Skip to main content

Mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat – 6hb Okt 2008.

Pada hari Isnin 6hb Oktober, jam 10 pagi, saya telah menghadiri mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat dan bertemu dengan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Ust. Harun Taib dan Cikgu Pa. Kami bersalam-salaman, mengucap Selamat Hari Raya dan bermaaf-maafan. Suasana ceria dan meriah dan walaupun ada sedikit (sedikit sahaja) sindir-menyindir dalam bentuk gurauan, saya melihat mereka menerima teguran-teguran yg dibawa dengan hati terbuka. Ada yang mereka tidak setuju tetapi sebagai pemimpin yang berjiwa besar, mereka tidak tersinggung atau marah dan mengambil hati dengan sebab teguran-teguran tersebut.

Turut hadir bersama pada pagi itu Ustaz Nasha, Mat Sabu, Husam Musa, Dato’ KJ, Mahfuz, Dr. Hatta dan beberapa orang lagi pimpinan Pusat.

Mesyuarat berjalan dengan baik dan diputuskan sebulat suara bahawa PAS teguh bersama PR untuk menubuhkan kerajaan PR di peringkat Pusat. PAS akan bergerak aktif dalam usaha ini dan meningkatkan usahanya ke arah pencapaian pembentukkan kerajaan baru. Segala isu-isu yang menghantui persoalan ini telah dibincang dengan telus dan terbuka, dan dengan itu terhasil satu keputusan yang terbaik, InsyaAllah. Alhamdulillah.

Nak ambil gambar dan pos ke Blog tapi nanti orang kata Pelakon pula.....

Comments

Anonymous said…
Kepada Ayahandaku YB Khalid,

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Apa yg saya harapkan sudah berlaku, bertemu dan bermusyuarat masing2 menyatakan pandangan di antara pimpinan.. alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik... Semua pimpinan PAS berjiwa besar termasuk ayahandaku YB Khalid.. apabila ada perkara2 yg menyentuh soal kepimpinan sesama pemimpin harus diselesai sesama pemimpin..

Jgnlah lagi terus kpd marhaen ia akan menjadi celaru... kerana marhean ibarat kain putih... yg mewarnai samada hitamnya atau putihnya mereka..tidak lain dan tidak bukan selain daripada waris dan bekalan ilmu yang mereka perolehi,pemimpin juga mempunyai sentuhan yg tiada taranya dan mampu memberi coretan warna dihati mereka..Pemimpin yg baik akan mempunyai ahli yg baik, begitulah sebaliknya.

Sebagai pemimpin yg baik haruslah memberi penerangan yg baik memamtapkan semangat ahli dan menguatkan silaturrahim mereka dgn pimpinan...insyaAllah jemaah kita akan kuat dan tak mudah digoyahkan oleh lawan malah disegani pula..

Ayahandaku YB khalid.. teringin juga kami dibawah di dalam negeri dan di luar negara ingin melihat wajah2 insan berjiwa besar.. yg mampu memipin jamaah yg besar.. kalau ada gambar2 tuh postlah... InsyAllah semua akan berhusnu zhan.. dan kami akan menjadikan pertemuan di antara kepimpinan kali ini sbg pemusnah segala kemusykilan yang timbul kebelakangan ini.. dan pada saya pertemuan ini harus di highlightkan sebagai jawapan kepada segala kekusutan sebelum ini.. InsyAllah natijahnya, semangat ahli kian terubat dan mamtap, emej jemaah kembali pulih dan sahkshiah pimpinan semakin bersih dan murni dalam memperjuangkan Islam di Malaysia...

Untuk akhirnya, tiadalah apa yg mampu kami harapkan melainkan hanya ingin menyaksikan Islam bisa memerintah Malaysia dengan jayanya..

"tidak berimanlah seorang mu'min itu sehingga ia mengasishi saudaranya sepertimana ia megasihi dirinya sendiri"

Sekian..

Wassalam.

Mumayu
Admin kampusNegara.net
http://one-g.blogspot.com/2008/10/bergabung-dengan-umno-atau-pr-mana.html
Ada mesyuarat pun. Kenapa tak sabar nak tulis dalam blog dan hantar ke tranungkite pasal "cerita satu hari di hari raya"

kan elok dalam mesyuarat boleh curah semua apa yg musykil.
Anonymous said…
salam...bgus le klu dh brmaaf2an tmbh2 time raya kn ( lps tu bantai la smula ble khendak hati tak di turuti) ...ingat YB nk cite abis psai meting tu (yele gne konsep open discussion smua bole klu tak nnt kata x matang plak)...x yah la nk ulang2 ayat PAS TEGUH BRSAMA PR...bkn x reti bahasa @ YB yg x reti bahasa...klu tak pekak & bisu ( kcuali pkai bhasa isyarat) smua ahli PAS x kre apa jnis smua phm psai kptsn mktmar yg lalu...yela mngkin YB tkut prasaan GHAIRAH 16 sept trpadam dlm diri YB...( maaf cme pnjam ayat GHAIRAH YB gak)...la awat x amik gmbar leh gak tgk kot2 ada yg jd BADUT ( tnggi ckit makam dr pelakon)...k la LU PKIR LA SNDIRI...
Anonymous said…
Tuan Hj YB,

Salam..

Dalam demokrasi ISLAM tak kan ujud
pemimpin yang kecil hati atau merajuk kalau matlamatnya adalah kebaikan ISLAM.

kalau RASUL dan sahabat2NYA sendiri TERBUKA pada kritikan inikan pula kita yang sentiasa "melatah"

Syabas YB!

Hj..
Anonymous said…
Alhamdulillah, itulah adab yang kena jaga.

Tuan haji, tolonglah tanya YB PJ Selangor, apa pasai senyap je sekarang ni...

Sok-sek-sok-sek...ada orang dah mula tak puas hati dan bercerita yang tak sedap di dengar kat bawah ni...

Huzaifah
Anonymous said…
Selamat Hari Raya YB.

Begitulah hendaknya pemimpin kita dapat terima teguran dengan hati terbuka untuk kebaikan Parti dan Rakyat.

Teruskan perjuangan.
Anak Perelih said…
Alhamdulillah... macam ni la YB... kalau ada apa apa kesangsian dan maklumat yang diterima.. check terus dengan yang empunya diri.. bukan publish dalam blog yang boleh membawa fitnah dan salah faham... bawa berbincang dalam majlis syura/J.K. PAS Pusat.. Mesyuarat Lajnah Politik... kan ke semua ada dalam tu... mesti boleh settle punya... TGNA dan TGHH boleh selesaikannya...
Anonymous said…
Alhamdulillah, sejuk hati dgr berita mcm ni.
Anonymous said…
ariffin_al-brangi said...

"Kenapa tak sabar nak tulis dalam blog dan hantar ke tranungkite pasal 'cerita satu hari di hari raya'"...

Sbb tulis la tak jadi tu bro, kalau tak tulis? we'll never know will we? byk la benda YB tak ckp lagi, tak perlu la pun aku rasa. Yg sudah tu sudah la..."Jln alternatif ke Putrajaya telah banjir"

Takbir!!
Anonymous said…
kenapa ada orang yg badan dia PAS tapi baju dia PKR.
Anonymous said…
Tahniah YB atas keterbukaan dan keberanian. Teruskan perjuangan menegakkan kebenaran.
Kenapa sekarang byk sangat komen pasal Dato Pesusuhjaya Selangor.Byk sgt komen yg tak sedap didengar.
Kenapa ramai pemimpin PAS selangor dinafikan jawatan tertentu dlm kerajaan negeri. Kenapa Dato PJ tak perjuang pun. Sayang sgt jawatan EXCO tu kot. Jgn tahun depan ahli dibawah buat usul pecat Dato PJ sudahlah.
Anonymous said…
Apa masalahnya badan Pas baju PKR? Yang penting kita nak undi dia. Nak pakai baju UMNO pun kena undi Pas juga. Yang UMNO tak boleh masuk Kelantan pasal banyak sangat yang pakai baju UMNO sampai dia orang konfius. Yang jadi masalah di Terengganu pasal cuma yang pakai baju Pas saja undi Pas. Yang lain semua hantu.
Anonymous said…
alhamdulillah...

saya pun tak paham kenapa org kata masalah selesai? adakah YB gaduh besar dgn org sana. Saya lihat, mereka just beri pendapat yg berbeza yg ada pro nye. tapi yg jadikan cerita, org org biasa la gaduh..

cuba tgk la gambar gambardalam agenda daily. Siap mereka boleh makan sama-sama, hisap rokok sama-sama dalam parlimen, padahal kat luar bertegang urat leher. pelik kan...

kdg saya terpikir yg ahli parlimen juga macam cerita wrestling. tetapi, bila saya fikir balik, kenapa la kite nak melenting depa gitu sedgkan kite terbawa-bawa gaduh dgn teman pasal politik.

so, buat ahli - ahli or pengundi, tak usahla berentap maki hamun YB ini. Aku tau YB ni bukan sebrgan org. Dia membaca dalam konteks yg lain dari apa yg ulama baca. Pandangan yg pelbagai ini penting. Kite perlu versi ini untuk memantapkan ummah. Lihat je sahabat rasulullah. Umar Abu Bkr ali usman semua lain karakter, tapi bersatu dalam menentang kejahatan. Kenapa kite payah benar nak jadi macam mereka?
Anonymous said…
Alhamdulillah,

Saya lega membaca komen Shah Alam Bulan.

Kalau ramai orang yang macam beliau, kan senang.

Ini tidak, ramai yang TAK FAHAM pun mesej yang hendak disampaikan oleh YB tu sebenornya. Habis marah2. ntah apa2 ntah.

Sepatutnya bacalah betul2.
Hujah lawan hujah.
Barulah berkembang minda tu.
Selama ini kita kata mainstream media memperbodohkan rakyat/orang melayu khususnya.

Nah! sekarang bila didedahkan kepada pemikiran baru, melenting lenting.

Mungkin belum mampu lagi kot. So, YB carry on. Educate our people.

Ada juga pengkritik macam nak ugut, lain kali tak nak lantik YB lagi, nak jatuhkan YB lah gitulah, ginilah. Tak apa YB. Give them time. Saya pasti mereka akan faham sooner or later. They will see your points insyaAllah.


Oh ya, hampir terlupa.

Nanti hari Isnin, Parlimen dah start kan? Boleh tak YB tolong cerita kat kami apa2 yg menarik/ berlaku di Dewan Rakyat?

TQVM.
Anonymous said…
Tahniah kepada pemimpin PAS yang mahu menukar peranan PAS dari selama-lamanya kekal sebagai sebuah parti politik pembangkang yang kerjanya bangkang saja tindak tanduk lawannya kepada menjadi pentadbir negara, sedia dan mampu memikul tanggungjawab yang lebih besar, berat dan sejagat.

Spt kata TGNA "Tak kan lah nak duduk seorangan sokmo?"

Sampai masanya PAS bawa diri masuk majlis. Jangan segan silu lagi untuk tampil ke hadapan, kalau tidak akan jadilah seperti kata pepatah, hidup segan mati tak mau.
Anonymous said…
Salam, drp maklumat2 yg saya rasa perlu dipandang serious menyatakan bahawa masih terdapat lagi perundingnan dgn puak2 UMNO berlaku sekarang ini (Oktober 2008). Oleh itu, saya nasihatkan semua pihak dlm PR agar berhati2 supaya tidak termakan tipu helah mereka.

Adalah amat malang jika kita dipimpin oleh mereka yg ckp lain buat lain. Dlm mesyuarat (syura/pusat) ckp lain, buat pulak yg lain. Saya berharap maklumat ini salah dan ianya tidak lagi berlaku!

"The greatest trick the Devil ever pulled was convincing the world he didn't exist. And like that, poof! He's gone..." - The Usual Suspect (1995)
Anonymous said…
Alhamdulillah, Apa pun yang berlaku ada hikmahnya,tak payah disebut ungkit lagi.Pokoknya matlamat, halatuju tercapai tanpa meninggalkan gurisan pedih dihati sesama kita.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.