Iaitu samada rancangan jalan alternatif adalah benar atau sebaliknya; setuju jalan alternatif atau sebaliknya.
Pada mulanya saya ucapkan Alhamdulillah. Dalam berpuluh-puluh komen yang saya baca, TIADA walaupun seorang yang menyatakan sokongan terhadap jalan alternatif yang disebutkan. Ramai yang marah kerana dikatakan fitnah, samada oleh saya atau si Mamat tu. Mereka tidak percaya bahawa pimpinan PAS akan sanggup mengkhianati PR dan bekerjasama dengan UMNO.

Yang marah atau merayu kepada pimpinan kerana percaya cerita si Mamat itu pun tak kurang ramainya. Mereka menyatakan harapan mereka, walaupun ada dalam bentuk marah, supaya ianya tidak berlaku dan PAS terus bersama dengan PR. Yang menimbang secara tenang analisa saya di hujung artikel itu juga menyatakan persetujuannya terhadap implikasi buruk sekiranya ianya benar.

Saya amat berharap segala komen-komen ini dipantau dan dibaca oleh pimpinan PAS sendiri. Bagaimana thiqahnya ahli dan penyokong terhadap pimpinan sehingga tidak percaya pimpinan sanggup melakukan perkara yang sebegini. Sekiranya ada cadangan untuk ke arah itu, OPlah! Hentilah dan jangan mengecewakan mereka-mereka yang sememangnya ingin PAS maju ke depan sehingga mampu mencorakkan politik arus perdana Negara ini. Harap sedar bahawa tindakan sebegitu akan menyebabkan kekecewaan yang teramat sekali sehingga keyakinan terhadap kepimpinan dan PAS sendiri akan hancur, lenyap. PAS, naudzubillahi min dzalik, mungkin akan berpecah seperti pernah berlaku dahulu semasa menyertai BN di mana ramai ahli-ahli PAS keluar PAS. Biarlah kita buktikan bahawa PAS dan pimpinannya sememangnya adalah rakan perjuangan yang boleh diyakini dan selagi kita tidak dikhianati, kita tidak akan khianat.

Pada mereka-mereka yang marah pada diri saya dan menuduh yang bukan-bukan di bulan yg baik ini, saya maafkan. Kalau dikatakan gilakan jawatan, harap baca artikel saya yang bertajuk
Angan-angan jadi Pak Menteri – 28hb September 2008”. Bagi yang mengatakan saya taksub Anwar, sila baca artikel saya “Taksub Anwar – 19hb September”. Yang kata saya orang IRC dan gelar saya ‘Ir.’, sila rujuk latar belakang saya dlm pendahuluan “[Get to know Khalid Samad]”. Kesemuanya di atas telah saya nyatakan dlm blog saya ini. Tetapi kalau nak terus menuduh saya, suka hati lah - asalkan bahagia.

Ada yang menyatakan “takut kalah Pilihan raya? Mementingkan kebendaan lah tu”, ini pun saya fikir perlunya sedikit ulasan lanjut dari saya. Memang kita lawan, kita nak menang. Kalau dikatakan Pilihan Raya adalah bagaikan perang, pernahkah dengar Rasulullah (SAW) atau para sahabat memesan kepada tentera yang nak pergi perang “menang pun takpe, kalah pun takpe”? Atau lebih 'ikhlas dari itu, "bila berperang jangan harapkan kemenangan ya, tak ikhlas". Atau yang diturunkan sebagai calon berucap kepada pengundi, “sebenarnya saya bertanding ni ikhlas dengan harapan saya akan kalah
. Maka kalau mengharapkan kemenangan maknanya saya tak ikhlas?

Sebagai Muslim dan Mukmin, kita buat kerja bersungguh-sungguh. Ditugaskan berlawan, kita lawan dengan tujuan menang. Kerana apa? Supaya dengan izin Allah, melalui kemenangan itu akan terserlah kebenaran Islam dan keadilan ajaran-ajarannya. Mungkin ini di antara sebab kalah di kebanyakan kerusi kot? Turun lawan sambil mengharapkan kalah!

WaLlahu ‘Alam

Comments

Hasbullah Pit said…
Malangnya tidak terbaca saya komen-komen di semua tempat-tempat tersebut - kerana saya pun tidak tahu kesemua tempat di mana ianya telah diposkan.

Ini sudah masuk bab mekanisme pengesanan pautan,

tips
Masuk blogsearch.google.com
cari "link:http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com"

di situ ada RSS@ Atom, langgan RSS itu untuk keep track siapa link ke blog YB.


sebagai langkah tambahan, hidupkan backlink.

Rujuk sini
Anonymous said…
Assalamualaikum... YB terlebih dahulu saya memohon maaf jika ada yg bakal saya coretkan mencuit rasa. Saya mengharapkan YB lebih bertanggungjawab didalm melontarkan pandangan. Apa yang saya maksudkan dengan bertanggungjawab ialah bukan sekadar menulis dan memaparkan nama sebagai pentanggungjawaban tetapi lebih daripada itu. Lebih2 lagi status YB sebagai pimpinan PAS dan pemain politik yang aktif diperingkat nasional. Saya tidak menolak sebarang hujah YB. Saya menerima meskipun ada yang saya tidak bersependapat dengan YB. Namun begitu apa yg YB nukilkan tidak sedikit pun membantu untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi merapatkan kembali saf jemaah yang mula merungkai kerana isu ini. YB sebagai pimpinan rasanya mempunyai channel yang cukup untuk mengutarakan pdgan YB kepada pimpinan tinggi PAS yg lain termasuk Mursyidul Am dan TG Presiden. Sedihnya YB memilih saluran ini untuk meluahkannya. Saya tidak marah kerana saya tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian. Tetapi pernahkah YB fikir kesan langsung tulisan YB kepada pengunjung blog ini. Pernah ke YB fikir kesan langsung tulisan YB kepada ahli2 PAS yang dibawah ketika ini. Inilah pertanggungjawaban yg saya maksudkan. Kerana tulisan YB berapa ramai daripadanya telah melakukan fitnah kepada pimpinan lain ? Benar dan saya amat yakin bukan niat YB utk berbuat demikian tetapi setidak2nya tulisan YB telah mendorong kepada itu. YB memperkatakan tentang kebimbangan YB terhadap masa depan PAS didalam survival politik mendatang yang semakin rencam. Tetapi pernah kah YB fikir kesan tulisan YB terhadap ukhhuwah PAS disemua peringkat yang hari ini dek kerana berbeza faham menyebabkan ahli sesama ahli bercakaran ! Enough is enough YB ! Tidak sedikit pun tulisan ini akan menguatkan jemaah ! Kita bukan hendak jadi hero kepada sesiapa ! Apa gunanya "menang" bersabung hujah kalau kampung tergadai ! Cukuplah YB ! Cukuplah kerosakkan yg telah sedia ada ! Jangan kita menjadi seperti tikus yang memperbaiki labu ! Jika benar mana pun hujah ! Jika benar manapun strategi ! Gunakanlah medium yg elok untuk menzahirkannya ! Bertindaklah seperti menarik rambut dari tepung ! Rambut jgn putus YB ! Tepung jgn berselerak ! Saya katakan sekali lagi YB enough is enough !
Anonymous said…
salam bro khalid, semalam saya berbincang pjg dgn kwn baik saya d rmh beliau mengenai isu2 politik. kami berkawn baik sejak dr sekolah rendah lg.

kami mempunyai pandangan yg sama ttg isu2 politik semasa. saya dgn kwn saya menyokong pakatan rakyat. masih terbayang thn 1998 d mana kami berjuang secara senyap menjelskan kpd rakan2 betapa tindakan zalim kpd saudara anuar oleh regim mahathir.

walaupn kami brjuang atas nama pkr, tp kami tidak boleh nafikan sumbangan besar PAS dlm membantu PKR dan DAP. hubungan pkr dan pas d kaw kami umpama adik beradik. bapa rakan saya ini telah mengabil keputusan menetap d kg nya d perak sblm pru utk memperkukuhkan PAS d kgnya. syukur, kini sambutan msyrkt bertambah baik

bila berlaku peristiwa yg d sebut muzakarah dgn UMNO, ramai yg keciwa. bukan shj kwn kami org kuat PAS keciwa, malah org2 atas pagar turut keciwa. walau bagaimanapun saya amat berterima kasih kpd saudara khalid samad yg berjuang memperbetulkan keadaan.

ya, damaged has been done. kita tidak bleh menafikan kes 'muzakarah dgn UMNO' sedikit sebyk memberi kesan negatif kpd PAS pd hr ini. yg kita boleh buat hanya memperbaiki kesilapan. lebih baik berusaha memperbaiki kerosakan drpd duduk berkeras tanpa megakui pun kesilapan.

d saat ada suara2 mengatakan PAS mempuyai pemimpin yg kolot, kami minta mereka meneliti pandangan saudara khalid samad. syukur, mereka boleh menerima dan beranggap kesilapan yg d lakukan dlm PAS bukan lah kesilapan kesuluruhan jemaah pas.

saya berharap agar saudara khalid meneruskan usaha memperbaiki keadaan walaupun menerima banyak cemuhan, dan tentangan. kami akan membantu mana yg patut.

salam

re
U-HAH said…
Salam YB,

Ha...ini semua berpunca daripada 'sekoq dua' pimpinan yang gatai-gatai nak jalin hubungan dengan Umno. APa depa ni jenis tak gheti bahasa ke...umno itu makhluk paling hampeh dalam kamus majoriti ahli-ahli PAS!

Dek kerana kebengapan merekalah, maka PAS sesama PAS sesama PKR sesama PR le ni bersingsing lengan menafi dan membetulkan...

Sepatutnya kita fokus satu sahaja: KEMENANGAN yang diredai Allah dan direstui ahli-ahli dan rakyat terbanyak.

Wallahua'lam.
Anonymous said…
Terima kasih Tuan Hasbullah Pit diatas tips yg diberikan.
Anonymous said…
saudara khalid samad,

maaf jika ade berkasar bahasa lagi.. saya benar2 x paham apekah pencapaian yg dibanggakan oleh saudara selepas mengepos pos satu hari dia hari raya.. ape yg saya nampk saudara bangga kerana comment2 dr pengunjung menunjukkan tidak ade sorg pon yg bersetuju ngan hubungan pas-umno, lantas berharap pimpiann tertinggi baca komen2 dlm nih..hey bro, citer nih da basi laa..sori, aku cuba utk membuat comment yg elok, tp gagal..berapa byk comment yg meminta saudara hentikan keje mengapi2kan keadaan nih yg saudara xhiraukan, tp saudara nk pimpinan atasan bace blog n comment saudara yg lain?post saudara sblum nih adelah utk provok pembaca ke?sedar atau tidak provokasi anda bukan skadar berjaya membuat ahli pas menyatakan pndirian mereka,ttp juga berjaya memecahbelahkan jemaah..saya ingin bertanya satu soalan,sudahkah saudara berjumpa dengan cikgu Pa, TGHH,ust nasha utk mendaptkan penjelasan dan menjernihkan kembali perhubungan?kalo LGE pergi plak ko yer jumpe utk penjelasan..

tepuk dada tanya iman..
Anonymous said…
sinner said..."saya ingin bertanya satu soalan,sudahkah saudara berjumpa dengan cikgu Pa, TGHH,ust nasha utk mendaptkan penjelasan dan menjernihkan kembali perhubungan?"

Apa yg kau mengarut ni Labu? Pegi la baca jgak artikel2 yg lain yg ditulis Pak Khalid. Sket2 nk angin satu badan. Tgk la posting YB pasal Mesyuarat Lujnah Politik.

Isk2 nak marah ko pun aku kesian pulak...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.